03 April 2013

PENDATANG HARAM!


Assalamualaikum! Salam sejahtera kepada kengkawan yang setia membaca blog MJ-Kakiconteng, diharap semuanya dalam keadaan baik, sihat dan di murahkan rezeki.

Baru-baru ini, Pertubuhan Human Right Watch (HRW) menggesa pemerintah Myanmar menyiasat kegagalan pihak polis menangani rusuhan agama antara penduduk Buddha dan Islam. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kira-kira 12,000 orang telah dipindahkan.

Api permusuhan antara penganut Budhha dan Islam yang bermula dari Sitwe telah merebak ke Meiktila. Sejarah perkauman rakyat Myanmar diburukan apabila penduduk Islam mempunyai hubungan dengan India yang boleh dikesan sejak penjajahan British. Etnik Rohingya ini digelar sebagai Myanmar Muslim. Kebanyakan penduduk Myanmar melihat orang Rohingya di Rakhine sebagai 'Pendatang Haram' dari Bangladesh.

Warga Asing! Kisah warga asing di Tanah Semenanjung, terutama Kelompo bermula pada awal tahun 1930'an apabila ramai lagi kaum imigran, terutama orang Cina datang ke Kelompo-seperti yang diceritakan oleh Hj Abdullah Hukum dalam buku Kuala Lumpur dari Perspektif Hj Abdullah Hukum. 

Sebenarnya orang Cina udah lama ada di Kelompo tetapi tidaklah ramai. Apabila tamatnya perang saudara Selangor dalam tahun 1873, Yap Ah Loy (pada masa itu ketua bagi orang-orang Cina) telah membina semula lombong bijih, rumah-rumah dan harta benda yang rosak terbakar akibat perang saudara. Masa itulah ramai pelombong Cina memasuki kawasan Kelompo.

Apabila British datang ke Tanah Melayu selepas tahun 1874, buruh India pong dibawa bersama. Lepas tu pada tahun 1900 dengan adanya perusahaan getah maka buruh India sangatlah diperlukan. Antara tahun 1880 hingga tahun 1910 orang-orang India yang masuk ke Tanah Melayu dianggarkan seramai 48,000 orang. Kemasukan warga asing ini tidak dibantu dengan sebarang undang-undang dan tidak pula dihalang oleh sebarang undang-undang. Masa tu mungkin undang-undang kemasukan warga asing belum ada lagi kot!
  
Undang-undang imigeresen telah pong diluluskan lebih awal iaitu pada tahun 1930 dan digantikan pula dengan Undang-undang Orang Dagang pada 1933. Tujuannya ialah hendak menyekat kemasukan anasir-anasir yang tidak diingini. Tanpa undang-undang baru tersebut, sukarlah menghadapi gerakan-gerakan derhaka seperti kongsi gelap Cina yang menjadikan Tanah Melayu sebagi kesinambungan medan perjuangan siasah yang berasal dari negeri China.

Pada hari kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogas 1957, sebenarnya udah ramai orang dagang berada di Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, ada gak orang dari Indonesia, Siam, Burma, Pakistan dan Nepal. Yang paling ketara  adalah kemasukan orang Islam Selatan Siam dan orang Islam Indonesia dari Sumatera, Java, Borneo dan Sulawesi. Masa tu kita pong tak kisah sangat, dioarang masuk secara sah atau sebagai pendatang haram. Sebabnya ialah kerana mereka datang dari rumpun Melayu yang seagama!

Derhaka! Pada bulan Jun 1948 Tanah Melayu pernah diistihar darurat akibat percubaan Parti Komunis Malaya hendak menggulingkan Kerajaan dengan cara kekerasan untuk menubuhkan sebuah negara Komunis di Tanah Melayu. Selepas itu ada lagi darurat iaitu pada 13 Mei 1969. 

Hari ini! Iaitu 4 April 2013, ramai pendatang asing dari Myanmar udah mendarat di Tanah Semenanjung melalui pantai Pulau Langkawi. Ada yang udah ditahan oleh pihak berkuasa dan mungkin ada gak yang udah lepas menyusup masuk Kelompo dengan bantuan rakyat tempatan.

Bertambah kecoh dan haru-birulah Kelompo dengan pendatang haram dan warga asing yang kojer kat Kelompo. Dolu hanya ada orang Gurga  dari Nepal yang menjaual batu permata di Petaling Street. Ada orang Pakistan jual kain naik basikal dari rumah ke rumah. Lepas tu ramai orang Indonesia kojer sebagai buruh bangunan dan ladang getah serta ladang kelapa sawit. 

Banyak bangunan kat Kelompo yang udah disiapkan oleh buruh Indonesia. Kebanyakan bangunan yang didirikan adalah pusat perniagaan dan hotel mewah. Kebanyakan pekerja Indonesia yang datang Kelompo ne tidak fasih berbahasa Inggeris jadi mereka kekal pada sektor pembinaan dan perladangan. 

