18 April 2013

TEKANAN, AKTIVITI DAN REBUT KERUSI




Assalamualaikum! Seperti semalam dan hari ini, nikmatilah kehidupan kita seperti kita  menikmati 'ice cream' sebelum ice cream tersebut menjadi cair. Syukurilah apa yang kita ada sekarang! 

Semalam! Masa udah berlalu dan ada banyak perkara di luar kawalan kita. Mungkin semalam kita berhadapan dengan stres/tekanan yang kadangkala mencabar dan memberi sumbangan negatif dalam kehidupan kita. Tekanan adalah  perkara yang berlaku secara semula jadi apabila ada unsur paksaan daripada persekitraan luaran yang menyebabkan psikologi dalaman kita menerima kesannya.

Kenapa Kita Stres! Kita kecewa kerana tidak dapat apa yang dihajati. Mungkin kita juga sedang berhadapan konflik dan masalah kekelurgaan seperti tiada kepercayaan diantara satu sama lain, kurang kasih sayang, gagal memahami pendirian masing-masaing. Begitu gak kalau ditempat kerja, ketua tidak puas hati dengan tugasan yang diberi, tidak dapat menyiapkan kerja, tidak dinaikan pangkat, tukar kerja atau  diberhentikan kerja.


Tangani Tekanan! Ada baiknya kita berfikiran secara positif. Janganlah salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan. Janganlah terlalu risau akan kekurangan, belajarlah mulai sekarang dengan menyukai diri sendiri. Luangkan masa bersama keluarga atau beriadah. Carilah teman untuk meluahkan masalah.

 

Aktiviti Luar! Lakukanlah kegiataan luar seperti kayuh basikal. Badan yang sihat membentuk otak yang cergas. Segala tekanan kita boleh lupakan apabila kita melakukan aktiviti luar. Lebih menarik lagi kalau masa beriadah tu kita keluar bersama rakan, tentu ada banyak cerita yang boleh kita dengar yang membuat kita ketawa.

Ekspresi Diri Kita! Mungkin kita tak pandai kayuh basikal atau belum beli basikal lagi. Kita boleh ge kelas bermain alat muzik atau ge studio art jamming. Mungkin kita boleh menulis puisi, membaca novel, sekadar mendengar muzik atau window shopping sambil ambil gambar.

Kesan Tekanan! Memang ada kesan kalau udah stres yang berpanjangan seperti kene strok, masalah berat badan, masalah kulit,  ganguan tidur, sakit kepala, cirit-birit atau sembelit, kemurungan, migrain, tekanan darah tinggi, serangan jantung dan kecelaruan. 




Rebut Kerusi! Semalam gak kita udah dapat berita senarai calon BN PRU-13, siapa lawan siapa, siapa yang digugurkan dan siapa pulak yang undur diri. Yang kene gugur seperti Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (Dun Sg. Panjang), Datuk Raja Ahmad Zainudin Omar (Dun Kubu Gajah), Datuk Mohamad Aziz (Parlimen Sri Gading), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Parlimen Setiawangsa), Datuk Abu Seman Usop (Parlimen Masjid Tanah) dan Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Parlimen Kangar).

Muka Baru!  Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin (Pas-Jempol), Calon paling muda dari BN-Dun Keranji, En Daniel Wa Wai How, 25 tahun. Pemilik sekolah tahfiz di Kubang Kerian, En Mohd Shamsul Yusof (BN-Dun Pasir Tumboh), En Fatul Bari Mat Jahya-Pengerusi JKK Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), yang bertanding kerusi BN-Dun Sanglang di Perlis. Penyanyi DayangKu Intan (PKR-Pengerang, Kota Tinggi). Penyanyi Herman Tino (Bebas-Tg. Karang).


Kata Pujangga "Carilah teman baru kerana umur kita semakin meningkat. Teman lama udah banyak yang meninggalkan kita kerana bekeluarga dan mencari kehidupan sendiri. Aku dan kengkawan akan sendirian dan kesepian andainya tidak ada teman baru". - Makasih dari Mj dan jumpa lagi!




No comments:

Post a Comment