31 January 2010

MIDDLE - EASTERN DELICIOUS




                                              As Salam saudara ku!

Middle East atau Naher Osten - merangkumi negara dari 3 benua iaitu Ethiopia, Sudan, Egypt dari Benua Afrika. Yemen, Oman, Saudi Arabia, Iraq, Syria, Turkiye, Greece, Iran, India, Pakistan, Afghanistan dan sedikit dari SSSR dan China.

Dulu aku pernah pergi umrah dan ziarah dengan ditaja oleh adek aku Majeed. Aku tinggal kat hotel di sekitar pasar tak jauh dari Masjid Kucing. Masa tu Masjid Kucing tengah ubahsuai untuk naik taraf. Selalunye lepas sembahyang Zuhor aku jalan-jalan sekitar pasar dan lorong belakang. Kebanyakan pekerje kedai kat sini adalah dari warga Bangladesh, India dan Indonsesia.

Aku selau beli kebab ayam dari penjual warga Indonesia yang telah menetap kat Makkah lebih kurang 5 tahun. Kebab yang diaorang jual menggunakan   roti hotdog. Dalam roti tersebut diletakan hirisan kebab ayam campur french frey. Rasanya masin sikit tapi janganlah komplin. Makan ajelah! Itulah rezeki dari kota Makkah Beb!


Berbalik pada cerita pasal makanan dari Middle-East ne, menu yang selalu kita dengar dan boleh dicuba dikebanyakan restoran Arab kat Bukit Bintang ialah saperti Kebab, Kofta, Mediterranean Chicken, Tabbouleh Salad, Hummus, Baba Ghanoush,Moroccan Chicken Salad, Greek Dried Bean Salad, dan lain-lain.





30 January 2010

TERLELAP KE TIDUR

 

As Salam Bro! Kali ne aku berminat nak cerita kisah rakan aku yang suka curi tulang ketika bertugas.

Apabila
kawan selalu hilang waktu bertugas tanpa pengatahuan kita, tentulah tugasan akan terbeban kepada kita. Kenkadang kawan kita poteng ge hisap rokok, ge minum teh tarik dan yang lebih teruk tidur waktu bertugas. Bila di tanya katanya terlelap sekejap. Alasannya tidak cukup menarik, kerana 2 atau 3 jam tu bukan terlelap tapi dirancang untuk tidur. Bila dah tidur waktu bertugas, maknanya curi tulanglah kan! kan! kan!

Pekerjaan yang kita dapat bukanlah hak kita untuk melakukan mengikut kehendak kita sendiri. Kita perlu patuh kepada beberapa arahan, peraturan dan panduan etika kerja. Ketika kita menerima surat tawaran dari majikan, selalunya hari pertama kita masuk kerja , kita tentu diberikan Buku Panduan Pekerja.

Buku Panduan Pekerja yang diberikan oleh majikan selalunya tidak sama, ini bergantung kepada jenis perniagaan sesabuah syarikat. Mengikut buku panduan yang kita terima - Tidur Waktu Bertugas adelah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib (ms 32/bil 036).

Walaupun kita adalah orang lama dalam syarikat tidak bermakna kita boleh curi tulang, kerana perkhidmatan kita bukan diukur pada lama kita bekerja, tapi diukur pada kemampuan kita menjalankan tugas.


Contohnya!
J
ika anda saorang pemandu bas express, kalau terlelap sekejap pasti anda akan membawa penumpang ke arah kemalangan teruk. Jika anda mahu mati cepat pong janganlah bawa sekali penumpang kekubur. Maksud aku jangan jadikan jalanraya sebagai tanah perkuburan. Begitu gak jika anda saorang pegawai keselamatan, terlelap atau tertidur, mungkin akan terjadi inseden yang tidak ingini. Penjenayah
selalu memerhatikan pergerakan anda, termasuk kekuatan anggota anda. Jika salah saorang tidur ini memudahkan penjenayah melakukan jenayah.


