30 September 2014

PAGI AHAD DI FRIM!



Pagi Ahad. Cuaca pagi nampak baik. Kelihatan sinar matahari telah mencuri keluar dari celah-celah pokok dikejiranan aku.  Jam 0730 pagi, aku udah siap sedia untuk berkayuh dengan empat orang budak sekolah [anak-anak jiran aku] arah ke Frim. Nama bebudak tu ialah Najmi, Salman Khan serta dua budak adek-beradik yang aku tak ingat namanya.


Kami berlima sedang gerak ke arah Frim. Frim ne adalah nama singkatan dari Forest Research Institute Malaysia [FRIM]. Kat Frim ne ada track untuk jogger, untuk mtb dan juga disediakan laluan bagi pengemar junggle trekking. Ada gak Canopy Walkway, air terjun [waterfall kata orang putih] dan tempat mandi untuk bebudak sahaja. - Kalau nak trekking atau ke air terjun, pakailah kasut tapak berbunga [walking shoes], bawak towel, drinking water dan sedikit makanan [food stuff]. Pasal, kat dalam hutan tak ada gerai makan Bai!

Aku kayuh depan sekali, kira macam kaptenlah gitu! Kami kayuh melintasi deretan rumah kedai di Laman Rimbunan, beluk kanan melalui kilang-kilang dan kayuh masuk ke Tasik Metro ikut pintu belakang. Bila sampai kat bukit, hanya tiga orang sahaja yang lepas berkayuh. Dua budak lagi tak mampu nak kayuh, sebab  basikal budak sekolah hanya guna tiga gear. - Apa lagi, tercungap-cungaplah menolak basikal.


Keluar dari Tasik Metro. Melintas dihadapan lampu tiga warna [trafik lightlah!] menuju pintu masuk ke Frim. Aku ajak bebudak tu singgah minum disebuah gerai sementara menunggu Mahfol yang berkayuh dari Sungai Tua. Aku pesan teh O dan bebudak empat orang  tu, pesan Milo Iced. - Ishhh! ishhh! ishhh! Pepagi lagi dah pekene ice, tak sesuai sangatlah!

[Bercakap
pasal minum ne, sebaik-baiknya bila bangun pagi, minumlah segelas air masak. Lepas tu makanlah sebiji pisang atau tiga biji kurma sebagai alas perut. Aktiviti berkayuh atau berjogging ketika panas melampau akan menimbulkan masalah dimana kita akan kehilangan kandungan air dalam tubuh secara drastik gitu!] - Tu pasal disaran bawa air mineral atau air tenaga ketika berkayuh, takut kita kene dehidarsi!


Najmi,
Salman Khan dan dua budak lagi udah selesai minum  Milo Iced. Bebudak tu nampak gayanya tak sabar dah nak masuk ke dalam Frim, sedangkan kawan aku si Mahfol belum sampai lagi. Bila Mahfol sampai sahaja, aku ajak gerak masuk melalui Pak Guard. Bebudak tu hanya bayar RM1.00 pasal guna basikal budak sekolah dan jika guna basikal bukit kene pengeras RM3.00. - Sedikit Info: Sekiranya kenkawan masuk guna kereta, kene bayar RM5.00 sahaja.

 
Kami berenam [6] kayuh sampai ke kawasan air terjun. Kat kawasan ini, ada disediakan surau, tandas awam, wakaf dan gerai makanan. Bebudak empat  orang tu, ge ke kawasan air terjun dan kami berdua pulak melepak kat gerai sambil sarapan pagi. Tak lama, bebudak tu turun dari kawasan air terjun dan sambung berkubang didalam sungai yang airnya separas pinggang. - Risau gak aku kalau bebudak tu tertelan air sungai ketika mandi. Manalah tau, ada kencing tikus - takut kene Virus. Nanti, aku jugak yang dipersalahkan!

