29 April 2015

LELAKI ITU ADALAH AKU!



29 April 2015


Tinggi - Jika ada masa yang berbaki aku suka mendaki. Guna basikal bukit, motorsikal atau ATV. Benar, bukit itu tinggi jika kita hanya cobak mahu mendaki. Jika benar-benar udah mendaki dan berada dipuncak, bukit itu tidaklah setinggi mana sebab gunung di hadapan itu lebih tinggi!


Lelaki
itu sedang bercuti. Bercuti kerana mahu menyelesaikan beberapa urusan yang biasa dilakukannya setiap hujung atau awal bulan. Selalunya lelaki itu akan ke kauter dikawasan perumahannya untuk membayar bil-bil seperti bil air, sinking fund, service charge dan kekadang membayar bil master fire insurance.

Selepas itu, lelaki tersebut akan bergerak pula ke kauter Pos Malaysia untuk membayar bil TNB. Setelah urusan selesai, lelaki tersebut singgah disebuah restoran mamak untuk pekena teh tarik. Sambil minum sambil menyemak semula bil-bil yang udah dibayar. Kesemua bil-bil tersebut tidak pun dikenakan cukai perkhidmatan 6%[GST].

Ketika sedang menghirup baki air teh tarik, lelaki tersebut teringat akan satu cerita pendek yang ditulis oleh Fathuri Salehuddin dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Ceritanya begini:
Suatu hari semasa sedang makan di sebuah kedai, sekor kucing datang mengiau-iau di sisi saya. Keadaan ia mengiau begitu bersungguh-sungguh, malah suatu ketika ia melompat ke atas meja. Melihat kucing itu hati saya tersentuh. Kucing ini sangat lapar barangkali. Lalu saya ambil sedikit daripada lauk yang ada dan menghulurkan kepadanya. Kejadian ini membuatkan saya berfikir lagi, mengapa kucing ini datang ke meja aku, bukan meja orang lain?

Saya datang ke kedai makan ini, mengambil makanan dan membayarnya dengan duit saya. Oleh itu saya boleh kata makanan di pinggan adalah milik saya. Itu kata saya. Hakikatnya milik saya bukanlah semua rezeki saya. Rupa-rupanya sebahagiannya adalah rezeki kucing itu.


Betulah tu! Bisik suara hati lelaki tersebut. Rezeki itu bukan semua milik lelaki itu, pasal baru  tadi dia menghulurkan  sedikit duit kat TNB, bagi sikit kat Badan Pengurusan Bersama, bagi pulak kat mamak dan lepas ne lelaki tersebut nak huluq[1] sikit kepada tukang gunting rambut! 


Lelaki itu gerak meninggalkan restoran mamak dan menuju kedai gunting rambut. Tukang gunting yang bernama Samy itu menggikut arahan lelaki itu apabila mahu rambutnya di ketam[2] bukan diguting dari atas ke bawah dengan ukuran ketam nombor satu kemudian kosong dan dibawah sekali cukur licin. Proses mengetam rambut tidaklah lama mana pun kerana rambut lelaki tersebut masih pendek. Bayaran bagi sekali ketam hanya rm8.00 tetapi biasanya lelaki itu akan memberikan rm10.00 kerana perkhidmatan si Samy yang dikira tip-top[3] gitu!

Pukul 1230 tengahari urusan diluar udah selesai. Kini lelaki itu udah pun memasukki apartment dan menanggalkan kasut serta stokin. Kemudian lelaki itu bergerak ke bilik yard, menanggalkan kemeja sportswear warna hitam jenama Fred Perry dan seluar kalis air dari jenama Uniqlo. Membuka pintu mesin basuh dan menyumbatnya kedalam.

Rugi
tenaga, kalau mesin hanya membasuh beberapa helai pakaian sahaja. Lalu, lelaki itu menyelongkar bakul pakaian harian isterinya yang belum dicuci dan menyumbatnya kedalam mesin. Air di isi dan satu penutup pencuci cecair Ekonomi Handalan dicurakan kedalam. Kemudian lelaki itu menutup pintu mesin lalu menekan punat on dan punat wash. Mesin pencuci jenama Toshiba itu sedang bertugas. Tugasnya tidak perlu diselia kerana akan berbunyi apabila tamat kerja-kerja mencuci.

