29 April 2013

BERCUTI KE PULAU PANGKOR



As Salam! Jom kita ge Pulau Pangkor - asalnya yang nak ge bercuti ialah Mj, Majid, Mawa dan Lea Adam. Last minit Lea Adam tak jadi ikut dan kenelah si Azahan ganti.  

Sebelum nak ge bercuti, aku cari info pasal bilik penginapan  melalui internet. Mula-mula aku nak menginap di  Puteri Bayu Beach Resort kat Pasir Bogak, tapi wakil jualan  kat Lumut cadangkan aku apartment dua bilik kat Coral Bay Resort, Pasir Bogak. Last minit wakil jualan tu bagitau apartment udah penuh pasal ada group masuk. Ah! Kejap kata ada, lepas tu pulak penuh. Akhirnya aku buat keputusan, tak payak buat tempahan bilik - lagipong bukan musim cuti sekolah.

Jam 1000 pagi kami mula gerak menuju Jetty Lumut, melalui Tanjung Malim, Slim River, Sungkai dan Bidor. Lepas tu masuk Sitiwan dan lebihkurang kul 0215 petang, kami sampai kat pekan Lumut. Lepas parking kereta, kami gerak arah ke jetty dan disitu kami bertemu wakil jualan bilik  dari Battuta Travel Sdn Bhd. 

Kami boleh pilih hendak menginap di sekitar Pantai Teluk Nipah atau Pantai Pasir Bogak. Paling banyak pilihan tempat penginapan ialah di Teluk Nipah seperti Nipah Waterfront, Purnama Beach Resort, Horizon Inn, Flora, Hornbill, Sunset View, Chalet Lyana Villa dan lain-lain. Kalau di Pasir Bogok ada Uptown, Puteri Bayu, Coral Bay, Sea View, Pangkor Village dan Pangkor Holiday.
   

Akhirnya kami memilah untuk tinggal di Uptown Beach Resort, Jalan Pasir Bogak bersebelahan Pangkor Village Beach Resort kerana kawasan  pantainya tidak ramai pelancung melakukan aktiviti pantai berbanding di Teluk Nipah. Kalau di Teluk Nipah memang ramai orang dan banyak kedai pakaian dan gerai makanan dibuka terutama pada waktu malam, macam pasar malam gitu! 


Dari Jetty Lumut, kami menaiki boat dengan bayaran tikit RM 10.00 seorang untuk perjalanan pergi dan balik. Simpan tiket boat untuk digunakan waktu balik. Sekiranya tiket hilang mungkin anda dikehendaki membayar semula. Masa perjalanan boat dari jetty Lumut ke jetty Pangkor memakan masa lebihkurang 30 minit sahaja. Boat akan berhenti dahulu di jetty Sungai Pinang sebelum jetty Pangkor.



Dari jetty Pangkor, kami naik teksi (van warna pink) menuju Uptown Resort dengan bayaran RM 10.00 sahaja. Masa tiba kat Uptown Resort, aku 'kautem' dengan pemandu teksi tersebut untuk buat aktiviti pagi besuk iaitu nak keliling pulau dengan bayaran RM 70.00 selama dua jam. Nama pemandu teksi tersebut ialah En Leong Kok Heong dan nombor phone  012-4521665. En Leong bagitau, esuk call dia awal setengah jam dan tunggu kat dalam lobby. Katanya lagi, jangan keluar dari lobby hotel, takut teksi lain potong trip dia.


Lepas 'check in' kami pong berehat kat dalam bilik dan lepas waktu Asar kami keluar ke pekan Pangkor dengan teksi. Biasalah kalau udah sampai kat pekan, ada sahaja yang nak dibeli. Singgah kat kedai, belilah sikit jajan untuk dimakan kat dalam bilik malam nanti.


Masa kami sampai kat pekan tadi, ramai gak bebudak dari Kampung Masjid (laluan arah ke Kota Belanda) sedang kayuh basikal tanpa rasa takut sekiranya kene langgar dengan motor atau kereta. Bagi bebudak ne, kayuh basikal kat Pekan Pangkor sama aja macam kayuh kat depan rumah diaorang.  


