31 May 2015

MAJLIS DOA SELAMAT


I- Suboh Ahad.
Usai solat, aku dan Mawa gerak menuju Karak Highway dan bercadang untuk bersarapan di Kampong  Mempateh nanti. Sebaik melepasi tol Karak, keadaan jalan dan sekitarnya diselubungi kabus. Sejuk. Kabus itu makin berkurangan ketika kami menghampiri simpang masuk ke tol Lancang.

Kami tiba di Mempateh lebih kurang pukul 0730 pagi. Aku perhatikan hanya ada dua buah gerai yang berjualan. Kedua-dua gerai tersebut udah kehabisan nasi lemak bungkus. Jadinya, kami tinggalkan Mempateh dan meneruskan perjalanan ke pekan Lancang. Kami berhenti disebuah gerai tepi jalan. Cantiklah! Kat gerai ne ada jual nasi lemak berlauk dan nasi dagang.

Sambil sarapan aku cuba hubungi adek Ali, kalau-kalau diaorang yang tinggal di kebun mahukan sarapan nasi lemak bungkus. Ya, ada lapan orang yang tido kat kebun ujar adek Ali. Mereka itu termasuklah Kamal sekeluarga, Azahan, adek Ali, Amat, Uwan dan adek Majid. Jadinya, aku belikan nasi lemak berlaukan telur mata kerbau sebanyak sepuloh bungkus.




Di Tanah Kebun.
Kabus sudah menghilang. Kami memasukki pondok yang ketika itu aku lihat isteri Kamal sedang menyapu lantai dan adek Majid pula menekan punat racun serangga aerosol jenama Shieldtox. Hari ini segala-galanya mahu dibersihkan kerana tengahari nanti akan berlansung solat zohur berjemaah dan majlis doa selamat. Majlis nantinya akan di imamkan oleh Ustaz Sabaruddin Othman serta pelajar-pelajar dari Madrasah Darul Ulum, Kg Paya Siput, Lancang. [Sila sekodeng entri bertarikh 19/Jan/2014 - Deerland Park, untuk mengetahui tentang Madrasah Darul Ulum].

Pukul 0930 pagi.
Kak Timah, abang Ali serta Salim sekeluarga tiba dipondok. Di ikuti pula adek Misah, Mail serta keluarga abang Hj Omar. Lepastu keluarga Gg tiga beranak termasuk Sahsa, di ikuti Nani dan anak pompuanya. Pukul 1130 - aku, Uwan dan Amat diminta datang ke Kg Paya Siput untuk menggambil makanan yang ditempah tempoh hari.

Makanan yang ditempah ialah nasi putih untuk 70 orang, ikan patin masak tempoyak, ayam masak merah, sayur campur, ulam raja & sambal belacan, buah tembikai dan air oren. Masa aku tiba di pondok, aku lihat udah sampai adek Midah, Zali, Kak Ana, Ijat Sg Buloh serta Addy bersama isterinya. Kelihatan juga rakan-rakan adek Majid dari SMKGS serta Awai dan E'nam.




Aku
sedang menyusun makanan di meja buffet ketika Ustaz dan pelajarnya tiba di pondok Tanah Kebun. Kedatangan Utaz disambut oleh adek Majid, Hj Omar dan adek Mail dengan mesra. Kemudian datang lagi pelajar-pelajar yang menaiki van serta truck Hilux yang dipandu si Uwan.

Pondok kayu berkonsepkan wakaf ini udah dipenuhi tetamu. Acara, pertama sekali ialah menentukan arah kiblat yang tepat oleh Ustaz Sabaruddin Othman yang arif dalam ilmu falak. Kemudian solat zuhor berjemaah, solat hajat. Seterusnya doa selamat yang dibacakan oleh salah seorang pelajar dari Madrasah Darul Ulum.


Alhamdulliah!
Udah selesai doa selamat. Kini tetamu diminta ke meja buffet untuk menikmati makan tengah hari. Selain menu catering yang aku sebutkan tadi, ada gak adek-adek pompuan aku bawak meehoon goreng, pulut kuning, kerabu mangga, tapai pulut, agar-agar kelapa, kuih-muih serta pecal yang disediakan oleh rakan-rakan Majid. Yang terakhir tentunya pencuci mulut dari ulas-ulas buah nangka madu yang manis gitu.

II- Kini, tiba pula giliran ahli keluarga serta rakan taulan mahu menjamu selera. Riuh rendah. Bunyi riuh itu seakan-akan ada sekawan labah-labah sedang terbang melintasi pondok wakaf gamaknya. Waktu seperti ini, tidak siapa pun ambil peduli akan isu etnik Rohi [Rohingya] atau bahang panas luar biasa yang sedang melanda planet bumi.

Kalau ikutkan kata pakarlah, bulan June nanti musim panas melampau itu mungkin akan berakhir. Jadinya, tidak ada lagi kaum yang bernama manusia terkena strok haba. Tetapi, bila aku menatap berita dikaca tv dan sesekali membaca Kosmo! lain pulak ceritanya.


Ceritanya!
Ramai orang diluar sana terutama di India sedang berhadapan cuaca panas yang sangat luar biasa. Ikut pandangan dan pendapat saintis Australia, kononnya beliau meramalkan fenomena El Nino pada sekala besar kali ini akan bermula dilautan Pasifik beriklim tropika.

Ujar beliau lagi, fenomena cuaca melampau itu sudah dijangka pada tahun lalu apabila suhu ekstrem menjadikan tahun 2014 adalah tahun paling panas sejak lebih seabad lalu. Fenomena terakhir El Nino lima tahun lalu itu, menyebabkan hujan lebat di Asia Tenggara, kemarau diselatan Australia, Filipina dan Ecudor serta ribut salji di Amerika Syarikat selain gelombang panas melanda beberapa buah negara lagi.

Jangkaan saintis, El Nino mungkin bermula dari September depan sekali gus mendatangkan impak global. Ini akan menyebabkan keadaan lebih kering di Indonesia, Papua New Guinea dan sebahagian rantau Asia Tenggara. - Itu kata peramal Bai!

Itu
kata peramal!
Boleh caya ker dengan peramal atau istilah kuno di panggil Ahlil Nujum Pak Belalang. Jangan percaya Bai. Tetapi jika pakar tersebut memang seorang saintis yang memberikan pandangan melalui ilmu yang dipelajarinya, kira bolehlah dipercayai. Janganlah hanya sekadar meralam. Yalah! Macam ramalan nombor ekor. Walaupun hanya ramalan [bukan kenyataan] tetapi ramai gak kaum berebut-rebut, berpusu-pusu membeli nombor. Yang membeli nombor, kehidupanya camtu juga, sebaliknya yang menternak nombor jadi kaya raya! - Wallahuaklam!




No comments:

Post a Comment