21 May 2015

KhAbAr DaRi TaNaH KeBuN



Bulan May!

Dijangka akan menamatkan fenomena Ekuinoks yang berterusan sebelum ini di mana bahang panas luar biasa itu telah mengakibatkan ramai kaum beratur kat klinik kerana mengidap strok haba[1]. Waktu tu, kalau tinggal di kebun segala-galanya menjadi sukar lagi-lagi kalau sumber air paip dicatu.

Panas. Air pulak kene catu[2]. Teramat sangat menduga kesabaran kami. Benih pokok nangka, pisang tanduk dan sedikit benih pokok petai mesti disiram setiap pagi dan petang. Kalau tidak, tentunya benih-benih tersebut terbantut kesuburannya atau ayat lain, kering layu dan terus kaku. Siram tetap siram!


I- Pagi Sabtu
[9/5/2015]
Decit-decit bunyi unggas dan seranga ketika ini bersahutan. Kelihatan kabus dipuncak bukit. Gigil kedinginan. Aku, adek Ali dan Amat sedang bersarapan ketika dua orang tukang rumah [Epol dan Man] memasuki kawasan kebun dengan menunggang motosikal.

Pagi sudah melintas angka sebelas. Adek Majid dan anak buah aku si Uwan sampai, di ikuti si Awai dan isterinya. Tengahari itu, aku ajak Uwan beli lauk di pekan Lancang tetapi anak buah aku cadangkan beli lauk di gerai berhampiran pintu masuk Madrasah Darul Ulum, Kg. Paya Siput. Di situ lauk-pauknya sedap ujar si Uwan.

Sayangnya, ketika kami sampai di Kg Paya Siput, pintu gerai tersebut tertutup rapat. Pasti ada hal. Selalunya, jika ada kenduri- kendara gerai tersebut akan di tutup kerana tuntutan fardu kifayah[3]. Kami teruskan perjalan menuju arah ke Mentakab - manalah tahu kalau-kalau ada gerai atau restoran yang menjual lauk-pauk!

Selepas
melintasi papan tanda Kg Kepong, kami berhenti disebuah kedai makan. Sambil memilih lauk-pauk untuk di bungkus, aku dan Uwan memesan Teh O Iced Limau. Take five dahulu. Usai membayar harga makan-minum, kami gerak ke Mempateh untuk membeli santan, gula melaka dan ketulan iced. Khabarnya, adek aku Majid hendak masak pengat nangka. Canteklah kan!

II- Ahad
[10/5/2015]
Pagi itu dua tukang rumah di minta bercuti kerana nantinya ada perjumpaan rakan lama adek Majid. Mereka-mereka yang hendak masuk kebun nanti, adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Gombak Setia. Kira otai SMKGSlah! Lebih kurang pukul 1000 pagi, kelihatan lapan buah kereta memasuki kawasan tanah kebun dan terus menuju pondok 'wakaf' yang baru siap 80% gitu!

Di Pondok. Kedengaran riuh redah. Masing-masing bercerita tentang zaman silam. Jika jarum jam boleh diputar kebelakang, rasanya mereka-mereka ini ingin saja kembali ke zaman persekolahan. Tetapi perkara itu tentulah mustahil kerana ada di antara mereka sudah memegang status datuk dan nenek. Pulaktu, saiz tubuh badan pong sudah berubah. Dolu lain sekarang lain. Ah! Janganlah cerita pasal dolu-dolu. Kalau masa dolu, nenek aku pong masatu tengah begetah[4] kata si Deris. Hampir semua tetamu  ketawa berdekah-dekah kecuali anak kecil dan anak-anak dara mereka yang tidak faham istilah begetah!

Pukul
1130 pagi. Sinar matahari telah mencuri masuk melalui tingkap-tingkap yang terbuka disebelah kanan pondok. Sambil berbual sambil menikmati menu yang terhidang diatas tikar. Mereka duduk bersila - santai sekali. Ada diantara tetamu yang datang membawa air tebu, nasi lemak, pulut kuning, sandwich, karipap, buah durian dan tembikai. Aku lihat ada juga air sirap, teh tarik dan beberapa kotak mineral water.



Ketika
sinar matahari menegak diatas kepala dan bahang panasnya terapong di udara, masa itulah  adek Majid mempelawa mereka melawat kebun nangka dan menjala ikan di sebuah tasik buatan. Si Lelaki, masing-masing mahu memakai topi dan yang pompuan atau anak dara mereka mungkin menyapu sunblock. Ada antara mereka yang memilih untuk menaiki Kia Suv, trak pic-up Hilux, menunggang motorcros dan ATV.