Ketika matahari mula meninggi, keadaan disekitar gerai makan mula dipenuhi dengan raider yang baru sahaja menamatkan kayuhan off road. Pelbagai gaya dan jenama basikal. Ada juga raider yang datang dengan menyewa basikal [harga sewaan RM5.00] tetapi basikal itu hanya sesuai dikayuh pada permukaan jalan yang rata sahaja. - Kalau basikal sewa tu kayuh kat laluan tidak rata [off road, aku rasalah, ada skru yang tercabut. Itu belum lagi masalah tayar bocor. Kalau tayar bocor, kene menapaklah dalam hutan Bai!

Hampir pukul 1100 pagi, aku ajak Najmi, Salman Khan dan dua rakannya balik tetapi mereka belum bersedia untuk pulang ke rumah. Aku dan Mahfol gerak dulu, keluar dari kawasan Frim dan tunggu bebudak tersebut direstoran mamak berhampiran Eon Big [dolu dikenali sebagai Carefour]. Hampir 40 minit menunggu sambil pekene teh tarik, tak nampak batang hidung diaorang. Akhirnya, aku dan Mahfol ambik keputusan untuk balik rumah bagi mengelakkan bahang panas jikalau berkayuh pada waktu tengahari buta. - Biasalah! Bebudak, bila dapat berkubang dan berendam dalam sungai, taknak balik. Nanti, kalau emak-bapak diorang tanya, aku jugak yang salah!

Nota Kaki : Sekiranya kenkawan hendak datang ke Frim Kepong, kenkawan boleh gunakan perkhidmatan KTM Komuter dari Kolompo dan berhenti di Station Kepong. Dari situ kenkawan boleh sambung perjalanan dengan teksi. Dapatkan info di 'One Stop Centre' Frim untuk ke Canopy Walkway [CW] misalnya. Biasanya, waktu melawat CW ialah antara jam 09.30 pagi hingga 02.30 petang. Tiket berharga RM 5.00 [Malaysia adult] dan pelajar RM 3.00 boleh dibeli kat Frim 'One Stop Centre'. Laluan paling dekat untuk ke CW ialah melalui Rover Track. - FullStop!




25 September 2014

NASIB KITA TIDAK SAMA!


Hari Rabu. Jam 1200 tengahari, aku dan Azhan ada di Bukit Indah, Ampang. Sementara menunggu kedatangan Baha dan Basri, kami singgah disebuah gerai, pekena nasi berlaukan ikan pari, sayur pucuk paku, ulam-ulam dan sambal tempoyak. Usai makan tengahari, selak kejap Kosmo!. Di muka hadapan ada berita tentang Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali [Ahli dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa] dan berita bayi pompuan berusia 8 bulan, parah digigit, dicakar biawak Pulau Tioman.


Baha dan Basri tiba. Kami berempat gerak dengan sebuah kereta yang dipandu Baha menuju Seremban, short-cut ikut Hulu Langat. Tujuan asal kami hendak ziarah rakan lama di Seremban [Razak Manan @Ajak], tetapi ketika itu Ajak tidak berada di Seremban. Kami teruskan perjalanan dan singgah di surau, solat Zohur sebelum gerak arah ke PD [Port Dickson] untuk makan tengahari. Di PD, aku terbabit gak makan sekali lagi, pasal  temankan Baha dan Basri makan gitu! [Si Azahan pula hanya makan buah betik kerana masih kenyang katanya].

Usai makan tengahari, lajak pulak ke Pengkalan Balak [bukan Pengkalan Kubur ya!]. Teringat hendak ziarah Otai Zainol aka Lanun yang bekerja dichalet sekitar Pengkalan Balak, Melaka. Kami berempat tidak tahu pong alamat sebenar Otai Zainol bekerja. [Kami main terjah jer. Hehehe!]

Menghampiri pantai sekitar Pengkalan Balak, hujan pun turun tetapi tidaklah lebat. Kami berhenti disebuah gerai berhampiran Angin Laut Chalet untuk minum petang. Kami berempat duduk mengadap laut, menikmati hembusan angin petang sambil bertanyakan tuan warung kalau-kalau tahu mengenai Abang Zainol. Dari info yang diberikan oleh seorang pompuan diwarung tersebut, Abang Zainol nie memang pernah bekerja di Angin Laut Resort tetapi udah berhenti kerana tidak sihat. [Rumah Abang Zainol, tidaklah jauh dari sini kata pompuan tersebut].


Tanpa nombor telepon dan alamat rumah Abang Zainol, memang sukar untuk kami ziarah. Apapong, tergerak hati si Baha untuk berhenti minum berhampiran chalet Angin Laut, padahal banyak lagi gerai minuman disepanjang pantai Pengkalan Balak. Begitulah agaknya bila niat kita ikhlas untuk berziarah, maka Allah permudahkan urusan harian kita. Pulak tu, ada sorang remaja kat gerai yang sudi tunjukkan rumah Abang Zinol dengan menunggang cupcai. - Kesian! Basah kuyup gak budak tu!


"Asalamualaikum!"
Dua tiga kali memberi salam barulah berjawab. Seorang pompuan [isteri abang Zainol] membuka pintu. Katanya, Abang Zainol takada kat rumah, keluar minum kat gerai tidak jauh dari Balai Polis. Baha minta nombor Abang Zainol, call dan lepas tu Baha jemput Abang Zainol balik rumah kerana ketika ini hujan masih lagi turun rintik-rintik.

Aku,
Azahan dan Basri duduk diberanda sambil menunggu kedatangan Abang Zainol. Aku perhatikan sesekor kucing sedang berehat diberanda rumah. Titis-titis air hujan pula membasahi rumput dihalaman rumah. Rumput itu aku lihat menjalar tanpa arah, mungkin lama tidak dipotong.
 


Tik! Tik! Tik! Bunyi titis air hujan jatuh ke dalam takongan periuk lama disatu sudut beranda. Abang Zainol tiba. Kami bersalaman dan bertanya kabar. Abang Zainol yang kini berumur 68 tahun masih lagi berminat untuk bercerita kisah-kisah silam beliau ketika tinggal di Gombak. Di dapur,  isteri Abang Zainol yang tidak berapa  sihat itu sempat juga membancuh seteko air teh walaupong kami melarangnya berbuat demikian.

Di luar masih lagi gerimis! Kami tinggalkan pasangan Abang Zainol dan isteri di rumah sewa mereka dengan rasa sayu. Usia yang semakin senja, tanpa pekerjaan, tanpa wang pencen, menjadikan diri Abang Zainol lebih tua daripada usianya.

Waktu semakin senja. Senja akan berlalu membawa ke malam, yang telah meninggalkan seribu kenangan. Kami teruskan perjalanan ke Kota Bukit Supai, Kuala Linggi untuk solat Magrib. Usai solat Magrib, Baha teringin pulak nak merasa ikan bakar, apalagi oderlah! Dua ekor ikan siakap dan dua potong ikan pari. Yum! yum! Edap Bai!





Rintik-rintik hujan udah berhenti sewaktu kami keluar dari restoran ikan bakar. Kereta yang di pandu Baha bergerak arah Port Dickson dan kemudian melalui bandar Seremban. Macam-macam topik dibualkan sepanjang perjalanan menuju ke Kolompo. Ada yang bercakap tentang nasib baik Mohamed Azmin Ali dan kuncu-kuncunya, apabila beliau terpilih sebagai Menteri Besar Selangor.

Ada pula yang bercerita tentang nasib tidak baik 15 pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia [JKDM] kerana disiasat dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Mereka disyaki terlibat dalam sediket penyeludupan arak dan rokok di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang [PKFZ].

Mereka yang disebutkan diatas tadi adalah diantara contoh nasib baik dan tidak baik seseorang yang telah dilahirkan kedunia ini. Lahir dan membesar, kemudian bersekolah dan  masuk alam pekerjaan. Tak kiralah apa jawatan, apa pangkat kita, tetapi jika alpa dan lupa daratan, akan memusnahkan kehidupan kita. Ada yang hancus pada awal kehidupan, ada yang gagal pada pertengahan dan ada yang kecundang pada penghujung skrip kehidupan sehingga mengaibkan diri sendiri, isteri dan anak-anak.

