25 November 2014

BACKPACKER JAILANI ABU HASSAN [BHG 2]



"Setelah mendapat tiket, aku mencari bas untuk ke Kerachi pada hari esok. Nasibku agak baik kerana dapat bas yang akan bertolak pada jam enam pagi pada 22 Mei 1987. Cuma ada satu perjalanan saja lagi sebelum aku mencecahkan kaki ke KL. Aku berdoa semoga Tuhan akan memelihara keselamatanku supaya cekal menghadapi saki-baki perjalanan ini" - Jai



Setelah
selesai menunaikan solat Subuh aku keluar dari hotel. Quetta masih nyenyak dibuai mimpi. Perjalanan ke Kerachi dijangka memakan masa selama dua belas jam. Dalam perjalanan aku sempat berkenalan dengan seorang art historian, Nasir namanya. Setibanya disuatu kawasan pemeriksaan, aku sekali lagi diperlakukan seperti pendatang haram. Barang-barang habis digelidah oleh pihak kastam. Tetapi aku masih tetap bersyukur kerana tiada apa-apa yang menimpaku. Aku masih dapat membayangkan tentang keramahan dan istirehat yang dihulurkan oleh Quetta kepadaku.

Di Kerachi aku menginap di hotel Shalimar dengan bayaran 27 rupee, sebuah hotel yang serba serbi kekurangan. Kepalaku mula berdenyut-denyut, mungkin kesan dari cuaca yang terlalu panas. Untuk menghilangkan ketegangan aku mandi dan berbaring. Di luar kamar hotel suasana hingar-bingar, mungkin sibuk untuk persiapan berbuka puasa. Aku terlelap dan sedar kira-kira jam 9.30 malam. Aku gagahi diriku bangun dan keluar hotel untuk makan malam dan mencari ubat [panadol] bagi meredakan sakit kepala.



Keadaan diriku bertambah baik. Kesihatanku semakin beransur pulih seperti sediakala. Aku keluar pusing-pusing kota dan mengeposkan surat kepada buah hati. Di samping itu dapat juga aku bersembahyang zohor di sebuah masjid dan sempat curi-curi minum. Penerbangan ke Bangkok yang sepatutnya pada 24 Mei terpaksa ditunda pula pada keesokan hari pada jam 12.45. Aku sungguh kecewa!


Kerana geram,
aku menyewa sebuah hotel dekat lapangan terbang - Airport Inn yang lebih dikenali dengan five star hotel dengan bayaran 350 rupee. Keadaannya sungguh memuaskan. Aku dilayan bagaikan seorang putera raja dan seolah-olah tidak mahu balik pula ke tanahair. Begitulah jadinya diriku kerana sudah lama tidak menerima layanan yang mesra, sesekali bila kufikirkan manusia memang perlu 'keistimewaan' dalam hidupnya.

Selepas sarapan pagi, pintu kamar hotelku diketuk. Dan selepas segala-galanya selesai aku dihantar ke lapangan terbang dan mengambil penerbangan ke Bangkok [transit sehari diBangkok]. Aku sungguh bersyukur kerana 'penderitaan' yang kualami hampir dua puluh hari akan tamat. Berakhirlah suatu perjalanan yang susah untuk kupercayai, bagaimana insan sepertiku yang kerdil ini sanggup menghadapinya.

Selama hampir tiga minggu aku terlontar-lontar, berjalan mencari Ararat, hinggakan aku terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan. Seribu satu macam peristiwa itu  kualami dengan pelbagai kenangan yang mustahil dapat kulupakan selagi hayatku masih berbaki lagi. Sesungguhnya, terasa aku betapa luasnya bumi Tuhan ini dan betapa pula kerdilnya aku merayap di atasnya dengan serba kejahilan. Di dalam hatiku tidak putus-putus menyanjungi limpah dan kurnia yang telah diperuntukkan untukku oleh Tuhan yang Maha Pengasih. Padaku, perjalanan yang telah kutempuh ini merupakan suatu penghayatan dan perenungan yang mungkin sukar untuk kulakukan pada kali keduanya. 

Setelah menginap semalam di Dragon Inn Bangkok, aku berangkat pulang ke tanahair dengan keterharuan, ketakjupan dan kegembiraan betapa ketabahan dan dan kepercayaan kepada diri sendiri adalah 'senjata' batin yang paling unggul bagi menentukan sesuatu kejayaan. Sepanjang perjalanan ke KL aku asyik memikirkan kisah-kisah yang terjadi, terserlah dan terlukis dengan pelbagai keanehan seperti pengalaman-pengalaman berlapar, bergaul dengan pelarian Afghanistan serta kebaikan Ramatullah sekelurga.

Betapa perjalanan dari London - Belgium - Yugoslavia - Austria - Greece - Turki - Iran - Pakistan dan Bangkok adalah perencah hidupku yang menjalinkan kenangan demi kenangan manis yang dapat membentuk peribadiku menjadi seorang manusia yang berfikir, menghayati dan merenung bahawa kehidupan ini adalah hamparan-hamparan permaidani yang syahdu. Akhirnya sampai juga aku di tanahair pada 26 Mei 1987, tiga hari sebelum aidilfitri yang mulia. - Jailani Abu Hassan [Majalah Fantasi November 1987].

 

Sedikit Info:
1985 - BA [Fine Art] MARA Institute of Technologi, Shah Alam Selangor.

1988 -  MA, The Slade School of Fine Art, University Collage of London.

1994  -  MFA, Pratt Institute New York.

2005-2014 PhD [Studio Practice Reserch in Painting] UiTM, Shah Alam Selangor.

