22 January 2010

OLDTOWN KOPITIAM




  • Minum petang kali ne aku pilih OLDTOWN WHITE COFFEE, yang terletak kat Jalan Raja Laut off Jalan Esfahan. Kopitiam ne baru beroperasi kat Menara Bumiputra Commerce bersebelahan dengan Kompleks Sogo, dan berhampiran dengan Stesen LRT Bandaraya. Lokasinya memang baik untuk pemain baru dalam industri penyediaan makanan.

  • Yang aku taulah istilah kopitiam ne udah ada bermacam jenama saperti Pappa Rich, Hometown, Cawan, Station, Kepong Kopitiam dan macam-macam lagi. Kira udah macam cendawan tumbuh selepas hujan gitu! Diaorang ne bersaing diantara satu sama lain dalam kelas mereka tersendiri. Walau macamana pun, group kopitiam ne bukanlah saingan bagi cafe five star seperti Starbuck atau Coffeebean misalnya, pasal harga yang di-tawarkan oleh Kopitiam adalah separuh dari harga kopi kat Starbuck.

  • Kalu korang tak percaya cublah try! Bukan aku nak promo Bai tapi tempatnya cantik, modern interior dengan gabungan sikit klasik gaya China terutama pada kerusi-meja dan cawan berbunga hijau yang dimport dari negara China. Cawan nelah yang menjadi trademark kopitiam, selaintu tentulah roti bakarnya yang di sapu dengan kaya dan planta.

  • [Lain-lain menu yang disediakan oleh Oldtown Kopitiam ialah saperti Ipoh Dry Curry Mee, Javanese Mee, Rendang Chicken Rice, NasiLemak, Chicken Chop, Mini Spring Roll dan Samosa. Bab makanan ne aku tak pastilah halal atau tidak pasal aku memang tak minat makan mee!]

  • Sebaik melangkah keluar dari outlet Kopitiam, ujan lebat pulak. Inilah aturan yang udah ditetapkan oleh Allah. Kita kena terima dengan redza, walupun hujan itu diturunkan setakat gerimis, hujan ayam atau lebat giler sampai Sungai Klang dan Sungai Gombak airnya melimpah ruah. 

    Kolompo ne memang camtulah Bai! Tau tau ajalah, lokasinya terletak dikawasan tanah rendah dan bila hujan lebat akan menghasilkan lumpur dan lumpur itu pulak akan menjadi debu ketika musim panas yang melampau. Warna air sungai, baik musim hujan atau musim kering, sama sahaja seperti warana air teh tarik di Malayan Mansion.

    Sungai ne dikira sejarah lampau, dimana nama Kuala Lumpur itu sendiri diambil dari lumpur-lumpur yang mengalir dikuala sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak. Soalan aku!  Bila agaknya pihak DBKL nak buat warna air sungai bertukar warna lebih cantik seperti warna air sungai-sungai  macam kat luar negara? - Wallahuaklam!








1 comment:

  1. Mase aku masuk tandas nye,cantik,bersih dan modern
    sink tapi bau hancing menyusuk idung!!! Ade kaum
    pancut kat dinding kot...Perangai X senonoh !!!

    ReplyDelete