15 September 2014

BERMALAS-MALAS DI CHERATING



Malam Jumaat
.
Aku terima pesanan ringkas dari Baha dan Sani, ajak aku ke Kuantan, nak jumpa rakan lama katanya. Lepas tu nak ge Pesta Boat Dunia yang diadakan kat Kuala Kemaman, Terengganu. Aku terima dengan senang hati pasal salah satu kesukaan aku ialah berjalan-jalan, bercuti sambil merakam gambar. Tak kiralah berjalan-jalan itu sekejap atau bercuti yang memakan masa lama sikit, asal aku dapat merakam gambar,  berpeluang melihat pemandangan serta dapat menyelami budaya masyarakat setempat.

Pagi Sabtu.
Jam 0800 pagi, aku dan Baha sarapan ala kadar diBatu Enam Gombak, sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan. Melepasi pekan Karak, lepas tu kami singgah di Paya Pelantar untuk jemput Sani. Sebaik menghampiri bandar Kuantan, Sani call rakannya [Cikgu Sauki] dan ajak berjumpa di sekitar pantai Batu Hitam atau pantai Balok. Rakannya bagitau, tengahari ne dia terpaksa hadir didua buah  majlis kahwin dan lepas tu baru ada free!

Perjumpaan dengan Cikgu Sauki tentulah petang sikit. Sementara tu kene cari tempat untuk berehat, mandi dan sembahyang. Mula-mula kami masuk ke Black Stone Chalet. Nampak sunyi dan adalah tiga buah kereta yang parking kat situ. Kami tinggalkan Black Stone dan singgah pulak di Mermaid Inn Beach Resort. Sama gak! Sepi semacam, kelihatan sekitarnya macam tidak diurus dengan baik. Kami gerak pula arah Kampung Baluk dan singgah makan tengahari disebuah kedai makan berhampiran pantai.

Usai
makan tengahari, Sani cadangkan dapatkan bilik disekitar Kampung Cherating. Di sekitar Kampung Cherating ini terdapat banyak chelet dan kami singgah di Tanjung Inn Beach Resort [Villa de'Fedelia] untuk bertanyakan room rate. Ada banyak pilihan dan kami ambik dua buah chalet [RM70.00 semalam], termasuk sarapan pagi.

Buka pintu chalet,
bagi salam dan terus buka tinggap supaya udara dan bau yang terkurung dalam bilik keluar. Mandi, solat Zohur, lepas tu lepak depan tasik sambil menghayati pemandangan indah ciptaan Tuhan. - Wow! Sungguh indah pemandangan disini!

Di pinggir
tasik ada beberapa ekor  sibur-sibur yang juga dikenali sebagai dragon fly sedang terbang dan hinggap diatas daun teratai dan kadang-kadang terbang bersimpang siur tetapi tidak pulak sibur-sibur itu berlangar diantara satu dengan lain. Dipohun jambu air pulak, aku lihat dua ekor tupai sedang rancak meratah jambu dan saki baki jambu itu bertaburan jatuh ke bawah. Bila jambu itu jatuh ke bawah ada pula binatang dan serangga lain yang mendapat habuan. Begitulah agaknya aturan  kehidupan  binatang serta serangga yang telah ditentukan rezekinya oleh Tuhan!

Sani
petang itu menyendiri diwakaf [pondok] ditepi tasik. Aku pulak teringat kali pertama bertemu Sani dan Cikgu Sauki di pejabat Jalan Ipoh. Sani dan Sauki adalah budak building. Begitu juga rakan Sani si Razak [budak Surveyor], yang baru tamat belajar di UiTM. Apabila Sauki sambung belajar, Sani dan Razak membawa haluan masing-masing.

Skrip
kehidupan seseorang tentulah tidak sama. Kekadang ada yang berjaya dalam pelajaran tetapi gagal dalam alam pekerjaan. Ada juga yang skrip kehidupan mereka sangat mudah, tidak banyak kejutan. Mereka tidak berjaya dalam pelajaran, tetapi berusha dan akhirnya dihujung kehidupan, mereka berjaya. Ada juga mereka yang terkial-kial seperti bernafas dalam lumpur, buat itu tidak kene dan cuba pula buat yang lain, tetapi tidak  menjadi. Yang menjadi atau sebaliknya adalah perancangan dan ketentuan dari Allah SWT. 


Berjaya dan Gagal!
Yang berjaya jangan sombong dan yang gagal jangan putus asa. Berjaya dan gagal hanyalah sedikit dugaan dari Allah SWT. Jika mereka yang berjaya itu sombong dan tidak bersyukur, tidak mustahil [misalnya] mereka terjebak dalam salah guna kuasa, pecah amanah atau rasuah. Akhirnya, pada penghujung skrip kehidupan, mereka-mereka ini akan mengaibkan diri sendiri termasuk ahli keluarga, isteri dan anak-anak. - Wallahuaklam dan jumpa lagi di entri 'Bermalas-Malas' [Bhg II] dengan izin Allah!













No comments:

Post a Comment