13 January 2010

MEREDAKAN KEMARAHAN

Pernahkah anda melukai perasaan rakan sekerja atau diri sendiri dilukai?
Sering kali berlaku dan telah menjadi lumrah alam 'bekerja' kerana kadang-kadang ia terjadi secara sengaja atau tidak disengajakan.

Jalan terbaik untuk menebus kembali kesilapan yang telah dilakukan ialah dengan memohon maaf. Bunyinya indah lagi mudah tetapi
tidak semudah yang disangkakan. Indah bagi hati yang terluka kerana ada orang yang memohon maaf kepadanya. Sebaliknya, tidak seindah yang dirasakan bagi individu yang telah melakukan kesalahan kerana adakalanya dia terpaksa berbuat sesuatu agar dirinya dimaafi.


Memohon maaf memang sukar difahami sesama rakan sekerja kerana masing-
masing menyalah-tafsirkan niat masing-masing. Bila perasaan anda dilukai,
tanpa berfikir panjang anda beranggapan rakan anda sengaja menyakiti hati
anda. Anda rasa tersingung akan perbuatannya. Satu sahaja cara untuk
mengatasinya ialah beliau perlu mengakui kesalahannya dan memohon maaf
secara terbuka. Namun keadaan seperti ini jarang berlaku.....Kenapa???????

PERLUKAH MENYIMPAN PERASAAN DENDAM ATAU LUPAKAN SAJE?


* Foto diatas ialah semasa aku ikutserta
kursus Motivasi Kerja di Jln Binjai off
Jalan Ampang-Kuala Lumpur.

* Meredakan Kemarahan aku petik dari
buku Motivasi Kerja oleh Noraini Ahmad

----------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

  1. SALAM! BRO...
    MAAF KERANA POST FOTO LAMA
    TERUTAMA BAKAR,KADIR,RAHIM JEBAT, KAMARUZAMAN,ALAM,MAZLAN,AZHAR RAHMAN,ZAINAL,DAN ALI...

    ReplyDelete
  2. TINGGAL KENANGAN...
    YANG DAH PERGI ....
    YUNUS@UNOK,HALIM & MAT TAKOK !!!

    ReplyDelete