28 April 2015
Kuala Lumpur.
I- Jam 0700 pagi. Lelaki itu yang memakai baju petak-petak dari fabrik shell cotton jenama 29195=HOMME buatan negara matahari terbit, udah terpacak sekitar Jalan Masjid India. Lelaki itu berjalan dicelah orang ramai. Orang ramai, yang baru turun dari stesen LRT Masjid Jamek kelihatannya terus bergegas[1] ke pejabat untuk mengejar punc-card. Ada juga yang singgah di-gerai nasi lemak atau terus lepak di kedai mamak.
Lelaki tadi yang berjalan perlahan sambil mengendong backpack Pierre Cardin berwarna hitam, telah berhenti disebuah gerai menjual akhbar dan membeli senaskan Kosmo! Bergerak masuk ke dalam bangunan Malayan Mansion melalui lorong kecil. Kali ini lelaki itu berhenti digerai teh tarik. Menarik sebuah kerusi pelastik, lalu melabuhkan punggung disatu sudut sambil memesan teh tarik dan dua biji telor setengah masak.
Teh tarik dan telor setengah masak sudah terhidang diatas meja. Mengirup sekali dua teh tarik sambil mata tertumpu pada tajuk akhbar - Lee Chong Wei bersalah. Mata lelaki itu beralik pulak kepada tajuk dibahagian sisi kanan. Jaga bunuh pegawai bank di Johor Bahru berdepan hukuman mati, Tan Sri Michelle Yeoh dan suami dilapor terkandas di Nepal dan Pengusaha jual sup kepala ikan siakap RM150 semangkuk di Kelantan diserbu.
Jam 0745 pagi. Lelaki itu bangun dan beredar meninggalkan Malayan Mansion melalui sebuah jembatan berhampiran Selangor Mansion lalu bergerak ke Jalan Melaka. Bunyi call ring tone dari hanpon lelaki itu jelas kedengaran 'Awak Kat Mana - Awak Kat Mana'. Lelaki itu berhenti. Menarik zip backpack sambil mengeluarkan hanpon lenova lalu menjawap panggilan tersebut. Lelaki itu adalah aku!
II- Aku sedang menanti sahabat lama bernama Azahan Md Noor. Temujanji kami waktu pagi tetapi waktu sabenarnya tidak ditetapkan kerana si Azahan akan keluar dari sarangnya[2] di Bukit Indah Ampang dengan menaiki bas rapidKL. Lepastu akan menyambung perjalanan dengan LRT dari stesen Ampang dan berhenti distesen Masjid Jamek.
Sudah dua bulan aku tidak bertemu siAzahan selepas pembedahan jantungnya di IJN. Kebetulan pulak, aku sedang menghambakan diri dengan alam di-tanah kebun Lancang Pahang. Sebelum ini pun, ada gak aku terima sms dari siAzahan yang mengatakan pembedahan jantungnya berjaya dengan kos berjumlah rm60 ribu. Wow! Banyak tu. Apapun, syukur kepada Ilahi kerana kita masih boleh dipertemukan.
Aku sudah menghampiri stesen LRT Masjid Jamek. Bunyi kenderaan yang bersatu dengan bunyi gerabak LRT yang baru tiba memang memekakkan teliga. Aku terpandang susuk tubuh siAzahan dicelah-celah orang ramai yang sedang menuruni anak tangga. Dia berbaju warna biru, mengendong backpack macam aku juga dan telinganya disumbat earphone[3] berwarna putih. Aha! Itulah gaya orang Kolompo ketika menaiki LRT agaknya.
Kami bersalaman. Aku lihat wajah Azahan lebih ceria berbanding dua bulan lepas. Sebelum ini wajahnya muram, badan kurus kering mungkin menanggung penderitaan batin kerana bertahan dengan penyakitnya iaitu jantung dan kencing manis. Dalam tempoh dugaan tersebut, aku dengar siAzahan keluar masuk hospital. Dari hospital di Kelang kemudian dipindahkan ke hospital Kolompo dan akhirnya ditahan di IJN.
III- Aku ajak Azahan sarapan nasi lemak disekitar Jalan Ampang. Lepas itu kami berdua menapak semula arah stesen Masjid Jamek. Distesen, Azahan membeli token dan aku pulak akan menggunakan kad Touch n'Go yang mungkin masih berbaki tidak sampai rm50 ringgit. Sementara menunggu ketibaan tren untuk ke PWTC, aku dan Azahan ambik kesempatan merakam gambar disekitar Masjid Jamek yang kelihatannya sedang dinaik taraf. [Sila sekodeng entri GuE RaKam & GuE EdiT! yang aku post kat bawah ini].
Di PWTC. Pukul 0950 kami berdua sampai dipintu masuk utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ketika ini orang ramai mula membanjiri kawasan pameran. Yang paling ramai tentulah bebudak sekolah dan pelajar universiti. Masa 10 minit itu kami berdua gunakan untuk ke-kios atm CIMB dan ke tandas.
Ketika aku keluar dari tandas, aku menjeling jarum jam ditangan kanan aku. Jarum jam menunjukkan pukul 1005. Time macam ini cantiklah kalau kami jenguk-jenguk dulu digerai kegemaran kami iaitu gerai ITBM. Tentu banyak buku-buku baru yang dipamerkan. Aku bisalah, kalau nak beli buku tenguk konsep dan rekabentuk kulitnya dulu. Kemudian baca sikit prakata atau kata-kata dari meja penulis.
