01 September 2014

DI MAJLIS PENGANTIN MERDEKA!


Epilog!

30 Ogas. Aku baru sahaja selesai membaca 'Epilog' dari novel perang 'Serang Hendap Ulu Legong' hasil buah tangan Leftenan Kolonel Mohd Radzi Abd Hamid, terbitan Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur. Kisah sedih dan menyayat hati itu digambarkan oleh penulis ketika pengganas komunis menyerang pasukan keselamatan di Ulu Legong yang mengakibatkan 10 orang perajurit dari Batalion Ke-22 RAMD terkorban dan mayat mereka dizalimi sekejam-kejamya. Kejadian serang hendap itu berlaku pada tahun 1981, di Ulu Legong.


[I] 31 Ogas. Aku, isteri, ibu mertua serta keluarga Ana-Leman anak-beranak hadir pada majlis perkahwinan putera kepada pasangan Abidin Bin Rasidi @Che Mat dan Maimunah Bt Kassim. Majlis berlansung di Lorong 1, Kg Haji Razali, Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Tarikh majlis ini dipilih bersamaan dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 kerana mengambil peluang cuti tiga hari pada hujung minggu.

Persandingan dan sambutah Hari Kemerdekaan  adalah dua perkara yang berbeza. Pasangan muda yang bernama Abdul Hafiz Abidin dan Azmawati Ismail ini adalah generasi selepas Merdeka.  Pastinya ramai yang hadir dari belah adek beradik, sepupu, dua pupu dan juga saudara-mara bau-bau bacang atau istilah lain disebut 'kulaan' gitu adalah terdiri dari anak-anak muda.

Mereka ini masih muda-belia [generasi Y], ada yang sedang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi dan ada pula yang baru memasuki alam pekerjaan. Generasi inilah yang diharapkan akan terus mengekalkan semangat kemerdekaan kerana Malaysia dibina dengan resipi muhibbah [perpaduan kaum] oleh generasi terdahulu sebelum Merdeka.

Ada segelintir generasi muda hari ini yang mempertikaikan surat khabar dan siaran Tv yang asyik-asyik paparkan cerita tentang kesangsaraan ketika zaman menentang komunis. Kenapa tak cerita tentang orang putih atau tentera Jepun yang membunuh orang-orang Melayu sebelum Merdeka. Kenapa tidak paparkan kisah perjuangan [contohnya] Dato' Bahaman, Mat Kilau, Leftenan Adanan atau Dato' Onn Jaafar misalnya!

Bagi aku, berjuang untuk mencapai kemerdekaan kelihatannya lebih mudah berbanding mengisi ruang-ruang selepas merdeka. Seperti kejadian pada bulan Ogas yang tercatit dalam buku 'Modern War Day by Day' iaitu : 
           
31 August 1957, Malaya becames an Independent state with Tunku Abdul Rahman as prime minister.
 

August 1963 Borneo, Indonesian raids in First and Third Division of Sarawak.

August 1964,
Indonesian launches naval and airborne attacks against Malayan mainland.

August 1965, Singapore leaves from Malaysia.

11 August 1966,
Peace agreement between Malaysia and Indonesia.


Selepas Merdeka, Malaysia lebih sukar untuk mengekalkan kemerdekaan kerana rasa tidak puas hati Indonesia atas kemasukkan Sabah dan Sarawak kedalam Malaysia disamping huru-hara yang dilakukan oleh pihak komunis. Begitu juga dengan sikap pemimpin politik yang mementingkan kaum dan parti sehingga tercetusnya kejadian 13 May 1969.

Sehingga saat ini, Malaysia yang menyambut kemerdekaan ke-57, masih lagi menghadapi kesukaran dan terkial-kial untuk melihat rakyatnya yang sepatutnya mempunyai semangat patriotik dan berjiwa merdeka. Sukarlah untuk mencipta impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi sekiranyanya segelintir dari kita masih dok pe mai-pe mai tang tu!


[II] Bunyi paluan kompang bergema di Lorong Satu, Kg Hj Razali. Bunyi kompang itu semakin kuat ketika menghampiri pintu masuk kerumah Pengantin Merdeka. Pengantin bergerak ke arah pelamin dan pasangan pengantin itu duduk bersanding sambil kumpulan kompang mamalu kompang sekali lagi. Ramailah juru-juru gambar membidik butang kamera untuk merakam saat-saat manis, sesuai dengan tema disini lahirnya sebuah cinta dan raikan cinta!

Di satu sudut, isteri aku si Mawa sedang berusaha meminta saudara-mara yang hadir untuk menulis nama-nama ahli keluarga serta nombor telepon ke dalam buku 'Green Family' bertujuan mengumpulkan nama-nama ahli keluarga menggikut urutan bermula dari family belah datuk & nenek iaitu Kak Long Siti, Kassim, Siti Hawa dan Harun. - Green Family : Green symbolizes growth, freshness, harmony, strong and safety!

Disusuli dengan nama-nama ahli keluarga dari Kak Long Siti dan Japri Ahmad iaitu Fatimah, Sanusi @Abu Bakar, Patmah @Ana, Omar, Othman, Ali, Abdul Majid, Hamidah dan Hamisah. Dari keluarga Kassim iaitu Maimunah, Siti Hajar, Mohd Yusof, Norasidah, Azizah, Nureha, Fauzi, Nur Ahmad, Hamsi, Salbiah dan Shuib. Diikuti dari keluarga Siti Hawa iaitu Hamli bin Sulaiman. Yang terakhir ialah dari kelurga Harun iaitu Siti Rosmawati, Harni Zainal, Norita dan Nurhanita. - Ne! Belum lagi termasuk nama-nama cucu dan cicit! Lepas cicit apa ya?

[III] Jam di tangan aku jarumnya menunjukkan hampir pukul 1400 petang. Aku dan Mawa masih lagi menunggu satu keluarga yang belum tiba iaitu keluarga Azizah Kassim. Khabarnya mereka 'on the way' tetapi tersekat disekitar Kuala Selangor. [Kami ambik keputusan untuk balik ke Kolompo dan bercadang singgah disurau untuk solat Zuhur].

Perjalanan
tetap relex dari Kg Hj Razali menuju Tanjung Karang, lepas tu singgah disurau Petronas Kuala Selangor. Dari Kuala Selangor menuju lebuhraya Latar, bermulalah episod 'lemah semangat' bila kenderaan bergerak perlahan hingga memasuki simpang Assam Java. Walaupong begitu, aku tetap bersyukur jika dibandingkan dengan kenderaan dari arah Latar menuju Kuala Selangor yang kelihatannya keras dan kaku disitu.

Melepasi simpang ke Assam Java. Dalam keadaan cuaca yang panas terik, kelihatan dari jauh beberapa anggota Rela sedang mengawal lalu lintas berhampiran Cendol Bakar. Banyak kenderaan diletakan dibahu jalan seperti ada pesta gamaknya.

Fuhhh! Hebat betul perniagaan Cendol Bakar ne, siap mampu mengajikan beberapa anggota Rela. Ketika kereta  melepasi Cendol Bakar, barulah aku mendapat jawapan. Rupa-rupanya, kereta yang banyak bersidai dibahu jalan tadi kerana ada majlis kahwin di sebelah Cendol Bakar. Ah! Kali ne betul-betul Tipah tertipu. - Fullstop.












No comments:

Post a Comment