Tidak kiralah jawatan atau tugas apa yang kita dapat, kita mestilah mengikut arahan ketua atau rakan senior dari kita. Seperti kata SulurBidai "Peraturan dibuat bukan untuk suka-suka". Dari pengelaman Bidai ge bandar Szczecin kat Poland, dia perhatikan rakyat negara tersebut lebih teratur dan mengikut undang-undang dalam menjalani kehidupan seharian.

Bebalik kepada kisah aku pulak! Aku tadi baru jer ge Carefour sekitar kawasan perumahan aku. Areni Hari Wilayah, jadi memanglah ramai orang. Ketika aku beratur untuk membayar harga barang, tiba-tiba saorang Kakak Melayu bertudung terus ke kauter - kira potong Qlah gitu. Lama dia berdiri, baru perasan orang lain sedang perhatikan dia. Terus dia beratur sambil berkata "Maaflah! tak nampak tadi, beratur rupanya, nasib tak kena tegur".


Nota Kaki :
Inilah contoh orang Malaysia! Tak suka beratur, tak suka lambat tapi yang peliknya suka pulak lambat datang kerja dan suka lambat bila buat temujanji. Udah menjadi budaya orang Malaysia agaknya. - Jumpa lagi!

                     


INE BINTANG WALK !


  
Hello! Apa Kabar? Kalau tengah layan blog, tandanya sihat lahtu. Hehehe!
1- Satu hari, entah hari apa-aku pergi Bukit Bintang[BB]. Bukalah tujuan aku nak nyopping  tetapi sekadar jalan-jalan sambil mengambil gambar. Kira macam terapilah! Masa sampai kat pusat bandar, teringin pulak nak naik  Monorail, jadinya aku menapaklah ke arah stesen yang paling dekat iaitu di sekitar Medan Tuanku. Aku bayar RM 1.60 dari Medan Tuanku ke Bukit Bintang Station. Tunggu Monorail tidak lama mana pun kerana trek laluan Monorail pendek sahaja iaitu dari KL Central sampailah Titiwangsa Station.

Jika kita naik penggangkutan awam seperti Monorail ini janganlah ingat  tempat duduk, pasal mesin yang kita naik  selalunya penuh. Style orang KL pulak, naik mesin ini memang berdiri - barulah orang Kelompo. Kalau yang duduk itu selalunya pompuan mengandung, orang tua, kanak-kanak atau orang cacat. Takkan kita yang sihat walafiat hendak digelar orang cacat! Steadylah Beb!


Triiit! Trooot! Triiit! Bunyi dari geselan tayar Monorail. Tidak lama kemudian aku sampai BB Station lalu aku gerak turun menyelusuri tempat-tempat yang dolunya heppening sangat di Bintang Walk. Aha! Sudah berubah wajah. Apa sudah jadi dengan Bintang Walk(BW). Padahal dolu Bintang Walk gah dengan jenama cafe dan restoran dari luar negara. Malah orang ramai yang sering nyopping sekitar Bukit Bintang juga rasa bangga bila melepak di cafe sambil meneguk capoccino atau setidak-tidaknya pekena black cofffee gitu.

 

2- Bercakap pasal tredemark, dolu-dolu masa era 60'an [aku dengar dari mulut otai], trademark BB ialah BB Park. Aku taktau  pulak kat mana lokasinya. Yang sering otai cerita BB Park tu kira macam Funfair gitu! Ada pompuan joget dan ada wayang free [wayang pacak]. BB Park yang disebut otai tersebut barangkali  agaknya seperti pusat hiburan di Berjaya Time Square.

Trademark Bukit Bintang bertukar setelah BB Park di tutup dan Sungei Wang Plaza mengambil tempat sebagai pusat belibelah. Ujar orang lama yang sering melepak kat SungeiWang iaitu asal nama tersebut adalah dari nama sabuah kapal korek bijih timah di Perak. Owner SungeiWang Plaza daholunya adalah taukeh lombong yang kayaraya.  Hotel Park Royal diseberang jalan yang bersetentang dengan SungeiWang itu pun kepunyaan owner yang sama. [Nama SungeiWang bagi aku bermaksud sungai yang mengalirkan wang, maa-suuuuk dalam poket owner -Mj].






