26 April 2013

GENDANG PERANG SUDAH DIPALU!


Salam Jumaat! Kepada kenkawan yang terkelik laman sesawang aku ne, semuga anda semua dalam keadaan ceria, sihat walafiat hendaknya.  Alhamdulillahi rabbil'aalamiin! Ketika aku menaip entri ne, diluar sedang menitis turun air dari langit. Bermula perlahan dan akhirnya lebat dan sesekali disulami bunyi petir berdentum. Suka atau tidak hujan tetap turun membasahi bumi, sepertimana yang telah ditentukan oleh Allah.

Gendang Perang! Ini bukan perang main-main, ini perang PRU-13. Perang antara Barisan Kerajaan dengan Pakatan Pembangkang. Perang pelbagai poster dan bendera udah dinaikan. Dalam tempoh sekarang sehingga hari memangkah atau ayat lain hari pembuangan undi, mereka tidak henti-henti mencetak poster wajah calon, bendera, risalah, kemeja -T, topi dan bermacam lagi sebagai bahan kempen. 

Selain kempen mencetak itu dan ini, Internet menjadi senjata baru bagi kempen serta aktiviti perang saraf. Tidak hairanlah jika golongan muda mencari maklumat berkaitan politik di internet. Laman sesawang dan facebook dijadikan ruang untuk berhujah, mencari maklumat baik atau sebaliknya.

Orang Muda! Terutama yang tinggal dibandar, memang kurang membaca akhbar dan dengar berita kat televisyen. Diorang ne lebih suka  melayari internet pasal ada pelbagai cerita, gambar dan video yang boleh diselak tanpa sekatan. Walaupong begitu, golongan muda yang profesinol akan menilai kembali maklumat manakala orang muda yang tidak cukup ilmu dan taksub akan mempercayai bulat-bulat.
 

Sabotaj! Orang muda yang cetek ilmu politik, akan guna cara kekerasan seperti kejadian letupan di lokasi Ceramah Perdana BN - Perlimen Nibong Tebal. Letupan tersebut telah memeranjatkan kira-kira 3,000 penyokong BN ketika Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap. 

Budak! Yang lagi tak masuk akal ialah berita budak berumur 11 tahun cedera dipukul oleh salah seorang kumpulan lelaki bermotosikal gara-gara budak tu mengaku menyokong Barisan Nasional di Felda Teloi Timur, Baling-Kedah. Namanya pun budak, manalah dia tau pasal parti politik mana yang patut disokong. Budak selalunya jujur! Tak pandai menipu, melainkan emak-bapak atau kenkawannya ajar menipu. 

Sejujurnya! Budak tu memang menyokong BN pasal buat masa ne dia sekelurga tinggal di Felda milik BN, sekolah pulak kat sekolah bantuan kerajaan BN. Masjid dan surau yang budak tu selalu ge solat didirikan oleh kerajaan BN. Jalan raya bertar yang hari-hari dia dan keluarga dia pijak dan berjalan disediakan juga oleh kerajaan BN. Jadi, salahkah budak tu untuk menjadi jujur?

Dalang Sabotaj! Dari luar pong ada gak sabotaj. Seperti yang dilapurkan akhbar iaitu 35 orang pengganas Sulu mati ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina, ketika cuba memasuki Sabah untuk buat sabotaj terhadap PRU-13. Disebalik tu, Nur Misuari - bekas Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang ada hubungan dengan pemimpin pembangkang di Malaysia, telah dikaitkan sebagai dalang serangan pengganas  Sulu.

Fitnah! Kepada dua belah pihak - BN mahupong Pakatan Pembangkang, udahlah jangan reka fitnah, caci maki dan mengaibkan orang lain ketika berkempen. Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, sepatutnya kita tidak terpengaruh dengan fitnah yang direka. Nanti yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.


Nota Kaki : Ingat! Kebanyakan manusia kat plenet bumi ne tidak mudah percaya bahawa plenet ini dan seluruh isinya tiap hari tambah tua. Malah ada manusia tidak mahu akui bahawa ajalnya semakin hampir setiap kali umurnya bertambah. Oleh itu pilihlah calon menggikut kewarasan anda. Pilihan memang ditangan anda tetapi Allah yang menentukan segalanya. Sesunguhnya Allah tidak sekali-kali memungkiri janji. - Panjang umur kita jumpa lagi. InshaAllah!


No comments:

Post a Comment