29 January 2010

BREAKFAST DULU!




  • SELAMAT PAGI !
    Selalunya, pagi hujung minggu aku ge sarap kat Hometown Kopitiam di Car4 Kepong, atau stall mamak kat Foodcourt. Apabila korang [termasuk akulah] bangun pagi jangan sesekali abaikan sarapan sebab tanpa sarapan kita tak boleh bertahan sampai ke petang. Nanti badan jadi lemah, otak malas nak fikir dan mulalah mengantok. Sebaik-baiknya saraplah dulu selepas 2 jam bagun dari tidur. Kalau dah lebih 2 jam nanti badan korang ada masalah Bai!


    Terpulang apa menu sarapan yang korang suka. Aku selalu minum teh hailam, roti bakar dan telur separuh masak. Kalu kat stall mamak aku kena air limau suam dan tosse dan sesekali kene roti banjir. Kedua-dua tempat ne aku suka sebab ada iklan NO SMOKING. Nasi Lemak pulak aku bedal gak tetapi hanya sesekali jer, sebab takut badan banyak lemak, nanti kawan korang cakap lebih muatan pulak! - [Mj]





No comments:

Post a Comment