Kecoh!
Memang kecok, pasal penerokaan tanah di Cameron Highlands susulan laporan Utusan Malaysia. Tak kiralah apa pandangan dan pendapat korang mengenai Utusan Malaysia berhubung isu tersebut. Ada yang kata, Utusan saja-saja cari berita supaya akbar tersebut laris dipasaran. Bagi aku, memang patut pun media buat laporan khas tentang kebanjiran hampir 30,000 warga asing terutama warga Bangladesh yang terbabit dalam aktiviti pembalakan dan pengondolan tanah dan hutan simpan di Cameron Highlands.
Untuk pengetahuan korang, Cameron Highlands terbahagi kepada tiga [3] mukim iaitu Ringlet, Tanah Rata dan Ulu Tenom. Daerah ini juga terdiri daripada beberapa pekan dan kampung seperti Lembah Bertam, Brincang, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla, Kampung Raja dan Blue Valley. Jumlah penduduk keseluruhan hanya berjumlah 36,978 [ikut perangkaan tahun 2010]. Nama Cameron Highlands diperoleh daripada seorang pegawai Inggeris iaitu Willam Cameron yang menemui lokasi tersebut sekitar tahun 1885 ketika buat tinjauan pemetaan.
Khabarnya, Cameron Highlands yang aku anggap seperti Kashimir [yang terletak diantara negara India dan Pakistan] udah diteroka seperti kawasan Blue Valley yang merupakan kawasan pertanian moden yang terletak berhampiran pekan Brincang. Kawasan Kuala Terla adalah lokasi paling teruk terjejas akibat penerokaan tersebut tanpa tindakan susulan oleh pihak berkuasa, walaupun mengetahui terdapat aktiviti pembalakan dan penerokaan secara tidak sah.
I- Gempur! Bak kata pepatah Melayu Udah terhantuk baru tengadah. Udah ramai yang mempersoalakan barulah nak buat kojer. Itu pun disebabkan kedegilan wartawan buat liputan dan laporan hari demi hari hinggakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mencemar duli, melakukan lawatan ke Lembah Bertam bersama Menteri Besar, pegawai-pegawai daerah ekoran banjir kilat pada 5 November 2014 lalu.
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan pada Isnin 10 November iaitu Jabatan Imigresen telah mengempur pendatang asing tanpa izin [PATI] di Cameron Highlands menerusi 'Ops Gempak Tapi Mesra' di beberapa buah kawasan tanah tinggi tersebut. Yaker! Buat operasi nak tangkap Pati pun kene berhemah dan kira mesra gitu. - Mesra sangatlah!
Operasi dijalankan sekitar pekan Ringlet, Brincang, Kuala Terla dan Kampung Raja dengan hasil tangkapan sebanyak 581 warga asing dan setelah dipereksa, 181 daripada mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Mereka yang ditahan terdiri dari warga Bangladesh [78], Nepal [40], Myamar [20], India [10], Indonesia [10], Vietnam [1], Sri Langka [1] manakala selebihnya dari lain-lain negara.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigeresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata, terdapat 11,016 warga asing yang bekerja secara sah dipelbagai sektor di daerah ini dengan 10,592 daripadanya bekerja di bidang pertanian, 221 di bidang perkhidmatan, 150 di ladang, 49 pembinaan dan empat orang di sektor pembuatan. - Ini bermakna, masih ramai lagi pekerja asing [PATI] yang tidak diperiksa jika melihat laporan dari pihak Imigeresen iaitu hanya satu [1] orang pekerja Vietnam, Sri Langka [1] dan empat [4] orang di sektor pembuatan. Apa sudah jadi dalam 'Ops Gempak Tapi Mesra'!
II- PATI! Korang semua dah tahu maksud PATI iaitu Pendatang Haram Tanpa Izin atau lebih tepat warga asing yang masuk ke Malaysia tanpa melalui lorong Imigeresen kerana mereka ini tidak mempunyi pasport dan permit sah. Angaran statisik yang didapati dari Kementerian Sumber Manusia iaitu hanya 2.1 juta pekerja asing di negara kita ini yang mempunyai permit sah dan selebihnya kira-kira 4.6 juta memasukinya secara haram.
