09 April 2013

PERSOALAN


Persoalannya
kita disoal dengan persoalan
serta soalan-soalan yang sukar
untuk dipersoalkan lagi.

Lalu persoalan itu
kita telan tanpa apa-apa soalan
seolah-olah persoalan itu
adalah soalan
yang betul-betul soalan
adalah soalan
yang tidak perlu dipersoalkan.

Kita bukan Malaikat kawan
untuk mempersoal
untuk menerima bulat-bulat
soalan
atau persoalan yang diajukan
tetapi persoalannya
adakah kita masih mahu
percaya bahawa soalan
sentiasa tidak perlu disoal,
dipersoal,seolah-olah
setiap soalan itu
sentiasa ada jawapan.

Nimoiz T.Y
Kepong, Selangor.



No comments:

Post a Comment