25 September 2014

NASIB KITA TIDAK SAMA!


Hari Rabu. Jam 1200 tengahari, aku dan Azhan ada di Bukit Indah, Ampang. Sementara menunggu kedatangan Baha dan Basri, kami singgah disebuah gerai, pekena nasi berlaukan ikan pari, sayur pucuk paku, ulam-ulam dan sambal tempoyak. Usai makan tengahari, selak kejap Kosmo!. Di muka hadapan ada berita tentang Majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali [Ahli dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa] dan berita bayi pompuan berusia 8 bulan, parah digigit, dicakar biawak Pulau Tioman.


Baha dan Basri tiba. Kami berempat gerak dengan sebuah kereta yang dipandu Baha menuju Seremban, short-cut ikut Hulu Langat. Tujuan asal kami hendak ziarah rakan lama di Seremban [Razak Manan @Ajak], tetapi ketika itu Ajak tidak berada di Seremban. Kami teruskan perjalanan dan singgah di surau, solat Zohur sebelum gerak arah ke PD [Port Dickson] untuk makan tengahari. Di PD, aku terbabit gak makan sekali lagi, pasal  temankan Baha dan Basri makan gitu! [Si Azahan pula hanya makan buah betik kerana masih kenyang katanya].

Usai makan tengahari, lajak pulak ke Pengkalan Balak [bukan Pengkalan Kubur ya!]. Teringat hendak ziarah Otai Zainol aka Lanun yang bekerja dichalet sekitar Pengkalan Balak, Melaka. Kami berempat tidak tahu pong alamat sebenar Otai Zainol bekerja. [Kami main terjah jer. Hehehe!]

Menghampiri pantai sekitar Pengkalan Balak, hujan pun turun tetapi tidaklah lebat. Kami berhenti disebuah gerai berhampiran Angin Laut Chalet untuk minum petang. Kami berempat duduk mengadap laut, menikmati hembusan angin petang sambil bertanyakan tuan warung kalau-kalau tahu mengenai Abang Zainol. Dari info yang diberikan oleh seorang pompuan diwarung tersebut, Abang Zainol nie memang pernah bekerja di Angin Laut Resort tetapi udah berhenti kerana tidak sihat. [Rumah Abang Zainol, tidaklah jauh dari sini kata pompuan tersebut].


Tanpa nombor telepon dan alamat rumah Abang Zainol, memang sukar untuk kami ziarah. Apapong, tergerak hati si Baha untuk berhenti minum berhampiran chalet Angin Laut, padahal banyak lagi gerai minuman disepanjang pantai Pengkalan Balak. Begitulah agaknya bila niat kita ikhlas untuk berziarah, maka Allah permudahkan urusan harian kita. Pulak tu, ada sorang remaja kat gerai yang sudi tunjukkan rumah Abang Zinol dengan menunggang cupcai. - Kesian! Basah kuyup gak budak tu!


"Asalamualaikum!"
Dua tiga kali memberi salam barulah berjawab. Seorang pompuan [isteri abang Zainol] membuka pintu. Katanya, Abang Zainol takada kat rumah, keluar minum kat gerai tidak jauh dari Balai Polis. Baha minta nombor Abang Zainol, call dan lepas tu Baha jemput Abang Zainol balik rumah kerana ketika ini hujan masih lagi turun rintik-rintik.

Aku,
Azahan dan Basri duduk diberanda sambil menunggu kedatangan Abang Zainol. Aku perhatikan sesekor kucing sedang berehat diberanda rumah. Titis-titis air hujan pula membasahi rumput dihalaman rumah. Rumput itu aku lihat menjalar tanpa arah, mungkin lama tidak dipotong.
 


Tik! Tik! Tik! Bunyi titis air hujan jatuh ke dalam takongan periuk lama disatu sudut beranda. Abang Zainol tiba. Kami bersalaman dan bertanya kabar. Abang Zainol yang kini berumur 68 tahun masih lagi berminat untuk bercerita kisah-kisah silam beliau ketika tinggal di Gombak. Di dapur,  isteri Abang Zainol yang tidak berapa  sihat itu sempat juga membancuh seteko air teh walaupong kami melarangnya berbuat demikian.

Di luar masih lagi gerimis! Kami tinggalkan pasangan Abang Zainol dan isteri di rumah sewa mereka dengan rasa sayu. Usia yang semakin senja, tanpa pekerjaan, tanpa wang pencen, menjadikan diri Abang Zainol lebih tua daripada usianya.

Waktu semakin senja. Senja akan berlalu membawa ke malam, yang telah meninggalkan seribu kenangan. Kami teruskan perjalanan ke Kota Bukit Supai, Kuala Linggi untuk solat Magrib. Usai solat Magrib, Baha teringin pulak nak merasa ikan bakar, apalagi oderlah! Dua ekor ikan siakap dan dua potong ikan pari. Yum! yum! Edap Bai!





Rintik-rintik hujan udah berhenti sewaktu kami keluar dari restoran ikan bakar. Kereta yang di pandu Baha bergerak arah Port Dickson dan kemudian melalui bandar Seremban. Macam-macam topik dibualkan sepanjang perjalanan menuju ke Kolompo. Ada yang bercakap tentang nasib baik Mohamed Azmin Ali dan kuncu-kuncunya, apabila beliau terpilih sebagai Menteri Besar Selangor.

Ada pula yang bercerita tentang nasib tidak baik 15 pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia [JKDM] kerana disiasat dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram. Mereka disyaki terlibat dalam sediket penyeludupan arak dan rokok di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang [PKFZ].

Mereka yang disebutkan diatas tadi adalah diantara contoh nasib baik dan tidak baik seseorang yang telah dilahirkan kedunia ini. Lahir dan membesar, kemudian bersekolah dan  masuk alam pekerjaan. Tak kiralah apa jawatan, apa pangkat kita, tetapi jika alpa dan lupa daratan, akan memusnahkan kehidupan kita. Ada yang hancus pada awal kehidupan, ada yang gagal pada pertengahan dan ada yang kecundang pada penghujung skrip kehidupan sehingga mengaibkan diri sendiri, isteri dan anak-anak.

"Kebinasaan seseorang adalah berpunca dari melayani kehendak isteri dan anak-anaknya. Jika tidak mempunyai isteri dan anak-anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuannya. Jikalau orang tuannya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya berpunca dari kehendak kerabatnya [adik beradik] atau dari menepati kehendak jirannya". [meminjam sedikit sabda Rasulullah SAW dalam Hadis Akhir Zaman]. - Wallahuaklam!



No comments:

Post a Comment