27 May 2012

ISTERI TUAN RAFFLES


"Mengenai isteri Tuan Raffles, kulihat dia bukan sembarang perempuan. Setiap hari, dia seperti suaminya. Semua kerja dilakukan dengan tertib, sopan dan berwajah manis apabila bercakap dengan orang, sama ada orang miskin ataupun orang kaya.  Dia suka belajar bahasa Melayu dengan usahanya sendiri, iaitu bertanya-tanya mengenai apa kata Melayu ini dan apa kata Melayu itu. Semua perkara yang dilihatnya, ditulisnya. Ku lihat Tuan Raffles, semua perkara yang hendak dibuatnya, umpamanya membeli sesuatu barang, dia akan bertanya kepada isterinya. Jika isterinya setuju, baru dibuat atau pun dibelinya. 


Isteri Tuan Raffles itu cekap bekerja. Tidak pernah duduk diam. Ada saja kerjanya setiap hari. Inilah tabiat yang berbeza dengan orang Melayu. Perempuan-perempuan Melayu apabila menjadi isteri orang besar-besar, makin bertambahlah congkaknya, malasnya, tingkah lakunya sombong, dan tutur katanya meninggi diri. Dianggapnya hina kalau melakukan kerja-kerja yang memenatkan tubuh. Mereka lebih suka duduk-duduk sahaja, tidur baring, berpakaian cantik, bersanggul licin dan memerintah hamba-hamba mereka. Tahunya, hidangan makan bersaji di depannya. Bangun pagi pukul sepuluh sebelas, makan minum, duduk sabentar, tidur lagi sampai petang dan duduk menghadap tepak sirih. Itulah tuahnya bersuamikan orang besar-besar. Kulihat isteri Tuan Raffles itu pantas kaki tanganya, seperti lipas kudung. Kerjanya tidak putus, lepas satu, satu. Lepas kerja rumah, dia menjahit, lepas itu menulis pula. Belum pernah aku lihat dia tidur waktu tengah hari ataupun berbaring-baring senang. Ada sahaja kerjanya setiap hari. Allah sahaja yang tahu. 

Pada hematku, dia perempuan yang pandai dan dapat melakukan kerja-kerja yang besar. Dia menjadi penolong suaminya. Dijadikan Allah mereka itu pasangan seperti cincin dengan permata dan seperti susu dengan sakar. Tingkah laku mereka patut menjadi teladan orang pada zaman kemudiannya".

Info: Kisah ne aku ambik dari buku Hikayat Abdullah muka surat 74 & 75. Kisah yang di ceritakan Abudullah berlaku ketika Inggeris mengambil alih Melaka dari tangan Belanda sekitar tahun 1795. Buku Hikayat  Abdullah (1849) telah tersebar luas waktu itu, dengan kritikan secara terus terang terhadap golongan bangsawan dan bangsa Melayu, serta menyindir pihak penjajah Inggeris.

20 May 2012

KOMENTAR dari Azman Anuar


Apa sahaja masalah pekerja asing, mungkin ada dalam kepala Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez. Dia tahu apa yang berlaku di rumah, kedai dan restoran. Dia juga tahu akan nasib pekerja Bangladesh di kilang atau dipremis lain. Hebat sungguh wanita ini. Dia tahu apa yang berlaku terhadap pekerja asing di setiap ceruk negara ini. Walhal banyak perkara yang didengarinya cuma 'agak-agak' sahaja.


Kita hormat perjuangan Irene terhadap nasib dan hak-hak pekerja asing sejak tahun 1990-an lagi. Mungkin sampai sekarang pun, dia makan dan tidur bersama-sama pekerja-pekerja asing untuk mendapatkan 'laporan eksklusif'. Sebab itu, dia rasa masalah pekerja asing di Malaysia masih tidak mendapat pembelaan. Dia rasa peraturan yang ada sekarang belum cukup menjamin hak keselamatan dan kebajikan pekerja-pekerja asing di negara ini. 