  1. Tidak berapa lama kemudian nama SungeiWang tidak lagi menjadi sebutan orang Kolompo  bilamana tapak pasar basah telah dibangunkan sebuah shopping mall berwarna hijau yang diberi nama Lot 10. Khabarnya, masa peresmian lot 10 dilakukan pada jam 10 malam dengan 10 hari berturut-turut diadakan pesta. Fuhhh! Berpesta sakanlah! 
     






  1. Berbalik kepada cerita mengenai Bintang Walk[BW], daholunya lokasinya bermula dari JW Marriot Hotel, lalu kat depan siarkaki KL Plaza, terus ke Lot10, beluk kiri pulak dan terus ke-depan pintu masuk SungeiWang Plaza. Patah balik dan lalu dihadapan siar kaki Yayasan Selangor dan belok pulak kat BB Plaza yang laluannya menuju Low Yat Plaza dan BB Park sekarang. 

    Dalam suasana hirik-piruk dan kemeriahan Bintang Walk masatu, ada juga peniaga Melayu yang  mencuba nasib, membuka cafe tetapi jangka hayatnya singkat sebabnya, sewa setiap tapak cafe kekadang boleh mencecah RM24 ribu sebulan.
  2. Peniaga-peniaga Melayu di Bintang Walk ada yang gulung tikar sebab sewa tapak yang mahal sedangkan mereka hanya berniaga  makanan seperti nasi lemak, sate, kueh-mueh dan bubur manis. Lagi pulak jenama cafe-cafe Melayu masatu tidak terkenal atau ayat lain belum matang gitu. Hanya satu (1) sahaja outlet cafe  Melayu yang bertahan disekitar Bukit Bintang iaitu First Cup Cafe, milik UDA. - [Mj]

29 January 2010

BREAKFAST DULU!




  • SELAMAT PAGI !
    Selalunya, pagi hujung minggu aku ge sarap kat Hometown Kopitiam di Car4 Kepong, atau stall mamak kat Foodcourt. Apabila korang [termasuk akulah] bangun pagi jangan sesekali abaikan sarapan sebab tanpa sarapan kita tak boleh bertahan sampai ke petang. Nanti badan jadi lemah, otak malas nak fikir dan mulalah mengantok. Sebaik-baiknya saraplah dulu selepas 2 jam bagun dari tidur. Kalau dah lebih 2 jam nanti badan korang ada masalah Bai!


    Terpulang apa menu sarapan yang korang suka. Aku selalu minum teh hailam, roti bakar dan telur separuh masak. Kalu kat stall mamak aku kena air limau suam dan tosse dan sesekali kene roti banjir. Kedua-dua tempat ne aku suka sebab ada iklan NO SMOKING. Nasi Lemak pulak aku bedal gak tetapi hanya sesekali jer, sebab takut badan banyak lemak, nanti kawan korang cakap lebih muatan pulak! - [Mj]





RONDA-RONDA



Petang di Bukit Bintang!
1- Aku ronda-ronda nak jenguk macam mana suasana Bukit Bintang[BB] ketika petang Jumaat. Nampaknya tak le sibuk sangat. Kebetulan barangkali, ketika ini hujan turun, jadinya kebanyakan orang kat sini berkurung dalam shopping mall. Lepas hujan berhenti aku ge rayau kat lorong-lorong belakang nak tenguk bersih sangat ke Bukit Bintang? La! Macam 20 tahun dulu jugak! Kotor... tak sesuai BB di panggil tigasegi emas. Depan jer cantik, banyak shopping compleks, hotel 5 bintang, cafe jenama import, fasyen up-to date tapi orang Bukit Bintang tetap pengotor.




2- Aku risau juga ketika berjalan sorang sambil menekan punat kamera  kat lorong belakang. Manalah tahu, malang selalunya tidak berbau! Aku segera beredar dari lorong belakang. Takut Beb!  Pemandang bahagian depan jalan utama memang menarik. Yang terbaru ialah outlet A&W dengan wajah baru sebaris dengan McDonald's. Dolu, A&W  memang terkenal dengan rootbeer float gelas besar. Air Rootbeer A&W memang tidak sama dengan jenama lain.