Aku tidak ikut dalam atur cara mereka. Ketika mereka berada di kebun nangka, aku dan adek Ali dengan izin mereka, mengambil kesempatan membedal[5] dua biji durian yang mereka tinggalkan di dalam pondok. Lepas itu, kami berdua rasa pulak air tebu yang mereka bawa dari Kg Cangkat, Gombak. Memang sedap sangatlah buah durian tu. Mungkin buah durian dari dusun kat Kg Cangkat agaknya!


Sebelum
waktu Zohur, mereka balik semula ke pondok wakaf. Aku lihat wajah mereka kemerah-merahan, terutama anak-anak mereka kerana menahan panahan dari sinar matahari. Sebaik memasukki pondok ada di antara mereka terus meminta air tebu. Air tebu terlalu manis, jadinya mereka menegok[6] pulak drinking water. Dahaga sangat kata mereka!

Acara seterusnya ialah mengopek isi buah nangka madu. Diluar pondok pulak, kelihatan seorang tetamu sedang membelah kelapa muda untuk dijadikan minuman 'iced blended' dimana air dan isi kelapa tersebut akan dikisar bersama aiskrem vanila . Wow! Cuaca panas memang sesuai sangat minum iced blended kelapa + aiskrem. Memang bestlah!

Sekarang entah pukul berapa aku pun taktah
u. Yang pasti aku lihat tetamu mula berkemas. Sebahagian dari mereka hendak singgah solat Zohur, di-Masjid Saidina Abu Bakar sekitar Kg. Mempatih. Yang lainnya mungkin singgah solat di surau hentian rehat. Majid pulak memberikan sebiji nenas madu setiap seorang sebagai ole-ole dari tanah kebun. Mereka bersalaman dan berjanji akan bertandang semula ke tanah kebun selepas Hari Raya Puasa nanti. Dengan izin Allah jua!



III- Rabu
[20/5/2015]


Alhamdulillah! Pagi itu aku bergegas membuka paip, manalah tahu air tidak di catu lagi. Yes! Air paip sudah ada. Aku pulak malas hendak buat  sarapan pagi. Aku minta adek Ali dan Amat membeli nasi lemak bungkus di Kg Jergoh. Sementara menunggu nasi lemak, aku mengisi sedikit minyak petrol dan minyak tuti ke-dalam tangki mesin rumput. Pada masa yang sama, aku lihat trak pic-up Hilux yang di pandu Uwan keluar dari kebun. Katanya nak pergi ke-kedai hardwere. Beli kayu!

Pukul duabelas. Bahang panas terus mengapong di udara. Sesekali ada angin bertiup yang tiupannya juga membawa bersama saki-baki wap kering dari bukit disebelah barat yang gondol. Aku lihat si Amat berleging[7], hanya memakai boxer sedang terbaring melayan mata. Cuba tidur-tidur ayam diruang pintu hadapan kabin dengan ditemani sebuah kipas yang ligat berpusing.

Dari jauh kedengaran bunyi enjin dari sebuah kereta. Asap kering berwarna putih berterbangan ke-udara apabila kereta itu menghampiri pintu masuk ke Tanah Kebun. Kereta berhenti. Dari perut kereta keluar Majid dan Azahan. Khabarnya, si Azahan hendak bermalam dua tiga hari. Mahu berehat sakan setelah selesai pembedahan jantug tempuh hari.


Uwan
tiba di kebun. Uwan ajak aku ke Kg Paya Siput bertemu Ustaz Sabaruddin Othman di Madrasah Darul Ulum. Aku pulak ajak Azahan ikut sekali jalan-jalan. Azahan setuju. Trak Hilux yang dipantu Uwan meluncur laju meninggalkan kawasan tanah kebun menuju Kg Paya Siput. Sebelum memasukki kawasan Madrasah, trak berhenti dekat gerai. Kami singgah makan tengahari disitu. Sambil makan si Uwan beritahu pada tuan kedai [pompuan], hajat hati hendak berjumpa Ustaz.

Dari maklumat yang diterima, Ustaz sudah keluar. Jadinya urusan kami seterusnya ialah, membeli lauk-pauk [macamlah banyak sangat!] kemudian singgah di hardwere pekan Lancang kerana hendak membeli baldi mop dan sebungkus dua ketulan iced.

Malam. Awan pekat  merangkak perlahan. Sangat perlahan. Belum sempat bulan dan bintang bertugas malam, tiba pulak guruh dan kilat minjilat bumi. Langit merajuk lalu menurunkan titis-titis hujan. Usai makan malam yang ringkas iaitu nasi goreng jantung pisang, aku mula mencari bantal. Sambil telinga aku mendengar lagu 'Kalau Aku Kaya'[Altimet] dari peti suara muzik Lenovo. Lalu aku terlena [ter-tidak sengaja]. Z-Z-Z-zzz!


No comments:

Post a Comment