Assalamualaikum! Kepada kengkawan diluar sana yang sedang membaca entri ne, aku doakan semuga anda semua dalam keadaan sihat, senyum selalu sambil menikmati kehidupan harian anda seperti menikmati ice cream!
Kongsi Gelap! Entri ne kira sambungan kepada cerita pendek yang sebelum ne aku udah story pada bulan August 2013 bertajuk 1-Skuad Bukit Aman & Waythamoorthy, 2-Ops Cantas Khas, 3-Gunmen, Namawee & The New Village dan ke-4 entri Chetz, Bang! Bang! Bang!
KONGSI GELAP!
Sejarah kewujudan kongsi gelap di Tanah Melayu udah aku story sebelum ne di mana budaya jenayah terancang ini telah dibawa masuk oleh orang Cina yang datang untuk menjalankan kerja-kerja perlombongan bijih timah. Pada zaman tu hanya ada dua kumpulan kongsi gelap Cina iaitu kumpulan Hai San dan Ghee Hin. SAMSENG CINA!
Sekitar 1970-an! Ikut cerita dari mulut ke mulut, samseng Cina yang terkenal ketika itu ialah Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin yang selalu buat kecok dan sering melakukan rompakan ala-ala 'Robin Hood' gitu! Tiga perkataan 'Bo-Tak-chin' adalah bermaksud 'Cina Tala Kelja'.
Rekod Botak Chin yang di kira kejam ialah cuba membunuh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ketika itu, Deputi Superintendan, S Kulasingam di lampu isyarat Jalan Devis-Jalan Pekeliling pada 22 November 1975.
Pada 16 February 1976, Botak Chin bersama anak-anak buahnya ditangkap polis dalam satu serbuan kat sebuah kilang papan di Jalan Ipoh. Botak Chin didakwa atas tiga pertuduhan iaitu memiliki senjata api, peluru dan bom tangan di Makamah Tinggi Kuala Lumpur dan kemudiannya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada pukul 3 pagi, 11 jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. SAMSENG INDIA!
Pada sekitar tahun 1990-an pulak, seorang penjenayah dari kaum India dikehendaki polis kerana terlibat dengan 16 pembunuhan yang dilakukannya tanpa sebarang sebab yang boleh di kira masuk akal.
Ketua Kongsi Gelap 04 tersebut bernama P Kalimuthu (Bentong Kali), 32 tahun berasal adari Bentong, Pahang pernah membunuh seorang penjual ruti canai berusia 24 tahun di Taman Tanming Jaya, Kuala Lumpur hanya kerana menegur sikap kurang ajar si Kalimuthu itu yang kencing berhampiran rumah mangsa.
Akhirnya! Polis telah melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 bagi menjejakinya menerusi kelongsong peluru sembilan milimeter daripada pistol Sig Sauer buatan Jerman yang dijumpai dalam kebanyakan kes pembunuhannya. Pada 29 Jun 1993, Bentong Kali dan dua penggikutnya ditembak mati dalam satu serbuan polis disebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 06.30 pagi.
SAMSENG MELAYU!
Kaum Melayu pong tak mahu ketinggalan gak dalam cerita-cerita kongsi gelap ne. Salah seorang samseng Melayu yang dikira 'top ten' ialah Ahmad Mohd Arshad @Mat Komando berumur 37 tahun, ketua kongsi gelap Kumpulan 13 yang pernah melakukan lebih 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta.
Mat Komando yang berasal dari Kampung Selengkoh Yan, Kedah adalah kumpulan penjenayah yang cukup berani merompak tanpa memakai topeng dengan menjadikan cawangan bank terpencil, pemborong kelapa sawit, pengurup wang dan kedai pajak gadai sebagai sasaran.
Dia didakwa mempunyai ilmu batin sehingga membolehkannya beberapa kali melepaskan diri daripada kepungan polis. Ketika diburu Mat Komando sering menukar penampilannya termasuk berjanggut dan berjambang ala-Taliban. Dia mati ditembak dalam Ops Api Sawit 2 di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah pada pukul 06.30 pagi, 12 September 2002.
PINTU SEMPADAN!
Akibat kelalaian, cuai atau mungkin juga telah 'termakan budi' maka pelbagai agensi penguatkuasa yang ditempatkan di pintu-pintu sempadan sudah tidak berkuasa lagi menahan kebanjiran pendatang asing tanpa izin, penyeludupan senjata api dan dadah.
Op Cantas! Sekiranya dibiarkan makin hari makin bertunas dan tunas-tunas ini akan membiak dan membesar. Tu pasal PDRM buat Op Cantas bagi memerangi jenayah berat bagi menjamin keamanan dan kestabilan dalam negara. Op Cantas Khas bukan sahaja bertujuan mencantas dan menurunkan kadar jenayah tetapi kalau boleh menghapuskan terus kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang sedang menggangu-gugat keselamatan orang ramai.
Pintu Sempadan! Jika PDRM buat Op Cantas dalam negara, bagaimana pula pihak berkuasa (pelbagai agensi) yang ditempatkan di pintu-pintu sempadan menjalankan tugas? Kelonggaran kawalan di pintu sempadan menyebabkan penyeludupan berlaku terlau mudah, malah sangat mudah. Hanya kelip mata atau buat-buat tak nampak, maka lepaslah kereta-kereta yang membawa bahan api keluar dari sempadan kita.
Bila kereta-kereta tersebut masuk semula, mungkin mereka membawa masuk sekali dadah atau senjata api. Bila ada segelintir pengutkuasa udah dikuasai oleh penyeludup, maka tidak hairanlah makin banyak dadah dan senjata api ditemui ketika PDRM melakukan operasi cantas khas.
Pihak yang berwajib perlulah juga melakukan Op Cantas ke atas penjawat awam yang didapati cuai, rasuah atau turut bersubahat melindungi penyeludup. Sebagai langkah memerangi salah laku penguatkusa, agen-agen rasuh hendaklah ditempatkan sekali di pintu-pintu masuk sempadan. Pegawai atau pengutkuasa yang jujur boleh juga dijadikan agen pemberi maklumat dan mereka ini perlulah dilundingi.
Nota Kaki : Bukan semua pengutkuasa boleh mengamalkan prinsip intergriti dan bertugas secara jujur dan amanah. Bila disogokan sedikit wang sebagai sagu hati maka cairlah mereka, itu belum lagi jika mereka mendapat habuan ribuan ringgit setiap bulan. Kalau diarah tukar ke tempat lain, mati-mati diorang tak mau pasal tak mas'yuk! - Walahhu'aklam dan harap kita berjumpa lagi dengan izin Allah SWT!
|
No comments:
Post a Comment