Lepas minum petang, kami pong balik ke tempat penginapan. Malam nanti, lepas Magrib kami cadang nak ge makan malam kat Teluk Nipah! Teruskan membaca Bhg II DAN sila klik kat bawah : Anda Mungkin Juga Meminati - entri TEKSI & AKTIVITI PETANG AHAD (May 2013).



Extra
: Uptown Beach Resort diuruskan oleh Frez Hotel Management Services. Alamat di Lot 3, Jalan Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak. Tel: 05-685 5410. Website : www.uptownbeachresort.com


26 April 2013

GENDANG PERANG SUDAH DIPALU!


Salam Jumaat! Kepada kenkawan yang terkelik laman sesawang aku ne, semuga anda semua dalam keadaan ceria, sihat walafiat hendaknya.  Alhamdulillahi rabbil'aalamiin! Ketika aku menaip entri ne, diluar sedang menitis turun air dari langit. Bermula perlahan dan akhirnya lebat dan sesekali disulami bunyi petir berdentum. Suka atau tidak hujan tetap turun membasahi bumi, sepertimana yang telah ditentukan oleh Allah.

Gendang Perang! Ini bukan perang main-main, ini perang PRU-13. Perang antara Barisan Kerajaan dengan Pakatan Pembangkang. Perang pelbagai poster dan bendera udah dinaikan. Dalam tempoh sekarang sehingga hari memangkah atau ayat lain hari pembuangan undi, mereka tidak henti-henti mencetak poster wajah calon, bendera, risalah, kemeja -T, topi dan bermacam lagi sebagai bahan kempen. 

Selain kempen mencetak itu dan ini, Internet menjadi senjata baru bagi kempen serta aktiviti perang saraf. Tidak hairanlah jika golongan muda mencari maklumat berkaitan politik di internet. Laman sesawang dan facebook dijadikan ruang untuk berhujah, mencari maklumat baik atau sebaliknya.

Orang Muda! Terutama yang tinggal dibandar, memang kurang membaca akhbar dan dengar berita kat televisyen. Diorang ne lebih suka  melayari internet pasal ada pelbagai cerita, gambar dan video yang boleh diselak tanpa sekatan. Walaupong begitu, golongan muda yang profesinol akan menilai kembali maklumat manakala orang muda yang tidak cukup ilmu dan taksub akan mempercayai bulat-bulat.
 

Sabotaj! Orang muda yang cetek ilmu politik, akan guna cara kekerasan seperti kejadian letupan di lokasi Ceramah Perdana BN - Perlimen Nibong Tebal. Letupan tersebut telah memeranjatkan kira-kira 3,000 penyokong BN ketika Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap. 

Budak! Yang lagi tak masuk akal ialah berita budak berumur 11 tahun cedera dipukul oleh salah seorang kumpulan lelaki bermotosikal gara-gara budak tu mengaku menyokong Barisan Nasional di Felda Teloi Timur, Baling-Kedah. Namanya pun budak, manalah dia tau pasal parti politik mana yang patut disokong. Budak selalunya jujur! Tak pandai menipu, melainkan emak-bapak atau kenkawannya ajar menipu. 

Sejujurnya! Budak tu memang menyokong BN pasal buat masa ne dia sekelurga tinggal di Felda milik BN, sekolah pulak kat sekolah bantuan kerajaan BN. Masjid dan surau yang budak tu selalu ge solat didirikan oleh kerajaan BN. Jalan raya bertar yang hari-hari dia dan keluarga dia pijak dan berjalan disediakan juga oleh kerajaan BN. Jadi, salahkah budak tu untuk menjadi jujur?

Dalang Sabotaj! Dari luar pong ada gak sabotaj. Seperti yang dilapurkan akhbar iaitu 35 orang pengganas Sulu mati ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina, ketika cuba memasuki Sabah untuk buat sabotaj terhadap PRU-13. Disebalik tu, Nur Misuari - bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang ada hubungan dengan pemimpin pembangkang di Malaysia, telah dikaitkan sebagai dalang serangan pengganas  Sulu.