Dia mahu pekerja asing di Malaysia tidak diganggu oleh penguat kuasa undang-undang. Biar mereka bebas bekerja. Biar pekerja asing buat sesuka hati tanpa hormati rakyat tempatan. Irene menuntut kerajaan Malaysia supaya membentuk rangka kerja berdasarkan undang-undang bagi melindungi pekerja asing. Dia mendawa kerajaan mendiskriminasi pembantu rumah dan pekerja ladang apabila tidak memasukan golongan itu dalam peraturan gaji minimum yang baru diperkenalkan. 

Irene menyifatkan wanita Indonesia yang bekerja dalam sektor pembantu rumah di Malaysia hanya dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol. Yang mungkin beberapa pekerja asing tidak beritahu Irene ialah, baik pekerja Indonesia atau Bangladesh yang dirujuknya tidak terbela itu sebenarnya sudah mampu mengirim wang kepada keluarga di kampung halaman masing-masing. Ada yang pandai berjimat - sudah mampu membeli rumah, tanah dan kedai di negaranya.

Apa yang Irene nampak daripada pekerja asing ialah majikan dan kerajaan Malaysia tidak bersikap adil kepada mereka. Masalah psikoloji, mental dan fizikal yang ditanggung majikan dan rakyat negara ini atas sikap pekerja asing tidak pula diambil peduli oleh Irene. Senang-senang pada 7 Mei lalu, Irene mengeluarkan kenyataan kepada media di Indonesia bahawa Malaysia bukanlah negara terbaik untuk rakyat negara itu mencari rezeki. Dalam temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan akbar Jakarta Post, Irene mendawa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sering menggugut pekerja asing.  

Terbaru  dalam wawancara dengan Malaysian Insiders, dia dilapor mendawa pekerja Bangladesh ditindas di negara ini serta pekerja asing sering diugut pihak berkuasa. Berdasarkan hanya dua tiga kes, Irene membesar-besarkannya seolah-olah banyak kes melibatkan rakyat Indonesia atau Bangladesh dilayan buruk semasa bekerja di negara ini. Mudah sungguh Irene membuat kenyataan tanpa berdasarkan realiti dan fakta sebenar.

Kalau benar rakyat negara ini kejam, tak mungkin ramai rakyat Indonesia datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Irene kene peka terhadap perasaan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah yang dilakukan oleh warga dan pekerja asing. Jangan asyik nampak kesalahan kerajaan dan pihak berkuasa negara ini sahaja. Apakah muslihat Irene memburukan Malaysia di mata masyarakat dunia sahaja? Atau dia hanya mahu timbulkan persepsi buruk terhadap Polis dan Rela!

Pengarah Eksekutif Tenaganita ini nampaknya keras hati orangnya dan tetap dengan pendirian bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing. Kalau difahami kata-katanya pada sidang akbar di pejabat Tenaganita pada 9 Mei lalu, kita tidak perlu berlembut dengannya lagi. "Apa sebab hendak memohon maaf, saya membuat kenyataan yang benar tentang apa yang berlaku, kezaliman dibuat kepada pekerja migran disini, tidak betul kalau saya mohon maaf, sebab saya tidak salah," kata Irene. 

Banyak pihak mendesak Irene dikenakan tindakan tegas kerana kenyataannya itu dikeluarkan tanpa bukti yang kukuh. Tindakannya itu juga telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat negara ini. Tuduhannya terhadap kerajaan, Polis dan Rela adalah sangat berat. Apakah Irene juga ada 'kekebalan' seperti S. Ambiga?

UNTITLED+ 7

Untitled 1
Untitled 2
Untitled 3
Untitled 4
Untitled 5
Untitled 6
Untitled 7

12 May 2012

PEMANDU SAKIT OTAK!