"Kebinasaan seseorang adalah berpunca dari melayani kehendak isteri dan anak-anaknya. Jika tidak mempunyai isteri dan anak-anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuannya. Jikalau orang tuannya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya berpunca dari kehendak kerabatnya [adik beradik] atau dari menepati kehendak jirannya". [meminjam sedikit sabda Rasulullah SAW dalam Hadis Akhir Zaman]. - Wallahuaklam!



22 September 2014

AKU, MAHFOL & BASIKAL!



Pagi
masih gelap. Pepagi camne, kalau dikejiranan aku mulalah kedengaran bunyi bising enjin kereta dan motosikal, lagi-lagi bunyi enjin motosikal yang sengaja dikuatkan. Bunyi bising kenderaan itu pulak kekadang disahut dengan salakan dari anjing-anjing separuh liar yang dilepas bebas oleh tuannya. Suasana pagi dengan bunyi bising  udah menjadi perkara biasa bagi orang yang tinggal dipinggir bandar Kolompo.

Aku cuba mendapatkan senaskah akbar harian yang dijual oleh Uncle [Apik] disatu sudut rumah kedai. Biasanya, awal pagi lagi Uncle yang selalu memakai seluar pendek [bahagian bawahnya kembang] udah terpacak disebelah basikal traknya. Kebanyakan akhbar yang dijual oleh Uncle adalah akhbar berbahasa Cina. Adalah satu-dua akbar Kosmo!, BH dan Utusan Malaysia.
 

Sambil aku menghirup Nescafe [3 in one] sambil menatap muka depan akabar Kosmo! Masih lagi berita tentang kebocoran kertas soalan. Kali ini, dua lagi kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah [UPSR] iaitu kertas Bahasa Tamil dan Matematik. Di muka 8 pulak, ada berita pasal cubaan menyebarkan ideologi IS. Berdasarkan risikan, kumpulan Abu Sayyaf turut disyaki sedang melatih individu tertentu untuk dihantar ke Syria dan berjuang bersama-sama IS.

Trittt! Trittttttttttt! Itu adalah bunyi nada dering alarm yang aku udah set pada pukul 0730 pagi. Akbar Kosmo! belum lagi habis aku baca dan air nescafe yang berbaki, aku simpan dalam peti sejuk [chiller]. Nanti, balik dari berkayuh aku minum semula nescafe, tapi nescafe sejuklah. [Air nescafe ne kalau kita sejukan beberapa jam, rasanya tambah sedap asal jangan bubuh ice cube!]


Hampir
30 minit aku berkayuh sendirian melalui kawasan perumahan, masuk ke Tasik Metro dan panjat jejambat untuk berkayuh di lebuhraya [Mmr2 Hway]. Sampai juga aku ditempat yang dijanjikan dimana Mahfol udah menunggu aku dengan sabar. Kami kayuh melalui Simpang Tigo menuju Batu 6 Gombak. Berhenti dihadapan rumah Baha [Gombak Setia] dan ajak minum berhampiran Taman Kamariah.

Ketika kami sampai dihadapan kedai, si Bakar aka Burn [rakan lama] yang sedang minum menegur kami. Kami bersalaman dan bertanya kabar. Cam biasalah! Bila lama tak jumpa, panjanglah ceritanya. Tak lama kemudian si Baha pulak sampai. Sambil ngeteh dan pekene ruti canai sambil berborak. [Boraknya tambah rancak gitu!]

Matahari pagi. Si Bakar dan Mahfol duduk mengadap laluan matahari sambil bercerita tentang backpacker. Sinar matahari itu telah  jatuh diatas meja dan jatuh juga dikulit wajah Bakar dan Mahfol. Silau kata si Mahfol, sedangkan si Bakar selamba sambil meneruskan perbualan. Aku mengamati jam ditangan kanan aku. Baru pukul 0945 pagi tetapi bahang panasnya boleh tahan. Aku cadangkan untuk pindah ke-meja yang terletak dibawah pokok!