Lelaki itu meninggalkan bilik yard dan masuk ke bilik tido lalu menyarungkan sehelai seluar pendek. Masuk ke bilik bacaan, duduk dikerusi warna hijau dan mengadap screen laptop. Lelaki itu klik pada Mozilla Firefox, klik Seach, klik http://Kakicontenglukisan.blogspot.com Mengadded sekeping gambar lalu menaip.

Tit! Tit! Tit! Bunyi mesin basuh minta perhatian. Lelaki itu bangun lalu masuk ke bilik yard. Menekan punat rinse kemudian bergerak semula ke bilik bacaan. Lelaki itu menaip semula. Sambil menaip sesekali lelaki itu menguis screen hanpon, mencari note yang sering disimpannya dalam ColorNote. Entah apalah yang ditaipnya. Fullstop!

28 April 2015

BUBUR NASI SUP EKOR!


28 April 2015
Kuala Lumpur.

I- Jam 0700 pagi. Lelaki itu yang memakai baju petak-petak dari fabrik shell cotton  jenama 29195=HOMME buatan negara matahari terbit, udah terpacak sekitar Jalan Masjid India. Lelaki itu berjalan dicelah orang ramai. Orang ramai, yang baru turun dari stesen LRT Masjid Jamek kelihatannya terus bergegas[1] ke pejabat untuk mengejar punc-card. Ada juga yang singgah di-gerai nasi lemak atau terus lepak di kedai mamak. 


Lelaki tadi yang berjalan perlahan sambil mengendong backpack Pierre Cardin berwarna hitam, telah berhenti disebuah gerai menjual akhbar dan membeli senaskan  Kosmo! Bergerak masuk ke dalam bangunan Malayan Mansion melalui lorong kecil. Kali ini lelaki itu berhenti digerai teh tarik. Menarik sebuah kerusi pelastik, lalu melabuhkan punggung disatu sudut sambil memesan teh tarik dan dua biji telor setengah masak.

Teh tarik dan telor setengah masak sudah terhidang diatas meja. Mengirup sekali dua teh tarik sambil mata tertumpu pada tajuk akhbar - Lee Chong Wei bersalah. Mata lelaki itu beralik pulak kepada tajuk dibahagian sisi kanan. Jaga bunuh pegawai bank di Johor Bahru berdepan hukuman mati, Tan Sri Michelle Yeoh dan suami dilapor terkandas di Nepal dan Pengusaha jual sup kepala ikan siakap RM150 semangkuk di Kelantan diserbu.

Jam 0745 pagi. Lelaki itu bangun dan beredar meninggalkan Malayan Mansion melalui sebuah jembatan berhampiran Selangor Mansion lalu bergerak ke Jalan Melaka. Bunyi call ring tone dari hanpon lelaki itu jelas kedengaran 'Awak Kat Mana - Awak Kat Mana'. Lelaki itu berhenti. Menarik zip backpack sambil mengeluarkan hanpon lenova lalu menjawap panggilan tersebut. Lelaki itu adalah aku!

 
II- Aku  sedang menanti sahabat lama bernama Azahan Md Noor. Temujanji kami waktu pagi tetapi waktu sabenarnya tidak ditetapkan kerana si Azahan akan keluar dari sarangnya[2] di Bukit Indah Ampang dengan menaiki bas rapidKL. Lepastu akan menyambung perjalanan dengan LRT dari stesen Ampang dan berhenti distesen Masjid Jamek.


Sudah
dua bulan aku tidak bertemu siAzahan selepas pembedahan jantungnya di IJN. Kebetulan pulak, aku sedang menghambakan diri dengan alam di-tanah kebun Lancang Pahang. Sebelum ini pun, ada gak aku terima sms dari siAzahan yang mengatakan pembedahan jantungnya berjaya dengan kos berjumlah rm60 ribu. Wow! Banyak tu. Apapun, syukur kepada Ilahi kerana kita masih boleh dipertemukan.

