30 January 2010

INE BINTANG WALK !


  
Hello! Apa Kabar? Kalau tengah layan blog, tandanya sihat lahtu. Hehehe!
1- Satu hari, entah hari apa-aku pergi Bukit Bintang[BB]. Bukalah tujuan aku nak nyopping  tetapi sekadar jalan-jalan sambil mengambil gambar. Kira macam terapilah! Masa sampai kat pusat bandar, teringin pulak nak naik  Monorail, jadinya aku menapaklah ke arah stesen yang paling dekat iaitu di sekitar Medan Tuanku. Aku bayar RM 1.60 dari Medan Tuanku ke Bukit Bintang Station. Tunggu Monorail tidak lama mana pun kerana trek laluan Monorail pendek sahaja iaitu dari KL Central sampailah Titiwangsa Station.

Jika kita naik penggangkutan awam seperti Monorail ini janganlah ingat  tempat duduk, pasal mesin yang kita naik  selalunya penuh. Style orang KL pulak, naik mesin ini memang berdiri - barulah orang Kelompo. Kalau yang duduk itu selalunya pompuan mengandung, orang tua, kanak-kanak atau orang cacat. Takkan kita yang sihat walafiat hendak digelar orang cacat! Steadylah Beb!


Triiit! Trooot! Triiit! Bunyi dari geselan tayar Monorail. Tidak lama kemudian aku sampai BB Station lalu aku gerak turun menyelusuri tempat-tempat yang dolunya heppening sangat di Bintang Walk. Aha! Sudah berubah wajah. Apa sudah jadi dengan Bintang Walk(BW). Padahal dolu Bintang Walk gah dengan jenama cafe dan restoran dari luar negara. Malah orang ramai yang sering nyopping sekitar Bukit Bintang juga rasa bangga bila melepak di cafe sambil meneguk capoccino atau setidak-tidaknya pekena black cofffee gitu.

 

2- Bercakap pasal tredemark, dolu-dolu masa era 60'an [aku dengar dari mulut otai], trademark BB ialah BB Park. Aku taktau  pulak kat mana lokasinya. Yang sering otai cerita BB Park tu kira macam Funfair gitu! Ada pompuan joget dan ada wayang free [wayang pacak]. BB Park yang disebut otai tersebut barangkali  agaknya seperti pusat hiburan di Berjaya Time Square.

Trademark Bukit Bintang bertukar setelah BB Park di tutup dan Sungei Wang Plaza mengambil tempat sebagai pusat belibelah. Ujar orang lama yang sering melepak kat SungeiWang iaitu asal nama tersebut adalah dari nama sabuah kapal korek bijih timah di Perak. Owner SungeiWang Plaza daholunya adalah taukeh lombong yang kayaraya.  Hotel Park Royal diseberang jalan yang bersetentang dengan SungeiWang itu pun kepunyaan owner yang sama. [Nama SungeiWang bagi aku bermaksud sungai yang mengalirkan wang, maa-suuuuk dalam poket owner -Mj].






  1. Tidak berapa lama kemudian nama SungeiWang tidak lagi menjadi sebutan orang Kolompo  bilamana tapak pasar basah telah dibangunkan sebuah shopping mall berwarna hijau yang diberi nama Lot 10. Khabarnya, masa peresmian lot 10 dilakukan pada jam 10 malam dengan 10 hari berturut-turut diadakan pesta. Fuhhh! Berpesta sakanlah! 
     






  1. Berbalik kepada cerita mengenai Bintang Walk[BW], daholunya lokasinya bermula dari JW Marriot Hotel, lalu kat depan siarkaki KL Plaza, terus ke Lot10, beluk kiri pulak dan terus ke-depan pintu masuk SungeiWang Plaza. Patah balik dan lalu dihadapan siar kaki Yayasan Selangor dan belok pulak kat BB Plaza yang laluannya menuju Low Yat Plaza dan BB Park sekarang. 

    Dalam suasana hirik-piruk dan kemeriahan Bintang Walk masatu, ada juga peniaga Melayu yang  mencuba nasib, membuka cafe tetapi jangka hayatnya singkat sebabnya, sewa setiap tapak cafe kekadang boleh mencecah RM24 ribu sebulan.
  2. Peniaga-peniaga Melayu di Bintang Walk ada yang gulung tikar sebab sewa tapak yang mahal sedangkan mereka hanya berniaga  makanan seperti nasi lemak, sate, kueh-mueh dan bubur manis. Lagi pulak jenama cafe-cafe Melayu masatu tidak terkenal atau ayat lain belum matang gitu. Hanya satu (1) sahaja outlet cafe  Melayu yang bertahan disekitar Bukit Bintang iaitu First Cup Cafe, milik UDA. - [Mj]

No comments:

Post a Comment