Meja dibawah pokok sedikit redup. Baha terus meracun si Bakar, ajak backpaker arah ke Utara. Puaslah si Bakar dan Mahfol sekolahkan si Bakar pasal backpacker tetapi jawapan si Bakar hanyalah "InshaAllah! kalau ada rezeki". Sesekali aku menyampok gak, nak bagi semangat pada si Bakar, manalah tau kalau-kalau si Bakar buat keputusan nak folow. Hehehe!

1015 pagi. Borak-borak kedai kopi udah selesai. Si Baha gerak dulu kerana ada urusan lain. Aku dan Mahfol bersalaman dengan siBakar. Setelah si Bakar bayar harga sarapan pagi, kami kayuh tinggalkan Taman Kamariah melalui Jalan Gombak, Simpang Tiga dan berpisah dipersimpangan bertingkat kat Batu Cave. - Fullstop!




18 September 2014

KOMIK [JAILANI ABU HASSAN]


Seingat aku,
sekitar awal tahun 80an aku suka membaca dan mengumpul majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera serta majalah Fantasi. Sehingga hari ini, majalah kedua-dua dewan itu masih diterbitkan kecuali majalah Fantasi. Yang menariknya pasal majalah Fantasi ne bukan sekadar berfantasi dengan komik, humor,  bulletin atau imbasan tetapi Fantasi memiliki nama-nama besar dalam illustrasi, penulisan cerpen dan puisi.

Mereka yang menyumbang dalam majalah Fantasi [sekadar menyebut beberapa nama] ialah Jaafar Taib, Azman Yusof, Zainal Buang Hussein, Hassan Majid, Gopa, Mohas, Mohd. Hassan, Mallungun, Suhaime, Ahmad Kamil, Weman, Johari Ramli, Pyanhabib, Siti Zainon Ismail, Jimmy Kong, Marzuki, Hazeman Aziz dan Jailani Abu Hassan.

Salah satu cerita komik yang masih aku ingat ialah kisah Adik hasil jari jemari pelukis hebat, Jai [Profesor Jailani Abu Hassan] yang diterbitkan pada Oktober 1990. Skripnya sempoi, lebih advance, mudah difahami tetapi menepati kehendak majalah Fantasi. Sekarang kenkawan boleh ikuti bahagian akhir cerita Adik! Jeng jeng! jengggg...

Tiba-tiba seekor 'monster' datang nak lawan adik. 'monster' ini ada kepala je! Adik kuat, adik tak takut... Adik nak lawan dengan 'monster' itu!


Tiba-tiba adik dapat pedang, pedang macam 'Thunder cat' punya. Adik lawan dengan 'monster' tu, tapi dia tak lut juga.



Lepas tu dia jeling, sambil
ketawa mengejek-ejek  adik...

Aleh-aleh ada satu lagi 'monster' yang selalu cari adik. Dia tangkap adik, adik meronta-ronta, "tak mau! tak mau! Adik menjerit kuat- kuat. Dia nak seksa adik. Adik jerit lagi. Tapi 'monster' tu pegang adik. Dia pegang kuat-kuat. Adik menangis.

"kan mak suruh adik mandi tadi!" 

"Tak mau! tak mau!"
Adik jerit kuat-kuat.

Tapi adik kalah.
Belalang yang jadi
kawan adik pun, tak datang tolong.
Pisau dan pedang 'thunder cat' sudah hilang.
Adik kalah...



Nota Lutut : Majalah Fantasi mula berada dipasaran pada tahun 1983. Sasaran pembacanya tentulah orang dewasa, budak Universiti dan  kolej yang sedang belajar dalam bidang seni reka, seni bina, seni arca dan budaya.