 

24 November 2014

BACKPACKER [JAILANI ABU HASSAN]



Puas
sudah aku menyelongkar almari dan rak buku, kalau-kalau aku terjumpa majalah lama Fantasi [majalah grafik] yang menyiarkan sepanjang jalan  backpacker pelukis Jailani Abu Hassan [Jai] dari London, Belgium, Yugoslavia, Austria, Greece, Turki, Iran, Pakistan dan seterusnya ke Bangkok sebelum beliau tiba di Kolompo pada 26 Mei 1987, tiga hari lagi sebelum korang menyambut Aidilfitri.

Aku
cuba gak call beberapa orang rakan lama yang suka mengumpul majalah Fantasi kalau diaorang masih ada menyimpan kisah Sepanjang Jalan, kira aku nak pinjamlah. Ekeleh! Diaorang pun sama gak macam aku, suka bagi pinjam bila masa nak pulangkan memang liatlah[1]. Akhirnya lesap begitu sahaja! Apapun, aku tetap siarkan kembara backpacker beliau dengan tajuk Merempuh Perjalanan Yang Mencabar [bahagian akhir].




I- Sampai
juga aku akhirnya di Erzurum pada 16 Mei 1987 - sebuah bandar 'koboi' di tengah-tengah padang pasir. Aku jadi mengelabah[2]
dan tercengang-cengang apabila keluar saja dari keretapi. Tetapi aku cuba memujuk hati apabila Gunung Ararat sudah terbayang di depan mata.

Langkah
berikutnya, aku akan ke Dogubayazit, bandar perbatasan antara Turki dan Iran. Perjalanan ke sana dijangka memakan masa selama lima jam lagi. Dalam perjalanan ke Dogubayazit kami dihidangkan dengan air sejuk untuk menghilangkan dahaga. Sesungguhnya peristiwa 'jamuan' air sejuk ini tidak pernah kuduga, namun aku tetap berbangga dengan perhatian pekerja keretapi itu melayan penumpang-penumpangnya.

Sebaik
sahaja aku turun dari keretapi setibanya di Dogubayazit, datanglah beberapa orang kanak-kanak dan orang-orang dewasa mengerumuniku. Mungkin mereka kaget[3] dengan 'sifatku' yang asing. Dan ditambah lagi dengan fesyen rambutku yang bertocang ala-Mochigan[4] itu. Mengalir juga peluh dingin bila aku diperlakukan begitu, ada yang memegang-megang tubuhku serta ada pula yang cuba menarik rambutku. Tetapi nasibku agak 'terbela' apabila seorang lelaki yang boleh berbahasa Inggeris dengan pelat Iran menawarkan jasa baiknya untuk menghantarku ke sempadan Iran.

Aku terpaksa bersetuju setelah lelaki itu membelanjakan dengan dua gelas teh Turki yang sememangnya enak. Setelah membayar 4500 Lira[5], aku dibawa menuju ke sebuah kereta Fiat yang buruk. Hati ku merasa khuatir semula sebaik saja mengetahui pemandu kereta Fiat itu seorang yang berbangsa Kurdish. Mujur tiada apa-apa yang diingini berlaku sepanjang perjalanan itu.
Setelah selamat sampai, terpaksa lagi aku merempuh satu tentangan yang tidak kurang hebatnya  juga. Aku terpaksa lagi 'berlagak' seperti pendatang haram kerana terpaksa menyusup masuk ke Iran melalui pintu pagar yang sempit.

Suasana begitu sepi. Waktu sudah menunjukkan pukul 12 malam. Aku tercegat disitu seketika dengan perasaan yang gementar. Sambil itu aku melangkah menuju ke pejabat Imigresen. Didalamnya seorang lelaki beruiform seolah-olah baru bangun dari tidur membuka pintu setelah aku mengetuknya beberapa kali. Aku memberi salam tetapi dia mengalu-alukan aku dengan well come to Iran. Aku terasa hairan sambil itu aku terpaksa mengisi beberapa helai borang.

Sekali lagi aku diperlakukan sebagai illegal[6] dengan ditanya beberapa soalan seperti bangsa apa, agama apa dan dari mana hendak ke mana? Syukurlah urusan visa itu selesai setelah aku bertekak selama sejam lebih. Kini pelbagai persoalan dan permasalahan tergambar di fikiranku. Dalam aku 'berleka' itu muncul seorang pemuda Iran. Aku mengambil kesempatan bertanya bas menuju ke Tehran. Dan menurut pemuda itu, bas ke Tehran cuma bertolak pada jam tujuh pagi.

Untuk 'mengisi' masa, aku terpaksa mencari tempat tidur. Tetapi perasaanku semakin berdebar dan suasana bertambah sunyi dan lengang. Dalam masa terkial-kial itu muncul sebuah bas yang ingin ke Tehran. Nasibku sungguh baik kerana pemandu bas itu 'sudi' membawa aku bersama menumpang basnya. Mungkin dia merasa kasihan melihat wajahku yang sedang dilanda 'derita' itu.

Untuk menuju ke Tehran sekali lagi terpaksa merempuh suatu perjalanan yang jauh. Aku terpaksa 'dilambung' oleh jalan-jalan yang sempit yang jaraknya sejauh 950km itu. Sesekali bas berhenti untuk memberi peluang penumpang berehat serta mengisi perut. Kesemua kami yang musafir ini makan dengan tenang dan seolah-olah tiada berada dalam bulan Ramadan. Aku pula makan roti cicah yogurt[7] bercampur madu dengan bayaran 300 rial. Di lain-lain perhentian aku terpaksa berjuadahkan air sejuk saja untuk menjimatkan wang sebagai langkah berhati-hati.

