29 October 2013

MENU BEZDAY MAWA!



Assalamualaikum! Aku udah terbayang menu  ringkas untuk bezday isteri aku nanti iaitu  Angel Hair Spaghetti, Bolognese Sauce, Green Garden Salad, Nasi Minyak, Ikan Tongkol, Ayam Goreng, Rojak Buah, Chocolate  Cake,  Wafer Cubes, Green Peas Snack, Cheese Crackers, Tuna Mayonise, Fruits Cocktail, Jelly Kiwi serta air minuman Tea Laichee dan Orange.

Pagi Sabtu!
Pergi pasar Selayang bagi mendapatkan barang-barang keperluan untuk tetamu seramai 30 pax, iaitu beras panjang, ayam segar, ikan tongkol, santan, sayuran dan buah-buahan. Lepas tu singgah pulak kat pasaraya Aeon Big yang dahulunya dikenali sebagai Carrefour untuk beli :

*Speghetti San Reno        - 2 pax
*Salad Romaine
 
           - 2 pax
*Wafer Cube by Menchys     - 3 pax
*Green Peas by Miaow Miaow - 3 pax
*Cheese Crackers by Julies - 1 tin
*Fruits Cocktail           - 3 tin
*Laichee                   - 3 tin
*Minced Beef               - 3 pax
*Kuah Rojak by NekNor      - 1 botol
*Oren susu by Daily Fresh  - 2 tong

Petang Sabtu! Isteri aku buat jelly kiwi. Waktu malam pulak aku masak bolognese sauce, udah sejuk simpan dalam chiller. Pagi Ahad, isteri aku masak nasi minyak, ayam goreng dan gulai lemak ikan tongkol. Aku pulak rebus speghetti, siapkan green salad, tuna mayo dan rojak buah. Lepas tu gaul fruits cocktail dengan yogurt dan sejukan dalam chiller.

Ahad - 1200 tengahari! Bancuh air teh o bersama laicee tin, potong chocolate cake, cheese crackers bersama tuna mayo. Jam 1230 tengahari, semua menu udah terhidang diatas meja buffet menanti kedatangan tetamu yang terdiri dari adik beradik, anak buah dan ipar-duai yang tinggal disekitar Kelompo!

Jam 1245! Keluarga Hj Omar sampai, lepas tu tiba pulak keluarga Midah sambil bawa agar-agar dan rendang. Disusuli Kak Ana dan Norlela yang bawa bread pudding serta kuih apam. Selepas tu keluarga Majid tiba serta keluarga Ana-Leman yang bawa dodol.

Di Luar!
Hujan mula turun dan keluarga Nurain tiba bawa kek buah, di ikuti keluarga Eddy, Imah dan keluarga Misah-Mail. Sambil makan sambil chit-chat dan tentulah riuh rendah suasana ketika itu. *Kat bawah ne aku sertakan sekali basic recipes untuk bolognese sauce :

Bahan-bahannya :

100g butter
1 biji bawang besar (merah) - chopped
1 biji bawang putih - chopped
2 biji tomato - chooped
500g daging kisar
1 tin tomato paste
3 helai daun bay
1 batang carrot - potong dadu
1 batang celery - potong dadu
Oregano, rosemary (sedikit)
Beef stock, gula dan garam
2 pac Spaghetti.

1- Panaskan butter, masukan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga lembut.

2- Masukan daun bay dan daging kisar, kacau daging tersebut hingga masak.


3- Lepas tu masukan tomato paste, celery, carrot dan tomato. Sedikit oregano, rosemary, beef stock, gula dan garam. Masak selama 30 minit, hingga mendidih dan perlahankan api.


*Tip
- Jangka hayat sauce yang disimpan dalam chiller (refigerated) ialah selama 3 hari dan jika di simpan frozen lebih kurang 60 hari. Sekiranya ada lebihan spaghetti, hendaklah disimpan dalam bekas berair (direndam) yang bertutup. Jangka hayat spaghetti yang disimpan dalam chiller ialah 5 hari.

22 October 2013

CRODOUGH DAN BATH SALT


As Salam! Mood nak menaip entri baru tetap ada walaupong mata aku kekadang gatal. Setelah tadinya aku ge klinik, dapatlah ubat jenis mefenamic acid untuk tahan sakit, pil gatal dan alahan serta ubat eye drops jenama Nicol.

Fenomena!
Sebelum ne orang Kelompo udah tahu pasal pancakes, dounat, tart, apple pie, muffins, danish, strudel, croissant, scones, brownies, bread custard, quiche, macarons dan juga chocolate cookies. Pada masatu, tidaklah menjadi kegilaan bagi orang Kelompo, walaupong variasi dounat diperkenalkan oleh Mr Dounat di Bukit Bintang pada awal tahun 1980'an.

Selepas outlet Mr Dounat, sabuah lagi kedai ruti memperkenalkan pilihan  dounat yang juga terletak di Bukit Bintang. Lepas tu pada era 1990'an pula, ada sebuah cafe memperkenalkan variasi muffin. Memasuki era tahun 2000 banyak cafe-cafe jalanan di buka terutama sekitar Bintang Walk sehinggalah ke restoran-restoran mewah di pusat beli belah yang menjual pelbagai ruti, cake dan pastri.

Kita di perkenalkan pulak dengan cup cake dan mulalah menjadi trend masyarakat Kelompo bila ada tea party atau wedding resepsi, pasti ternampak di satu sudut, beranika cup cake yang berwarna warni. Inovasi ruti, pastry dan cake tidak terhenti di situ sahaja. Kini macam satu kegilaan bagi orang Kelompo yang terlebih mampu, bila nak sambut birthday atau acara potong cake mesti membeli cake di Le Chouette Macaron.