Fitnah! Kepada dua belah pihak - BN mahupong Pakatan Pembangkang, udahlah jangan reka fitnah, caci maki dan mengaibkan orang lain ketika berkempen. Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, sepatutnya kita tidak terpengaruh dengan fitnah yang direka. Nanti yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.


Nota Kaki : Ingat! Kebanyakan manusia kat plenet bumi ne tidak mudah percaya bahawa plenet ini dan seluruh isinya tiap hari tambah tua. Malah ada manusia tidak mahu akui bahawa ajalnya semakin hampir setiap kali umurnya bertambah. Oleh itu pilihlah calon menggikut kewarasan anda. Pilihan memang ditangan anda tetapi Allah yang menentukan segalanya. Sesunguhnya Allah tidak sekali-kali memungkiri janji. - Panjang umur kita jumpa lagi. InshaAllah!


22 April 2013

16 Rider @FRIM KEPONG!


As Salam kenkawan semua! Pagi Ahad, 21 April 2013 kami kayuh lagi ke Frim Kepong. Kali terakhir aku berkayuh kat frim bersama rakan ialah pada 11 Mac 2013, entri yang aku post bertajuk 'Kayuh Pagi Ahad'. 

Kali ne aku berkayuh bersama 15 rider iaitu Amiroul Nergal, Shaful Azhar Thor, Mohd Hazimi Khalid, Mahfol Azizah, Tengku Wong Mad, Syaufiaizad Premiership, Mohammad Farik, Muddy Shinoda, Noazrul Hisham, Shahizam Shazura, Hazimin Mahfol, Zaidi, Atan, Ahmad @Amat dan Norwey.

Bersama-sama ini Mj sertakan 12 keping photo tanpa story, khas untuk tatapan kenkawan kaki kayuh dan kaki blog yang terkelik blog aku. Lain-lain photo, kengkawan boleh klik blog PAHAT BERBUNYI entri pada April 2013.   http://bankbooks.blogspot.com 
 












JORAN DAN PANCING



Dari muara siasah
berkunjung lagi sang pemancing
membawa joran dan umpan  mereka.

Sedang ikan-ikan bergelintaran
pancinglah kami, tangkaplah kami
musim ini harga kami tinggi.


Pastikan umpan mu
dari hati budi maha tulus

yang bersikap mauduk
teguh bersatu. 

Pastikan umpan mu
akal ilmu berwibawa
yang tinggi beristiqamah
memaku peribadi bangsaku.

Joran dan pancing
di tangan kalian
namun ingat
ikan-ikan belum tentu terumpan
andai syaitan bertopengkan insan
menjadi taruhan.

Di gelanggang sahsiah ini
maruah dan jati diri tiada
bergalang ganti. 

Zulkifli Mohd Top
Gombak, Selangor
 

 


19 April 2013

MERAH KUNING!


Merah-Kuning
PRU-13 Milik Siapa!


Merah-Kuning! Adalah warna bendera Negeri Selangor Darul Ehsan, negeri tempat aku dilahirkan. Meriahnya warna merah-kuning ne tentulah bila peminat bola sepak memakai jersey Selangor sambil mengibarkan bendera ketika perlawanan bola sepak.

PRU-12!


PRU-12! Proses demokrasi telah diuji pada PRU-12 dengan kebangkitan rakyat akibat tidak puas hati kerana kenaikan harga barang dan gerakan reformasi senyap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (@Anwar) satelah beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada  September 1998. 

Pada masa tu, BN menang 140 kerusi daripada 222 kerusi (63.06%) untuk kerusi Parlimen, dan 307 kerusi DUN daripada 505 kerusi  (60.79%). Walaupong BN menang tetapi telah kehilangan beberapa negeri pasal kene tawan oleh pihak pakatan pembangkang, termasuklah negeri Selangor Darul Ehsan.

