Tiba-tiba seekor 'monster' datang nak lawan adik. 'monster' ini ada kepala je! Adik kuat, adik tak takut... Adik nak lawan dengan 'monster' itu! |
Tiba-tiba adik dapat pedang, pedang macam 'Thunder cat' punya. Adik lawan dengan 'monster' tu, tapi dia tak lut juga.
Lepas tu dia jeling, sambil ketawa mengejek-ejek adik... |
Aleh-aleh ada satu lagi 'monster' yang selalu cari adik. Dia tangkap adik, adik meronta-ronta, "tak mau! tak mau! Adik menjerit kuat- kuat. Dia nak seksa adik. Adik jerit lagi. Tapi 'monster' tu pegang adik. Dia pegang kuat-kuat. Adik menangis.
"kan mak suruh adik mandi tadi!"
"Tak mau! tak mau!"
Adik jerit kuat-kuat.
Tapi adik kalah. Belalang yang jadi
kawan adik pun, tak datang tolong. Pisau dan pedang 'thunder cat' sudah hilang.
Adik kalah...
Adik jerit kuat-kuat.
Tapi adik kalah. Belalang yang jadi
kawan adik pun, tak datang tolong. Pisau dan pedang 'thunder cat' sudah hilang.
Adik kalah...
Nota Lutut : Majalah Fantasi mula berada dipasaran pada tahun 1983. Sasaran pembacanya tentulah orang dewasa, budak Universiti dan kolej yang sedang belajar dalam bidang seni reka, seni bina, seni arca dan budaya.
Masa tu, kalau di ITM - budak AD [Art & Design] gunakan majalah Fantasi sebagai rujukan kerana majalah tersebut lebih advance. Ini dapat dilihat dari sumbangan karya pelukis-pelukis ketika itu yang menggunakan teknik 'airbrush', seni pop, akrilik dan cat minyak.
Mj- [Selepas entri Adik, akan menyusul pulak kisah pelukis Jai yang mengembara cara 'backpacker' dari London ke Kolompo. Kisah Backpacker [Jailani Abu Hassan] itu diceritakan sendiri oleh beliau dalam majalah Fantasi. - Dengan izin Allah!

No comments:
Post a Comment