15 October 2013

DIA MERAGUT LAGI!


09 Zulhijjah!
Aku baru selesai sembahyang sunat Aidiladha dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan. Selepas sembahyang, ada acara penyembelihan haiwan korban, yang sebenarnya simbolik bagi kepatuhan seorang mukmin kepada tuhannya. Ibadah korban mengingatkan kita kepada kepatuhan Nabi Ibrahim yang bersedia menyembelih Ismail anak kandungnya sendiri kerana memenuhi perintah Allah SWT.

Dataran Merdeka!
Jam 1200 tenghari, kami berdua gerak arah Dataran Merdeka di mana keluarga Alias dari Ampang, mahu bertemu kami disini kerana ingin ikut sama ziarah kaum keluarga yang tinggal di Taman Manja, Petaling Jaya.

Redup! Tiada cahaya matahari ketika kami berhenti dihadapan gereja berhampiran Dataran Merdeka. Sementara isteri aku call Abang Alias, aku keluar dari kereta. Kelihatan ada dua lelaki sedang duduk di bus stop berhampiran pejabat bergerak DBKL.

Berhampiran air pancut pula ada beberapa pelancung dan mungkin juga orang tempatan  sedang berehat. Disimpang tiga, jalan masuk ke gereja, ada empat orang pelancung dari negara China, yang salah seorang sedang merakam gambar Bangunan Sultan Abdul Samad.

Seorang pemuda Melayu, menunggang motosikal cupcai, bertopi keledar, berhenti dihadapan pelancung tersebut. Pelancung lelaki tersebut masih lagi matanya menatap lenca kamera, merakam keindahan sekitar Dataran Merdeka.

Pemuda Melayu itu tiba-tiba menarik tali kamera dengan kuat dan dengan pantas meninggalkan empat orang pelancung China tersebut. Pelancung lelaki yang tadinya memegang kamera terkejut, terpinga-pinga dan menjerit "Woi" dan pemuda Melayu itu sudah hilang dari pandangan.

Terkebil-kebil mata lelaki Cina itu, mungkin marah, mungkin sedih kerana kehilanggan kamera yang banyak menyimpan memori ketika datang melancung ke Malaysia. Pelacung empat orang itu termasuk seorang wanita, berjalan menuju kumpulan mereka dihadapan bus.

Aku berpatah balik menuju ke kereta kerana isteri aku melambai tangan tanda keluarga Alias sudah sampai. Kereta bergerak meninggalkan Dataran Merdeka melalui stesen KTM diikuti rapat kereta Abang Alias. Aku beritahu kejadian ragut tadi kepada isteri aku. Hairan dan rasa tidak percaya isteri aku akan kejadian tersebut boleh berlaku di Dataran Merdeka.

Tewas! Pemuda Melayu itu mungkin salah seorang yang tewas untuk meneruskan hidup di kota besar ini. Yalah! Apa sangat yang hendak diharap kalau setakat ada SPM. Kerja sebagi penghatar cepat bolehlah, tapi gaji pulak ciput. Keluarga di kampung pulak mengharap sangat bantuan, ayah hanya penoreh getah, adik-adik masih bersekolah. Kalau pemuda itu kantoi alasannya kerana meragut tentulah nak tolong keluarga di kampung kononnya!

Cuti Seminggu! Pemuda Melayu itu sedang senyum puas apabila dapat meragut sebuah kamera yang mungkin berharga ribuan ringgit. Sedang berfikir hendak menjual kamera ini pada pembeli biasa atau jual terus kat kedai barang terpakai seperti cash converters di Shah Alam atau di Ampang Point.

Jika kamera curi itu terjual nanti, sudah difikirkannya kemana mahu dibelanjakannya. Perkara utamanya ialah membeli dadah, menginap di hotel murah beberapa hari bersama rakan, kemudian minggu depan meragut lagi. Itulah agaknya rutin kehidupan seorang pemuda yang tewas! 



No comments:

Post a Comment