Untuk memenuhi permintaan tenaga kojer hotel dan restoran yang banyak kat Kelompo ne, pihak hotel pong import pulak pekerja dari  Bangladesh. Diaorang ne bolehlah bertutur bahasa Inggeris dan diletakan kat depan pintu hotel sebagai door men, beel boy, waiter, dishwasher atau kitchen halper. Warga asing seperti Nepal dan Pakistan yang tak fasih bahasa Inggeris dan kekadang langsung taktau sepatah haram cakap Melayu, diorang ne diberi tugas sebagai pengawal keselamatan. Warga Myanmar yang kebanyakan berugama Buddha dan sikit-sikit boleh cakap Melayu, pihak hotel bagi tugas sebagai Room Attendant. Sekarang ne pihak hotel ambik pulak pekerja dari Sri Langka dan di tempatkan di bahagian Maintenant sebagai General Workers.

Restoran Mamak dan Kopitiam (Cina punya) pong perlukan tenaga kerja. So! Dioarang   import pekerja dari negara India dan mungkin gak dari negara China. Kolej swasta yang banyak bertaburan kat Kelompo dan Lembah Klang ne pong perlukan pelajar. Ramailah warga Afrika datang untuk belajar kat Kelompo. Diorang ne masuk ikut pintu mana pong aku taktau pasal bila pihak berkuasa buat operasi, ada gak yang dikira sebagai pendatang haram-pasal takde passport atau guna passport palsu. 

Sesekali aku jalan-jalan kat Low Yat Plaza, Bukit Bintang, ramai warga asing (orang Bangladesh  atau Pakistan) yang bekerja sebagai jurujual barang-barang komputer. Begitu gak kalau ronda-ronda kat Petaling Street dan depan Kompleks Kota Raya. Ramai pulak warga Filipina terutama hari Ahad, berniaga secara kecil-kecilan kat kakilima. Kalau sekitar Jalan Silang takleh nak katalah Beb! Ini memang kawasan warga asaing. Ada restoran Nepal, ada jual rokok dari Bangladesh, ada jual sirih dari warga Myanmar, ada jual itu dan ini serta bermacam lagi. Kalau hari Sabtu dan Ahad lagi ramai!

Aku singgah pulak kat Campbell Shoping Kompleks, sebelah Balai Polis Dang Wangi. Dolu kompleks ne (1970'an) adalah salah satu tempat yang mesti dilawati untuk beli-belah. Tapi hari ini, kompleks ne nampak suram. Kebanyakan ruang kedai kat sini udah disewa oleh warga Pakistan atau Afganistan yang menjual jeket kulit untuk motosikal berkuasa tinggi. Ada gak yang hanya menyewa ruang niaga untuk dijadikan stor barang-barang kulit dan pakaian tentera dan polis. Tak jauh dari sini pulak iaitu di Pertama Kompleks ada gak warga Pakistan yang dapat menyewa ruang niaga di kawasan Bazzar. Dolu Bazzar ne hanya dikhaskan kepada kaum Bumiputra sahaja oleh pihak UDA, pasal ruang niaganya kecik sikit. Tapi apa sudah jadi ya!

Bercakap pasal pendatang haram ne kalau kat Kelompo memang sukar sikit nak bezakan yang masuk cara haram dan yang halal, melainkan ketika buat op pemutihan. Di Sabah atau di Serawak mungkin senang sikit kot kalau nak kenal diorang ne pendatang haram atau warga tempatan. Misalnya macam di Lahat Datu atau di Semporna. Ramai pendatang asing dari Selatan Filipina atau  Pulau Sulu serta pulau-pulau yang berhampiran membuat Kampung Air tanpa ganguan pihak berkuasa tempatan. 

Menurut banci penduduk pada tahun 2010, sebanyak 27.7% penduduk Sabah adalah bukan warganegara. Sekarang ne tahun 2013 dan mungkin udah mencapai 30% atau mungkin lebih, pendatang haram ada di Sabah. Ramai lagi  yang tidak dapat di banci, kerana mereka  mendirikan koloni dan hidup bebas di pulau-pulau serta tinggal di dalam perahu.

Tragedi Berdarah! Bila kita buat baik kepada orang luar, terutama pendatang haram atau orang yang tidak bernegara, pasti satu hari mereka akan menderhaka. Begitulah yang terjadi di Lahad Datu dan Semporna. Siapa sangka! Tiba-tiba mereka bangun menderhaka dan bersubahat dengan penganas untuk memerangi pihak keselamatan. Kesetian mereka masih lagi kuat dengan negara asal mereka, walaupong udah lama mencari rezeki di Malaysia. 

Sebagai penutup tirai! Negara Malaysia yang kecik ne, memang menjadi tumpuan warga asing untuk mendapatkan pekerjaan atau melakukan jenayah kerana negara Malaysia aman damai, mak'mor dan kayaraya. Pulak tu, rakyatnya yang berbilang kaum mengamalkan gaya hidup "terlalu berbudi bahasa" seperti kata penulis Datuk Noor Azam dalam ruangan "Bagai Musuh Dalam Selimut"- Sekian! Jumpa lagi!


   



 


No comments:

Post a Comment