07 November 2014

SIS & KECELARUAN JANTINA [GiD]




Hampir seminggu aku tidak menaip kerana mengalami sedikit kecederaan jari kaki. Taklah serius sangat. Hanya bengkak, berwarna blue-black dan sekali-sekala terasa sakit. Walaupun yang bengkak jari kaki, tetapi mood untuk menaip terus hilang. Semasa berjumpa Doktur, aku diarahkan menjalani X-Ray dan keputusannya [sehari kemudian] jari kaki aku tidak patah. - Alhamdulliah!

 

I-SIS.
Sister in Islam [SIS]
bukanlah sebuah badan NGO yang baru ditubuhkan. Malah, kita pernah dengar cerita pasal SIS ne pada 1988 dan pada 1993 telah diluluskan pendaftarannya dibawah nama SIS Forum [Malaysia]. Di asaskan atau ayat lain Co-Founder iaitu Zainah Anwar, Sharifah Zuriah aljeffri, Norani Othman, Aminah Wadud, Askiah Adam, Rose Ismail dan Rashidah Abdullah. - Sumber dari Wikipedia.


Secara kebetulan, ketika aku tengah selak kat homefacebook, ternampaklah photo imam pompuan, yang dimuat-naik oleh Buletin Pakatan Rakyat dengan status 'Aminah Wadud salah seorang pengasas Sister In Islam menuntut kesamaan taraf lelaki dan wanita untuk layak menjadi Imam solat fardu Jumaat'. 

[Satu lagi photo, aku tenguk ada tiga orang pompuan antaranya ialah Datin Peduka Marina Mahathir dan Zainah Anwar dengan status 'Kita semua adalah anak-anak Allah' - Shared dari Ustaz Zanuihan Al-Ghari photo].


Aku garu kepala walaupun kulit kepala aku tak gatal bila tenguk gambar-gambar yang dimuat naik kat facebook. Lagi tambah gatallah [kepala aku] kalau tenguk muka selamba Marina Mahathir tu. Faham ke apa si Marina buat tu atau memang udah terikut-ikut gaya orang barat. - Yalah, gaya kehidupan yang dilimpahi dengan darjat dan kekayaan kekadang buat kita lupa diri.


Kira baru lagi, iaitu Majlis Agama Islam Selangor [MAIS] pada Julai lalu udah mengisytiharkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. [Cuba korang sekodeng entri pada 20/Oct/2014 bertajuk 'Racun Liberalisme']. 


Bila SIS dapat tahu MAIS udah memfatwakan SIS sebagai pertubuhan yang sesat, maka SIS bertindak balas dengan mengemukakan semakan kehakiman terhadap pengisytiharan tersebut. Yang pelik bin ajaibnya, ada pulak yang mempertahankan SIS. Seperti beberapa pemimpin Pas iaitu Khalid Abdul Samad [Ahli Parlimen Shah Alam], Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] dan Mohamed Hanipa Maidin [Sepang]. - Aku garu kepala lagi!


 

Lama gak aku termenong! Dioarang nampak bijak, educated lagi advance dalam banyak hal tetapi bila buat kenyataan tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor [MAIS] macam orang tak cukup ilmu. Seolah-olah diaorang [Khalid, Mujahid dan Hanipa] mahu menolak fatwa tersebut meskipun  keputusan yang dibuat MAIS berlandaskan hukum syarak.

Seperti yang dinyatakan oleh Mufti Kelantan [Datuk Mohamad Shukri Mohamad] iaitu MAIS atau mana-mana juga majlis agama Islam atau Majlis Fatwa Kebangsaan bukannya mengeluarkan fatwa sesuka hati. Mereka tentunya berpandukan kepada al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qias[1] dalam membuat sesuatu fatwa.

Jelas Mohamad Shukri [mufti Kelantan] lagi, kenyataan terbuka pihak-pihak terbabit secara tidak langsung juga mencabar undang-undang dan institusi raja yang menjadi ketua dalam hal ehwal agama Islam di sesebuah negeri. "Bermakna, kalau golongan terbabit mempertikaikan fatwa itu, mereka sebenarnya bukan sahaja telah menolak keputusan dibuat, malah mereka turut tidak mengiktiraf peranan sultan di negeri itu" ujarnya.

Dewan Pemuda Pas Pusat pula menyifatkan SIS sebagai pertubuhan bukan kerajaan  [NGO] yang memperjuangankan fahaman sesat kerana cuba mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan manusia sebagai anak-anak Allah.