Aku sudah menghampiri stesen LRT Masjid Jamek. Bunyi kenderaan yang bersatu dengan bunyi gerabak LRT yang baru tiba memang memekakkan teliga. Aku terpandang susuk tubuh siAzahan dicelah-celah orang ramai yang sedang menuruni anak tangga. Dia berbaju warna biru, mengendong backpack macam aku juga dan telinganya disumbat earphone[3] berwarna putih. Aha! Itulah gaya orang Kolompo ketika menaiki LRT agaknya.

Kami bersalaman. Aku lihat wajah Azahan lebih ceria berbanding dua bulan lepas. Sebelum ini wajahnya muram, badan kurus kering mungkin menanggung penderitaan batin kerana bertahan dengan penyakitnya iaitu jantung dan kencing manis. Dalam tempoh dugaan tersebut, aku dengar siAzahan keluar masuk hospital. Dari hospital di Kelang kemudian dipindahkan ke hospital Kolompo dan akhirnya ditahan di IJN.


III- Aku
ajak Azahan sarapan nasi lemak disekitar Jalan Ampang. Lepas itu kami berdua menapak semula arah stesen Masjid Jamek. Distesen, Azahan membeli token dan aku pulak akan menggunakan kad Touch n'Go yang mungkin masih berbaki tidak sampai rm50 ringgit. Sementara menunggu ketibaan tren untuk ke PWTC, aku dan Azahan ambik kesempatan merakam gambar disekitar Masjid Jamek yang kelihatannya sedang dinaik taraf. [Sila sekodeng entri GuE RaKam & GuE EdiT! yang aku post kat bawah ini].
 


Di PWTC. Pukul 0950 kami berdua sampai dipintu masuk utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ketika ini orang ramai mula membanjiri kawasan pameran. Yang paling ramai tentulah bebudak sekolah dan pelajar universiti. Masa 10 minit itu kami berdua gunakan untuk ke-kios atm CIMB dan ke tandas.

Ketika aku keluar dari tandas, aku menjeling jarum jam ditangan kanan aku. Jarum jam menunjukkan pukul 1005. Time macam ini cantiklah kalau kami jenguk-jenguk dulu digerai kegemaran kami iaitu gerai ITBM. Tentu banyak buku-buku baru yang dipamerkan. Aku bisalah, kalau nak beli buku tenguk konsep dan rekabentuk kulitnya dulu. Kemudian baca sikit prakata atau kata-kata dari meja penulis.

Pada pesta buku tahun lepas aku sudah membeli beberapa buah buku yang rekabentuk kulitnya memang menarik perhatian aku antaranya buku puisi BALADA Pyanhabib, KONTAL KANTIL Ismas Saring, Cikgu SHAHNOM Di Mata Kami dan PAK SAMAD Di Mata Kami yang saiznya sama gitu. Buku lain seperti buku Pandirnya Si Pandir tulisan Khalid Salleh, Bijak Si Katak Bijak dari Siti Zainon Ismail.

Buku-buku yang aku beli kerana tajuknya  seperti novel klasik Budak Beca dan Anak Mat Lela Gila dari Pak Sako [Ishak Hj Muhamad]. Buku Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia, Negeri Kunang-Kunang, DiNegeri Kalbu, Bidadari Burung dan Budak Tin yang kesemuanya dibeli kat gerai ITBM.

Tahun lepas, hampir semua gerai aku dan Azahan singgah. Masa itu tenaga dan poket masih kuat dan berisi. Yalah! Rugi rasanya kalau tidak singgah dan membeli beberapa buah buku digerai DBP, Karangkraf dan gerai MPH misalnya. Buku-buku tahun lepas yang aku beli termasuklah buku Landskap Kembara, Huru-Hara Syria, Aku Dia Dunia dan novel perang Serang Hendap Ulu Legong.