Bercakap pasal Le Chouette Macaron ne, memanglah cakenya sedikit mahal tetapi telah mendapat permintaan tinggi kerana cakenya sangat cantik, gabungan cream, cheese dan macarons. Styling, colorful, layer by layer yang juga lebih dikenali sebagai tower rainbow cake.

Crodough!
Tadi tu ceriter pasal trend orang Kelompo. Kalau di London pula, diaorang sekarang ne sangat teruja dengan inovasi terkini iaitu pembuatan ruti yang mengabungkan dounat dan croissant yang dikenali sebagai crodough.

Kegilaan itu bermula awal tahun lalu, bila seorang chef dari Perancis, Dominique Ansel memperkenalkan Cronut dan Dosant di kedai ruti miliknya di bandar raya New York. Yang terbaru di London, Crodough di perkenalkan oleh Jennifer Rinkoff, generasi keempat yang meneruskan perniagaan ruti milik keluarganya di Timur London.

Jennifer mendakwa, dia asalnya melihat di laman sosial Twitter, kesukaran orang ramai untuk mendapatkan cronut di London. Dari situ Jennifer mula bermain dengan tepung selama tiga hari dengan menggunakan resipi 100 tahun milik keluarganya.

Hasilnya beliau dapat menghasilkan doh yang dikenali sebagai Crodough - doh bersalut, leper dan dilipat ke dalam lapisan sebelum digoreng dan diisi dengan pilihan kastard, jem, raspberi atau karemel epal.


Bath Salt!

Kita beralih topik pulak kepada inovasi dadah Bath Salt yang juga mencetuskan fenomena di kalangan penghuni planet bumi ketika ini. Sebelum kita pergi jauh, ada baiknya kita toleh kebelakang sekejap pasal sejarah dadah yang bermula dengan istilah candu, daun ganja, heroin, pil ekstasi, syabu, pil kuda dan lain-lain termasuk gak yang kurang popular ialah daun ketum.

Pada tahun 50'an, mungkin ganja telah dibawa masuk melalui pintu sempadan di Utara Semenanjung. Tahun 1960'an, masyarakat udah mula mendengar, melihat dan merasai ganja. Ganja ketika itu sangat popular pada kelompok masyarakat yang gemarkan hiburan  sambil kepala terasa seakan-akan kosong atau istilah lain kepala tengah ting-tong.

Pengemar ganja terdiri dari remaja, belia dan warga tua. Mereka akan menghisap ganja dengan mencapurkannya ke-dalam rokok, membalut ganja dengan daun atau menggunakan botol dan batang betik yang dikenali sebagai dapur. Ada gak yang mengisap menggunakan biji kelapa muda serta daun kelapa yang dipanggil suling.

Pertengahan tahun 1970'an pula, dadah baru iaitu heroin telah diperkenalkan. Dadah ini yang berasal dari bunga poppy juga diseludup masuk oleh pegedar dadah melalui pintu sempadan belah utara dan pantai timur. Selepas dadah heroin, bermacam-macam lagi dadah dihasilkan oleh pakar kimia yang asalnya bertujuan untuk kegunaan pesakit menahan sakit, terutama ketika perang.

Hari ini, ada lagi dadah sintetik terbaru dengan panggilan Bath Salt yang boleh memberi kesan seperti dadah amphetamine. Penagih bath salt dikatakan mampu memberikan kekuatan luar biasa kepada penggunanya dan di ambil dengan cara memakan, disuntik ke dalam salur darah atau menyedutnya melalui hidung.

Bagaimanapong, menurut pakar, kesan pengambilannya boleh menyebabkan halusinasi, kekeliruan, hipertensi dan paranoia. Bath Salt boleh menyebabkan masalah salur darah dan jantung, murung, ingin bunuh diri, psikosis dan kematian.

Dunia telah dikejutkan, apabila seorang lelaki yang mengambil dadah bath salt telah bertindak memakan muka seorang lelaki gelandangan  di Miami, Amerika Syarikat. Selain kes diatas, ada kes lain dilaporkan di Texas melibatkan seorang pemuda berumur 22 tahun menyerang orang ramai dan memakan seekor anjing peliharaan. Polis berkata, pemuda tersebut dipercayai mengambil dadah dikenali sebagai K-2. - Wallahu-alam!



 


18 October 2013

SPAGHETTI CIMAYO SAUCE


Salam Jumaat!
Jam 0215 petang, aku didapur sedang mencari bahan-bahan untuk buat cimayo sauce yang boleh dimakan bersama boiled pasta. Ketika ini aku dah ada spaghetti, dada ayam, whipping cream, santan kotak, cili merah, bawang putih, cuka makan, cendawan butang, oregano, gula, garam dan serbuk perasa.

Kalau nak ikutkan sauce yang betul ialah menggunakan seafood seperti sotong, udang dan ikan tuna dan dihidang dengan fettuccine, tetapi kali ne aku ubah sikit iaitu seafood digantikan dengan potongan dada ayam. Kita yang nak masak Bro, kenelah suai padan dengan bahan-bahan yang sedia ada.

Sekarang
jam 0230 petang! Aku panaskan air, masukan sedikit minyak jagung dan bila air udah mendidih, aku masukan spaghetti jenama San Remo made in Australia. Hampir kesemua jenis pasta yang di buat dari bahan asas iaitu tepung dan telur ini, tidak mempunyai tanda halal ketika anda mahu membelinya di pasaraya. Pulak tu, jangan percaya sangat dengan arahan masa memasak yang tertulis kat bahagian belakang 'Cooks in 13 minutes'.


Jam 0245!
Ha! Spaghetti dan masak, kalau tak percaya rasa dulu, bila udah boleh dikuyah tu kira masaklah. Antara masa 15 hingga 16 minit menanti spaghetti masak tadi, aku udah sediakan bahan-bahannya iaitu cili merah- aku rebus dengan bawang putih berserta cuka, lepas tu aku blend hingga halus. Dada ayam yang udah direbus, potong dadu, cendawan butang potong slice dan chop 3 biji bawang putih untuk menumis.

