06 September 2014

ON The ROAD!


Kayuh Pagi!

Aku udah berada digerai makan berhampiran pintu masuk ke Frim. Aku sebenarnya tiba lebih awal sedangkan temujanaji aku bersama Mahfol adalah sekitar pukul 0830 pagi. Aku pesan secawan teh O dan sepiring pulut bersama  sedikit kelapa parut [entah apalah namanya] yang dimasak dengan gula Melaka.

Aku
sedang menikmati sarapan pagi sambil aku melepaskan pandangan, jauh dibanjaran gunung-ganang yang masih berkabus. Aku tidak pasti  berapa agaknya suhu darjah Celsius pagi ini jika memasukki laluan off road di hutan simpan Frim. Mungkin antara 25C hingga 28C dan suhu itu akan berubah ketika menjelang tengahari.

Mahfol belum sampai lagi. Ketika ini ada lima buah basikal mtb berhenti dan mereka bersarapan dibelakang meja aku. Aku pulak, menghantar sms kepada Mahfol dan memberitahu bahawa aku udah sampai dan kini sedang sarapan disalah sebuah gerai berhampiran pintu masuk ke Frim.

Jam 0825 pagi. Mahfol tiba digerai tempat aku sarapan dan menyandarkan basikal mtbnya disebelah basikal aku. Mahfol senyum, sambil menarik kerusi plastik dan memesan secawan milo panas dan dua ketul karipap. Kami berbual sambil mata meliar memandang sekumpulan raider sedang memasukki frim.

"Fuhhh! Ramailah raider pagi ne masuk Frim. Apa kata kita kayuh on the road aja pagi ne"


"Ok! Gua tak ada hal. Mana-mana pun boleh"

"Kalau kita kayuh on the road kat dalam frim, ada sikit rugilah"


"Kita kayuh arah ke PPRT Batu Muda dan keluar  depan kilang Kian Joo dekat Batu Caves. Sampai kat bulatan Batu Caves nanti, gua belok arah Selayang dan lu baliklah ke sarang, ikut Tasik Metro Kepong. Amacam setuju?"

"Setuju! Setuju"

"Rugi kayuh dalam firm, kene bayar dan tak selesa pasal ramai sangat raider yang off road" Sambil Mahfol bangun, menyarung helmat dan memakai sarung tangan. Aku pulak, membayar harga sarapan pagi. Kami berdua gerak tinggalkan frim menuju Taman Rimbunan melalui lorong tikus disebelah Taman Tasik Metro.

Kayuh dan terus kayuh! Melalui kawasan perumahan Jinjang Utara dan take five dihadapan Bangunan TNB. Lepas tu kayuh melalui Kampung Batu dan berhenti dikedai mamak berhampiran Pasar Batu 5, Jalan Ipoh. Selesai pekene teh tarik, kayuhan diteruskan melalui PPRT Batu Muda, lepas tu lalu kat Taman Batu Muda, lalu depan kilang-kilang termasuk kilang Kian Joo dan kawasan kilang yang masih dalam pembinaan yang dikenali dengan Amari.


Kayuhhh!
Laluan sedikit mendaki dan kami kayuh menuju bulatan Batu Caves. Disini kami berpisah. Mahfol kayuh balik ke sarang di Sungai Tua dan aku meneruskan kayuhan menuju Tasik Metro! Kayuhhhhhhhhhhhhhhh!!!






No comments:

Post a Comment