Pesta buku kali ne pulak, tentulah tidak dapat hendak singgah banyak gerai pasal siAzahan baru sahaja keluar dari IJN dan doktur nasihatkan siAzahan banyakkan berehat dari membuat aktiviti yang memenatkan. Di gerai ITBM aku hanya membeli beberapa buah buku antaranya kumpulan puisi Suara Bukit kepada Langit, 77 Tuju dari Zaen Kasturi. Dari penerbit DBP pulak novel Wira Tani dan buku Pengeluaran Benih Ikan Marin. Kali ini aku terjebak juga dengan iklan Pyanhabib di fb pasal buku Terima Kasih Si Babi Hutan tulisan Ismail Ariffin @Lepat dan perkata oleh Ujang Budak Minang.




IV- Jam 1245
lebihkurang, kami berdua keluar dari kawasan pesta buku. Perut keroncong[4]. Kami beratur dikios A&W. Beli dua burger daging termasuk air dan kentang goreng. Disiar kaki, meja yang disediakan oleh pihak penganjur sudah dipenuhi pelanggan yang sedang menikmati makan tengahari. Aku dan Azahan mencangkung ditepi siar kaki, makan sambil berbual mata pula memerhatikan pengunjung yang semakin ramai datang, berombongan, berkawan, bersaorangan ke pesta buku. Apa adahal pada gst Bro! Bisik siAzahan.


Usai makan burger, kami berdua gerak arah kestesen LRT melalui jejambat disebelah bangunan PWTC. Distesen, Azahan membeli token terus ke stesen Ampang manakala aku pula akan turun di stesen Masjid Jamek. Nantinya, sementara menunggu solat Zohur aku cadang hendak pekena teh tarik di Malayan Mansion. Yalah, mana puasnya tadi hanya sekadar meneguk air berkarbonat. Tapi tidak jadilah, pasal teringat sms dari isteri aku pagi tadi yang bagitahu demam, dapat mc dan nak balik rumah.


V- Tengahari dirumah.
Isteri aku tidak sihat. Selesai solat Zohur, aku mengedit gambar-gambar yang aku rakam pagi tadi menggunakan kamera hanpon Lenovo. Bila perut terasa lapar mulalah mencari saki baki makanan dalam peti sejuk. Kebetulan ada baki sup ekor dan baki bubur nasi yang isteri aku masak malam semalam. Jadinya, aku hiriskan sebiji bawang merah dan tumis dalam periuk. Kemudian aku masukkan sup yang masih ada dua ketul ekornya. Bila hampir mendidih, aku masukkan bubur nasi semalam. Pekat. Aku tambah sedikit air dan masukkan sedikit hirisan daun sup dan aku rasa. Edap! Tak payah tambah garam atau serbuk perasa pasal dalam masakkan sup ekor tersebut udah cukup havay dengan serbuk perasa.  Diaorang masak selalunya bubuh serbuk perasa aji-no-moto! - Jika nasi sudah menjadi bubur, usahlah dibuang. Jadikanlah bubur nasi tersebut lebih sedap!

 

@Nota Lutut : Eh! Apa kene mengena dengan tajuk entri kali ne ya. Lebih baik letak tajuk Lelaki itu adalah Aku atau Pesta Buku. Sabenarnya tajuk ne nak suruh korang membaca sampai habis, macam tajuk sebuah buku yang pernah aku beli dolu. Buku tersebut berjudul CENDUL PULUT Santan Lebih hasil tulisan Datuk Abd Jalil Ali diterbitkan oleh karangkraf. Tetapi buku tu yang setebal 365 muka surat bukanlah cerita pasal cendol semata-mata. Dalam buku tu ada macam-macam cerita dan bolehlah disamakan dengan pemerhatian beliau saban hari pasal jagung, pulut, santan, kacang merah, kacang hitam juga kacang-kacang jenis lain dalam diri manusia. Kata beliau lagi, tidak semua cendol menepati cita rasa setiap individu. - Wallahuaklam!


GuE RaKaM & GuE Edit
















27 April 2015

Kayuh Petang ke MEMPATEH




Ahad 19 April 2015

Tengahari
di Tanah Kebun. Ketika ini cuaca sedikit redup kerana baru sekejap tadi hujan turun rintik-rintik. Tertarik dengan cuaca yang redup, aku cadangkan pada Mat Ganu untuk pergi berkayuh  arah ke Mempateh. Mat Ganu setuju!