Masak Sauce! Panaskan periuk, bubuh sikit minyak jagung dan tumis bawang putih. Lepas tu masukan cili merah yang udah diblend, kacau hingga naik bau. Bubuh cendawan butang, dada ayam, sedikit oregano, sedikit santan dan cream. Bila udah mendidih perlahankan api. Last sekali bubuh sikit gula, garam dan serbuk perasa. Jangan lupa rasa! *Kalau sauce tu cair sangat, bolehlah ditambah dengan setengah sudu makan tepung jagung.

Bercakap pasal pasta ne, ada berbagai jenis sauce dan juga cara penyediannya, seperti Bolognese, Beef Stroganoff, Fettucine Carbonara, Lasagne with Pesto, Spaghetti Olio, Shrimp Pasta Shell, Lasagne Napoletana dan lain-lain lagi. Pulak tu, chef yang cretive akan mencipta sauce rasa tempatan seperti Laksa Johor, Spirals Pasta with Rendang atau kuah laksam yang berwarna putih tu boleh gak di makan dengan fettucine.


Sedikit Info:
Ramai
udah tahu yang pasta ne berasal dari negara China tetapi tidak popular kerana masyarakat Cina lebih berminat kepada Chinese noodle. Pasta sangat terkenal di Itali, sehinggakan kebanyakan nama-nama pasta lebih Italian names sebagai contoh, spaghetti bermaksud little strings dan bolognese maknanya minced beef. 

16 October 2013

CAESAR SALAD & CROUTONS!


Di Klinik!
Tadinya aku berada di klinik untuk buat pemeriksaan mata. Aku pong taktau, dua tiga hari ne mata aku gatal dan berair bila aku udah selesai membaca atau mengadap skrin komputer. Doktor periksa mata aku, beritahu mungkin cermin mata yang aku selalu gunakan untuk membaca penyebab sakit mata.



Apartment!
Bunyi intro lagu Hotel California (live) sedang bergema dari
corong radio jenama Denon yang aku beli tigabelas tahun lalu di Sogo. Walaupong udah dikira lama tapi masih berfungsi dengan baik. Radio ini aku beli kerana rekabentuknya, multi function iaitu boleh guna cd, vcd, radio dan cassette serta ada ciri-ciri mikro system.

Aku Di Dapur! Tengahari ne aku cadang untuk makan caesar salad sahaja sebab masih ada lagi baki lettuce di dalam chiller. Untuk menyediakan salad,  perlulah ada dressing, parmesan cheese, telur rebus dan croutons.

Croutons! Ketulan ruti bersaiz 1cm ne boleh dibeli kat pasaraya Sogo yang letaknya dirak bersama pasta. Kalau rasa teringin nak buat sendiri cara mudah, potong ruti sandwich sebesar 1cm, lepas tu masukan dalam bowl, gaulkan dengan serbuk magee kari dan sedikit olive oil. Akhir sekali letakan ruti dalam pan, bakar ruti tersebut sehingga garing!

Yang tu kira buat croutons cara short-cutlah. Kalau nak ikutkan cara betul, diaorang gunakan seasoning seperti serbuk parpika, serbuk cumin, serbuk lada putih, garlic, garam  dan olive oil.
Kebetulan aku masih ada lagi baki croutons ready made, tak payahlah susah-susah nak buat croutons.

Sekarang ne aku kene buat dressing! Rebus sedikit ikan masin, lepas tu toskan dan buang tulang. Masukan ikan masin tadi ke dalam mechine blender bersama bawang putih, sedikit LP sauce, dijon mustard, lada hitam, juice lemon dan sedikit air suam. Lepas tu masukan mayonaise dan teruskan blend hingga halus. Rasa Bro! Jangan tak rasa, kalau masin sangat tambahlah mayonaise lagi. Lepas tu bolehlah  gunakan rubber spatula untuk keluarkan dressing dan masukan dalam bowl.

Ceasar Dressing! Dah siap pong dressing dan kerja seterusnya ialah koyak-koyakan lettuce, gaulkan dengan dressing, taburkan croutons, bubuh sikit parmesan cheese, telur rebus belah dua dan sedikit tomato diced. Ha! Apa lagi makanlah!

Lagu Sheila Majid!
Sambil makan salad, aku pasang keset single Bunyi Gitar dari penyanyi Sheila Majid. Keset ne hanya ada tiga buah lagu iaitu lagu Bunyi Gitar, Tiru Macam Saya dan Bunyi Gitar extended mix. Dihasikan oleh Roslan Aziz, Mac Chew dan Jenny Chin khas untuk peminat Sheila!

Teringat! Sambil makan salad ne teringat aku ketika  kojer di Cafe, Bintang Walk dan Baker Bros kat Bukit Bintang. Kedua-dua cafe ne berbeza ketika menyediakan Caesar Salad. Ada yang menyediakan cara classic iaitu meletakan hirisan dada ayam (grilled chicken breast) serta dengan potongan parmesan cheese (flakes), dan ada yang hanya letakan sepotong telur rebus bersama grated parmesan cheese.

Edap! Keenakan caesar salad ne bukan hanya terletak pada hirisan dada ayam, croutons atau rangupnya daun salad, tetapi sedapnya bergantung pada ketika proses menyediakan dressing. Campuran bahan-bahan diatas tadi perlulah teliti, tidak boleh terlebih atau terkurang, kalau nak sedap lagi boleh gak campurkan sebiji telur rebus.