Buat masa ini, negara kita memang memerlukan pekerja asing untuk memenuhi ruang-ruang serta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Ini kerana Malaysia sedang mengejar 'dateline' untuk menjadi sebuah negara maju dengan acauan tersendiri. Maksudnya, Malaysia tidak akan meniru cara Singapura, Hong Kong, Jepun atau Korea bagi mengurus tenaga kerja asing kerana Malaysia ada acuannya sendiri!
Oleh kerana negara kita malu hendak belajar cara menguruskan tenaga kerja warga asing, maka negara kita udah menjadi seperti sebuah Semenanjung yang dipenuhi dengan warga asing. Mereka ada di mana-mana. Dibandar, di kampung, didesa pingitan malah ramai yang berumah tangga dan beranak pinak di dalam hutan belukar. Mereka juga menguasai bidang perniagaan kedai runcit, kedai makan dan pakaian. Tak perlu bayar cukai peraniagaan kepada Kerajaan Malaysia, malah hasil keuntungan terus dihantar ke negara asal mereka. - Banyak untung Bai. Orang Malaysia kan mesra alam!
Sesekali, cobak korang jenguk kat tepi jalan sekitar Segambut menghala ke Bukit Kiara. Ada tak korang ternampak kedai runcit warga Bangladesh? Mesti ada kan, sebab kat situ terdapat banyak projek-projek membangunkan bangunan untuk dijadikan kondo dan apartment. Jenguk pulak kat sekitar Plaza Idaman atau lebih dikenali oleh orang Gombak sebagai On Tai Kim gitu! Ada peniga Pakistan dan Bangladesh yang menjual pakaian terpakai [bundle]. - Dolu, kat Pudu Raya sekitar 80'an hanya bebudak kita sahaja yang menjual pakaian bundle!
Yang kita risaukan bukanlah pekerja warga asing yang bekerja secara sah tetapi warga PATI. Pekerja tidak sah inilah yang menjadi satu masalah terutama penempatan haram [setinggan] yang mereka dirikan. Disitulah mereka beranak pinak, membuang sampah merata-rata, pergaduhan sesama sendiri malah ada yang lebih berani dengan melakukan kerja-kerja part-time [haram] di waktu malam.
Berbalik semula cerita lama di Cameron Highlands. Memang ramai pekerja warga asing kat sana, ini boleh di lihat ketika mereka sedang menghabiskan cuti hujung minggu bertemu rakan-rakan di pekan Ringlet atau pekan Tanah Rata. Yang buat aku muskil ialah kenapa sikit sangat tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa? Adakah kerana terpaksa atau saja-saja buat Ops bagi mengalih perhatian masyarakat terhadap isu penguasaan warga asing dan penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands! - Lain kali kalau nak buat Operasi janganlah bagi tau media. Buatlah senyap-senyap!
III- Tauke Tanah Kedaung! Korang tentu salahkan orang kita atas kebanjiran pekerja asing dengan alasan segelintir orang kita manja dan malas bekerja dalam pelbagai bidang termasuk sektor pertanian atau perladangan. Betul tu, sebab orang kita ne manja sebab dimanjakan oleh ibu bapa termasuk dimanjakan oleh kerajaan dengan pelbagai bantuan dan subsidi. - Bebudak sekolah sekarang, kene sound sikit pasal tak buat kojer sekolah report kat emak bapak. Kalau kene rotan sekali dua terus report polis. Manja sangatlah!
Orang kita banyak yang nak jadi tuan. Yalah, tuan di tanah sendiri [Tanah Melayulah katakan!]. Kalau orang kita bawa teksi, dia anggap orang yang nak naik teksinya itu adalah penumpang sementara sahaja. Tupasal tuan teksi tu selalu tanya penumpang nak ge mana. Kalau dia rasa malas nak hantar penumpang tu dia akan bagi bermacam alasan termasuk jauhlah, banjirlah padahal kawasan tu tak banjir!