Salam di pagi Ahad! Kali ne nak story pasal ada pemandu kereta kat Malaysia ne tak ambik port pasal petak yang di-khaskan kepada orang kelainan uapaya (OKU). Mojoriti pemandu  ne rasa tak bersalah bila diorang letakan kenderaan dalam petak OKU. Pengawal yang di tugaskan mengawal kelancaran pergerakan trafik pulak yang kene marah. Bila pengawal tanya "Encik ne cacat ke?" Selamba je pemandu tu jawab "Tak!". Kalau tak cacat anggota  mungkin kebanyakan pemandu kat Malaysia ne cacat otak agaknye! Diorang bukan aje berebut nak masuk petak OKU, tapi parking sukahati kat tempat-tempat yang tak masuk akal. Macam kat coner simpang tiga, kat garisan kuning, letak kat petak motosikal, kat papan tanda "No Parking" atau ada yang ambil mudah lagi letak kereta kat double parking. 

Kalau nak double parking tu tinggalkanlah nota  'Kalau nak keluar call di no sekian-sekian' atau tinggalkan kad nama kat cermin depan.  Kalau tinggal kat rumah pangsa, apartment atau kondo lagi teruk. Satu rumah ada yang guna dua atau tiga buah kereta. Memanglah petak tempat letak kereta tak cukup. Balik lewat pagi pulak tu! Ambik jalan mudah parking je kat sabelah kereta lain. Besuk bila kereta sebelah nak keluar udah tak boleh. Kekadang ada gah yang hilang sabar. Bunyikan hon kuat-kuat tapi tuan kereta tak jugak turun. Apalagi kene pancitlah. Kalu setakat kene pancit tayar takpe, ne siap kene calar sebagai hukuman bagi yang pentingkan diri sendiri. 


Ada pemandu yang berlagak! Letak stiker polis, rela atau tiga line kat cermin depan. Konon boleh parking kat mana-mana dia suka. Kalau kereta dah kene tarik, barulah diaorang gelabah. Kalau betul kene tarik dengan penguatkusa takpe kot! Diorang ne boleh bayar denda. Duit bagi dioarang bukan masalah! Yang buat dioarang takut kene tarik olih penarik kereta tak berlesen. Maksud aku - kereta kene curi! Huhuhu...

Sabenarnya boleh letak kereta sesuka hati, asal tak menghalang aliran trafik. Kereta siapa yang lesen besau boleh berbuat demikian? Tentula kenderaan  seperti polis, dbkl, bomba, askar, pertahanan awan atau kenderaan bulan sabit. Kenderaan ne selalunya ada logo kat depan, tepi atau belakang dan mahu menjalankan tugas operasi atau tugas menyelamat orang awam. Kalu setakat ada stiker polis, parking pulak kat tempat larangan atas alasan nak ge shopping tak payah lah! Pasal sorang anggota, boleh  memalukan seluruh PDRM!      Macam pepatah Melayu "Sebab nila setitik rosak susu sebelanga". Mana tidak rosaknye susu, bila nila setitik tercampur dengan susu tentulah jadi warna biru.

Kekadang letak je stiker polis! Tapi bukan anggota pun, lebih kepada menyamar. Kalau betul diorang anggota polis, tentu diorang lebih arif tentang undan-undang jalan raya. Begitu juga dengan hakim, peguam atau jpj - janganlah parking sesuka hati, melainkan kerana ada urusan penting atau istilah lain kecemasan gitu! Kalau yang bijak pandai ne pong parking sesuka hati, tentulah pemandu yang kurang bijak tak rasa bersalah. Jangan lah saperti mengajar itek berjalan Cikgu! Orang dulu-dulu selain guna istilah polis ada gak yang panggil ganti nama seperti Datuk atau Cikgu. Kalau Cawangan Khas pulak dioarang panggil mata-mata!