Pukul 1520. Aku dan Mat mula berkayuh meninggalkan kabin melalui tiga buah bukit yang permukaan jalannya dipenuhi batu kerikil. Sebaik melepasi bukit terakhir untuk ke jalan berturap tar, sinar matahari tiba-tiba muncul. Ohhh! Rupanya tadi sang matahari terlindung oleh sekawan awan putih dan sedikit awan kelabu.

Panas.
Bahang panas matahari ketika ini benar-benar mencabar kami. Panas terik, peluh jantan mengalir deras dan kami tetap teruskan berkayuh arah ke Simpang Tiga Kampung Teris. Berhampiran papan tanda Kg. Teris, kami akhirnya mengalah juga, apabila terpaksa berhenti untuk minum. Dahaga sangat!

Dari
Kampung Teris, kami berdua akan berkayuh melalui beberapa buah desa pingitan seperti Kg Paya Laman, melintasi simpang ke Kampung Tedong, Kg. Lubok Kawah sebelum sampai ke simpang tiga Kampung Mempateh. Di Mempateh nanti kami cadang untuk pekena Milo Iced disebuah warung yang terletak berhampiran masjid.

Melepasi
Kg.Paya Laman, kami take five atas permintaan si Mat Ganu. Tidak seperti berkayuh ke Jergoh pada minggu lepas. Kali ini memang letih giler, komen si Mat sebaik sahaja merebahkan basikal di tepi longkang. Mat Ganu mengadu, kepalanya terasa sedikit pening tetapi tetap bersemangat untuk menghabiskan kayuhan ke Mempateh!






Mana tak letih!
Berkayuh pada cuaca panas terik dan laluan menuju ke Mempateh pulak kebanyakannya mendaki. Lain kali kalau kami ingin berkayuh ke Mempateh lagi, kenalah berkayuh seawal 0700 pagi atau kayuh petang pukul 1700. Apapun, setelah berehat seketika, kami teruskan berkayuh. Semangat tuuu!
 


Simpang ke Kampung Tedong sudah kami lepasi. Kini, kami berada di simpang tiga Kampung Mempateh. Kami menghampiri sebuah warung menjual iced blended. Menyandarkan basikal di tiang, menarik kerusi berwarna merah, membuka helmat dan sarung tangan lalu memesan milo iced. Sruppp! Bunyi si Mat Ganu menyedut milo iced. Sekali lagi disedut, milo iced tersebut lenyap dan yang  tinggal hanya beberapa ketulan iced.


Si Mat Ganu memicit dahi. Aku menghulurkan sebiji pil jenama Paracil.  Amat meminta air suam dan pil tersebut ditelannya. Aku pulak, cuba berbual dengan seorang lelaki yang sedang leka menghisap rokok. Mula-mula berbual tentang cuaca panas, gst, catuan air, hinggalah isu-isu yang aku tidak berminat sangat iaitu isu 'politik masa kini'.


Panjang lebar lelaki di meja sebelah aku bercakap tentang pelbagai topik, akhirnya aku dapat memintas topik yang dibualkannya apabila dengan selamber aku bertanya akan  asal usul nama Kampung Mempateh.

Al-kisahnya, Mempateh itu berasal dari logat orang Minangkabau yang bermaksud 'Maman Putih'. Konon, dolu-dolu di kawasan kampung dipenuhi tumbuhan Maman Putih. Jadi, pedagang-pedagang Minangkabau menyebutnya kawasan tersebut dengan panggilan Mempateh. Selain tu, Mempateh juga di kenali sebagai Lubuk Terua dan pernah menjadi kubu kuat Dato' Bahaman ketika zaman menentang Inggeris.


Puas
hati aku bila asal usul Mempateh telah diketahui.   Milo iced pulak hanya tinggal iced yang sedang mencair. Aku dan Mat Ganu mahu berbudi, lalu bangun meminta diri. Membayar harga minuman dimeja depan dan di meja belakang. 

"Terima kasih daun keladi" 


Pendek sahaja bunyi ayat yang keluar dari lelaki di meja belakang. Kami senyum lalu berkayuh meninggalkan warung menuju Tanah Kebun. Jumpa Lagi!