Seingat Akulah! Isu yang dimainkan oleh pakatan pembangkang seperti rasuah, penyelewengan dan bertambahnya jenayah. Lepas tu isu kenaikan harga beras, tepung, gula, minyak masak dan petrol. Isu camne memang boleh menyentuh persaan pengundi terutama yang tinggal diluar bandar. Akhirnya Selangor tumbang bersama ketuanya sekali iaitu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Kerusi Panas! MB Selangor pong diganti dengan Tan Sri Khalid dari pakatan pembangkang. Beliau lahir di Kampung Jalan Raja Abdullah, Kuala Selangor. Berkahwin dengan Salbiah bte Tunut. Bekas CEO PNB (1979 - 1994) dan kemudian dilantik CEO Kumpulan Guthrie dari 1995 hingga 2003. Beliau adalah Menteri Besar Selangor, ADUN Ijok  dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Ramai gak yang mempersoalkan tanggung jawab beliau yang nampak macam sibuk. Nanti, yang dikejar tak dapat yang dikendong pulak berciciran!


PRU-13

Pada PRU-12, BN hampir kecundang atau dalam erti kata lain Pakatan Pembangkang yang diketui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sikit lagi dapat menawan Putra Jaya. Beliau kini mungkin tertekan berikutan beberapa isu termasuk penyebaran video seks di internet, menjadikan Anwar Ibrahim ibarat harimau parah dan sanggup buat apa saja.  Lagipong usia Anwar Ibrahim udah mencecah 65 tahun dan udah tentu tidak mengizinkan beliau mencapai cita-cita politiknya pada PRU-14.

Perdana Menteri! Datuk Seri Najib Razak pulak, sejak mengambil alih pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasinol (BN) empat tahun lalu telah memperkenalkan 'transformasi' politik dan yang paling ketara dan diingat oleh kebanyakan rakyat ialah simbol jari telunjuk 'Satu Malaysia'.


Perang kempen semakin hangat! Ada ceramah kat surau, pejabat dan yang paling menarik tentulah penganalisis politik 'kedai kopi' yang mana lagaknya macam dialah yang akan bertanding. Macam-macam diaorang ne bagi komen! Pasal manifestolah, bakal calon yang menanglah dan kekadang sampai lupa diri bila bercakap. Yalah! Air liur meleleh pong tak sedar. 

Tak Mudah Percaya! Bukan semua pengundi mudah diperdaya dengan janji manis atau janji tak cukup manis pembangkang. Kalau yang terlalu taksub tu tentulah diorang percaya walaupong Mamat tu kaki temberang.

 

Nota Kaki : Kita ada akal, boleh membezakan antara hasutan kebencian dengan kebenaran. Kenelah buang perangai 'taksub' kepada pemimpin atau ketua. Jangan sampai nasi udah menjadi bubur. Pasal taksublah akibatnya pengikut Al-Alqram, Al-Maunah, Ayah Pin dan Kumpulan Penganas Kiram sanggup mati. Ramai kat luar sana tu yang jadi pak turut, lambat pick-up dan bebal pasal percaya sangat dengan hasutan kat blog! Janganlah percaya bulat-bulat berita, rencana dan gambar di facebook atau di blog. Ingatlah! Perjalanan masih jauh lagi. 

Al-Fatihah buat Tan Sri Aishah Ghani bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, yang telah meninggal dunia.  Assalamualaikum dari meja Mj!




18 April 2013

TEKANAN, AKTIVITI DAN REBUT KERUSI




Assalamualaikum! Seperti semalam dan hari ini, nikmatilah kehidupan kita seperti kita  menikmati 'ice cream' sebelum ice cream tersebut menjadi cair. Syukurilah apa yang kita ada sekarang! 

Semalam! Masa udah berlalu dan ada banyak perkara di luar kawalan kita. Mungkin semalam kita berhadapan dengan stres/tekanan yang kadangkala mencabar dan memberi sumbangan negatif dalam kehidupan kita. Tekanan adalah  perkara yang berlaku secara semula jadi apabila ada unsur paksaan daripada persekitraan luaran yang menyebabkan psikologi dalaman kita menerima kesannya.

Kenapa Kita Stres! Kita kecewa kerana tidak dapat apa yang dihajati. Mungkin kita juga sedang berhadapan konflik dan masalah kekelurgaan seperti tiada kepercayaan diantara satu sama lain, kurang kasih sayang, gagal memahami pendirian masing-masaing. Begitu gak kalau ditempat kerja, ketua tidak puas hati dengan tugasan yang diberi, tidak dapat menyiapkan kerja, tidak dinaikan pangkat, tukar kerja atau  diberhentikan kerja.


Tangani Tekanan! Ada baiknya kita berfikiran secara positif. Janganlah salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan. Janganlah terlalu risau akan kekurangan, belajarlah mulai sekarang dengan menyukai diri sendiri. Luangkan masa bersama keluarga atau beriadah. Carilah teman untuk meluahkan masalah.

 

Aktiviti Luar! Lakukanlah kegiataan luar seperti kayuh basikal. Badan yang sihat membentuk otak yang cergas. Segala tekanan kita boleh lupakan apabila kita melakukan aktiviti luar. Lebih menarik lagi kalau masa beriadah tu kita keluar bersama rakan, tentu ada banyak cerita yang boleh kita dengar yang membuat kita ketawa.

Ekspresi Diri Kita! Mungkin kita tak pandai kayuh basikal atau belum beli basikal lagi. Kita boleh ge kelas bermain alat muzik atau ge studio art jamming. Mungkin kita boleh menulis puisi, membaca novel, sekadar mendengar muzik atau window shopping sambil ambil gambar.

Kesan Tekanan! Memang ada kesan kalau udah stres yang berpanjangan seperti kene strok, masalah berat badan, masalah kulit,  ganguan tidur, sakit kepala, cirit-birit atau sembelit, kemurungan, migrain, tekanan darah tinggi, serangan jantung dan kecelaruan. 




Rebut Kerusi! Semalam gak kita udah dapat berita senarai calon BN PRU-13, siapa lawan siapa, siapa yang digugurkan dan siapa pulak yang undur diri. Yang kene gugur seperti Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (Dun Sg. Panjang), Datuk Raja Ahmad Zainudin Omar (Dun Kubu Gajah), Datuk Mohamad Aziz (Parlimen Sri Gading), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Parlimen Setiawangsa), Datuk Abu Seman Usop (Parlimen Masjid Tanah) dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Parlimen Kangar).

Muka Baru!  Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin (Pas-Jempol), Calon paling muda dari BN-Dun Keranji, En Daniel Wa Wai How, 25 tahun. Pemilik sekolah tahfiz di Kubang Kerian, En Mohd Shamsul Yusof (BN-Dun Pasir Tumboh), En Fatul Bari Mat Jahya-Pengerusi JKK Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), yang bertanding kerusi BN-Dun Sanglang di Perlis. Penyanyi DayangKu Intan (PKR-Pengerang, Kota Tinggi). Penyanyi Herman Tino (Bebas-Tg. Karang).


Kata Pujangga "Carilah teman baru kerana umur kita semakin meningkat. Teman lama udah banyak yang meninggalkan kita kerana bekeluarga dan mencari kehidupan sendiri. Aku dan kengkawan akan sendirian dan kesepian andainya tidak ada teman baru". - Makasih dari Mj dan jumpa lagi!




17 April 2013

DATO' HARUN IDRIS


'MB Masuk Penjara'

Dato' Harun Idris (22 Disember 1925 - 19 Oktober 2003) ialah Menteri Besar Selangor yang kelapan yang merupakan ahli politik dan pejuang Melayu, terkenal terutamanya di negeri Selangor. Harun berjaya memenangi kerusi di daerah Morib dan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, suatu jawatan yang dipegangnya selama lebih satu dekat. 

Semasa beliau berkuasa, negeri Selangor telah mencapai banyak perubahan. Sebagai ahli pemuda UMNO, beliau telah cuba membela nasib Melayu, terutamanya di kawasan bandar. Antara ujian Harun yang paling getir ialah ketika Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi. Rusuhan orang Melayu dan pembunuhan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dikatakan terjadi bermula dari rumah Menteri Besar Selangor yang terletak di hujung Jalan Raja Muda Abdul Aziz. 