Nota Kaki: Becakap pasal pdrm ne, janganlah luorang kat luar sane tu asyik nak mengutuk polis. Agak-agaklah! Bayangkan kalu emak  atau adik perempuan luorang kene culik, atau umah kene samun atau kereta kene curi. Luorang nak ngadu kat siapa? Tentu luorang ge Balai Polis kan! Jangalah terlalu marahkan polis hanya kerana setitik nila. Pasal aku cakap macam ne - Ayah aku dulu pong bekas anggota polis!!!

09 May 2012

HELAH ORANG-ORANG CHINA!


Salam dari Mj - Semuga anda diluar sana sihat walafiat hendaknya! Hari ne ada kesempatan untuk aku menaip entri terbaru. Kisah Helah Orang-Orang China ne aku ambil dari buku yang bertajuk Pelbagai Chetera Melayu yang diator olih Abdu'l-Hadi Bin Haji Hasan, Guru dari Sultan Idris Training College, Tanjong Malim. Cetakan pada tahun 1958 olih Macmillan & Co. Limited, St. Martin's Street, London.


Kisahnya : Maka kedengaran khabar ka-benua China mengatakan Raja Suran (Raja Keling) datang hendak menyerang benua China dengan membawa ra'ayat  tiada tepermenai banyak-nya, sekarang sudah sampai ka-Temasek. Maka Raja China pun terlalu haibat mendengar khabar itu; maka titah Raja China kapada segala menteri dan segala pegawai, "Apa bichara kamu sakalian pada menolakkan bala ini? Jikalau sampai Raja Keling itu ka-mari, neschaya binasa-lah benua China ini oleh-nya." Maka sembah Perdana Menteri China menyuroh melengkapi sa-buah pilu, di-isinya dengan jarum berkarat, maka di-ambilnya pohon kayu kesma dan pohon bidara yang sudah berbuah, di-tanamnya di-atas pilu itu. Maka di-pilehnya segala orang tua yang sudah tanggal giginya, di-surohnya naik pilu, maka di-pesaninya oleh Perdana Menteri itu di-surohnya belayar ka-Temasek.

Telah datang ka-Temasek, maka di-persembahkan orang pada Raja Suran, " Ada sa-buah perahu datang dari benua China." Maka titah Raja Suran kapada orangnya "Pergilah engkau tanya pada China itu, berapa lagi jauhnya negeri China itu dari sini." Maka orang itu pun pergilah bertanya pada orang pilu itu. Maka sahut orang China itu, "Tatkala kami keluar dari benua China, sakalian kami ini lagi muda-muda belaka, baharu dua belas tahun umor kami: segala buah-buahan ini bijinya kami tanam. Sekarang kami pun tua, gigi kami semunya pun habis tanggal, segala buah-buahan yang kami tanam itu pun sudah berbuah-lah, maka baharulah kami sampai ka-mari ini." Maka di-ambilnya jarum ada berapa bilah itu, di-tunjokannya pada segala Keling itu, katanya "Ada-lah besi ini kami bawa dari negeri China saperti lengan besarnya, sekarang habislah haus; demikanlah peri kami lama di-jalan, tiadalah kami tahu akan bilangan-nya tahun dan bulan-nya."

Sa-telah Keling itu mendengar kata China itu, maka ia pun segera kembali memberitahu Raja Suran, maka segala kata China itu semua-nya di-persembahkan-nya kepada Raja Suran. Satelah Raja Suran mendengar sembah orang itu, maka titah Raja Suran " Jikalau saperti kata China itu, terlalu jauhnya benua China, manakala kita sampai ka-sana? Baik-lah kita kembali." Maka sembah segala hulubalang, " Benar-lah saperti titah Seri Maharaja itu."

Mj :  Helah boleh gak menyelamatkan, bukan helah untuk menghancurkan sebuah negara. Makna yang hampir kepada tepermenai  ialah terperi agaknya, sabuah pilu : perahu yang besar. Pokok kayu kesma - aku pun tak pernah tenguk. Temasek pulak semua orang udah tau iaitu Singa+pura. Keling pulak bermaksud negara India.  Habislah haus bukan bermaksud dahaga. Hehehe...