Sedikit Info
:
Kena gak tau sikit pasal sejarah caesar salad ne. Pada tahun 1920'an, mereka yang mengemari salad ne selalu menggunjungi restoran Tijuana, di Mexico. Owned restoran ketika itu ialah Italin chef bernama Caesar Cardini.




15 October 2013

DIA MERAGUT LAGI!


09 Zulhijjah!
Aku baru selesai sembahyang sunat Aidiladha dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan. Selepas sembahyang, ada acara penyembelihan haiwan korban, yang sebenarnya simbolik bagi kepatuhan seorang mukmin kepada tuhannya. Ibadah korban mengingatkan kita kepada kepatuhan Nabi Ibrahim yang bersedia menyembelih Ismail anak kandungnya sendiri kerana memenuhi perintah Allah SWT.

Dataran Merdeka!
Jam 1200 tenghari, kami berdua gerak arah Dataran Merdeka di mana keluarga Alias dari Ampang, mahu bertemu kami disini kerana ingin ikut sama ziarah kaum keluarga yang tinggal di Taman Manja, Petaling Jaya.

Redup! Tiada cahaya matahari ketika kami berhenti dihadapan gereja berhampiran Dataran Merdeka. Sementara isteri aku call Abang Alias, aku keluar dari kereta. Kelihatan ada dua lelaki sedang duduk di bus stop berhampiran pejabat bergerak DBKL.

Berhampiran air pancut pula ada beberapa pelancung dan mungkin juga orang tempatan  sedang berehat. Disimpang tiga, jalan masuk ke gereja, ada empat orang pelancung dari negara China, yang salah seorang sedang merakam gambar Bangunan Sultan Abdul Samad.

Seorang pemuda Melayu, menunggang motosikal cupcai, bertopi keledar, berhenti dihadapan pelancung tersebut. Pelancung lelaki tersebut masih lagi matanya menatap lenca kamera, merakam keindahan sekitar Dataran Merdeka.

Pemuda Melayu itu tiba-tiba menarik tali kamera dengan kuat dan dengan pantas meninggalkan empat orang pelancung China tersebut. Pelancung lelaki yang tadinya memegang kamera terkejut, terpinga-pinga dan menjerit "Woi" dan pemuda Melayu itu sudah hilang dari pandangan.

Terkebil-kebil mata lelaki Cina itu, mungkin marah, mungkin sedih kerana kehilanggan kamera yang banyak menyimpan memori ketika datang melancung ke Malaysia. Pelacung empat orang itu termasuk seorang wanita, berjalan menuju kumpulan mereka dihadapan bus.

Aku berpatah balik menuju ke kereta kerana isteri aku melambai tangan tanda keluarga Alias sudah sampai. Kereta bergerak meninggalkan Dataran Merdeka melalui stesen KTM diikuti rapat kereta Abang Alias. Aku beritahu kejadian ragut tadi kepada isteri aku. Hairan dan rasa tidak percaya isteri aku akan kejadian tersebut boleh berlaku di Dataran Merdeka.

Tewas! Pemuda Melayu itu mungkin salah seorang yang tewas untuk meneruskan hidup di kota besar ini. Yalah! Apa sangat yang hendak diharap kalau setakat ada SPM. Kerja sebagi penghatar cepat bolehlah, tapi gaji pulak ciput. Keluarga di kampung pulak mengharap sangat bantuan, ayah hanya penoreh getah, adik-adik masih bersekolah. Kalau pemuda itu kantoi alasannya kerana meragut tentulah nak tolong keluarga di kampung kononnya!

Cuti Seminggu! Pemuda Melayu itu sedang senyum puas apabila dapat meragut sebuah kamera yang mungkin berharga ribuan ringgit. Sedang berfikir hendak menjual kamera ini pada pembeli biasa atau jual terus kat kedai barang terpakai seperti cash converters di Shah Alam atau di Ampang Point.

Jika kamera curi itu terjual nanti, sudah difikirkannya kemana mahu dibelanjakannya. Perkara utamanya ialah membeli dadah, menginap di hotel murah beberapa hari bersama rakan, kemudian minggu depan meragut lagi. Itulah agaknya rutin kehidupan seorang pemuda yang tewas! 



13 October 2013

BERJALAN, BERLARI & MENARI


Tasik Titiwangsa! Matahari pagi baru nak muncul. Masih ada petak letak kereta yang kosong. Kelihatan ditepi tasik sekumpulan wanita tua berbangsa Tionghua menari ikut rentak cha-cha. Ada yang berbadan gemuk ada yang kurus, masing-masing memakai sepatu yang sama berwarna hitam.

Aku berjalan dilaluan jogger, melihat ramainya orang mengambil kesempatan cuti hari minggu. Ada yang berjalan seorang diri, ada yang berlari bersama kumpulan. Di laluan jalan tar pula, remaja lelaki  berlari dengan sepatu beroda,  ada juga  yang berbasikal serta sesekali kelihatan pemuda Melayu dengan megahnya mengelilingi tasik dengan motosikal.



Aku seperti kebanyakan mereka yang berada di tasik ini. Kekadang aku berlari, kalau rasa berat kaki hanya berjalan sahaja. Aku berjalan sudah hampir separuh tasik, nun diatas bukit kelihatan kumpulan Tai-chi sedang meregangkan otot-otot, perlahan sahaja gerakan mereka, seakan-akan seperti berada diruang angkasa tanpa gravity.

Terus berjalan sambil memperhatikan seorang lelaki dan tiga perempuan Tionghua sedang duduk bersila diatas tikar, mata mereka pejam, seperti bertafakur gamaknya. Itulah agaknya yang dikatakan Yoga!

Selesai sudah aku berjalan, sedikit berlari tidak seperti kumpulan penari tadi yang masih menari. Dua gerai di bawah pohun besar, ditepi tasik adalah milik peniaga Melayu dan India Muslim. Penuh dengan pelanggan baik Melayu, Cina dan India. Tentulah si Mamak menjual sarapan popular iaitu ruti canai dan teh tarik, Melayu pula menjual pau dan nasi lemak bungkus.