Ujar Muhammad Khalil Abdul Hadi [anak kepada Presiden Pas] "Sebarang usaha menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam adalah kesesatan yang terang lagi nyata. Kesemua tindak-tanduk dan pendirian SIS mewajarkan nya diharamkan serta-merta tanpa kompromi lagi setelah kedegilan kumpulan itu mencetuskan pelbagai polemik[2] fahaman dan pegangan umat Islam negera ini". [Terbaru, SIS mempertikaikan langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam, mengenakan hukuman keatas  pekerja wanita Islam yang tidak menutup aurat, disamping mendesak kebebasan diberikan kepada wanita Islam sama ada ingin bertudung atau tidak].



Betulah tu, sejak dua menjak ne SIS semakin berani mempertikaikan hukum-hakam [asas Islam] yang selama ini menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia kerana  mendapat sokongan beberapa  ahli politik seperti Khalid, Mujahid dan Hanipa Maidin. Diaorang bertiga ne menyokong kerana nak naikan nama diaorang dalam arena politik. Marina ne-kan anak mantan Perdana Menteri, tentulah ramai orang nak berkawan termasuk orang-orang politik. - Perenggan[3] yang ne aku agak-agak ajalah!
 

[Sebelum ne pun pernah kecok pasal ada ahli  dalam Pas yang mengamalkan fahaman Syiah. Mana tak terpengaruh Bro, belajar kat Syria, Iran, Iraq malah kalau belajar kat Mesir sekali pun boleh terbabas. Korang kalau tak berapa faham sangat pasal Syiah, boleh klik pada July 2013, tajuk entri 'Ahli Sunnah Vs Syiah']. 



II- GiD.
Tak payahlah lama-lama story pasal SIS. Apa kata kita cerita pulak pasal kes golongan yang mengalami kecelaruan[3] identiti jantina [GiD]. Baru-baru ne kecoh pulak pasal keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah [Negeri Sembilan] 1992 yang menghalang lelaki berpakaian dan berkelakuan seperti wanita sebagai bercanggah[4] dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pulak dah! Hanya disebabkan sedikit percangahan  pada beberapa potong ayat kat Perlembagaan Persekutuan, membolehkan hakim membuat keputusan dan mencabar hukum Allah SWT. Seperti yang disuarakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Dr Harunssani Zakaria iaitu lelaki yang berpakaian seperti perempuan [pondan gitu!] atau sebaliknya adalah salah satu perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam, justeru perlu disekat.

Beliau berkata, "Hadis Nabi SAW mengatakan lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki dilaknat[5] Allah SWT. Tindakan mahkamah rayuan itu boleh diibaratkan sebagai menghalalkan perkara yang haram dan akan menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam". - Tak faham aku! 



Betul-betul aku tak faham. Tak faham sebab kecelaruan undang-udang jenyah syariah itu sendiri. Boleh pulak hakim-hakim dari mahkamah sivil buat keputusan yang sepatutnya kes GiD ini dikendalikan oleh mahkamah syariah. Hanya mahkamah syariah sahaja yang berhak buat keputusan dan jatuh hukum kerana kes GiD tersebut membabitkan orang Islam. 

Kalau ada lelaki atau pompuan bukan Islam yang celaru identiti jantina atau kes lain  [aktiviti sex songsang] seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender [LGBT], barulah kes tersebut dihakimi oleh hakim-hakim dari mahkamah tinggi-rendah atau mahkamah rayuan. - Kalau kes barkaitan dengan hukum-hakam umat Islam diserahkan kepada yang bukan hak, habis tu mahkamah syariah buat apa? Z-Z-Z zzzz!
 

Ekeleh! Aku yang tak cukup ilmu [jahil] pasal hukam-hakam atau istilah undang-undang sivil pun udah faham sikit. Ini semua kerja NGO yang beriya-iya sangat melancarkan perang atas tiket 'hak kebebasan' tetapi yang terpesong akidah tentulah bebudak pondan tu dan geng-geng storkunyitnya[6] [LGBT].


 

[Bercakap pasal akidah ne, korang boleh gak sekodeng entri pada 31 Mac 2013 bertajuk 'Sri Langkawi, Al-Aqram & Akidah'. Aku pong bukanlah bagus sangat dan bukan juga Ustaz Mee Segera. Kalau korang tak puas hati atau was-was tentang akidah, rajin-rajinlah tanya Ustaz!] - Wallahuaklam!



No comments:

Post a Comment