27 May 2012

ISTERI TUAN RAFFLES


"Mengenai isteri Tuan Raffles, kulihat dia bukan sembarang perempuan. Setiap hari, dia seperti suaminya. Semua kerja dilakukan dengan tertib, sopan dan berwajah manis apabila bercakap dengan orang, sama ada orang miskin ataupun orang kaya.  Dia suka belajar bahasa Melayu dengan usahanya sendiri, iaitu bertanya-tanya mengenai apa kata Melayu ini dan apa kata Melayu itu. Semua perkara yang dilihatnya, ditulisnya. Ku lihat Tuan Raffles, semua perkara yang hendak dibuatnya, umpamanya membeli sesuatu barang, dia akan bertanya kepada isterinya. Jika isterinya setuju, baru dibuat atau pun dibelinya. 


Isteri Tuan Raffles itu cekap bekerja. Tidak pernah duduk diam. Ada saja kerjanya setiap hari. Inilah tabiat yang berbeza dengan orang Melayu. Perempuan-perempuan Melayu apabila menjadi isteri orang besar-besar, makin bertambahlah congkaknya, malasnya, tingkah lakunya sombong, dan tutur katanya meninggi diri. Dianggapnya hina kalau melakukan kerja-kerja yang memenatkan tubuh. Mereka lebih suka duduk-duduk sahaja, tidur baring, berpakaian cantik, bersanggul licin dan memerintah hamba-hamba mereka. Tahunya, hidangan makan bersaji di depannya. Bangun pagi pukul sepuluh sebelas, makan minum, duduk sabentar, tidur lagi sampai petang dan duduk menghadap tepak sirih. Itulah tuahnya bersuamikan orang besar-besar. Kulihat isteri Tuan Raffles itu pantas kaki tanganya, seperti lipas kudung. Kerjanya tidak putus, lepas satu, satu. Lepas kerja rumah, dia menjahit, lepas itu menulis pula. Belum pernah aku lihat dia tidur waktu tengah hari ataupun berbaring-baring senang. Ada sahaja kerjanya setiap hari. Allah sahaja yang tahu. 

Pada hematku, dia perempuan yang pandai dan dapat melakukan kerja-kerja yang besar. Dia menjadi penolong suaminya. Dijadikan Allah mereka itu pasangan seperti cincin dengan permata dan seperti susu dengan sakar. Tingkah laku mereka patut menjadi teladan orang pada zaman kemudiannya".

Info: Kisah ne aku ambik dari buku Hikayat Abdullah muka surat 74 & 75. Kisah yang di ceritakan Abudullah berlaku ketika Inggeris mengambil alih Melaka dari tangan Belanda sekitar tahun 1795. Buku Hikayat  Abdullah (1849) telah tersebar luas waktu itu, dengan kritikan secara terus terang terhadap golongan bangsawan dan bangsa Melayu, serta menyindir pihak penjajah Inggeris.

No comments:

Post a Comment