12 April 2013

WINDOW SHOPPING & STYLO


Nak ge mana Bro! Kalau setakat nak ge jalan-jalan (window shopping) atau istilah bebudak sekarang nak 'charge battery' sebab bosan tinggal kat rumah, ada baiknya keluar bersama rakan. Sambil jalan-jalan dapat gak berbual mengenai style atau aliran gaya pakaian lelaki kontemporari.



Kat entri ne, aku hanya nak story pasal gaya pakaian lelaki sahaja. Gaya lelaki selalunya berkait rapat dengan kerjajaya. Contohnya seperti lelaki yang bekerja dalam syarikat penerbitan, ada pengurus penerbitan, editor, wartawan, pengarah seni, pereka graphic atau jurufoto. Tentu meriah dengan bermacam gaya dan warna kat tempat kojer tu!





Sebelum nak bergaya ada baiknya kengkawan tahu sikit pasal istilah-istilah asas dalam berfashion. Bermula dengan underwear brief, baju (custom - made shirt), casual pants, sport jacket, blazer, tuxedo, easygoing jackets, sweaters, ties, shoe, hats dan lain-lain lagi. Pulak tu ada bermacam fabrics untuk sport jacket (sekadar menyebut beberapa fabrics) seperti gabardine, sharkskin, linen, silk, serge, flannel atau corduroy.



Seluar @ casual pants! Untuk ke tempat kojer seperti syarikat penerbitan, kengkawan boleh pakai khakis (pure cotton), pegged pants (bad boy) fatigues (military style), corduroys atau blue jeans. Seluar ne boleh disuai padan dengan kemeja lengan panjang atau t.shirt serta ditambah dengan menyarung denim jacket atau sweaters V-neck  boleh jugak dipadankan dengan cardigan. Itu belum lagi bab kasut, hair design dan cologne - tu barulah stylo Bro!




Barulah stylo Bro! Nak sangat stylo sampai kita lupa siapa diri kita. Kalau nak berpakaian tu agak-agaklah terutama ketika keluar pada hujung minggu. Tak kisahlah apa tujuannya, nak window shopping ke, jumpa kengkawan ke atau nak buat show sebagai pelukis atau penghibur jalanan. Jangan pakai seluar pendek yang boleh nampakan kepala lutut. Belilah seluar pendek yang menutup lutut. Kalau takde, beli jer seluar panjang dan antar kedai untuk dipotong bawah kepala lutut.


Bro! Berhati-hatilah ketika bergaya jangan sampai kita jadi mangsa fashion. Berpakaian pong ada etikanya, bergantung pada tempat dan keadaan. Takkan nak pakai seluar pendek ge jemputan majlis perkahwinan. Seluar pendek menutup lutut beserta baju bunga lengan pendek sesuai dipakai ketika party bbq kat tepi pantai misalnya. Ketika datang majlis perkahwinan pulak, pakailah kemeja atau T. Shirt berkolar sebagai menghormati tuan rumah. Jangan sesekali pakai T. Shirt tanpa kolar, bukannya kita nak ge pasar Bro!


Maaf Bro! Bercakap pasal berpakaian ne, kita sebagai lelaki wajib ge sembahyang Jumaat. Pakailah pakaian untuk ka masjid bukan berpakaian seperti nak ge tenguk wayang atau nak ge pasar. Patut ke kita ge sembahyang Jumaat sekadar menyarung T.Shirt pagoda, atau T.Shirt yang kat belakangnya tertulis Supermen, Levis atau gambar kumpulan rock  yang siap ada simbol tanduk syaitan (isyarat jari sebagai komunikasi tanpa lisan).


Nota Kaki : Andainya aku dan kengkawan masih sihat, kita jumpa lagi di entri terbaru. As Salam dari Mj!
   


No comments:

Post a Comment