06 May 2012

TIPAH XTERTIPU!


 Jom kita kongsi kisah Tipah yang hampir tertipu! Kisah ne aku ambil dari Metroplus dari tulisan asal olih Nurul Nafisah Mazlan. Semuga menjadi pengajaran kepada kita agar sentiasa berhati-hati ketika menerima sms yang mengatakan sebagai penerima bertuah. Siapa yang bertuah sabenarnye! Yang menghatar atau yang menerima sms. 



Kisah bermula apabila Nurul Ain, menerima SMS yang tertara 'anda telah meraih hadiah percuma bernilai RM19,000 dari Shell Helix. Nurul Ain kemudian membuat panggilan dan seorang lelaki bertutur loghat Indonesia yang memperkenalkan diri sebagai Datuk Farid, sebagai mewakili syarikat. Lelaki tersebut meminta nombor akaun bank bagi mendeposit wang berkenaan. 

"Mulanya saya ragu kerana dialek percakapannya tidak seperti rakyat tempatan, namun selepas terpedaya dengan menyakinkan dia orang Sabah, baru saya memberikan nombor akaun" kata Nurul Ain. Sambung Nur Ain lagi, selepas itu pengirim SMS itu memberitahu wang dimenangi akan dimasukkan dalam akaun dalam masa 10 hingga 15 minit. Boleh menyemak sendiri selepas tempoh masa berkenaan, namun selepas berbuat demikaian tiada sebarang transaksi terbaru. 

Nur Ain menghubungi semula nombor berkenaan dan mereka meminta Nur Ain pergi ke bank untuk melakukan beberapa langkah mengunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan langkahnya diarahkan sendiri olih pihak berkenaan. "Salepas mengikut apa yang disuruh, masih tidak ada peningkatan baki akaun, baru tersedar sebenarnya sudah terjerat dalam kes penipuan" ujar Nur Ain.  

Nota: Menurut Nur Ain, dia bernasib baik  kerana berfikir panjang memindahkan kesemua baki wang simpanannya ke akaun lain sebelum menghubungi pengirim SMS untuk mengetahui tindakan lanjut perlu diambil bagi memperolehi hadiah tersebut. 

Cerita aku: Lebih kurang 10 tahun dulu pun aku pernah terima SMS yang mengatakan aku adalah orang bertuah kerana memenangi hadiah dari Petronas bernilai RM30 ribu. Aku tak pernah berurusan dengan Syarikat Petronas, dan sudah pastilah ini hanyalah gurauan dari kengkawan aku yang baru tukar nombor telepon. Jika benar syarikat Petronas nak bagi duit free kat aku, pasti syarikat tersebut guna nombor telepon pejabat. Betul tak Beb! Pasal SMS yang diorang hantar guna  bahasa Indon, aku pun balas SMS tersebut. "Pak! Hadiah RM30 ribu ne sikit bangat! Boleh  Bapak tambah lagi RM30 ribu. Aku mau beli boat laju". Lepas tu diorang tak layan dah! Hehehe...
 

03 May 2012

WAJAH-WAJAH POP+15

Kawan Aku!
 Kamera Model Canon EOS 400D
Aku makan dulu ye!
Kamera Model  Nikon Coolpix S3000


Klik sana Klik sini!
Camera Model Canon EOS 400D

Dah Readay ne!
 Kamera Model Sony Ericosson



The Good, Bad & Ugly!
Model Kamera CanonEOS 400D


Senyum ada makne!


Kasih Sayang!

Penantian!
Bila nak makan ne!



Baki: Rm1.00 dan Isian semula sbl...
Siapa nak masuk meminang!


Best Cendol ne!


Nenek Kesayangan Ku!

Uweeeeek!

Jangan nangis ye!