3- Di Bukit Bintang.
Selain terkenal dengan fasyen, terkenal juga dengan rumah urut dan bilik- bilik pelacuran. Sebaik matahari menghilang dicelah-celah bangunan dan lampu-lampu neon mula terpasang, ketika itu keluarlah kupu-kupu malam mencari mangsa. Kupu-kupu malam tersebut kebiasaannya dilindungi oleh  bapak dan ibu-ibu ayam. Dulu kebanyakan bapak ayam ada disepanjang jalan menuju ke BB Park. Dia orang ne siap dengan kad nama - berniagalah katakan! Cuba perhatikan foto Nyonya kat atas [aku dah besarkan saiz gambarnya]. Siap lentok tunggu pelanggan. Sabenarnye makcik Cine ne bukan tukang urut atau ayam lapar tapi tengah kerje jual iklan- sebutharga untuk service urut. Tempat urutnya kat atas. Tentulah ramai  Amoy-amoy gebu yang menunggu kat atas tu! 


4- Foto kat bawah ne pulak aku klik pasal kat sini adalah port aku selalu jumpa kawan-kawan. Tempat ne dulu stall burger Nazri aka Nat dan Atan. Di sekitar lorong kecil inilah kami sering berkumpul. jangan taktau,  stall burger ini sudah terpacak awal tahun 70'an lagi sebelum McDonald's datang kat Bukit Bintang. Dah lamakan! 

5- Pic dibawah ini pulak ialah butik, cafe yang terletak di shopping mall baru. - Jumpa lagi!


28 January 2010

24 January 2010

PELUKIS CONLAY



  • Pelukis Conlay!Jam 1630 aku sudah terpacak kat sekitar deretan pondok [wakaf-wakaf] milik kumpulan Pelukis Conlay. Sudah lama juga aku tidak datang ke-sini menjenguk kawan-kawan pelukis yang aku kenal ketika dolu di sekitar Masjid India Kolompo. Kebetulan petang ini aku free, jadinya aku singgahlah kejap untuk bertanya khabar. Hujung minggu di sini nampak sedikit sepi. Barangkali ramai pelukis bercuti atau ada yang sedang  berpameran misalnya seperti pelukis Samsuddin Mohamad. Hari ini khabarnya Samsuddin sedang buat pameran solo di RA Fine Art Gallery,No.6 Jln. Aman off Jln.Tun Razak-KL.
  • Antara pelukis yang sempat aku berjumpa dan melihat hasil kerja tangan mereka ialah  seperti pelukis Kamaruddin Talib, Haris Ribut, Nizar Ariffin, Hassan Ahmad dan Ismail. Tidak pula kelihatan kelibat pelukis  Johari Alias, Maamor Jantan dan Burn. Ohhh! Mereka bertiga sudah keluar dari pondok Conlay. - Semuga mereka terus berjaya. [Mj]








CHOCOLATE KEK MAWAR

 
Mawar ne malu nak ge tau yang dia boleh buat kek. Selalunya dia buat biscuits raya aje. Hari ne sebab are Sabtu, jadi pade melopong je tak buat apa-apa, lebih baik cuba buat cake chocolate. Inilah hasilnya....sesuai untuk minum petang sambil tonton tv.





22 January 2010

OLDTOWN KOPITIAM




  • Minum petang kali ne aku pilih OLDTOWN WHITE COFFEE, yang terletak kat Jalan Raja Laut off Jalan Esfahan. Kopitiam ne baru beroperasi kat Menara Bumiputra Commerce bersebelahan dengan Kompleks Sogo, dan berhampiran dengan Stesen LRT Bandaraya. Lokasinya memang baik untuk pemain baru dalam industri penyediaan makanan.

