|
I- Paya Pelantar. Pagi itu ketika kami sampai, sinar matahari telah keluar ikut celah-celah ranting, dahan dan daun-daun dalam kebun Sani. Embun yang tadinya bercahaya dihujung daun-daun pohon getah, dihujung daun-daun pohon cempedak udah kian menghilang. Siulan burung-burung bersahutan dan kemudian kelihatan susuk tubuh Sani keluar dari barisan pohon gaharu, pohon getah dan beberapa pohon manggis serta pohon cempedak. |
|
"Assalamualaikum Sani" Kami menghulurkan tangan bersalaman dan aku merenung wajah Sani yang kelihatan ceria mugkin kerana kami sudi menjenguknya.
"Wah! Pagi lagi luorang dah sampai"
"Biasalah Majid. Sarapan nasi lemak dulu kat pekan Karak." Celah Baha sambil menjinjing buah cempedak dan langsat.
"Letak ajalah buah-buahan tu kat meja. Kat sini banyak nyamuk, tupasal aku dah hidupkan unggun api"
"Sani! Lepas ne bawaklah kami jalan-jalan ke tasik. Boleh kami keluarkan sikit peluh". |
"Boleh! Lagipun laluan ke tasik udah senang sikit. Ada lorong baru". Ujar Sani sambil melabuhkan punggung dikerusi kayu kerengka besi. Aku, Baha dan Majid pulak, duduk di atas kerusi buatan dari tunggul kayu.
|
II- Jungle Trekking. Kami berempat gerak keluar dari kebun. Si Sani yang lengkap dengan kasut getah, baju lengan panjang dan bertopi itu memulakan langkah dan ditangan kanannya memegang parang panjang. Hanya si Sani sahaja yang mengetahui jenis-jenis binatang liar yang hidup disekitar tasik tersebut. Si Baha pula, membawa sebotol mineral water [600ml] dan satu tin kecik 'mosquito spray'. - Selain untuk menyembur nyamuk, mosquito spray ini amat sesuai untuk mempertahankan diri ketika serangan musuh seperti babi hutan, anjing atau monyet liar. Halakan semburan tepat ke mata pemangsa dan jika pemangsa tidak juga beredar, kenkawang boleh nyalakan api [lighter] dan bakar matanya. |
|
Bunyi burung butbut dipinggir tasik, decitan pipit diranting pokok dan kami udah menghampiri tasik yang airnya kelihatan susut disebabkan musim kemarau yang melanda daerah ini. Aku udah menyeberangi titi yang kian mereput. Sani bagitau kami, jika tidak mahu jatuh 'tergolek dog' pijaklah titi dibahagian tepi sekali kerana dibahagian tepi titi selalunya masih kuat. |
|
Kami berehat diseberang titi. Sani dan Majid berjalan ke arah sebuah rumah dihujung tasik. Aku dan Baha memandang ke arah tasik. Di tasik itu aku lihat bayang-bayang awan bersatu dengan bayang-bayang pohon yang menghijau seperti sebuah lukisan kabur. Ketika inilah aku teringat akan si Sani, budak lepasan UiTM Shah Alam itu pernah bekerja di Albania dan Amerika [US] sebelum pulang ke Kolompo berniaga perabot kayu jati diBB Plaza. |
|
Lamunan terhenti apabila Majid bagitahu, lepas ne acara seterusnya hendak jenguk si Ammar [anak Majid no 4] yang sedang belajar di Madrasah Darul Ulum, Kg Paya Siput, Batu 11, Jalan Karak-Lancang, Pahang. Kami tinggalkan kawasan tasik dan gerak ke pondok Sani.