Masa tu, kalau di ITM - budak AD [Art & Design] gunakan majalah Fantasi sebagai rujukan kerana majalah tersebut lebih advance. Ini dapat dilihat dari sumbangan karya pelukis-pelukis ketika itu yang menggunakan teknik 'airbrush', seni pop, akrilik dan cat minyak.

Mj- [Selepas entri Adik, akan menyusul pulak kisah pelukis Jai yang mengembara cara 'backpacker' dari London ke Kolompo. Kisah Backpacker [Jailani Abu Hassan] itu diceritakan sendiri oleh beliau dalam majalah Fantasi. - Dengan izin Allah!

16 September 2014

BERMALAS-MALAS @CHERATING [2]


Di Cherating.
Aku, Baha dan Sani ketika ini berada didalam chalet yang mengadap tasik. Sementara menunggu waktu Asar, aku bermalas-malas diatas katil sambil cuba membaca novel 'Serang Hendap Ulu Legong'. Baha dan Sani pulak keluar dari chalet, lepak di hadapan tasik, menghayati pemandangan landscape yang indah hasil usaha pihak pengurusan Tanjung Inn.

Bermalas-Malas. Maksud aku bukanlah kita mesti malas berjalan, malas membaca atau malas berfikir. Rugilah kalau percutian yang singkat ini kita habiskan hanya dengan tido! Cara bercuti macam kami ne, kami tidak membawa laptop atau ipad. Kami cuba lupakan sekejap tentang politik di Selangor, tentang bunyi bising dan haru-birunya Kolompo. Kami jauhkan diri dari menonton Tv, berfacebook, berWhats'App atau melayari blog. [Di sini ada disediakan buku bacaan dan kemudahan internet].

Panas diluar membuatkan siBaha dan Sani masuk semula ka dalam chalet. Baha ajak aku kepantai dan Sani pula mahu melepak didalam bilik sambil si Sani membelek-belek novel perang Serang Hendap Ulu Legong. Cuaca sedikit panas tidak menghalang aku dan Baha menyusuri pantai di Kampung Cherating. Ketika ini air laut surut dan dua orang kanak-kanak sedang berendam didalam takungan air ditepi pantai sambil ibunya menjerit dari bawah pokok rhu. [Tidak berapa jelas apa yang dijeritan oleh pompuan tersebut!]

Kling! Klig! Kling! Deru angin, suara ombak dan diselang-seli dengan bunyi loceng ice cream telah menengelamkan suara siibu yang mungkin meminta anak-anaknya segera datang untuk minum petang. Aku dan Baha menghampiri lelaki menjual ice cream yang sedang duduk mencangkung disebelah motor cupcai. Sambil menyangkung, lelaki itu menguis-guis[1] pasir dengan sebatang kayu kecik.

"Apa yang ditulis?" Aku menegur lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus bangun, tersenyum sambil bercakap yang te'lornya[2]  aku tak faham. Macam pelat[3] gitu!

"Encik ne orang Vietnam ker?"

"Saya orang Kemboja"

"Ohhh!" [dalam hati aku berkata, patutler telornya lain macam]

"Nama sape?, Dah lama tinggal sini" [maksud aku Malaysialah]

"Ahmad, 20 tahun", pendek sahaja jawapan si Ahmad. Sambil membunyikan locengnya beberapa kali. Locengnya digoyang-goyangkan dan hasinya keluarlah bunyi kling! klig! kling! Punbegitu, tiada saorang pun yang datang membeli icecream si Ahmad. Rasa kasihan pulak aku bila melihat siAhmad yang wajahnya kelihatan sedikit hitam kerana selalu berjemur dibawah terik matahari untuk mendapatkan sedikit rezeki.

"Baha, lu nak ice cream?"

"Boleh gak"

Wajah Ahmad sedikit gumbira sambil tangannya membuka penutup peti ice cream. Walaupong aku tau, ice cream yang dijual si Ahmad tidaklah sesedap ice cream berjenama, tetapi itulah rezeki aku dan Baha dan juga rezeki si Ahmad petang ini. Si Ahmad mendapat rezeki kerana Ahmad berusaha menjual ice cream. [Rezeki itu udah dibahagi!]