Pada pesta buku tahun lepas aku sudah membeli beberapa buah buku yang rekabentuk kulitnya memang menarik perhatian aku antaranya buku puisi BALADA Pyanhabib, KONTAL KANTIL Ismas Saring, Cikgu SHAHNOM Di Mata Kami dan PAK SAMAD Di Mata Kami yang saiznya sama gitu. Buku lain seperti buku Pandirnya Si Pandir tulisan Khalid Salleh, Bijak Si Katak Bijak dari Siti Zainon Ismail.
Buku-buku yang aku beli kerana tajuknya seperti novel klasik Budak Beca dan Anak Mat Lela Gila dari Pak Sako [Ishak Hj Muhamad]. Buku Antologi Cerpen Indonesia-Malaysia, Negeri Kunang-Kunang, DiNegeri Kalbu, Bidadari Burung dan Budak Tin yang kesemuanya dibeli kat gerai ITBM.
Tahun lepas, hampir semua gerai aku dan Azahan singgah. Masa itu tenaga dan poket masih kuat dan berisi. Yalah! Rugi rasanya kalau tidak singgah dan membeli beberapa buah buku digerai DBP, Karangkraf dan gerai MPH misalnya. Buku-buku tahun lepas yang aku beli termasuklah buku Landskap Kembara, Huru-Hara Syria, Aku Dia Dunia dan novel perang Serang Hendap Ulu Legong.
Pesta buku kali ne pulak, tentulah tidak dapat hendak singgah banyak gerai pasal siAzahan baru sahaja keluar dari IJN dan doktur nasihatkan siAzahan banyakkan berehat dari membuat aktiviti yang memenatkan. Di gerai ITBM aku hanya membeli beberapa buah buku antaranya kumpulan puisi Suara Bukit kepada Langit, 77 Tuju dari Zaen Kasturi. Dari penerbit DBP pulak novel Wira Tani dan buku Pengeluaran Benih Ikan Marin. Kali ini aku terjebak juga dengan iklan Pyanhabib di fb pasal buku Terima Kasih Si Babi Hutan tulisan Ismail Ariffin @Lepat dan perkata oleh Ujang Budak Minang.
IV- Jam 1245 lebihkurang, kami berdua keluar dari kawasan pesta buku. Perut keroncong[4]. Kami beratur dikios A&W. Beli dua burger daging termasuk air dan kentang goreng. Disiar kaki, meja yang disediakan oleh pihak penganjur sudah dipenuhi pelanggan yang sedang menikmati makan tengahari. Aku dan Azahan mencangkung ditepi siar kaki, makan sambil berbual mata pula memerhatikan pengunjung yang semakin ramai datang, berombongan, berkawan, bersaorangan ke pesta buku. Apa adahal pada gst Bro! Bisik siAzahan.
Usai makan burger, kami berdua gerak arah kestesen LRT melalui jejambat disebelah bangunan PWTC. Distesen, Azahan membeli token terus ke stesen Ampang manakala aku pula akan turun di stesen Masjid Jamek. Nantinya, sementara menunggu solat Zohur aku cadang hendak pekena teh tarik di Malayan Mansion. Yalah, mana puasnya tadi hanya sekadar meneguk air berkarbonat. Tapi tidak jadilah, pasal teringat sms dari isteri aku pagi tadi yang bagitahu demam, dapat mc dan nak balik rumah.
V- Tengahari dirumah. Isteri aku tidak sihat. Selesai solat Zohur, aku mengedit gambar-gambar yang aku rakam pagi tadi menggunakan kamera hanpon Lenovo. Bila perut terasa lapar mulalah mencari saki baki makanan dalam peti sejuk. Kebetulan ada baki sup ekor dan baki bubur nasi yang isteri aku masak malam semalam. Jadinya, aku hiriskan sebiji bawang merah dan tumis dalam periuk. Kemudian aku masukkan sup yang masih ada dua ketul ekornya. Bila hampir mendidih, aku masukkan bubur nasi semalam. Pekat. Aku tambah sedikit air dan masukkan sedikit hirisan daun sup dan aku rasa. Edap! Tak payah tambah garam atau serbuk perasa pasal dalam masakkan sup ekor tersebut udah cukup havay dengan serbuk perasa. Diaorang masak selalunya bubuh serbuk perasa aji-no-moto! - Jika nasi sudah menjadi bubur, usahlah dibuang. Jadikanlah bubur nasi tersebut lebih sedap!
@Nota Lutut : Eh! Apa kene mengena dengan tajuk entri kali ne ya. Lebih baik letak tajuk Lelaki itu adalah Aku atau Pesta Buku. Sabenarnya tajuk ne nak suruh korang membaca sampai habis, macam tajuk sebuah buku yang pernah aku beli dolu. Buku tersebut berjudul CENDUL PULUT Santan Lebih hasil tulisan Datuk Abd Jalil Ali diterbitkan oleh karangkraf. Tetapi buku tu yang setebal 365 muka surat bukanlah cerita pasal cendol semata-mata. Dalam buku tu ada macam-macam cerita dan bolehlah disamakan dengan pemerhatian beliau saban hari pasal jagung, pulut, santan, kacang merah, kacang hitam juga kacang-kacang jenis lain dalam diri manusia. Kata beliau lagi, tidak semua cendol menepati cita rasa setiap individu. - Wallahuaklam!
No comments:
Post a Comment