Sambil menikmati secawan kopi O, aku melihat empat remaja Tionghua sedang sarapan, tetapi tidak berbual malah masing-masing leka menatap skrin telefon. Mereka ini adalah sebahagian genersi muda yang mampu membeli teknologi terkini seperti Iphone 5, kerana ayah-ayah mereka mungkin  peniaga yang kaya raya.



Inilah
gaya hidup masyarakat kota hari ini. Mereka memilih sendiri untuk berjalan, berlari atau menari. Jika mereka memilih cara ini sekalipun, bukan satu jaminan untuk mereka kekal sihat mental dan fizikal, jika tidak disertakan sekali dengan pilihan menu makanan sihat.

Untuk sihat, tidak semua warga kota mampu melakukannya. Lihatlah disebalik pohun rendang, disebalik rumah biru Istana Budaya, nun dicelah-celah hutan batu bata, ada banyak rumah usang. Kampung Baru namanya tetapi sudah lama, ramai orang tua-tua disana, malah ada yang tua buta.

Orang-orang tua-tua itu, tidak mampu lagi berjalan, berlari apatah lagi mahu menari. Mereka hanya menunggu masa disingkirkan olih anak-anak mereka yang derhaka. Anak-anak muda mereka hanya pandai meminta-minta itu dan ini, malas membaca, malas belajar, malas gak bekerja. Kalau mereka membaca pun hanyalah kerana minat giler kisah-kisah artis popular yang mereka suka.

Kelompok anak-anak muda itu tidak ada di Tasik Titiwangsa, mereka tidak pandai berjalan atau berlari seperti kebanyakan remaja sihat ditasik ini. Anak-anak muda itu hanyalah segelintir kelompok genarasi muda Y or Why yang akan tewas sedikit hari lagi.

 



         




12 October 2013

MAJLIS RESEPSI NADIA & NAZRAIN


Selesai solat Subuh, aku duduk di kerusi goyang  sambil menyelak akbar Kosmo semalam. Masih ada lagi beberapa halaman yang aku belum sempat membacanya, terutama kisah Sharifah Amani perang Twitter dengan Syamsul Yusof, gara-gara tidak puas hati Amani terhadap sistem pengkategorian filem lakonannya Psiko Pencuri Hati oleh LPF yang mendapat klasifikasi PG18 berbanding filem KL Gangster 2, yang mendapat klasifikasi PG13.

Mesin
basuh yang terletak dibilik yard baru sahaja berhenti berbunyi selepas berhempas pulas membilas, memusing dan memintal (spin) agar pakaian didalam mesin tersebut  kering  tapi takleh gak kering. Isteri aku mengutip kain-kain yang masih basah, menyedainya dan mengharap sangat tugas mengeringkan pakaian  dapat dilakukan oleh sang matahari.  

Jam
0700 pagi kami keluar rumah menuju pusat zakat (PPZ) yang terletak di Kg Baru, Kelompo. Pagi Sabtu, jalan raya tidaklah sibuk sangat dan kami tiba awal disekitar puzat zakat sedangkan pejabat bukak kul 0830 pagi. Letak kereta lepas tu kami jenguk-jenguk menu sarapan pagi yang di-jual disepanjang jalan berhampiran pusat zakat.

Hampir
semua gerai di sini menjual menu yang sama iaitu nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, meehoon goreng dan soto. Kami berdua masih dalam pantang makan-makanan berminyak, kira sedang berdeitlah konon! Memandangkan pejabat zakat belum bukak, ada baiknya pekena dulu Teh O panas bersama Nasi Lemak!

Alhamdulliah!
Urusan dikauter zakat sudah selesai dan isteri aku ajak pulak pergi ke pasar Chow Kit yang tidak berapa jauh dari PZZ kerana hendak membeli buah. Aku tidaklah setuju sangat kalau hanya sekadar hendak membeli buah dan bersesak-sesak dengan orang ramai di pagi Sabtu!

Masa Berlalu! Jam 1205 tengahari, cuaca diluar redup dan kami sudah siap sedia untuk hadir pada Majlis Resepsi pasangan Nadia & Nazrain, anak kepada Puan Hajjah Hadiah Binti Hanan, yang diadakan di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, Bangsar-Kelompo!

Setibanya
di pintu masuk dewan, kami berdua disambut oleh ahli keluarga Puan Hajjah Hadiah dengan senyum mesra. Ramai tetamu sedang menjamu selera dan di atas pelamin pula kelihatan sekumpulan juru gambar sedang merakam detik-detik manis pasangan pengantin sedang bersanding!

Makan
tetap makan Bro! Tapi kali nie aku makan lebih berhati-hati dan hanya sekadar makan untuk hidup bukan lagi macam dolu-dolu, bila makan sampai lupa diri. Lepas makan nasi, aku pekena pulak dua ketul kueh dan secawan kopi O sambil mendengar muzik keroncong.

Pekena
kopi O, jumpa keluarga En Moktar dan Puan Siti (rakan isteri aku) lepas itu keluar bersalaman dengan tuan rumah. Ketika aku melangkah keluar, bertemu pulak dengan si Fauzi @Ariff anak kepada Allahyarham Dato Hj Ahmad Razali, bekas Menteri Besar Selangor. Berbual dan bertanya khabar dan si Fauzi bersama anak lelakinya masuk ke dalam dewan, aku bersama isteri gerak tinggalkan Dewan Komuniti Bukit Bandaraya.

Terima
Kasih! diucapkan kepada Puan Hajjah Hadiah sekelurga kerana menjemput kami ke Majlis Resepsi Nadia dan Nazrain dengan iringan doa restu, semuga rumah tangga kedua mempelai ini bahagia hingga ke akhir hayat. Murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka dan kurniakanlah mereka kesenangan serta kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabil Alamin!










10 October 2013

DIET CARA MJ




As Salam! Aku
susah hati gak kalau dengar khabar ada rakan aku yang sedang mengidap penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi atau gout. Dolu, ada sorang rakan aku yang tiba-tiba kene sakit teruk, bila mulutnya senget dan tak boleh bertutur dengan baik, pulak tu tangan kirinya tidak boleh digerakan. Alhamdulliah! Sekarang rakan aku tu udah beransur pulih dengan mengamalkan makanan seimbang, menjaga paras kolesterol dan mengawal masalah buah pinggang.

Buah Pinggang! Pesakit kencing manis juga selalunya menghadapi masalah buah pinggang. Penyakit ne dikira penyakit dalam diam kerana tiada tanda mahupong gejala yang berlaku. Selalunya, diperingkat awal kita jarang dapat mengesan melainkan telah menjalani ujian darah, ujian imbasan ultrasound, ujian saringan atau ujian air kencing.

Kencing Manis! Ikut kata pakar, menerusi kajian yang dilakukan mereka yang pakar iaitu punca utama kegagalan buah pinggang adalah daripada masalah kencing manis. Malah dari statisik di seluruh pusat dialisis di Malaysia mendapati lebih 50 peratus pesakit kencing manis akan menghidap kegagalan buah pinggang.

Kata Dr Soehardy Zainudin, pakar perunding Nephrologis memberitahu iaitu ramai yang memilih cara diet yang salah sehingga membebankan fungsi buah pinggang. Amalan diet protein sebenarnya boleh memperceptkan lagi kerosakan buah pinggang. Biasanya, mereka yang mengalami masalah buah pinggang memiliki paras urea dan creatinine ini merupakan bahan toksin dalam badan yang terhasil daripada pencemaran enzim dan makanan yang kita makan. Ia akan berkumpul di dalam badan. Fungsi buah pinggang pula adalah untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin ini keluar melalui air kencing.

Diet! Jelaslah, kalau kita dok sibuk dengan mengamalkan diet dengan mengabaikan makanan tinggi protein, boleh mempercepatkan masalah buah pinggang. So, apa kata kalau kengkawan kat luar sana ikut diet cara aku. Mula-mula jom kita berkenalan dengan si Nutrien!

Nutrien! Ia adalah bahan kimia yang terdapat dalam semua bahan makanan yang berfungsi untuk memelihara kesihatan. Terdapat lima nutrien utama dalam makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. *Nutrien dicerna dan diproses melalui tindak balas kimia dipanggil metabolisme.

Protein! Makanan pembina tubuh ini boleh didapati  pada daging, ikan, kerang, udang, kacang, tauhu, tempe, susu dan keju. Ia membina sel tubuh bagi tumbesaran, mengganti sel mati, nitrogen yang berlebihan akan ditukar kepada urea dan dikeluarkan melalui air kencing. Andainya kurang protein pula akan menyebabkan tumbesaran terganggu, luka dan kecederaan lambat sembuh, badan lemah dan mudah diserang penyakit. Kesihatan akan terganggu kerana ketiadaan imbangan cecair dan tisu tubuh. Kekurangan protein yang berterusan akan mendapat penyakit Kwashiorkor.

Karbohidrat! Jenis makanan pemberi tenaga boleh didapati pada beras, tepung gandum, kek, biskut, kuih muih, aiskrim, kentang, keladi, jagong dan ruti sebagai contoh. Kesan daripada pengambilan karbohidrat berlebihan akan menjadikan berat badan lebih muatan (kira udah gemuklah Sis), akan bertukar menjadi lemak dan disimpan dibawah kulit dan boleh gak ditukarkan kepada glikogen dan disimpan di dalam hati.

Lemak! Ia mengandungi unsur karbon(C), hidrogen(H) dan oksigen(O). Berfungsi sebagai pembekal haba dan tenaga kepada badan. Unit asas bagi lemak adalah asid lemak dan gliserol. Lemak boleh terdapat dalam bentuk asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu. Sumber asid lemak tidak tepu ialah dari tumbuhan seperti minyak zaiton, minyak sayuran dan minyak kacang tanah.

Vitamin! Makanan pelindung dan mencegah penyakit melalui nutrien vitamin, garam mineral dan selulosa serta air. Sumber vitamin boleh terdapat pada minyak ikan, hati, kuning telur, mentega , keju, buah betik, labu, tomato, lobak merah dan bayam.

Garam Mineral! Ia diperlukan gak tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Sumber garam mineral ini boleh didapati dari susu, keju, ikan bilis, kuning telur, sardin, bijirin, kekacang dan sayuran hijau. Kesan kepada kekurangan garam galian adalah pembentukan gigi dan tulang akan tergaggu. Boleh mengidap penyakit osteomalasia pada orang dewasa, tubuhbesaran kanak-kanak terganggu dan otot serta saraf tidak berfungsi dengan baik.

Senang Cerite!
Sebagai contoh, sarapan pagi semalam aku makan sebiji pisang montel dan dua keping lemping yang udah dicampur dengan Instant Oatmeal yang katanya oat ne boleh membantu kurangkan kolesterol. Aku makan lemping dengan dua ketul sardin dan segelas teh tanpa susu.

Tengahari pulak makan sepinggan nasi putih yang juga udah dicampur sedikit oatmel, bersama seketul ikan keli bakar, lawan dengan air asam, sedikit timun dan secawan air masak. Minum petang! Aku minum teh tanpa susu dan beberapa keping biskut dari jenama Tiger. Malam hari, aku makan salad campur buah dalam tin (mixed fruits) yang digaul dengan fresh yogurt rendah lemak. Begitulah mungkin rutin makan minum aku kerana nak turunkan kolesterol!

Stock! Nak diet kenelah simpan stock bahan mentah seperti fruit & nut muesli, fresh yogurt, fresh milk, pasta, telur omega, instant oatmeal, tepung gandum, ruti whole grain gardenia, biskut, tuna, sardine, sausage. Termasuk gak buah-buahan seperti kurma, pisang, epal merah, lettuce, timun, tomato dan minyak zaitun.

Senaman!  Jangan pulak tak senaman Sis! Mulakan hari anda dengan sarapan, lepas tu ge taman dan regangkan otot-otot. Badan udah sedikit panas barulah berjalan selama 45 minit dan sentiasa senyum bila berselisih dengan jiran yang sama-sama buat senaman!


Nota Kaki
: Jika anda sedang berdiet cara Mj, makanlah makanan seimbang iaitu amalkan  makan sayur-sayuran hijau dan banyakan makan buah-buahan. Tapi jika sudah mengidap penyakit, kenelah kurangkan makan sayuran hijau pasal sayuran hijau banyak potassium. Kata doktor pakar - bukan aku yang kata Sis!

 



 

08 October 2013

KONGSI GELAP & PINTU SEMPADAN



Assalamualaikum!
Kepada kengkawan diluar sana yang sedang membaca entri ne, aku doakan semuga anda semua dalam keadaan  sihat, senyum selalu sambil menikmati kehidupan harian anda seperti menikmati ice cream!

Kongsi Gelap! Entri ne kira sambungan kepada cerita pendek yang sebelum ne aku udah story pada bulan August 2013 bertajuk 1-Skuad Bukit Aman & Waythamoorthy, 2-Ops Cantas Khas, 3-Gunmen, Namawee & The New Village dan ke-4 entri Chetz, Bang! Bang! Bang!


                  KONGSI GELAP!

Sejarah
kewujudan kongsi gelap di Tanah Melayu udah aku story sebelum ne di mana budaya jenayah terancang ini telah dibawa masuk oleh orang Cina yang datang untuk menjalankan kerja-kerja perlombongan bijih timah. Pada zaman tu hanya ada dua kumpulan kongsi gelap Cina iaitu kumpulan Hai San dan Ghee Hin.                 
                  SAMSENG CINA!

Sekitar 1970-an! Ikut cerita dari mulut ke mulut, samseng Cina yang terkenal ketika itu ialah Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin yang selalu buat kecok dan sering melakukan rompakan ala-ala 'Robin Hood' gitu! Tiga perkataan 'Bo-Tak-chin' adalah bermaksud 'Cina Tala Kelja'.

Rekod Botak Chin yang di kira kejam ialah cuba membunuh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ketika itu, Deputi Superintendan, S Kulasingam di lampu isyarat Jalan Devis-Jalan Pekeliling pada 22 November 1975.

Pada 16 February 1976, Botak Chin bersama anak-anak buahnya ditangkap polis dalam satu serbuan kat sebuah kilang papan di Jalan Ipoh. Botak Chin didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki senjata api, peluru dan bom tangan di Makamah Tinggi Kuala Lumpur dan kemudiannya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada pukul 3 pagi, 11 jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.
                 
                  SAMSENG INDIA!


Pada sekitar tahun 1990-an pulak, seorang penjenayah dari kaum India dikehendaki polis kerana terlibat dengan 16 pembunuhan yang dilakukannya tanpa sebarang sebab yang boleh di kira masuk akal.

Ketua Kongsi Gelap 04
tersebut bernama P Kalimuthu (Bentong Kali), 32 tahun berasal adari Bentong, Pahang pernah membunuh seorang penjual ruti canai berusia 24 tahun di Taman Tanming Jaya, Kuala Lumpur hanya kerana menegur sikap kurang ajar si Kalimuthu itu
yang kencing berhampiran rumah mangsa.

Akhirnya! Polis telah melancarkan
  Ops Buncit pada Jun 1993 bagi menjejakinya menerusi kelongsong peluru sembilan milimeter daripada pistol Sig Sauer buatan Jerman yang dijumpai dalam kebanyakan kes pembunuhannya. Pada 29 Jun 1993, Bentong Kali dan dua penggikutnya ditembak mati dalam satu serbuan polis disebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 06.30 pagi.

                  SAMSENG MELAYU!

Kaum Melayu pong tak mahu ketinggalan gak dalam cerita-cerita kongsi gelap ne. Salah seorang samseng Melayu yang dikira 'top ten' ialah Ahmad Mohd Arshad @Mat Komando berumur 37 tahun, ketua kongsi gelap Kumpulan 13 yang pernah melakukan lebih 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta.

Mat Komando yang berasal dari Kampung Selengkoh Yan, Kedah adalah kumpulan penjenayah yang cukup berani merompak tanpa memakai topeng dengan menjadikan cawangan bank terpencil, pemborong kelapa sawit, pengurup wang dan kedai pajak gadai sebagai sasaran.


Dia didakwa mempunyai ilmu batin sehingga membolehkannya beberapa kali melepaskan diri daripada kepungan polis. Ketika diburu Mat Komando sering menukar penampilannya termasuk berjanggut dan berjambang ala-Taliban. Dia mati ditembak dalam Ops Api Sawit 2 di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah pada pukul 06.30 pagi, 12 September 2002.

                  PINTU SEMPADAN!


Akibat kelalaian, cuai atau mungkin juga telah 'termakan budi' maka pelbagai agensi penguatkuasa yang ditempatkan di pintu-pintu sempadan sudah tidak berkuasa lagi menahan kebanjiran pendatang asing tanpa izin, penyeludupan senjata api dan dadah.

