19 January 2010

WINE DAN AJI NO MOTO




Aku pernah buat kerja dibeberapa buah restoran sekitar Kolompo. Kerja aku selalunya di bahagian dapur, memasak. Seingat aku, setiap kali memasak, tak pernah aku guna wine tetapi guna aji no moto adalah. Itu pong dulu, masa aku tak cukup cerdik. Sekarang aku dah tahu bahawa aji nomoto itu tidak baik untuk kesihatan.

Ada beberapa restoran yang menyediakan makanan kat kitchen menambah perasa agar makanan yang disediakan itu lebih Umphhh gitu! Ayat yang mudah ialah tersangat enak apabila sampai kat anak tekak. Dari pengelaman dan pemerhatian aku, restoran yang guna wine putih atau merah biasanya restoran yang udah stabil. Pelanggannya pulak kebanyakan orang-orang yang berjaya, kaya dan terkenal. Kebiasaannya, chef diaorang import dari barat, kemudian mereka turunkan ilmu mereka kepada chef tempatan. Antara masakan yang dicampur wine adalah seperti makanan yang di grill, sos, kek atau dalam penyedian salad.


Berlainan pulak jika kita ke dapur Thai, China, Melayu dan Indonesia.  Diaorang sangat gemarkan perisa tambahan seperti aji nomoto. Kalau kat kedai mamak pulak, mereka lebih suka menggunakan perisa tambahan seperti kuskus. Aku juga dapat info dari orang Aceh yang bekerja di Kolompo, iaitu mereka juga gemar menggunakan serbuk perasa aji nomoto tetapi yang lebih menarik lagi bagi orang Aceh ialah penggunakan ganja dalam masakan mereka.

Aku tidak terkejut jika ada tukang masak menggunakan bahan terlarang seperti ganja dalam masakan mereka kerana pada pertengahan tahun 70'an, kat Kampung Bahru,  ada tukang masak memcampurkan ganja dalam nasi lemak. Mereka memasak nasi lemak dengan santan kemudian, ganja-ganja sebesar ibu jari akan di balut dengan kain putih dan dibenam dalam beras. Bila nasi lemak dah masak, ganja-ganja tersebut di keluarkan dan dijemur untuk kegunaan pagi esuk. Wow! Nasi lemak tu memang sedap dan kebanyakan pelanggan tidak mengetahui ramuannya. Rahsia! 




1 comment:

  1. Aku tak tengok pong orang Aceh masak campur dgn.
    ganja tapi budak Aceh tu story kat aku macam tu!

    ReplyDelete