14 June 2010

KOTA TINGGI KE KL!



Salam kawan semua!
Selasa 15 Jun 2010...

Jam 7.45 pagi kami turun ke restoran, untuk sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Damai Beach Resort secara buffet. Jam 8.30 kitaorang naik bilik 328 untuk berkemas,
pasal pagi ne nak c/out jam 9.30pagi.

Selesai urusan di kauter penyambut tetamu, kami bergerak meninggalkan Desaru dan menuju Kota Tinggi. Dari Kota Tinggi terus ke Kulai dan masuk lebuhraya menuju Macap.





Di R&R Macap Utara kami berhenti untuk' tea break'. Wow! ramainye orang kat sini... termasuk pelancung dari Singapura yg ambil kesempatan cuti hujung minggu. Kami masuk ke dalam foodcourts, cangih sikit f/court ne........pasal xmacam R&R tempat lain ( konsep terbuka). Masuk je kat dlm, kami terkejut beruk pasal f/court ne penuh dengan lalat. Orang ramai yg menjamu selera pun macam xkisah je lalat hinggap kat cawan, pinggan dan makanan.

Kami keluar dari f/courts kerana sesak nafas dgn orang ramai dan banyak lalat. Sambil berjalan cari kedai makan nampak kedai icecream berjenama 'BR', pun ramai orang sedang beratur untuk membeli icecream. Jalan sikit kehadapan, kami nampak Kaya Kopitiam dan terus masuk. Kat kopitiam ne pun lalat banyak, dan bila MJ tanye crew kopitiam " Kenapa banyak lalat kat R&R ne". Crew tu bagitau iaitu sebelum R&R ini didirikan, ladang ternakan ayam telah lame bertapak kat sini. Fahamlah MJ sekarang kenapa banyak lalat.

Tekak dahaga dan perut pun mula keroncong, jadi minum ajelah.... sambil tangan halau lalat. Dalam hati berkata " Sayang nya tempat ne! canggih, ramai orang tapi banyak lalat. Kalu pelancung singgah kat sini, tentu anggapan diaorang - orang Malaysia ne pengotor! Huhuhu..........




Lepas minum kami gerak menuju Pagoh dan seterusnya Ayer Keroh. Kat Air Keroh kami singgah di restoren jejantas untuk makan tengahari. Disini xheranlah ramai orang, pasal kawasan rehat ne terkenal dengan KFC dan A&W serta ruang so-lat yang luas. Kami masuk ke outlet A&W pasal nak minum rootbeer floot. Sekali lagi terpaksa beratur panjang, kerana kat sini pun ramai orang.

Selesai urusan makan-minum dan so-lat, kami tinggalkan Ayer Keroh dan menuju Kuala Lumpur. Dari Melaka perjalanan agak baik kerana ade 3 lorong sampai ke KL. Sepanjang perjalanan melalui Seremban, Nilai hingga nampak bumbung setesen KTM, tiada kemalangan berlaku. Lega rasanye bile dah nampak bumbung KTM...Alhamdulliah!



4 comments: