29 April 2015

LELAKI ITU ADALAH AKU!



29 April 2015


Tinggi - Jika ada masa yang berbaki aku suka mendaki. Guna basikal bukit, motorsikal atau ATV. Benar, bukit itu tinggi jika kita hanya cobak mahu mendaki. Jika benar-benar udah mendaki dan berada dipuncak, bukit itu tidaklah setinggi mana sebab gunung di hadapan itu lebih tinggi!


Lelaki
itu sedang bercuti. Bercuti kerana mahu menyelesaikan beberapa urusan yang biasa dilakukannya setiap hujung atau awal bulan. Selalunya lelaki itu akan ke kauter dikawasan perumahannya untuk membayar bil-bil seperti bil air, sinking fund, service charge dan kekadang membayar bil master fire insurance.

Selepas itu, lelaki tersebut akan bergerak pula ke kauter Pos Malaysia untuk membayar bil TNB. Setelah urusan selesai, lelaki tersebut singgah disebuah restoran mamak untuk pekena teh tarik. Sambil minum sambil menyemak semula bil-bil yang udah dibayar. Kesemua bil-bil tersebut tidak pun dikenakan cukai perkhidmatan 6%[GST].

Ketika sedang menghirup baki air teh tarik, lelaki tersebut teringat akan satu cerita pendek yang ditulis oleh Fathuri Salehuddin dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Ceritanya begini:
Suatu hari semasa sedang makan di sebuah kedai, sekor kucing datang mengiau-iau di sisi saya. Keadaan ia mengiau begitu bersungguh-sungguh, malah suatu ketika ia melompat ke atas meja. Melihat kucing itu hati saya tersentuh. Kucing ini sangat lapar barangkali. Lalu saya ambil sedikit daripada lauk yang ada dan menghulurkan kepadanya. Kejadian ini membuatkan saya berfikir lagi, mengapa kucing ini datang ke meja aku, bukan meja orang lain?

Saya datang ke kedai makan ini, mengambil makanan dan membayarnya dengan duit saya. Oleh itu saya boleh kata makanan di pinggan adalah milik saya. Itu kata saya. Hakikatnya milik saya bukanlah semua rezeki saya. Rupa-rupanya sebahagiannya adalah rezeki kucing itu.


Betulah tu! Bisik suara hati lelaki tersebut. Rezeki itu bukan semua milik lelaki itu, pasal baru  tadi dia menghulurkan  sedikit duit kat TNB, bagi sikit kat Badan Pengurusan Bersama, bagi pulak kat mamak dan lepas ne lelaki tersebut nak huluq[1] sikit kepada tukang gunting rambut! 


Lelaki itu gerak meninggalkan restoran mamak dan menuju kedai gunting rambut. Tukang gunting yang bernama Samy itu menggikut arahan lelaki itu apabila mahu rambutnya di ketam[2] bukan diguting dari atas ke bawah dengan ukuran ketam nombor satu kemudian kosong dan dibawah sekali cukur licin. Proses mengetam rambut tidaklah lama mana pun kerana rambut lelaki tersebut masih pendek. Bayaran bagi sekali ketam hanya rm8.00 tetapi biasanya lelaki itu akan memberikan rm10.00 kerana perkhidmatan si Samy yang dikira tip-top[3] gitu!

Pukul 1230 tengahari urusan diluar udah selesai. Kini lelaki itu udah pun memasukki apartment dan menanggalkan kasut serta stokin. Kemudian lelaki itu bergerak ke bilik yard, menanggalkan kemeja sportswear warna hitam jenama Fred Perry dan seluar kalis air dari jenama Uniqlo. Membuka pintu mesin basuh dan menyumbatnya kedalam.

Rugi
tenaga, kalau mesin hanya membasuh beberapa helai pakaian sahaja. Lalu, lelaki itu menyelongkar bakul pakaian harian isterinya yang belum dicuci dan menyumbatnya kedalam mesin. Air di isi dan satu penutup pencuci cecair Ekonomi Handalan dicurakan kedalam. Kemudian lelaki itu menutup pintu mesin lalu menekan punat on dan punat wash. Mesin pencuci jenama Toshiba itu sedang bertugas. Tugasnya tidak perlu diselia kerana akan berbunyi apabila tamat kerja-kerja mencuci.

Lelaki itu meninggalkan bilik yard dan masuk ke bilik tido lalu menyarungkan sehelai seluar pendek. Masuk ke bilik bacaan, duduk dikerusi warna hijau dan mengadap screen laptop. Lelaki itu klik pada Mozilla Firefox, klik Seach, klik http://Kakicontenglukisan.blogspot.com Mengadded sekeping gambar lalu menaip.

Tit! Tit! Tit! Bunyi mesin basuh minta perhatian. Lelaki itu bangun lalu masuk ke bilik yard. Menekan punat rinse kemudian bergerak semula ke bilik bacaan. Lelaki itu menaip semula. Sambil menaip sesekali lelaki itu menguis screen hanpon, mencari note yang sering disimpannya dalam ColorNote. Entah apalah yang ditaipnya. Fullstop!

No comments:

Post a Comment