Bas terpaksa meredah gurun yang panas memijar tetapi hatiku agak terhibur kerana dapat menatap seorang gadis berpurdah yang berwajah ayu serta seorang teman baru yang sudi berbual-bual mengenai pelbagi perkara untuk mengisi masa. Aku masih belum dapat menduga dan membayangkan suasana yang bagaimana dan keadaan Tehran yang masih hangat dengan api revolusi itu. Selama ini aku cuma mendengar dari cerita-cerita mulut saja.

Sepanjang jalan didapati papantanda dan semua sepanduk tertulis dengan tulisan jawi saja. Kira-kira jam enam petang bas pun sampai ke Tehran. Nasibku sungguh baik kerana pemandu bas itu membenarkan aku menumpang dengan percuma saja.

Bagi menambahkan dan menampung wang untuk merempuh perjalanan selanjutnya aku terpaksa menjual boot[8] adidasku dengan harga 5000 rial kepada seorang saudagar Pakistan. Aku pula terpaksa mengekori saudagar dengan tiga orang itu beserta temanya menuju ke Terminalojunu yang terletak 15km dari Asadi, stesen bas tempat aku turun tadi.

Sepanjang perjalanan, lorong-lorong dipenuhi dengan cogan kata dan slogan-slogan anti-Amerika dan di mana-mana saja dengan kemarakan api revolusi yang masih belum reda. Sungguh hangat pergolakan yang sedang menimbulkan Iran, khususnya dengan suasana dan perkembangan yang sedang terjadi di Tehran.

Aku ingin menjuju ke Zahedan, malangnya bas ke sana telah habis. Empat orang saudagar Pakistan itu meninggalkanku keseorangan. Mereka telah bertolak ke Isfahan. Aku terpaksa mundar-mandir dan menahan sebuah teksi menuju ke hotel Amir Khabir. Nasib ku bertambah malang kerana hotel itu telah lama ditutup. Suasana semakin gelap. Malam semakin merangkak dan nasibku agak baik kerana sebuah hotel yang sederhana masih 'sudi' menerimaku dengan bayaran 300 rial.
 

Perutku mula merasa lapar. Aku keluar mencari warung tetapi semuanya sudah ditutup. Nasib baik seorang pondan[9] memberi sedikit roti baki makanannya. Keesokannya, pagi-pagi lagi aku sudah terbangun untuk mencari bank. Aku terpaksa mengalami kesulitan lagi kerana bank-bank disini amat susah berurusan dengan mereka yang menggunakan cek pengembara. Nasib baik baki wang jualan boot adidasku masih banyak lagi. Tanpa berfikir, aku membeli tiket menuju ke Zahedan. Aku sudah bosan dengan suasana yang wujud di Tehran yang begitu mengamalkan dasar 'pintu' tertututp dengan orang asing.


II- Perjalanan
menuju ke Zahedan dijangka memakan masa 24jam  lagi. Seperti kelaziman, perjalanan juga terpaksa meredah gurun pasir yang gersang dan kering. Apabila berhenti rehat, aku terpaksa mengikat perut[10] untuk menjimatkan perbelanjaan. Tetapi disalah satu tempat berehat tanpa kuduga seorang tauke restoran yang baik hati telah memberi sehelai resit lantas aku disuruh  ke dapur memilih makanan. Setelah menikmati hidangan dengan 'lahap'[11], aku mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada tauke yang sungguh baik hati itu. Aku berdoa semoga perniagaannya bertambah maju.

Jam enam petang [18 Mei], aku pun sampai ke Zahedan tetapi terpaksa pula bertolak menuju ke Nirjaveh - perbatasan antara Pakistan dan Iran. Disini sekali lagi aku dicabar dengan pelbagai masalah. Malam beransur-ansur tiba. Dalam masa aku tergapai-gapai itu, tiba-tiba terdengar suara azan. Lantas tanpa berlengah-lengah lagi aku menuju ke arah terbitnya suara azan itu, hinggalah aku sampai ke sebuah surau. Aku pun bersembahyang Isyak.

Selepas
selesai menunaikan sembahyang terawih orang ramai mula mengerumuniku. Salah seorang dari mereka memperkenalkan diri - Rahmatullah, begitulah namanya. Beliau mempelawa ke rumahnya untuk makan malam. Aku sungguh terharu dengan budi baiknya. Rumahnya berhampiran dengan surau. Sebaik saja sampai dirumahnya, aku dijamu dengan nasi, acar tomato, roti yogurt dan susu kambing. Sekali lagi aku tersentak apabila Rahmatullah menyuruh anaknya membeli dua batang rokok setelah kami selesai menghabiskan hidangan makan malam.

Kira-kira pukul dua pagi sekali lagi aku dikejutkan untuk bersahur pula. Kami bersembang pula hingga berlarutan sampai waktu Subuh. Selepas selesai menunaikan  solat Subuh, dengan jasa baik Rahmatullah, aku ditumpangkan menuju ke Mirjaveh seterusnya menuju ke Taftan. Sesampai sahaja di sempadan Pakistan suasana seolah-olah baru dilanggar garuda. Lenggang dan sepi - rupa-rupanya pada waktu awal pagi pejabat Imigresen masih belum dibuka.

Jam
lapan pagi setelah segala urusan visa diselsesaikan, aku masih terkapai-kapai lagi. Suasana sungguh menjelikkan dengan pandangan yang 'menyeksa' mata. Peristiwa aku dikerumuni[12] berulang lagi. Kali ini oleh penduduk-penduduk suku kaum nomad. Dengan ditemani oleh dua orang yang ingin ke Quetta, kami menumpang sebuah van. Kami terpaksa menempuh perjalanan sejauh 550km lagi dan terpaksa melalui jalan kampung dengan gurun-gurun yang datar serta kering-kontang.

Kulitku mula mengelupas dan hidungku turut berdarah juga. Van yang ditumpangi itu memecut dengan laju sehingga kami teroleng-oleng[13] dilambung perjalanan yang tidak kurang seksanya itu. Namun aku tetap bertekad untuk sampai di Quetta. Di pertengahan perjalanan, kami berhenti rehat di Nok Kundi. Aku sempat menggalas perut dengan memakan cepati dan daging unta berserta dengan dua botol coca-cola dengan bayaran 200 rupee saja. Murah!

Sepanjang perjalanan itu pemandangan hanya kelihatan dipenuhi dengan unta-unta liar dan sering terserempak dengan kaum-kaum nomad yang sedang menggembala lembu atau kambing. Akhirnya sampai juga aku di Quetta pada 21 Mei setelah menempuh pelbagai pengelaman di perjalanan seperti kebaikan Ramatullah sekeluarga yang tidak akan kulupakan sepanjang hidupku. Perjalanan yang sejauh 1450km yang terpaksa kurempuh dari Taftan itu adalah suatu perjalanan yang penuh dengan pelbagai pancaroba.

Di Quetta aku menyewa sebuah hotel yang agak selesa - hotel Nile dengan bayaran 80 rupee. Suasana di Quetta sungguh menarik walaupun dikelilingi oleh gurun-gurun pasir. Bandar ini 'hidup' di waktu malam. Di sana-sini kelihatan ramai pelarian Afghanistan mundar-mandir. Dan yang agak membanggakan ramai di kalangan mereka mengambil peluang mencari rezeki, berniga secara kecil-kecikan.

Aku sungguh bangga dengan kesungguhan mereka itu, walaupun terbuang dari tanahair tetapi semangat mereka tetap tabah menjalani kehidupan. Aku berehat selama dua hari di sini dengan membersihkan diri dan sempat melihat wajahku dicermin setelah seminggu tidak berbuat demikaian. Disini aku dapat menunaikan ibat puasa dengan sempurna. Syukur!

Tengahari
aku sempat ke bank untuk menukar cek pengembara. Di samping itu, aku juga menempah tiket kapal terbang ke KL, tetapi terpaksa transit[14] sehari di Bangkok. Aku rasa lega sungguh pun terpaksa menghadapi seperempat lagi perjalanan. Setelah mendapat tiket, aku mencari bas untuk ke Kerachi pada hari esok. - Bersambung!


Nota Lutut: Kisah perjalanan 'backpacker' pelukis Jailani Abu Hassan [Jai] ini berhenti kat sini dahulu kerana waktu Magrib dah nak masuk Bai!. Apapun, nanti aku sambung semula bahagian dua [2]. Korang kalau minat dengan ilustrasi komik Jai bolehlah sekodeng entri pada 18 September 2014 bertajuk Komik [Jailani Abu Hassan]. - Jumpa Lagi!





23 November 2014

AWANG SELAMAT & CAMERON HIGHLANDS



Mingguan
Malaysia
, Ahad  9 November 2014 ada menyiarkan rencana Awang Selamat bertajuk 'Hebat Sangatkah Adnan?' dalam Analisis Mingguan [muka 6]. Rencana tersebut berkisar tentang isu Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang memperlekehkan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia berhubung laporan khas kebanjiran warga asing di Cameron Highlands.


I- Awang Selamat!
Korang
tentu udah baca rencana tersebut. Apapun, aku ambik sikit tulisan Awang Selamat mengenai Datuk Seri Adnan Yaakob yang cuba mengaitkannya dengan agenda  media kononnya media cuba untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengekalkan syarikat akhbar rugi dan tutup. [Bagi Awang Selamat,  agenda media yang sebenarnya hanyalah tertumpu pada isu diCameron Highlands demi keselamatan negara dan rakyat].  


Oleh
kerana tidak puas hati atas penghinaan Datuk Seri Adnan Yaakob, Awang Selamat yang mewakili bagi pihak Utusan telah menyanggah[1] tohmahan tersebut dengan panjang lebar di ruangan Analisis Mingguan pada 9 November 2014. Rententan[2] dari tulisan tersebut, Awang Selamat telah menerima surat cinta daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. [Seperti yang Awang katalah, tidak molek komen lebih-lebih kerana bakal jadi kes mahkamah]. 


Walaupun
Awang Selamat telah menerima surat cinta [18 November 2014] daripada syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman sebanyak RM15 juta, Awang Selamat tetap meneruskan tugas dan tanggungjawab beliau bagi memastikan kesedaran orang ramai tentang kesan buruk sekiranya alam sekitar yang tenteram itu dimusnahkan.

Malah, Awang Selamat dalam rencana terbarunya bertarikh 23 November 2014, mencadangkan langkah seterusnya untuk menyelamatkan Cameron Highlands  dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja. Awang juga mengharapkan siasatan dilakukan dengan lebih adil bermula dari sekecil kecil isu hinggalah isu warga asing, skandal, kartel[3] dan juga isu 'surat kuning' seperti yang dilaporkan oleh akhbar New Straits Time pada 14 November 2014.


II- Isu Cameron Highlands!


Udah banyak yang diperkatakan dalam isu  kerosakan muka bumi belah Cameron Highlands dan isu ini telah menjadi isu nasional kerana  melibatkan penerokaan tanah secara haram yang mengakibatkan pencemeran alam, tragedi tanah runtuh dan banjir lumpur. - Cobak korang sekodeng entri 'Gempur, Pati & Tauke Tanah Kedaung' (21 November 2014). 

Bayangkan!
[pejam mata kejap] kalau setiap hari berduyun-duyun manusia terutama warga asing datang membanjiri  bumi belah Cameron Highlands. Banyak pokok ditumbangkan, bukit-bukau diratakan, semak samun habis lunyai[4] ditebas kemudian di bakar. Tanah mula gondol, maka terjadi hakisan dan akibatnya air sungai tercemar.

