10 April 2013

KOMPLEKS BUDAYA KRAF

S

As Salam! Syihan yang tinggal kat Bukit Indah - Ampang, teringin nak ronda-ronda kat sekitar Jalan Masjid India. Aku, Azahan dan Syihan bertemu berhampiran stesen LRT Masjid Jamek kul 0845 pagi untuk sarapan.

Awal lagi! Ketika kami melalui Wisma Yakin dan sekitar Jalan Masjid India, banyak gerai dan kedai belum dibukak lagi. Aku cadangkan pergi ke Kompleks Budaya Kraf kat Jalan Conlay, pasal udah lama aku tak jenguk kengkawan pelukis kat sana.

Kami menaiki sebuah teksi merah-putih yang dipandu lelaki Melayu. Sepanjang perjalanan menuju Kompleks Budaya Kraf, si pemandu tu rancak berbual terutama pasal Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Pemandu teksi tu sambil pegang stering terus pot-pet pot-pet pasal 'Manifesto BN' dan memandingkan manifesto parti pembangkang.

Tak lama tu, teksi pong sampai kat depan Kompleks Budaya Kraf. Lega rasanya bila udah keluar dari perut teksi dan tak perlu lagi dengar ceramah dari pemandu teksi. Ya lah! Aku ne bukan jenis suka dengar ceramah politik, lagi-lagi kalau yang  berceramah tu suka memburukan orang lain.



Aku pong tak pasti kenapa setiap kali berkempen mesti mengata keji, tujuan nak mencari undi tapi hilang harga diri. Nampak wajah diaorang tu sombong lagi taka'bur dan mereka terlalu yakin tentang itu dan ini, sepertinya mahu mendahului ketentuan Ilahi. Jangan lupa syaitan sentisa merancang tipu daya ke atas anak cucu Adam!




Kompleks Budaya Kraf! Mula-mula kami singgah kat wakaf atau gazebo yang terletak
disebelah kiri kompleks. Mungkin awal lagi, kami hanya sempat bertemu beberapa pelukis seperti En Harris Ribut, Ajis Mohamad, Shima Abu Hazim, Samsudin Mohamad, Razak dan  pelukis Hassan Ahmad.

 

Mutiara Kata : Sebagai menghargai sokongan kengkawan dan kaki blogger yang selalu terklik blog aku, disini aku selitkan kata-kata yang mungkin berguna untuk kehidupan kita. Jumpa lagi!

"Menginginkan sesuatu yang berada diluar jangkauan, sesungguhnya kengkawan sedang bermimpi pada siang hari. Cita-cita memang perlu setinggi langit, namun dalam berusaha dan berjuang melaksanakan cita-cita tadi, mulailah dari yang rendah, dari yang lebih kecil dan dari yang sederhana. Berfikir besar tetapi mulailah dari yang kecil".
 
Add caption




No comments:

Post a Comment