Op Cantas!
Sekiranya dibiarkan makin hari makin bertunas dan tunas-tunas ini akan membiak dan membesar. Tu pasal PDRM buat Op Cantas bagi memerangi jenayah berat bagi menjamin keamanan dan kestabilan dalam negara. Op Cantas Khas bukan sahaja bertujuan mencantas dan menurunkan kadar jenayah tetapi kalau boleh menghapuskan terus kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang sedang menggangu-gugat keselamatan orang ramai.

Pintu Sempadan! Jika PDRM buat Op Cantas dalam negara, bagaimana pula pihak berkuasa (pelbagai agensi) yang ditempatkan di pintu-pintu sempadan menjalankan tugas? Kelonggaran  kawalan di pintu sempadan menyebabkan penyeludupan berlaku terlau mudah, malah sangat mudah. Hanya kelip mata atau buat-buat tak nampak, maka lepaslah kereta-kereta yang membawa bahan api keluar dari sempadan kita.

Bila kereta-kereta tersebut masuk semula, mungkin mereka membawa masuk sekali dadah atau senjata api. Bila ada segelintir pengutkuasa udah dikuasai oleh penyeludup, maka tidak hairanlah  makin banyak dadah dan senjata api ditemui ketika PDRM melakukan operasi cantas khas.

Pihak yang berwajib perlulah juga melakukan Op Cantas ke atas penjawat awam yang didapati cuai, rasuah atau turut bersubahat melindungi penyeludup. Sebagai langkah memerangi salah laku penguatkusa, agen-agen rasuh hendaklah ditempatkan sekali di pintu-pintu masuk sempadan. Pegawai atau pengutkuasa yang jujur boleh juga dijadikan agen pemberi maklumat dan mereka ini perlulah dilundingi.


Nota Kaki : Bukan semua pengutkuasa boleh mengamalkan prinsip intergriti dan bertugas secara jujur dan amanah. Bila disogokan sedikit wang sebagai sagu hati maka cairlah mereka, itu belum lagi jika mereka mendapat habuan ribuan ringgit setiap bulan. Kalau diarah tukar ke tempat lain, mati-mati diorang tak mau pasal tak mas'yuk! - Walahhu'aklam dan harap kita berjumpa lagi dengan izin Allah SWT!




 

06 October 2013

PAGI JOGGING PETANG KAYUH


As Salam! Pagi Sabtu temankan isteri berjogging, makan tengahari di Majlis Perkahwinan Hasrin & Mariani yang diadakan kat Kg Puah, Jalan Gombak. Petang  Ahad pulak, berkayuh dengan Mahfol di Taman Tasik Metro, Kepong.

Petang Ahad! Lepas Asar 
aku mula berkayuh melalui laluan yang sama iaitu ikut short cut kawasan perumahan Laman Rimbunan dan masuk ke Taman Tasik Metro melalui pintu belakang. Berhenti di padang bola, sandar basikal kat pokok dan lepak kat tepi padang di bawah pohun rendang sambil tenguk bebudak main bola sepak.

Bola Sepak! Nak gak cakap sikit pasal keputusan separuh akhir Piala Malaysia, dimana pasukan Kelantan udah dapat melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Johor Darul Takzim (Johor DT) secara agregat, 8-5. Begitu gak dengan pasukan Sarawak yang telah menumpaskan Sime Darby dengan keputusan 3-1.


Bagi akulah,
kalau boleh tahun ne pertandingan akhir nak rebut Piala Malaysia biarlah  antara Kelantan dengan Sarawak. Barulah dinamakan 'buku bertemu ruas' pasal
kedua-dua pasukan ne aku tenguk bukan main  garang lagi bila kat padang, tu belum lagi suasana riuh rendah dan haru-biru dari kedua-dua penyokong. 

Aku masih di tepi padang!
Lebih kurang kul 0540 petang, Si Mahfol pong tiba dari Sungai Tua dan katanya petang ne kayuhannya sedikit berat kerana disebabkan cuaca panas dan terpaksa melawan angin. Kami terus berbual pasal Liga Bola Sepak Inggeris dimana pasukan ternama macam Manchester United (MU) boleh jatuh teruk sejak dibimbing oleh pengurus baharu, David Moyes.

Seperti kata Mahfol, Sepatunya MU terus mempertahankan tradisi sebagai juara, malangnya udah enam perlawanan MU hanya menang dua kali sahaja. Jika keputusan seterusnya tidak berpihak kepada MU, pastinya ramai penyokong akan resah gelisah dan sakit hati dengan David Moyes. Sambung Mahfol lagi, mungkin sudah tiba masanya MU kene menghadapi kenyataan bahawa ada lagi pasukan yang lebih kuat dari mereka.

Aku
melihat langit biru berarak dan sinar matahari petang mula beransur-ansur hilang. Mahfol terus pot-pet pasal Amerika Syarikat (AS) yang sedang menghadapi krisis politik. Pasal politik tidak sehaluan menyebabkan kerajaan AS lumpuh sejak selasa lalu dan jika beterusan boleh menyebabkan ekonomi dunia berada dalam bahaya.

Jika AS yang selama ini dikatakan negara kuasa ekonomi dunia udah lumpuh, boleh caya ke Bro! Entah-entah diorang buat sandiwara aja tak. Mereka iaitu AS bersama Yahudi-Zionis pasti sudah merancang lama untuk menjejaskan pasaran kewangan dunia, terutama kepada negara-negara Islam yang banyak berhutang, ujar si Mahfol. Wallahu'alam! 

Langit
mula gelap, matahari entah kat mana dan pengunjung mula beransur-ansur keluar dari kawasan tasik. Kami berdua turut serta bergerak dicelah-celah orang ramai, kayuh keluar dari Taman Tasik Metro. - Panjang umur kita ketemu lagi!