Lihatlah
hukum alam. Apa agaknya yang akan terjadi sekiranya tanah yang gondol itu saban hari terdedah dengan sinaran matahari. Tentulah tanah tersebut kering kontang dan berdebu. Hujan lebat pula sering berlaku pada penghujung tahun [Oktober hingga Disember] dan akan mengakibatkan hakisan tanah. Tanah yang basah dek hujan akan menghasilkan lumpur lalu lumpur itu pun  mengalir ke dalam sungai.

Sungai yang berlumpur itu mula keruh. Air bertukar warna menjadi seperti 'teh tarik'. Penderitaan tidak mampu ditanggung lagi maka sungai dan lumpur itu pun bersatu melangar apa sahaja dihadapan. Tanah bukit yang gondol mula mengelongsor kebawah dan pokok-pokok tumbang menyembah bumi. Lalu terjadilah banjir lumpur dibumi Cameron Highlands. - Bila udah terjadinya banjir, barulah kelam-kabut. Kerajaan terpaksa tanggung kos baik pulih termasuk modal menanam semula pokok-pokok yang udah ditebang oleh bebudak Bangla!

Banjir
lumpur udah pulih. Esuk-lusa isu penerokaan tanah secara haram oleh 'tauke' dan pegawai kerajaan yang tidak amanah pun senyap. Dalam senyap-senyep, pokok-pokok dan bukit bukau di Cameron Highlands ditarah, dan dibogelkan semula. Selepas bulan Disember, bumi Cameron Highlands mula panas dan karbon dioksida[5] mula berkumpul dengan banyak menyebabkan kesihatan mereka tidak cukup baik. Malah haiwan pun tahu akan akibatnya lalu melarikan diri mencari penempatan baru.

Apabila pokok banyak ditebang, iklim pun turut berubah kerana  tugas pokok ialah menyerap karbon dioksida. Pokok juga berupaya mengeluarkan wap air ke udara  dan mengekalkan kelembapan tanah. Tanpa pokok serta ditambah pulak dengan pelepasan gas rumah hijau menyebabkan suhu atmosfera[6] bumi di Semenanjung Tanah Melayu cepat berubah. - Wallahuaklam!


 

21 November 2014

Gempur Pati & Tauke Tanah Kedaung!





Kecoh!


Memang kecok, pasal penerokaan tanah di Cameron Highlands susulan laporan Utusan Malaysia. Tak kiralah apa pandangan dan pendapat korang mengenai Utusan Malaysia berhubung isu tersebut. Ada yang kata, Utusan saja-saja cari berita supaya akbar tersebut laris dipasaran. Bagi aku, memang patut pun media buat laporan khas tentang kebanjiran hampir 30,000 warga asing terutama warga Bangladesh yang terbabit dalam aktiviti pembalakan dan pengondolan tanah dan hutan simpan di Cameron Highlands.

Untuk pengetahuan korang, Cameron Highlands  terbahagi kepada tiga [3] mukim iaitu Ringlet, Tanah Rata dan Ulu Tenom. Daerah ini juga terdiri daripada beberapa pekan dan kampung seperti Lembah Bertam, Brincang, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla, Kampung Raja dan Blue Valley. Jumlah penduduk keseluruhan hanya berjumlah 36,978 [ikut perangkaan tahun 2010]. Nama Cameron Highlands diperoleh daripada seorang pegawai Inggeris iaitu Willam Cameron yang menemui lokasi tersebut sekitar tahun 1885 ketika buat tinjauan pemetaan.

Khabarnya, Cameron Highlands yang aku anggap seperti Kashimir [yang terletak diantara negara India dan Pakistan] udah diteroka seperti kawasan Blue Valley yang merupakan kawasan pertanian moden yang terletak berhampiran pekan Brincang. Kawasan Kuala Terla adalah lokasi paling teruk terjejas akibat penerokaan tersebut tanpa tindakan susulan oleh pihak berkuasa, walaupun mengetahui terdapat aktiviti pembalakan dan penerokaan secara tidak sah.


I- Gempur!

Bak kata pepatah Melayu Udah terhantuk baru tengadah. Udah ramai yang mempersoalakan barulah nak buat kojer. Itu pun disebabkan kedegilan wartawan buat liputan dan laporan hari demi hari hinggakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mencemar duli, melakukan lawatan ke Lembah Bertam bersama Menteri Besar, pegawai-pegawai daerah ekoran banjir kilat pada 5 November 2014 lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh Utusan pada Isnin 10 November iaitu Jabatan Imigresen telah mengempur pendatang asing tanpa izin [PATI] di Cameron Highlands menerusi 'Ops Gempak Tapi Mesra' di beberapa buah kawasan tanah tinggi tersebut. Yaker! Buat operasi nak tangkap Pati pun kene berhemah dan kira mesra gitu. - Mesra sangatlah! 


Operasi dijalankan sekitar pekan Ringlet, Brincang, Kuala Terla dan Kampung Raja dengan hasil tangkapan sebanyak 581 warga asing dan setelah dipereksa, 181 daripada mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Mereka yang ditahan terdiri dari warga Bangladesh [78], Nepal [40], Myamar [20], India [10], Indonesia [10], Vietnam [1], Sri Langka [1] manakala selebihnya dari lain-lain negara.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigeresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata, terdapat 11,016 warga asing yang bekerja secara sah dipelbagai sektor di daerah ini dengan 10,592 daripadanya bekerja di bidang pertanian, 221 di bidang perkhidmatan, 150 di ladang, 49 pembinaan dan empat orang di sektor pembuatan. - Ini bermakna, masih ramai lagi pekerja asing [PATI] yang tidak diperiksa jika melihat laporan dari pihak Imigeresen iaitu hanya satu [1] orang pekerja Vietnam, Sri Langka [1] dan empat [4] orang di sektor pembuatan. Apa sudah jadi dalam 'Ops Gempak Tapi Mesra'!