Walaupun begitu, tragedi 13 Mei 1969 telah memberi kesempatan kepada Harun untuk menarik ribuan keluarga ke Kuala Lumpur dan mereka dibenarkan mendirikan rumah setinggan disekitar bandar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan beberapa kawasan lain. Di samping itu Kerajaan Selangor telah meluluskan beribu-ribu tapak rumah kepada setinggan-setinggan di sekitar Petaling Jaya, Ampang, Ulu Kelang yang meliputi kampung Datuk Keramat. 

Akhirnya Harun dipersalahkan kerana tuduhan rasuah berkaitan dengan Bank Rakyat. Pada tahun 1974, perlawanan tinju antarabangsa diadakan di Kuala Lumpur antara Muhammad Ali dari Amerika Syarikat dengan Joe Bugner dari Britain. Pertandingan ini tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya menyebabkan beliau dibicarakan dan dihukum penjara selama 8 tahun.

Pada 1 Mac 1977, Harun dipenjarakan di Penjara Pudu selama tiga setengah tahun, setelah menjalani setengah daripada hukumannya yang sepatutnya tamat pada tahun 1984. Beliau dibebaskan pada tahun 1981 selepas Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. 

Harun dipenjarakan kerana Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, seorang yang tegas dan memegang prinsip undang-undang. Penyokong Harun meminta jasa baik Tunku Abdul Rahman agar Harun dibebaskan. Tunku menasihati Harun menerima hukuman itu dan kemudian membuat rayuan.

Rayuan dikemukakan kepada Tun Hussein selaku Perdana Menteri, tetapi rayuannya ditolak. Pada 28 Julai 1981, Yang diPertuan Agong Sultan Haji Ahmad Shah mengadakan Persidangan Lembaga Pengampunan. Laporan dari penjara dan jasa-jasa Harun dipertimbangkan. Pada 1 Ogas 1981, Harun dibebaskan oleh Lembaga Pengampunan. Maka pada 31 Ogas 1981, Sultan Ahmad Shah memberi pengampunan kepada Harun sempena Jubli Perak Merdeka. - oleh Azizan Ahmad (misai85@yahoo.com)

  




16 April 2013

PELUKIS WANITA DI UM

 

'Malaysia ramai pelukis Hawa berbakat'



 





Pencapaian wanita  dalam bidang sastera, sains dan teknologi semakin menyerlah seiring dengan kejayaan kaum lelaki dalam apa jua bidang. Begitu juga dengan kebolehan menghasilkan karya lukisan yang biasanya dipelopori oleh pelukis lelaki.

Persatuan Wanita Universiti (UWA) tampil mengenengahkan bakat yang ada pada wanita dalam bidang seni lukisan melalui penganjuran pameran Pelukis Wanita dan Kontemporarinya (PWK) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya (UM) yang sedang berlansung sehingga 19 April 2013. 

Presidennya, Prof. Madya Faridah Noor Mohd. Noor berkata, pameran tersebut merupakan yang pertama kali dianjurkan bagi menghargai kesenian wanita dalam mencorakkan senario lukisan dalam negara. 

Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas UWA ke-50 bagi penubuhan UWA Endowment Fund untuk pelajar wanita. "Matlamat utama penubuhan UWA adalah untuk menyediakan ruang aktiviti yang membantu wanita bergerak ke hadapan".

"Beberapa aktiviti dianjurkan tertumpu kepada laluan kerjaya yang berkait rapat dengan perkembangan kerjaya wanita," jelasnya.

Extra : Seramai 16 pelukis wanita terlibat dalam pameran di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya seperti : 

1.  Atiya Hasan  
2.  Khaliah Ismail
3.  Emma Maembong
4.  Shikin Maembong
5.  Yaya Maembong
6.  Mariana Janeri
7.  Mina Hadayat
8.  Naddia Zakaria
9.  Pegah Jahangiri
10. Rube Jamal
11. Sabariah Hitam
12. Dr Ruzaika Omar Basaree
13. Dr Diana Lea Barabovich
14. Dr Mariani Md. Nor
15. Dr Nor Azlin Hamidon 
16. Raja Datin Zuraida Raja Datuk Mansur 


Nota Kaki :  Foto diatas hanyalah hiasan sahaja. Rencana ini disimpan dalam blog kakiconteng sebagai sumber rujukan dan  ditulis oleh nadia bahari@kosmo.com. Jumpa lagi!



