27 April 2015

Kayuh Petang ke MEMPATEH




Ahad 19 April 2015

Tengahari
di Tanah Kebun. Ketika ini cuaca sedikit redup kerana baru sekejap tadi hujan turun rintik-rintik. Tertarik dengan cuaca yang redup, aku cadangkan pada Mat Ganu untuk pergi berkayuh  arah ke Mempateh. Mat Ganu setuju!

Pukul 1520. Aku dan Mat mula berkayuh meninggalkan kabin melalui tiga buah bukit yang permukaan jalannya dipenuhi batu kerikil. Sebaik melepasi bukit terakhir untuk ke jalan berturap tar, sinar matahari tiba-tiba muncul. Ohhh! Rupanya tadi sang matahari terlindung oleh sekawan awan putih dan sedikit awan kelabu.

Panas.
Bahang panas matahari ketika ini benar-benar mencabar kami. Panas terik, peluh jantan mengalir deras dan kami tetap teruskan berkayuh arah ke Simpang Tiga Kampung Teris. Berhampiran papan tanda Kg. Teris, kami akhirnya mengalah juga, apabila terpaksa berhenti untuk minum. Dahaga sangat!

Dari
Kampung Teris, kami berdua akan berkayuh melalui beberapa buah desa pingitan seperti Kg Paya Laman, melintasi simpang ke Kampung Tedong, Kg. Lubok Kawah sebelum sampai ke simpang tiga Kampung Mempateh. Di Mempateh nanti kami cadang untuk pekena Milo Iced disebuah warung yang terletak berhampiran masjid.

Melepasi
Kg.Paya Laman, kami take five atas permintaan si Mat Ganu. Tidak seperti berkayuh ke Jergoh pada minggu lepas. Kali ini memang letih giler, komen si Mat sebaik sahaja merebahkan basikal di tepi longkang. Mat Ganu mengadu, kepalanya terasa sedikit pening tetapi tetap bersemangat untuk menghabiskan kayuhan ke Mempateh!






Mana tak letih!
Berkayuh pada cuaca panas terik dan laluan menuju ke Mempateh pulak kebanyakannya mendaki. Lain kali kalau kami ingin berkayuh ke Mempateh lagi, kenalah berkayuh seawal 0700 pagi atau kayuh petang pukul 1700. Apapun, setelah berehat seketika, kami teruskan berkayuh. Semangat tuuu!
 


Simpang ke Kampung Tedong sudah kami lepasi. Kini, kami berada di simpang tiga Kampung Mempateh. Kami menghampiri sebuah warung menjual iced blended. Menyandarkan basikal di tiang, menarik kerusi berwarna merah, membuka helmat dan sarung tangan lalu memesan milo iced. Sruppp! Bunyi si Mat Ganu menyedut milo iced. Sekali lagi disedut, milo iced tersebut lenyap dan yang  tinggal hanya beberapa ketulan iced.


Si Mat Ganu memicit dahi. Aku menghulurkan sebiji pil jenama Paracil.  Amat meminta air suam dan pil tersebut ditelannya. Aku pulak, cuba berbual dengan seorang lelaki yang sedang leka menghisap rokok. Mula-mula berbual tentang cuaca panas, gst, catuan air, hinggalah isu-isu yang aku tidak berminat sangat iaitu isu 'politik masa kini'.


Panjang lebar lelaki di meja sebelah aku bercakap tentang pelbagai topik, akhirnya aku dapat memintas topik yang dibualkannya apabila dengan selamber aku bertanya akan  asal usul nama Kampung Mempateh.

Al-kisahnya, Mempateh itu berasal dari logat orang Minangkabau yang bermaksud 'Maman Putih'. Konon, dolu-dolu di kawasan kampung dipenuhi tumbuhan Maman Putih. Jadi, pedagang-pedagang Minangkabau menyebutnya kawasan tersebut dengan panggilan Mempateh. Selain tu, Mempateh juga di kenali sebagai Lubuk Terua dan pernah menjadi kubu kuat Dato' Bahaman ketika zaman menentang Inggeris.


Puas
hati aku bila asal usul Mempateh telah diketahui.   Milo iced pulak hanya tinggal iced yang sedang mencair. Aku dan Mat Ganu mahu berbudi, lalu bangun meminta diri. Membayar harga minuman dimeja depan dan di meja belakang. 

"Terima kasih daun keladi" 


Pendek sahaja bunyi ayat yang keluar dari lelaki di meja belakang. Kami senyum lalu berkayuh meninggalkan warung menuju Tanah Kebun. Jumpa Lagi!



No comments:

Post a Comment