Usai solat Asar, kami bertiga udah bersiap-siap hendak keluar minum petang bersama Cikgu Sauki. Sementara menantikan kedatangan Cikgu Sauki, kami berjalan-jalan di sekitar pantai Kampung Certing. Sekali pandang di perkampongan ini tak ubah seperti di Bali. Kalau dua kali pandang kira macam kat Teluk Batik di Pulau Pangkor. [Hehehe!]

Di kiri kanan jalan banyak orang berjualan. Ada yang berniaga internet, pakaian, mainan, restoran, gerai makan dan gerai buah-buahan. Kalau cakap pasal tempat  tido pulak, usah risau! Macam-macam jenama, gaya dan rekabentuk chalet ada disini. Termasuklah jenama Chelet Sempoi![4]. [Taktaulah aku apa yang sempoinya]


Bunyi Rise Up![5] Telepon Sani berbunyi dan Sani berbual sambil ketawa. Itu adalah panggilan dari Cikgu Sauki yang udah pong menghampiri kawasan Kampung Cerating. Cikgu Sauki sampai dan parking kereta dihadapan Tanjung Inn. Kami berempat menaiki sebuah kereta menuju Kuala Kemaman untuk minum petang. Dalam perjalanan, banyak cerita dapat didengar. Sekejap Cikgu Sauki yang bercerita, kejap dipotong pulak oleh Sani. Riuh dengan gelak ketawa bila ada yang buat lawak. Tak sedar kami udah memasuki jalan menuju Kuala Kemaman. [Hampir 20 tahun tidak bertemu Cikgu Sauki. Itu yang jadi pecah perut bila ada yang buat lawak]

Kenderaan mula bergerak perlahan. Ada yang terus menuju Kuala Kemaman dan ada pula kenderaan yang berhenti di gerai-gerai makan disepanjang jalan. Kereta kami berhenti disebuah gerai yang menjual satar dan otak-otak. Kami pesan air kelapa dan satar. Sambil minum sambung cerita lagi. Ketawa lagi!

Sani pula bertanya pada lelaki yang sedang membakar satar pasal Pesta Boat Dunia di Kuala Kemaman. Lelaki tersebut bagitau dalam te'lor Terengganu iaitu pesta tersebut baru sahaja selesai pasal esuk hari Ahad dan di Terengganu hari Ahad adalah hari bekerja. [Kami berempat ketawa serentak. Bukan pasal suka tapi ketawa sebab nak cover. Malu Beb!]

Kami udah hampir selesai minum petang. Rasa sedikit kecewa kerana tidak sempat jenguk pesta boat, Sani segera memanggil salah sorang pompuan untuk membayar harga minuman. Si Baha pula, pergi ke gerai sebelah untuk membeli kepok dan aku tapaw [6] sedikit satar untuk diberikan kepada kucing-kucing yang berada di Tanjung Inn.


Di Tanjung Inn,
kami bergilir-gilir mandi dan bergilir-gilir solat Magrib. Masa yang sama tiga ekor kucing datang untuk bermanja. Baha menjamu kucing-kucing tersebut makan kepok dan satar. MioW! MioW! Mungkin kucing itu berkata ["Jemu dah dengan orang Cherating. Sesekali nak gak bermanja dengan orang Kolompo"]. MioW! MioW!

-[Selepas waktu Magrib nanti kami nak ajak Cikgu Sauki makan malam sambil sambung cerita-cerita lawak. - Fullstop!

Ayat Pelik : [1] Menguis-guis -  Menolak, menyepak atau menepis.
             

             [2] Te'lornya    -  Tidak dapat bercakap betul.
                                    
             [3] Pelat        -  Sama maknanya dengan [2].
            

             [4] Sempoi       -  Sedikit ringkas tapi menarik.
             

             [5] Rise Up!     -  Salah satu nada ring tone.
             

             [6] Tapaw        -  Istilah Cina : Bungkus.