 

II- PATI! Korang semua dah tahu maksud PATI iaitu Pendatang Haram Tanpa Izin atau lebih tepat warga asing yang masuk ke Malaysia tanpa melalui lorong Imigeresen kerana mereka ini tidak mempunyi pasport dan permit sah. Angaran statisik yang didapati dari Kementerian Sumber Manusia iaitu hanya 2.1 juta pekerja asing di negara kita ini yang mempunyai permit sah dan selebihnya kira-kira 4.6 juta memasukinya secara haram.

Buat masa ini, negara kita memang memerlukan pekerja asing untuk memenuhi ruang-ruang serta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Ini kerana Malaysia sedang mengejar 'dateline' untuk menjadi sebuah negara maju dengan acauan tersendiri. Maksudnya, Malaysia tidak akan meniru cara Singapura, Hong Kong, Jepun atau Korea bagi mengurus tenaga kerja asing kerana Malaysia ada acuannya sendiri!
 

Oleh kerana negara kita malu hendak belajar cara menguruskan tenaga kerja warga asing, maka negara kita udah menjadi seperti sebuah Semenanjung yang dipenuhi dengan warga asing. Mereka ada di mana-mana. Dibandar, di kampung, didesa pingitan malah ramai yang berumah tangga dan beranak pinak di dalam hutan belukar. Mereka juga menguasai bidang perniagaan kedai runcit, kedai makan dan pakaian. Tak perlu bayar cukai peraniagaan kepada Kerajaan Malaysia, malah hasil keuntungan terus dihantar ke negara asal mereka. - Banyak untung Bai. Orang Malaysia kan mesra alam! 

Sesekali, cobak korang jenguk kat tepi jalan sekitar Segambut menghala ke Bukit Kiara.  Ada tak korang ternampak kedai runcit warga Bangladesh? Mesti ada kan, sebab kat situ terdapat banyak projek-projek membangunkan bangunan untuk dijadikan kondo dan apartment. Jenguk pulak kat sekitar Plaza Idaman atau lebih dikenali oleh orang Gombak sebagai On Tai Kim gitu! Ada peniga Pakistan dan Bangladesh yang menjual pakaian terpakai [bundle]. - Dolu, kat Pudu Raya sekitar 80'an hanya bebudak kita sahaja yang menjual pakaian bundle!
 


Yang kita risaukan bukanlah pekerja warga asing yang bekerja secara sah tetapi warga PATI. Pekerja tidak sah inilah yang menjadi satu masalah terutama penempatan haram [setinggan] yang mereka dirikan. Disitulah mereka beranak pinak, membuang sampah merata-rata, pergaduhan sesama sendiri malah ada yang lebih berani dengan melakukan kerja-kerja part-time [haram] di waktu malam.
 

Berbalik semula cerita lama di Cameron Highlands. Memang ramai pekerja warga asing kat sana, ini boleh di lihat ketika mereka sedang menghabiskan cuti hujung minggu bertemu rakan-rakan di pekan Ringlet atau pekan Tanah Rata. Yang buat aku muskil ialah kenapa sikit sangat tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa? Adakah kerana terpaksa atau saja-saja buat Ops bagi mengalih perhatian masyarakat terhadap isu penguasaan warga asing dan penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands! - Lain kali kalau nak buat Operasi janganlah bagi tau media. Buatlah senyap-senyap!
 



III- Tauke Tanah Kedaung!
Korang
tentu salahkan orang kita atas kebanjiran pekerja asing dengan alasan segelintir orang kita manja dan malas bekerja dalam pelbagai bidang termasuk sektor pertanian atau perladangan. Betul tu, sebab orang kita ne manja sebab dimanjakan oleh ibu bapa termasuk dimanjakan oleh kerajaan dengan pelbagai bantuan dan subsidi. - Bebudak sekolah sekarang, kene sound sikit pasal tak buat kojer sekolah report kat emak bapak. Kalau kene rotan sekali dua terus report polis. Manja sangatlah! 


Orang
kita banyak yang nak jadi tuan. Yalah, tuan di tanah sendiri [Tanah Melayulah katakan!]. Kalau orang kita bawa teksi, dia anggap orang yang nak naik teksinya itu adalah penumpang sementara sahaja. Tupasal tuan teksi tu selalu tanya penumpang nak ge mana. Kalau dia rasa malas nak hantar penumpang tu dia akan bagi bermacam alasan termasuk jauhlah, banjirlah padahal kawasan tu tak banjir!

Kalau ada tanah pusaka sekangkang kera, orang kita mulalah nak menjual tanah tersebut dan duitnya boleh dibahagi sama rata dengan adik beradik. Tak payah kerja, pagi-pagi lagi  udah melepak dengan kenkawan kat kedai kopi sambil menunggu counter kedai nombor ekor di buka. Bila nombor yang dibeli tidak pernah mengene mulalah muka bertukar pelbagai rupa. Siang ketawa malam berduka, giler ke apa? 


Orang
kita ne kalau nak hidup senang mesti ada 'kabel' [bukan cabel car Bai!] dengan pemimpin politik. Orang politik inilah yang membuatkan pihak berkuasa tempatan, Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah pening-pening lalat dan tidak berani nak ambik tindakan kerana arahan pihak atasan. Keadaan di Cameron Highlands tu tak ubah seperti kawasan Cowboy yang Sherifnya juga bersubahat dengan pemimpin politik. - Kira, mereka yang melakukan jenayah alam sekitar [tauke tanah] akan dilindungi dan tak lut pulak dari undang-undang!