  • Yang aku taulah istilah kopitiam ne udah ada bermacam jenama saperti Pappa Rich, Hometown, Cawan, Station, Kepong Kopitiam dan macam-macam lagi. Kira udah macam cendawan tumbuh selepas hujan gitu! Diaorang ne bersaing diantara satu sama lain dalam kelas mereka tersendiri. Walau macamana pun, group kopitiam ne bukanlah saingan bagi cafe five star seperti Starbuck atau Coffeebean misalnya, pasal harga yang di-tawarkan oleh Kopitiam adalah separuh dari harga kopi kat Starbuck.

  • Kalu korang tak percaya cublah try! Bukan aku nak promo Bai tapi tempatnya cantik, modern interior dengan gabungan sikit klasik gaya China terutama pada kerusi-meja dan cawan berbunga hijau yang dimport dari negara China. Cawan nelah yang menjadi trademark kopitiam, selaintu tentulah roti bakarnya yang di sapu dengan kaya dan planta.

  • [Lain-lain menu yang disediakan oleh Oldtown Kopitiam ialah saperti Ipoh Dry Curry Mee, Javanese Mee, Rendang Chicken Rice, NasiLemak, Chicken Chop, Mini Spring Roll dan Samosa. Bab makanan ne aku tak pastilah halal atau tidak pasal aku memang tak minat makan mee!]

  • Sebaik melangkah keluar dari outlet Kopitiam, ujan lebat pulak. Inilah aturan yang udah ditetapkan oleh Allah. Kita kena terima dengan redza, walupun hujan itu diturunkan setakat gerimis, hujan ayam atau lebat giler sampai Sungai Klang dan Sungai Gombak airnya melimpah ruah. 

    Kolompo ne memang camtulah Bai! Tau tau ajalah, lokasinya terletak dikawasan tanah rendah dan bila hujan lebat akan menghasilkan lumpur dan lumpur itu pulak akan menjadi debu ketika musim panas yang melampau. Warna air sungai, baik musim hujan atau musim kering, sama sahaja seperti warana air teh tarik di Malayan Mansion.

    Sungai ne dikira sejarah lampau, dimana nama Kuala Lumpur itu sendiri diambil dari lumpur-lumpur yang mengalir dikuala sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak. Soalan aku!  Bila agaknya pihak DBKL nak buat warna air sungai bertukar warna lebih cantik seperti warna air sungai-sungai  macam kat luar negara? - Wallahuaklam!








JALAN-JALAN @ BATU ROAD

HELLO!

Kalu jalan-jalan kat Batu Road mase dulu tak same ...sebab banyak dah berubah. Name jalan pong dah tukar kepade Jalan Tengku Abd.Rahm
an(TAR). Jalan ne terkenal kerane dulu ade Globe SilkStore. Sepanjang jalan ne pulak ramai peniaga menjual kain ela, carpet, restoran dan dua buah panggung wayang iaitu Coliseum dan Odeon. Jalan TAR ne bermula dari kawasan sesak Chow Kit hinggalah sampai kat simpang ke Dataran Merdeka. Kalu cuti umum atau hujung minggu Jalan TAR memang jadi tumpuan orang KL dan sekitar Selangor.

Sekarang Jalan TAR dah ade Sogo,Pertama Kompleks, Medan Mara dan Maju Junction. Dulu ade juge pusat belibelah Campbell, sekarang name jalan ne pong dah tukar kepade Jalan Dang Wangi. Kalu dah letih jalan-jalan boleh singgah kat restor
an makanan segera saperti A&W dan KFC serta restoran Insaf. Kalu kat Sogo dan Maju Junction ade food court, kat Pertama Kompleks dan Medan Mara pulak ade cafe ala-ala Bintang Walk. Kat Medan Tuanku ade jugak restoran Mamak dan restoran Melayu.

Yang paling lame dan maseh kekal kat jalan TAR ialah Coliseum Cafe yang ade tulisan Jawi katpapan iklannye, restoran Bilal, A&W, KFC, dan The Ship. Kini kat jalan TAR dah ade banyak restoran,cafe dan kopitiam. Kalu lapar dan dahaga boleh singgah mane-mane restoran janji poket ade isi... huhuhu!