31 July 2011

SENIKINI BSLN


Salam! Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada esok setelah diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Ibadat puasa di bulan Ramadan adalah wajib Beb! Tak kira jantina atau umur asalkan memenuhi syarat serta rukun yang telah ditetapkan.

Bercakap pasal bulan Ramadan ne, macam-macam hal dan peristiwa berlaku. Yang pastinye malam pertama Surau dan Masjid penuh sesak terutama kanak- kanak yang hendak bersembahyang Tarawih. Ramadan boleh dijadikan bulan menilai semula apa yang dilakukan oleh kita sepanjang tahun lepas dan mengajar kita untuk meninggalkan perkara-perkara yang di larang.

Yang sedihnye Beb!
Bulan Ramadan kali ne aku merasai ketiadaan orang yang tersayang! Terutama ibu, bapa, abang dan bapa mertua. Begitu juga yang di alami oleh Datin Halimah Mohd Noor, isteri kepada Allahyarham Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, 82- yang telah meninggal dunia malam tadi di kediaman beliau di Gombak. Al-Fatihah!





















Di bulan Ramadan kali ini juga, U-Wei Haji Saari sedang menayangkan filem bersama-sama pelukis saperti Ahmad Zakii Anwar, Tengku Sabri Ibrahim, Ilse Noor, Mastura Abdul Rahman, Fadzil Idris, Elias Yamani Ismail, Shia Yih Tiing dan Amiruddin Ariffin. Peminat seni tampak dan visual yang mengunjungi BSLN, berpeluang menonton filem menerusi visual, audio dan deria sentuhan. Pameran "Wayang U-Wei Angkat Saksi" boleh di tonton di aras 3, sehingga 5 September 2011.







30 July 2011

KAYUH KE BUKIT LAGONG!



Salam dari Kakikayuh! Harap friends diluar sana terus menggikuti aktiviti Kakiconteng dan pergerakan Kakikayuh dari masa kesemasa. Entri kali ini - bersama kengkawan berkayuh ke Bukit Lagong, berhampiran penempatan Orang Asli. Berehat sekejap di pondok kebun durian Mahful, lepas tu kami kayuh menghala Pusat Belia Bukit Lagong dan seterusnye mandi-manda dan cuci basikal.



Berehat di kebun! Masa ne belum ada buah durian yang gugur...pasal belum berbuah!
Jumpa sebiji buah manggis, kongsi rasa - Enak beb! Kat tempat macam ne mesti jumpa sang pacat dan nyamuk. Cammaner pun kami dah bersedia dengan "out door care lotion" anti nyamuk.































Lepas mandi, kami keluar dari kawasan hutan simpan Frim Bukit Lagong. Cuaca makin
gelap dan kami pasang lampu depan dan lampu belakang untuk keselamatan! Di- pertengahan jalan kami berhenti kejap untuk minum. Sambil minum kami mula chit-chat tentang bulan puasa, dan aktiviti selepas raya. Lepas raya ne kami rancang nak ge kayuh ke Alang Sedayu dan lepas tu nak tenguk kunang-kunang di-Bukit Belimbing, Kuala Selangor.


TOPI STORMTROOPER!










LONDON 28 Julai
- Mahkamah Tinggi Britain menolak permohonan Lucasfilm Ltd. bagi menghalang seorang pereka daripada menghasilkan dan menjual replika topi Stormtrooper yang di-guna dalam filem Star Wars.

"Filem Star Wars merupakan hasil seni yang dicipta Lucas dan syarikatnya. Topi keledar tersebut bersifat utilitarian dan sebagai eleman dalam proses penerbitan," kata lima penal hakim dalam perbicaraan itu.


Sebelum ini, pereka Ainsworth-62, mereka sabuah topi keledar putih seperti yang dipakai tentera Imperial dalam filem asal Star Wars pada tahun 1977 dan kini mengembangkan perniagaan dengan menjual kostum yang dihasikan melalui acuan asal menerusi Internet. Peguam kepada Lucasfilm menegaskan kostum dan arca yang direka berdasarkan filem tersebut merupakan hasil seni di-bawah undang-undang hak cipta Britain. -AP

  • Nota Kaki : Ketika entri ini ditaip, peminat seni tampak dan visual boleh mengunjungi BSLN kerana sedang berlansung pameran Wayang U-Wei Angkat Saksi bermula pada 11 Julai hingga 5 Sept, 2011. Pameran ini juga mempaparkan sejumlah 40 karya dari lapan pelukis tanah air yang dipersembahkan dengan pelbagai tafsiran masing- masing terhadap filem -filem karya U-Wei Haji Saari. Pelukis yang dimaksudkan ialah Ahmad Zakii Anwar, Tengku Sabri Ibrahim, Ilse Noor, Shia Yih Tiing, Fadzil Idris, Elias Yamani Ismail dan Amiruddin Ariffin.

