29 January 2010

RONDA-RONDA



Petang di Bukit Bintang!
1- Aku ronda-ronda nak jenguk macam mana suasana Bukit Bintang[BB] ketika petang Jumaat. Nampaknya tak le sibuk sangat. Kebetulan barangkali, ketika ini hujan turun, jadinya kebanyakan orang kat sini berkurung dalam shopping mall. Lepas hujan berhenti aku ge rayau kat lorong-lorong belakang nak tenguk bersih sangat ke Bukit Bintang? La! Macam 20 tahun dulu jugak! Kotor... tak sesuai BB di panggil tigasegi emas. Depan jer cantik, banyak shopping compleks, hotel 5 bintang, cafe jenama import, fasyen up-to date tapi orang Bukit Bintang tetap pengotor.




2- Aku risau juga ketika berjalan sorang sambil menekan punat kamera  kat lorong belakang. Manalah tahu, malang selalunya tidak berbau! Aku segera beredar dari lorong belakang. Takut Beb!  Pemandang bahagian depan jalan utama memang menarik. Yang terbaru ialah outlet A&W dengan wajah baru sebaris dengan McDonald's. Dolu, A&W  memang terkenal dengan rootbeer float gelas besar. Air Rootbeer A&W memang tidak sama dengan jenama lain.




3- Di Bukit Bintang.
Selain terkenal dengan fasyen, terkenal juga dengan rumah urut dan bilik- bilik pelacuran. Sebaik matahari menghilang dicelah-celah bangunan dan lampu-lampu neon mula terpasang, ketika itu keluarlah kupu-kupu malam mencari mangsa. Kupu-kupu malam tersebut kebiasaannya dilindungi oleh  bapak dan ibu-ibu ayam. Dulu kebanyakan bapak ayam ada disepanjang jalan menuju ke BB Park. Dia orang ne siap dengan kad nama - berniagalah katakan! Cuba perhatikan foto Nyonya kat atas [aku dah besarkan saiz gambarnya]. Siap lentok tunggu pelanggan. Sabenarnye makcik Cine ne bukan tukang urut atau ayam lapar tapi tengah kerje jual iklan- sebutharga untuk service urut. Tempat urutnya kat atas. Tentulah ramai  Amoy-amoy gebu yang menunggu kat atas tu! 


4- Foto kat bawah ne pulak aku klik pasal kat sini adalah port aku selalu jumpa kawan-kawan. Tempat ne dulu stall burger Nazri aka Nat dan Atan. Di sekitar lorong kecil inilah kami sering berkumpul. jangan taktau,  stall burger ini sudah terpacak awal tahun 70'an lagi sebelum McDonald's datang kat Bukit Bintang. Dah lamakan! 

5- Pic dibawah ini pulak ialah butik, cafe yang terletak di shopping mall baru. - Jumpa lagi!


No comments:

Post a Comment