09 January 2010

JEMPUTAN 09 JANUARI 2010





Jemputan!
Kali ini kami dijemput hadir ke majlis perkahwinan anak pasangan  Mokhtar Hj. Sanusi dengan Siti Hj. Ghani yang terletak di-kawasan perumahan Saujana Utama- Sg. Buluh, Selangor. Kami tiba jam 1245 tengahari ketika itu sudah ramai tetamu yang datang. Kami sampai kat rumah pengantin bersama keluarga Pn. Nora dan Kak Diah.

Bersalaman dengan tuan rumah yang menunggu dilaluan pintu masuk menuju tempat buffet. Apa-apa hal pun kami makan dulu. Ketika kami sedang menjamu selera kelihatan rakan-rakan isteri aku dari geng JPSM/DBKL tiba. Aku lepas makan pekena pulak teh tarik dan kuih serta bubur kacang.

Sementara menunggu pasangan pengantin tiba, aku menekan punat kamera pada rakan-rakan isteri aku dari DBKL. Lepastu kami melepak kat satu tempat yang sedikit redup sikit sambil berbual. Usai pasangan pengantin mengambil tempat di atas pelamin kami pun nak balik dan sempat lagi  bergambar ramai-ramai. - Terima kasih kepada tuan rumah kerana menjemput kami datang! [Mj]





* Conteng+Mawar 09/01/2010

1 comment: