12 May 2012

PEMANDU SAKIT OTAK!

Salam di pagi Ahad! Kali ne nak story pasal ada pemandu kereta kat Malaysia ne tak ambik port pasal petak yang di-khaskan kepada orang kelainan uapaya (OKU). Mojoriti pemandu  ne rasa tak bersalah bila diorang letakan kenderaan dalam petak OKU. Pengawal yang di tugaskan mengawal kelancaran pergerakan trafik pulak yang kene marah. Bila pengawal tanya "Encik ne cacat ke?" Selamba je pemandu tu jawab "Tak!". Kalau tak cacat anggota  mungkin kebanyakan pemandu kat Malaysia ne cacat otak agaknye! Diorang bukan aje berebut nak masuk petak OKU, tapi parking sukahati kat tempat-tempat yang tak masuk akal. Macam kat coner simpang tiga, kat garisan kuning, letak kat petak motosikal, kat papan tanda "No Parking" atau ada yang ambil mudah lagi letak kereta kat double parking. 

Kalau nak double parking tu tinggalkanlah nota  'Kalau nak keluar call di no sekian-sekian' atau tinggalkan kad nama kat cermin depan.  Kalau tinggal kat rumah pangsa, apartment atau kondo lagi teruk. Satu rumah ada yang guna dua atau tiga buah kereta. Memanglah petak tempat letak kereta tak cukup. Balik lewat pagi pulak tu! Ambik jalan mudah parking je kat sabelah kereta lain. Besuk bila kereta sebelah nak keluar udah tak boleh. Kekadang ada gah yang hilang sabar. Bunyikan hon kuat-kuat tapi tuan kereta tak jugak turun. Apalagi kene pancitlah. Kalu setakat kene pancit tayar takpe, ne siap kene calar sebagai hukuman bagi yang pentingkan diri sendiri. 


Ada pemandu yang berlagak! Letak stiker polis, rela atau tiga line kat cermin depan. Konon boleh parking kat mana-mana dia suka. Kalau kereta dah kene tarik, barulah diaorang gelabah. Kalau betul kene tarik dengan penguatkusa takpe kot! Diorang ne boleh bayar denda. Duit bagi dioarang bukan masalah! Yang buat dioarang takut kene tarik olih penarik kereta tak berlesen. Maksud aku - kereta kene curi! Huhuhu...

Sabenarnya boleh letak kereta sesuka hati, asal tak menghalang aliran trafik. Kereta siapa yang lesen besau boleh berbuat demikian? Tentula kenderaan  seperti polis, dbkl, bomba, askar, pertahanan awan atau kenderaan bulan sabit. Kenderaan ne selalunya ada logo kat depan, tepi atau belakang dan mahu menjalankan tugas operasi atau tugas menyelamat orang awam. Kalu setakat ada stiker polis, parking pulak kat tempat larangan atas alasan nak ge shopping tak payah lah! Pasal sorang anggota, boleh  memalukan seluruh PDRM!      Macam pepatah Melayu "Sebab nila setitik rosak susu sebelanga". Mana tidak rosaknye susu, bila nila setitik tercampur dengan susu tentulah jadi warna biru.

Kekadang letak je stiker polis! Tapi bukan anggota pun, lebih kepada menyamar. Kalau betul diorang anggota polis, tentu diorang lebih arif tentang undan-undang jalan raya. Begitu juga dengan hakim, peguam atau jpj - janganlah parking sesuka hati, melainkan kerana ada urusan penting atau istilah lain kecemasan gitu! Kalau yang bijak pandai ne pong parking sesuka hati, tentulah pemandu yang kurang bijak tak rasa bersalah. Jangan lah saperti mengajar itek berjalan Cikgu! Orang dulu-dulu selain guna istilah polis ada gak yang panggil ganti nama seperti Datuk atau Cikgu. Kalau Cawangan Khas pulak dioarang panggil mata-mata!


Nota Kaki: Becakap pasal pdrm ne, janganlah luorang kat luar sane tu asyik nak mengutuk polis. Agak-agaklah! Bayangkan kalu emak  atau adik perempuan luorang kene culik, atau umah kene samun atau kereta kene curi. Luorang nak ngadu kat siapa? Tentu luorang ge Balai Polis kan! Jangalah terlalu marahkan polis hanya kerana setitik nila. Pasal aku cakap macam ne - Ayah aku dulu pong bekas anggota polis!!!

No comments:

Post a Comment