Selain
guna kabel orang politik ada juga orang kita guna amalan kuno seperti memberi duit kopi atau lebih garang sikit istilahnya memberi rasuah gitu. Aku mulanya memang tak percaya bila ada berita yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengatakan sekiranya hendak memiliki tanah haram seluas 0.4 hektar untuk dijadikan kebun sayur, perlu menyuap pegawai kerajaan sebanyak RM10,000 sebagai habuan 'melindungi' perbuatan tersebut.

Yang bestnya, warga asing yang ada duit dan boleh bagi rasuah juga boleh meneroka tanah di Cameron Highlands. Pilih sahaja di mana mereka suka, tak perlu kertas cadangan atau melalui Kementerian Alam Sekitar, janji ada wang semua boleh jadi. Kira RM10,000 sebagai pengeras setiap 1 ekar adalah dikira mencukupi. Lagipun, tanah di Cameron Highlands tu tanah kerajaan. - Kalau pegawai kerajaan tu tak buat sekarang, akan datang [pegawai baru] pasti dia akan buat juga perkara yang sama. - Betul tak Bai!

 

Untuk pembersihan dan pemutihan di Cameron Highlands, pihak berwajip juga perlu melancarkan 'Ops Gempur Tauke Tanah' dengan disertai egensi pengutkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] dan Polis untuk membuat siasatan dengan segera bagi menghentikan penerokaan tanah secara haram.
 

Sekiranya didapati ada unsur-unsur tidak amanah, adalah lebih baik pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang lain tu ditukarkan. Pertukaran itu perlulah dilakukan sendiri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sebagi menolak persangka buruk atas kegagalan besar beliau bagi memastikan Cameron Highlands bebas dari ancaman kemusnahan alam sekitar.

Akhir kata, kepada rakyat Pahang terutama yang tinggal di sekitar Negeri Cameron Highlands, hendaklah berjanji menjaga alam sekitar dari kemusnahan teruk, supaya tidak membahayakan seluruh kehidupan makluk ciptaan Tuhan. Kepada Menteri Besar Pahang pula, akuilah apa yang berlaku di Cameron Highlands bukan kerana  suratan takdir tetapi kerana kealpaan sendiri.


Nota Lutut: Seperti yang ditulis oleh Awang  dalam ruangan Analisis Mingguan [Ahad 9 November 2014] iaitu Adnan [MB Pahang] dikatakan bergantung kepada Sultan Pahang untuk survival politiknya namun dalam soal menjaga kepentingan rakyat Pahang, baginda akan mengambil pendirian terbaik. Lagipun yang mengundi atas nama demokrasi pada pilihan raya  nanti ialah rakyat. - Wallhuaklam!




07 November 2014

SIS & KECELARUAN JANTINA [GiD]




Hampir seminggu aku tidak menaip kerana mengalami sedikit kecederaan jari kaki. Taklah serius sangat. Hanya bengkak, berwarna blue-black dan sekali-sekala terasa sakit. Walaupun yang bengkak jari kaki, tetapi mood untuk menaip terus hilang. Semasa berjumpa Doktur, aku diarahkan menjalani X-Ray dan keputusannya [sehari kemudian] jari kaki aku tidak patah. - Alhamdulliah!

 

I-SIS.
Sister in Islam [SIS]
bukanlah sebuah badan NGO yang baru ditubuhkan. Malah, kita pernah dengar cerita pasal SIS ne pada 1988 dan pada 1993 telah diluluskan pendaftarannya dibawah nama SIS Forum [Malaysia]. Di asaskan atau ayat lain Co-Founder iaitu Zainah Anwar, Sharifah Zuriah aljeffri, Norani Othman, Aminah Wadud, Askiah Adam, Rose Ismail dan Rashidah Abdullah. - Sumber dari Wikipedia.


Secara kebetulan, ketika aku tengah selak kat homefacebook, ternampaklah photo imam pompuan, yang dimuat-naik oleh Buletin Pakatan Rakyat dengan status 'Aminah Wadud salah seorang pengasas Sister In Islam menuntut kesamaan taraf lelaki dan wanita untuk layak menjadi Imam solat fardu Jumaat'. 

[Satu lagi photo, aku tenguk ada tiga orang pompuan antaranya ialah Datin Peduka Marina Mahathir dan Zainah Anwar dengan status 'Kita semua adalah anak-anak Allah' - Shared dari Ustaz Zanuihan Al-Ghari photo].


Aku garu kepala walaupun kulit kepala aku tak gatal bila tenguk gambar-gambar yang dimuat naik kat facebook. Lagi tambah gatallah [kepala aku] kalau tenguk muka selamba Marina Mahathir tu. Faham ke apa si Marina buat tu atau memang udah terikut-ikut gaya orang barat. - Yalah, gaya kehidupan yang dilimpahi dengan darjat dan kekayaan kekadang buat kita lupa diri.


Kira baru lagi, iaitu Majlis Agama Islam Selangor [MAIS] pada Julai lalu udah mengisytiharkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. [Cuba korang sekodeng entri pada 20/Oct/2014 bertajuk 'Racun Liberalisme']. 


Bila SIS dapat tahu MAIS udah memfatwakan SIS sebagai pertubuhan yang sesat, maka SIS bertindak balas dengan mengemukakan semakan kehakiman terhadap pengisytiharan tersebut. Yang pelik bin ajaibnya, ada pulak yang mempertahankan SIS. Seperti beberapa pemimpin Pas iaitu Khalid Abdul Samad [Ahli Parlimen Shah Alam], Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] dan Mohamed Hanipa Maidin [Sepang]. - Aku garu kepala lagi!