Kalau ada tanah pusaka sekangkang kera, orang kita mulalah nak menjual tanah tersebut dan duitnya boleh dibahagi sama rata dengan adik beradik. Tak payah kerja, pagi-pagi lagi udah melepak dengan kenkawan kat kedai kopi sambil menunggu counter kedai nombor ekor di buka. Bila nombor yang dibeli tidak pernah mengene mulalah muka bertukar pelbagai rupa. Siang ketawa malam berduka, giler ke apa?
Orang kita ne kalau nak hidup senang mesti ada 'kabel' [bukan cabel car Bai!] dengan pemimpin politik. Orang politik inilah yang membuatkan pihak berkuasa tempatan, Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah pening-pening lalat dan tidak berani nak ambik tindakan kerana arahan pihak atasan. Keadaan di Cameron Highlands tu tak ubah seperti kawasan Cowboy yang Sherifnya juga bersubahat dengan pemimpin politik. - Kira, mereka yang melakukan jenayah alam sekitar [tauke tanah] akan dilindungi dan tak lut pulak dari undang-undang!
Selain guna kabel orang politik ada juga orang kita guna amalan kuno seperti memberi duit kopi atau lebih garang sikit istilahnya memberi rasuah gitu. Aku mulanya memang tak percaya bila ada berita yang bertiup sepoi-sepoi bahasa mengatakan sekiranya hendak memiliki tanah haram seluas 0.4 hektar untuk dijadikan kebun sayur, perlu menyuap pegawai kerajaan sebanyak RM10,000 sebagai habuan 'melindungi' perbuatan tersebut.
Yang bestnya, warga asing yang ada duit dan boleh bagi rasuah juga boleh meneroka tanah di Cameron Highlands. Pilih sahaja di mana mereka suka, tak perlu kertas cadangan atau melalui Kementerian Alam Sekitar, janji ada wang semua boleh jadi. Kira RM10,000 sebagai pengeras setiap 1 ekar adalah dikira mencukupi. Lagipun, tanah di Cameron Highlands tu tanah kerajaan. - Kalau pegawai kerajaan tu tak buat sekarang, akan datang [pegawai baru] pasti dia akan buat juga perkara yang sama. - Betul tak Bai!
Untuk pembersihan dan pemutihan di Cameron Highlands, pihak berwajip juga perlu melancarkan 'Ops Gempur Tauke Tanah' dengan disertai egensi pengutkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] dan Polis untuk membuat siasatan dengan segera bagi menghentikan penerokaan tanah secara haram.
Sekiranya didapati ada unsur-unsur tidak amanah, adalah lebih baik pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang lain tu ditukarkan. Pertukaran itu perlulah dilakukan sendiri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sebagi menolak persangka buruk atas kegagalan besar beliau bagi memastikan Cameron Highlands bebas dari ancaman kemusnahan alam sekitar.
Akhir kata, kepada rakyat Pahang terutama yang tinggal di sekitar Negeri Cameron Highlands, hendaklah berjanji menjaga alam sekitar dari kemusnahan teruk, supaya tidak membahayakan seluruh kehidupan makluk ciptaan Tuhan. Kepada Menteri Besar Pahang pula, akuilah apa yang berlaku di Cameron Highlands bukan kerana suratan takdir tetapi kerana kealpaan sendiri.
Nota Lutut: Seperti yang ditulis oleh Awang dalam ruangan Analisis Mingguan [Ahad 9 November 2014] iaitu Adnan [MB Pahang] dikatakan bergantung kepada Sultan Pahang untuk survival politiknya namun dalam soal menjaga kepentingan rakyat Pahang, baginda akan mengambil pendirian terbaik. Lagipun yang mengundi atas nama demokrasi pada pilihan raya nanti ialah rakyat. - Wallhuaklam!
|
No comments:
Post a Comment