As Salam! Aku susah hati gak kalau dengar khabar ada rakan aku yang sedang mengidap penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi atau gout. Dolu, ada sorang rakan aku yang tiba-tiba kene sakit teruk, bila mulutnya senget dan tak boleh bertutur dengan baik, pulak tu tangan kirinya tidak boleh digerakan. Alhamdulliah! Sekarang rakan aku tu udah beransur pulih dengan mengamalkan makanan seimbang, menjaga paras kolesterol dan mengawal masalah buah pinggang.
Buah Pinggang! Pesakit kencing manis juga selalunya menghadapi masalah buah pinggang. Penyakit ne dikira penyakit dalam diam kerana tiada tanda mahupong gejala yang berlaku. Selalunya, diperingkat awal kita jarang dapat mengesan melainkan telah menjalani ujian darah, ujian imbasan ultrasound, ujian saringan atau ujian air kencing.
Kencing Manis! Ikut kata pakar, menerusi kajian yang dilakukan mereka yang pakar iaitu punca utama kegagalan buah pinggang adalah daripada masalah kencing manis. Malah dari statisik di seluruh pusat dialisis di Malaysia mendapati lebih 50 peratus pesakit kencing manis akan menghidap kegagalan buah pinggang.
Kata Dr Soehardy Zainudin, pakar perunding Nephrologis memberitahu iaitu ramai yang memilih cara diet yang salah sehingga membebankan fungsi buah pinggang. Amalan diet protein sebenarnya boleh memperceptkan lagi kerosakan buah pinggang. Biasanya, mereka yang mengalami masalah buah pinggang memiliki paras urea dan creatinine ini merupakan bahan toksin dalam badan yang terhasil daripada pencemaran enzim dan makanan yang kita makan. Ia akan berkumpul di dalam badan. Fungsi buah pinggang pula adalah untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin ini keluar melalui air kencing.
Diet! Jelaslah, kalau kita dok sibuk dengan mengamalkan diet dengan mengabaikan makanan tinggi protein, boleh mempercepatkan masalah buah pinggang. So, apa kata kalau kengkawan kat luar sana ikut diet cara aku. Mula-mula jom kita berkenalan dengan si Nutrien!
Nutrien! Ia adalah bahan kimia yang terdapat dalam semua bahan makanan yang berfungsi untuk memelihara kesihatan. Terdapat lima nutrien utama dalam makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. *Nutrien dicerna dan diproses melalui tindak balas kimia dipanggil metabolisme.
Protein! Makanan pembina tubuh ini boleh didapati pada daging, ikan, kerang, udang, kacang, tauhu, tempe, susu dan keju. Ia membina sel tubuh bagi tumbesaran, mengganti sel mati, nitrogen yang berlebihan akan ditukar kepada urea dan dikeluarkan melalui air kencing. Andainya kurang protein pula akan menyebabkan tumbesaran terganggu, luka dan kecederaan lambat sembuh, badan lemah dan mudah diserang penyakit. Kesihatan akan terganggu kerana ketiadaan imbangan cecair dan tisu tubuh. Kekurangan protein yang berterusan akan mendapat penyakit Kwashiorkor.
Karbohidrat! Jenis makanan pemberi tenaga boleh didapati pada beras, tepung gandum, kek, biskut, kuih muih, aiskrim, kentang, keladi, jagong dan ruti sebagai contoh. Kesan daripada pengambilan karbohidrat berlebihan akan menjadikan berat badan lebih muatan (kira udah gemuklah Sis), akan bertukar menjadi lemak dan disimpan dibawah kulit dan boleh gak ditukarkan kepada glikogen dan disimpan di dalam hati.
Lemak! Ia mengandungi unsur karbon(C), hidrogen(H) dan oksigen(O). Berfungsi sebagai pembekal haba dan tenaga kepada badan. Unit asas bagi lemak adalah asid lemak dan gliserol. Lemak boleh terdapat dalam bentuk asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu. Sumber asid lemak tidak tepu ialah dari tumbuhan seperti minyak zaiton, minyak sayuran dan minyak kacang tanah.
Vitamin! Makanan pelindung dan mencegah penyakit melalui nutrien vitamin, garam mineral dan selulosa serta air. Sumber vitamin boleh terdapat pada minyak ikan, hati, kuning telur, mentega , keju, buah betik, labu, tomato, lobak merah dan bayam.
Garam Mineral! Ia diperlukan gak tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Sumber garam mineral ini boleh didapati dari susu, keju, ikan bilis, kuning telur, sardin, bijirin, kekacang dan sayuran hijau. Kesan kepada kekurangan garam galian adalah pembentukan gigi dan tulang akan tergaggu. Boleh mengidap penyakit osteomalasia pada orang dewasa, tubuhbesaran kanak-kanak terganggu dan otot serta saraf tidak berfungsi dengan baik.
Senang Cerite! Sebagai contoh, sarapan pagi semalam aku makan sebiji pisang montel dan dua keping lemping yang udah dicampur dengan Instant Oatmeal yang katanya oat ne boleh membantu kurangkan kolesterol. Aku makan lemping dengan dua ketul sardin dan segelas teh tanpa susu.
Tengahari pulak makan sepinggan nasi putih yang juga udah dicampur sedikit oatmel, bersama seketul ikan keli bakar, lawan dengan air asam, sedikit timun dan secawan air masak. Minum petang! Aku minum teh tanpa susu dan beberapa keping biskut dari jenama Tiger. Malam hari, aku makan salad campur buah dalam tin (mixed fruits) yang digaul dengan fresh yogurt rendah lemak. Begitulah mungkin rutin makan minum aku kerana nak turunkan kolesterol!
Stock! Nak diet kenelah simpan stock bahan mentah seperti fruit & nut muesli, fresh yogurt, fresh milk, pasta, telur omega, instant oatmeal, tepung gandum, ruti whole grain gardenia, biskut, tuna, sardine, sausage. Termasuk gak buah-buahan seperti kurma, pisang, epal merah, lettuce, timun, tomato dan minyak zaitun.
Senaman! Jangan pulak tak senaman Sis! Mulakan hari anda dengan sarapan, lepas tu ge taman dan regangkan otot-otot. Badan udah sedikit panas barulah berjalan selama 45 minit dan sentiasa senyum bila berselisih dengan jiran yang sama-sama buat senaman!
Nota Kaki : Jika anda sedang berdiet cara Mj, makanlah makanan seimbang iaitu amalkan makan sayur-sayuran hijau dan banyakan makan buah-buahan. Tapi jika sudah mengidap penyakit, kenelah kurangkan makan sayuran hijau pasal sayuran hijau banyak potassium. Kata doktor pakar - bukan aku yang kata Sis!
|
No comments:
Post a Comment