16 April 2013

PELUKIS WANITA DI UM

 

'Malaysia ramai pelukis Hawa berbakat'



 





Pencapaian wanita  dalam bidang sastera, sains dan teknologi semakin menyerlah seiring dengan kejayaan kaum lelaki dalam apa jua bidang. Begitu juga dengan kebolehan menghasilkan karya lukisan yang biasanya dipelopori oleh pelukis lelaki.

Persatuan Wanita Universiti (UWA) tampil mengenengahkan bakat yang ada pada wanita dalam bidang seni lukisan melalui penganjuran pameran Pelukis Wanita dan Kontemporarinya (PWK) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya (UM) yang sedang berlansung sehingga 19 April 2013. 

Presidennya, Prof. Madya Faridah Noor Mohd. Noor berkata, pameran tersebut merupakan yang pertama kali dianjurkan bagi menghargai kesenian wanita dalam mencorakkan senario lukisan dalam negara. 

Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas UWA ke-50 bagi penubuhan UWA Endowment Fund untuk pelajar wanita. "Matlamat utama penubuhan UWA adalah untuk menyediakan ruang aktiviti yang membantu wanita bergerak ke hadapan".

"Beberapa aktiviti dianjurkan tertumpu kepada laluan kerjaya yang berkait rapat dengan perkembangan kerjaya wanita," jelasnya.

Extra : Seramai 16 pelukis wanita terlibat dalam pameran di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya seperti : 

1.  Atiya Hasan  
2.  Khaliah Ismail
3.  Emma Maembong
4.  Shikin Maembong
5.  Yaya Maembong
6.  Mariana Janeri
7.  Mina Hadayat
8.  Naddia Zakaria
9.  Pegah Jahangiri
10. Rube Jamal
11. Sabariah Hitam
12. Dr Ruzaika Omar Basaree
13. Dr Diana Lea Barabovich
14. Dr Mariani Md. Nor
15. Dr Nor Azlin Hamidon 
16. Raja Datin Zuraida Raja Datuk Mansur 


Nota Kaki :  Foto diatas hanyalah hiasan sahaja. Rencana ini disimpan dalam blog kakiconteng sebagai sumber rujukan dan  ditulis oleh nadia bahari@kosmo.com. Jumpa lagi!



No comments:

Post a Comment