14 April 2013

PERIA, GUIDE DAN GUNUNG KAJANG!


As Salam! Aku baru balik dari majlis perkahwinan putri En Alis bin Tafail Mohamed dan Puan Rafeah bt. Hassim yang diadakan di Perkarangan Surau An-Nur Falakh, Jinjang Utara, Kelompo. Kali ne tak dapat aku sertakan photo-pic majlis tersebut pasal aku balik awal sebelum ketibaan pengantin.      

 

I- Peria Katak! Petang ne, sambil aku mengadap laptop bersama secawan air kurma campur barli yang dikisar, teringin pulak aku nak berkongsi khasiat peria katak dengan kengkawan semua.

1. Menjadikan ulam setiap hari sebanyak 4 ke 5 biji, ia mampu merawat penyakit diabetis. Ia juga boleh dibuat jus untuk mendapatkan khasiat yang sama.


2. Air rebusannya juga boleh diguna untuk merawat sembelit serta boleh gak merawat rambut dengan melumurkan air rebusan. Urut kepala selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

3. Air rebusannya juga boleh merawat batuk dan cirit-birit serta mampu membersihkan darah dan penyakit darah tinggi.

4. Air rebusan peria katak yang dicampurkan sedikit dengan jus limau boleh mengatasi ketagihan alkohol. Amalkan meminumnya selama empat ke lima bulan untuk mendapat hasilnya.

5. Boleh merawat penyakit buasir- caranya adalah  dengan mencampurkan perahan daun peria katak ke dalam susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akarnya pula hendaklah dihancurkan dan disapukan ditempat buasir. 

6. untuk mereka yang terkene demam campak, daun peria katak yang dicampurkan dengan kunyit hidup dan ditumbuk boleh dijadikan ubat sapu bagi menghilangkan gatal demam campak.



II - Guide! Kisah sekumpulan peserta program mendaki gunung anjuran Nature Explorer seramai 25 orang, terpaksa membatalkan niat untuk mendapat khidmat penunjuk arak (guide) kerana mengenakan caj yang mahal iaitu RM180.00 seorang. Wow! Mahalnya ya, sedangkan diorang ne (guide) adalah merupakan penduduk tempatan dari Kampung Paya di Pulau Tioman tersebut. Agak-agaklah kalau nak caj! Kalau sorang kene bayar RM180.00 X 25 orang, ini bermaknan guide tu boleh dapat RM4,500.00 hanya dalam masa perjalanan lebihkurang 10 jam pergi balik.

 

III - Gunung Kajang! Kumpulan seramai 25 orang yang diketui oleh Roshamrizal Zahari  dikenali juga sebagai Sham Castello telah mendaki Gunung Kajang yang terletak di Pulau Tioman, Pahang. Ketinggian gunung tersebut hanya 1,038 meter (3,405 kaki) dari paras lalut, tetapi mereka terpaksa menerjah atau menyondol gunung tersebut tanpa penunjuk arah.

Untuk samapi ke puncak Gunung Kajang, mereka telah menempuh kepayahan selama kira-kira sembilan jam dengan  hanya menggunakan Global Positioning System (GPS) serta berpandukan tanda takik di batang pokok sebagai panduan untuk meneruskan pendakian.

Mereka cuba menawan puncak Gunung Kajang dengan melalui laluan pokok duri mengkuang, menyelinap di bawah dahan pokok tumbang, memanjat akar-akar pokok dan juga menuruni cerun curam menuju pintu gua. Sebanyak tujuh gua batu pelbagai saiz dilalui. Akhirnya mereka berjaya sampai ke puncak tanpa bantuan guide!. Aku angkat topi pada kumpulan Nature Explorer.

 

Nota Kaki : Kepada kengkawan diluar sana yang teringin nak menyondol Gunung Kajang, sila hubungi En Sham Castello di talian 012-6206087 atau Nur Mursyida di 012-2399265.