12 October 2013

MAJLIS RESEPSI NADIA & NAZRAIN


Selesai solat Subuh, aku duduk di kerusi goyang  sambil menyelak akbar Kosmo semalam. Masih ada lagi beberapa halaman yang aku belum sempat membacanya, terutama kisah Sharifah Amani perang Twitter dengan Syamsul Yusof, gara-gara tidak puas hati Amani terhadap sistem pengkategorian filem lakonannya Psiko Pencuri Hati oleh LPF yang mendapat klasifikasi PG18 berbanding filem KL Gangster 2, yang mendapat klasifikasi PG13.

Mesin
basuh yang terletak dibilik yard baru sahaja berhenti berbunyi selepas berhempas pulas membilas, memusing dan memintal (spin) agar pakaian didalam mesin tersebut  kering  tapi takleh gak kering. Isteri aku mengutip kain-kain yang masih basah, menyedainya dan mengharap sangat tugas mengeringkan pakaian  dapat dilakukan oleh sang matahari.  

Jam
0700 pagi kami keluar rumah menuju pusat zakat (PPZ) yang terletak di Kg Baru, Kelompo. Pagi Sabtu, jalan raya tidaklah sibuk sangat dan kami tiba awal disekitar puzat zakat sedangkan pejabat bukak kul 0830 pagi. Letak kereta lepas tu kami jenguk-jenguk menu sarapan pagi yang di-jual disepanjang jalan berhampiran pusat zakat.

Hampir
semua gerai di sini menjual menu yang sama iaitu nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, meehoon goreng dan soto. Kami berdua masih dalam pantang makan-makanan berminyak, kira sedang berdeitlah konon! Memandangkan pejabat zakat belum bukak, ada baiknya pekena dulu Teh O panas bersama Nasi Lemak!

Alhamdulliah!
Urusan dikauter zakat sudah selesai dan isteri aku ajak pulak pergi ke pasar Chow Kit yang tidak berapa jauh dari PZZ kerana hendak membeli buah. Aku tidaklah setuju sangat kalau hanya sekadar hendak membeli buah dan bersesak-sesak dengan orang ramai di pagi Sabtu!

Masa Berlalu! Jam 1205 tengahari, cuaca diluar redup dan kami sudah siap sedia untuk hadir pada Majlis Resepsi pasangan Nadia & Nazrain, anak kepada Puan Hajjah Hadiah Binti Hanan, yang diadakan di Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Jalan Medang Tanduk, Bangsar-Kelompo!

Setibanya
di pintu masuk dewan, kami berdua disambut oleh ahli keluarga Puan Hajjah Hadiah dengan senyum mesra. Ramai tetamu sedang menjamu selera dan di atas pelamin pula kelihatan sekumpulan juru gambar sedang merakam detik-detik manis pasangan pengantin sedang bersanding!

Makan
tetap makan Bro! Tapi kali nie aku makan lebih berhati-hati dan hanya sekadar makan untuk hidup bukan lagi macam dolu-dolu, bila makan sampai lupa diri. Lepas makan nasi, aku pekena pulak dua ketul kueh dan secawan kopi O sambil mendengar muzik keroncong.

Pekena
kopi O, jumpa keluarga En Moktar dan Puan Siti (rakan isteri aku) lepas itu keluar bersalaman dengan tuan rumah. Ketika aku melangkah keluar, bertemu pulak dengan si Fauzi @Ariff anak kepada Allahyarham Dato Hj Ahmad Razali, bekas Menteri Besar Selangor. Berbual dan bertanya khabar dan si Fauzi bersama anak lelakinya masuk ke dalam dewan, aku bersama isteri gerak tinggalkan Dewan Komuniti Bukit Bandaraya.

Terima
Kasih! diucapkan kepada Puan Hajjah Hadiah sekelurga kerana menjemput kami ke Majlis Resepsi Nadia dan Nazrain dengan iringan doa restu, semuga rumah tangga kedua mempelai ini bahagia hingga ke akhir hayat. Murahkanlah rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka dan kurniakanlah mereka kesenangan serta kebahagian di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabil Alamin!










No comments:

Post a Comment