25 July 2011

BERTEMU FIXIE DI TASIK PERDANA

Jom Kayuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Kayuh kali ne ke Tasik Perdana. Mula kayuh jam 0500 petang
ikut leburaya Jalan Kucing, lalu Padang Merbuk ( tempat aku main bola tujuh sebelah) lepas tu masuk simpang ke Taman Tasik Perdana. Singgah kejap kat Panggung Anniversari -( dulu-dulu tenguk konsert rock kat sini) Wah! Ada show plak dari geng Pop Yeah Yeah! Lepas dengar 5 buah lagu kitorang gerak menyusuri Tasik Perdana. Petang Ahad kat sini ramai kaum yang datang untuk beriadah sambil hirup udara bersih. Lepas pusing-pusing keliling tasik, lepak kejap...! Jumpa sekawan bebudak fixie yang katanye dari Kajang dan Bangsar. Minum dan sambil chit-chat pasal fixie dan mountain bike.











Kayuh petang ne si Mahful tak dapat ikut! Camaner pong kitorang kayuh juga tanpa Mahful. Lepas puas hirup udara tasik- kami kayuh menuju Dataran Merdeka. Kat depan Bangunan Sultan Abdul Samad, jalan ditutup. Nampak dari jauh ramai Mat Motor berkumpul kat persimpangan berhampiran Menara DBKL. Xtau apa diorang buat! Langit tambah gelap ketika kami lalu menuju Pasar Seni. Lampu depan dan belakang kene on, takut nanti kenderaan dari belakang tiba-tiba cium tayar belakang! Kayuh terus kayuh melalui simpang masuk ke-Petaling Street, lepas tu melalui Melaka Street, terus ke Jalan Campbell (Jalan Dang Wangi) dan kayuh balik ikut Jalan Ipoh! Kayuhhhhhhhhhhh! Lepas ne nak kayuh masuk kebun si Mahful. Kat maner?
















20 July 2011

KAYUH WAKTU PETANG!


Selamat Pagi Friends!
Semuga pagi ne lebih ceria dan bermakna dari hari semalam.
Kalau hari ne tak ceria, mungkin hari esok akan ceria dan lebih bermakna! Hidup mesti diteruskan, walaupun kita derita kerana putus cinta, atau tak lulus ujian memandu atau gaji tak naik atau kereta kene tarik. Boleh sakit jiwa atau kalau ada darah tinggi tambah naik lagi! Huhuhu... Tiada yang dilahirkan sempurna! Jangan salahkan diri atas apa yang terjadi. Hidup adalah anugrah! Sukuri apa saja yang ada. Ini hanyalah kata-kata semangat buat aku dan juga kengkawan diluar sana.

Kalau pagi-pagi kita dah murung, yang baik pun kita anggap buruk. Untuk menghindarkan masalah kemurungan yang berterusan, ada baiknya anda ge ATM keluarkan duit sikit - lepas tu ge kedai basikal dan beli sabuah basikal. Kayuhlah dari kedai basikal tu menuju taman, tasik atau tempat yang anda suka. Sambil kayuh anda dapat keluarkan peluh, dapat udara segar dan dapat pulak melupakan masalah yang di- hadapi, walaupun buat sementara aje!

Seronoknye berbasikal hanya anda saja yang tau, bila anda sendiri yang kayuh! Sekarang ne pong akbar tempatan dah mula cari berita pasal hobi baru remaja - fenomena basikal fixie! Aku rasa teruja melihat badai yang melanda remaja masa kini. Hilang label menjadi Mat rempit! Tidak perlu lagi pinjam cupcai bapak untuk bersiar-siar dengan kawan. Tak perlu berlumba di jalan raya. Bila sudah ramai remaja tunggang basikal, kuranglah nanti kita dengar berita pasal kecurian minyak motor atau kehilangan cupcai. Ibu bapak patut memberi sokongan kepada anak-anak yang hendak tunggang basikal. Naik basikal tak perlukan lesen, petrol dan dapat menghindari pencemaran alam dari asap dan bunyi bising.

Aku harap lebih ramai remaja dan orang dewasa kayuh basikal. Lagi ramai yang kayuh lebih baik tahap kualiti udara. Sistem pengakutan macam KTM, Komuter atau LRT sepatutnye ada ruang untuk meletak basikal. Kaki kayuh boleh ge kojer naik basikal tanpa menyimpan atau meletakan di station. Sistem ini telah diguna pakai di negara-negara maju. Bila lagi agaknye sistem pengangkutan kita nak buat macam tu? Kata nak jadi negara maju!