Kereta dipandu Majid meninggalkan Paya Pelantar menuju ke Kampung Paya Siput. Dalam perjalanan, berhenti disebuah gerai yang menjual buah Sentul [buah Tampoi kata orang Utara], langsat dan rambai. Beli sedikit buah langsat untuk dibawa pulang ke kebun nanti. - Beli lagi langsat! |
|
Cuaca panas ketika kami memasuki kawasan Madrasah. Jam ditangan menunjukkan pukul 1130 pagi. Ketika ini tidak kelihatan seorang pelajar pun berada di luar pondok kerana mereka sedang berehat setelah paginya tadi udah penat belajar. Majid memanggil beberapa kali si Ammar. Ammar keluar dari pondok sambil mengesat-ngesat matanya yang kelihatan mengantuk.
Kami bersalaman dan bertanya khabar. Kami ajak si Ammar makan tengahari dan Ammar cadangkan makan digerai simpang masuk ke Madarasah. "Masakannya sedap" kata Ammar sambil masuk semula ke dalam pondok untuk menukar baju. Sementara Ammar bersiap, kami bertiga pula, singgah di rumah Ustaz Sabaruddin Othman. - Bertanya khabar, pekene secawan milo panas dan sedikit buah langsat, maka kami pong tinggalkan kawasan Madrasah! |
|
Gerai makan yang dimaksudkan si Ammar, tidaklah jauh sangat dari kawasan Madrasah. Lokasinya betul-betul disimpang masuk ke Madrasah Darul Ulum. Kat gerai makan tu ada bermacam lauk-pauk termasuk ikan patin masak lemak tempoyak, sayur pucuk paku, sambal belacan dan sambal tempoyak. Yalah! Kalau sampai kat negeri Pahang, tak makan ikan patin masak tempoyak, kira tak sahlah Bro! |
III- Di Kebun Sani. Petang itu, sementara menantikan waktu Asar tiba, kami berempat hanya melepak sambil berbual kisah-kisah lama ketika sama-sama sepejabat dengan Sani di Jalan Ipoh, Kelompo. Masa tulah aku kenal dengan Sani, Sauki, Razak, Kamaruddin dan ramai lagi yang aku udah lupa namanya. Bila teringatkan Sauki, Majid terus mencapai telepon dan mendail nombor si Sauki yang kini bekerja sebagai guru disekitar Kuantan.
|
Petang yang redup itu membuatkan Majid terlelap. Baha sedang membaca Kosmo! dan Sani pulak sedang melayan lagu kelasik dari radio keciknya yang berwarna hitam. Sebaik aku hendak merebakan badan, kedengaran deru angin dari arah hutan paya diseberang sungai. Di langit, kelihatan awan hitam berarak dan pohon-pohon disekeliling pondok mula bergoyang. Tidak lama kemudian, langit yang mendung itu pun mencurahkan airnya ka bumi.
"Alhamdulillah! Bertambahlah sikit air kat takongan gua", sambil Sani bangun, mencapai sebatang rokok lalu membakarnya. Sani menyedut rokoknya perlahan-lahan, melepaskan asap berkepul-kepul melalui hidung dan mulutnya. Asap itu terbang, naik ke udara melalui ruang jendela yang terbuka luas dan hilang disebalik titisan air hujan. |
Cuaca di luar pondok ketika ini sedikit gelap. Hujan masih lagi turun. Selesai menunaikan solat Asar kami terus melepak didalam pondok. Usai solat Magrib, kami keluar untuk makan malam. Sani cadangkan kami makan masakan Siam yang lokasinya tidak jauh dari pekan Karak. Di kedai Tom Yam, kami pesan ikan tiga rasa, aku dan Majid pesan sop ekor, Baha dan Sani pesan sop tulang. - Makan malam kali ne untuk panaskan badan, sebab baru lepas hujan. Tentu tido dikebun nanti, sejuknya hingga sampai ke tulang sum-sum!
|
Malam pun semakin dingin. Tidak kedengaran lagi bunyi burung tukang mengetuk tabir malam. Yang didengar hanyalah bunyi siput dan katak sahut menyahut bagaikan satu pesta selepas hujan. Ketika Majid, Baha dan Sani masih berbual, aku pulak telah lama hanyut dibuai mimpi. - Z-Z-Z-zzzzzz! |
No comments:
Post a Comment