 

Lama gak aku termenong! Dioarang nampak bijak, educated lagi advance dalam banyak hal tetapi bila buat kenyataan tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor [MAIS] macam orang tak cukup ilmu. Seolah-olah diaorang [Khalid, Mujahid dan Hanipa] mahu menolak fatwa tersebut meskipun  keputusan yang dibuat MAIS berlandaskan hukum syarak.

Seperti yang dinyatakan oleh Mufti Kelantan [Datuk Mohamad Shukri Mohamad] iaitu MAIS atau mana-mana juga majlis agama Islam atau Majlis Fatwa Kebangsaan bukannya mengeluarkan fatwa sesuka hati. Mereka tentunya berpandukan kepada al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias[1] dalam membuat sesuatu fatwa.

Jelas Mohamad Shukri [mufti Kelantan] lagi, kenyataan terbuka pihak-pihak terbabit secara tidak langsung juga mencabar undang-undang dan institusi raja yang menjadi ketua dalam hal ehwal agama Islam di sesebuah negeri. "Bermakna, kalau golongan terbabit mempertikaikan fatwa itu, mereka sebenarnya bukan sahaja telah menolak keputusan dibuat, malah mereka turut tidak mengiktiraf peranan sultan di negeri itu" ujarnya.

Dewan Pemuda Pas Pusat pula menyifatkan SIS sebagai pertubuhan bukan kerajaan  [NGO] yang memperjuangankan fahaman sesat kerana cuba mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan manusia sebagai anak-anak Allah.

Ujar Muhammad Khalil Abdul Hadi [anak kepada Presiden Pas] "Sebarang usaha menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam adalah kesesatan yang terang lagi nyata. Kesemua tindak-tanduk dan pendirian SIS mewajarkan nya diharamkan serta-merta tanpa kompromi lagi setelah kedegilan kumpulan itu mencetuskan pelbagai polemik[2] fahaman dan pegangan umat Islam negera ini". [Terbaru, SIS mempertikaikan langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam, mengenakan hukuman keatas  pekerja wanita Islam yang tidak menutup aurat, disamping mendesak kebebasan diberikan kepada wanita Islam sama ada ingin bertudung atau tidak].



Betulah tu, sejak dua menjak ne SIS semakin berani mempertikaikan hukum-hakam [asas Islam] yang selama ini menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia kerana  mendapat sokongan beberapa  ahli politik seperti Khalid, Mujahid dan Hanipa Maidin. Diaorang bertiga ne menyokong kerana nak naikan nama diaorang dalam arena politik. Marina ne-kan anak mantan Perdana Menteri, tentulah ramai orang nak berkawan termasuk orang-orang politik. - Perenggan[3] yang ne aku agak-agak ajalah!
 

[Sebelum ne pun pernah kecok pasal ada ahli  dalam Pas yang mengamalkan fahaman Syiah. Mana tak terpengaruh Bro, belajar kat Syria, Iran, Iraq malah kalau belajar kat Mesir sekali pun boleh terbabas. Korang kalau tak berapa faham sangat pasal Syiah, boleh klik pada July 2013, tajuk entri 'Ahli Sunnah Vs Syiah']. 



II- GiD.
Tak payahlah lama-lama story pasal SIS. Apa kata kita cerita pulak pasal kes golongan yang mengalami kecelaruan[3] identiti jantina [GiD]. Baru-baru ne kecoh pulak pasal keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah [Negeri Sembilan] 1992 yang menghalang lelaki berpakaian dan berkelakuan seperti wanita sebagai bercanggah[4] dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pulak dah! Hanya disebabkan sedikit percangahan  pada beberapa potong ayat kat Perlembagaan Persekutuan, membolehkan hakim membuat keputusan dan mencabar hukum Allah SWT. Seperti yang disuarakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr Harunssani Zakaria iaitu lelaki yang berpakaian seperti perempuan [pondan gitu!] atau sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam, justeru perlu disekat.

Beliau berkata, "Hadis Nabi SAW mengatakan lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki dilaknat[5] Allah SWT. Tindakan mahkamah rayuan itu boleh diibaratkan sebagai menghalalkan perkara yang haram dan akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam". - Tak faham aku! 



Betul-betul aku tak faham. Tak faham sebab kecelaruan undang-udang jenyah syariah itu sendiri. Boleh pulak hakim-hakim dari mahkamah sivil buat keputusan yang sepatutnya kes GiD ini dikendalikan oleh mahkamah syariah. Hanya mahkamah syariah sahaja yang berhak buat keputusan dan jatuh hukum kerana kes GiD tersebut membabitkan orang Islam. 

Kalau ada lelaki atau pompuan bukan Islam yang celaru identiti jantina atau kes lain  [aktiviti sex songsang] seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender [LGBT], barulah kes tersebut dihakimi oleh hakim-hakim dari mahkamah tinggi-rendah atau mahkamah rayuan. - Kalau kes barkaitan dengan hukum-hakam umat Islam diserahkan kepada yang bukan hak, habis tu mahkamah syariah buat apa? Z-Z-Z zzzz!
 

Ekeleh! Aku yang tak cukup ilmu [jahil] pasal hukam-hakam atau istilah undang-undang sivil pun udah faham sikit. Ini semua kerja NGO yang beriya-iya sangat melancarkan perang atas tiket 'hak kebebasan' tetapi yang terpesong akidah tentulah bebudak pondan tu dan geng-geng storkunyitnya[6] [LGBT].


 

[Bercakap pasal akidah ne, korang boleh gak sekodeng entri pada 31 Mac 2013 bertajuk 'Sri Langkawi, Al-Aqram & Akidah'. Aku pong bukanlah bagus sangat dan bukan juga Ustaz Mee Segera. Kalau korang tak puas hati atau was-was tentang akidah, rajin-rajinlah tanya Ustaz!] - Wallahuaklam!