29 December 2009

BROWNIES DAN QUICHE AYAM



FUDGE BROWNIES

Bahan-bahanya :
Butter - 200gm
Telur - 4 biji
Gula - 250gm
Tepung - 100gm
Chocolate - 100gm
Baking powdwr - 3gm
Walnut - 100gm

Caranya :
1. Blend telur dgn gula
2. Masukan tepung dan baking powder/blend
3. Masukan butter dan chocolate yg sudah dicairkan
4. Tuang bahan 1, 2 dan 3 ke dalam bekas acuan
5. Akhir sekali masukan walnut
5. Bakar dalam oven - 160f - selama 45 minit.
6. Satelah masak sapu bhg permukaan dgn Choc. Fudge.



Kakibakar : 30 Dis 2009





QUICHE AYAM


PASTRY UNTUK QUICHE
(Short-cut Pastry

Bahan-bahanya:

Butter - 227gm
Tepung - 500gm
Garam - 5 gm
Ice water - 75 ml


INTI OUICHE/Quiche Filling

Telur - 3 biji
Susu segar - 200ml
Whipping cream- 200ml
Serbuk lada putih 2gm
Garam -2gm
Serbuk perasa -2gm
Rebusan ayam - 200gm/potong dadu
Bawang besar - 60 gm/hiris
Chedder Cheese - 150gm/parut


Caranya :
1-Pastry -300 gm/diuli & sejukan dlm chiller
2-Telur,susu segar, whipping cream,lada putih & garam
kacau bahan tersebut dan asingkan sebanyak 500ml
3-Ambil saketul pastry dlm chiller(300gm) dan lenyek
saperti buat capati, sabesar acuan.
4. Letakan sedikit butter dlm acuan dan letakan tapak pastry/pastry base
5. Tuangkan bahan no.2 sebanyak 500ml ke dlm tapak pastry dan
masukan potongan ayam 200gm, bawang 60gm, cheese 150gm,
sebuk perasa 3gm.
6. Bakar dalam oven(oven telah dipanaskan) 170f - 45 minit.
7. Untuk memastikan quiche masak, cucuk dgn lidi dibahagian tengah.

Note : Bunyi sebutan Quiche : KHISS


Kakibakar : 30 Dis 2009

28 December 2009

GAYA HIDUP POSITIF


DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Sekiranya anda tidur antara jam 10.00 malam dan bangun jam 06.00 pagi, pastikan tidur anda adalah sama setiap hari. Sekiranya anda tidak mampu menepati masa, sekurang-kurangnya anda mendapat tidur yang cukup iaitu selam tujuh hingga lapan jam sehari. Mempelbagaikan jadual tidur anda bukan sahaja melemahkan badan malah menyebabkan anda tidak dapat berfikir dengan stabil.

Sebaliknya pula dengan memanjangkan masa tidur anda dihujung minggu sebagai gantian terhadap kurangnya waktu tidur di hari-hari bekerja tidak akan membantu malah ia membebankan lagi diri anda kerana jadual anda hanya dipenuhi dengan waktu tidur dan bukannya aktiviti yang bermanfaat. Tindakan ini merugikan kerana anda boleh membereskan beberapa tugasan lain yg. menjadi keperluan buat keluarga tercinta kerana masa bersama dengan anda juga diperlukan.


* Diambil dari buku Motivasi Kerja

Kakiconteng : Sekiranya lu orang keje 3 shift, jadual tidur tak sama. Kalau kene keje overnight shif dari jam 2300 mlm hingga 0700 pagi - baru lu orang tau.... balik rumah tido jam 0800 pagi, bangun jam 1400 ptg nanti tido lagi...... pasal ngatok sangat !!! Tido siang tak samalah dengan tido malam - rasa tak puas!






26 December 2009

WARISAN | MASYARAKAT PINCANG




1- LAGU WARISAN
ANAK KECIL MAIN API, TERBAKAR HATINYA YANG SEPI
AIRMATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT, BUMI DIPIJAK, MILIK ORANG
NENEK MOYANG KAYA RAYA, TERGADAI SELURUH HARTA BENDA
AKIBAT SENGKETA SESAMALAH KITA, KITA LENYAP DIARUS ZAMAN


Chrs:
INDAHNYA BUMI KITA INI, WARISAN BERKURUN LAMANYA
HASIL MENGALIR KETANGAN YANG LAIN, PERIBUMI MERINTIH SENDIRI

MASA DEPAN SUNGGUH GELAP, KAN HILANG PERISTIWA SEMALAM
TERTUTUP HATI TERKUNCI MATI, MARUAH PERIBADI DAH HILANG

Chrs:KINI KITA CUMA TINGGAL KUASA, YANG AKAN MENENTUKAN BANGSA
BERSATULAH HATI BERSAMA BERBAKTI, PULIH KEMBALI HARGA DIRI

KINI SUDAH TIADA MASA, BANGUNLAH DENGAN MAHA PERKASA
JANGANLAH LALAI TERUSKAN USAHA,
MELAYU KAN GAGAH DINUSANTARA
* Ulang rangkap kelima






2- MASYARAKAT PINCANG


Ingat lagi tak lagu Warisan! Senikata yang sedikit rasa pilu. Masa di kolej [masatu muka masih berjerawat gitu!] ada student yang nangis ketika  menyanyi. Sedih sangat agaknya memikirkan bangsa Melayu yang masih jauh ketinggalan walaupun lahir dan menetap di negara sendiri.  Lagu Warisan biasanya di nyanyikan ketika  minggu suaikenal kat kolej atau Universiti. Sayangnya bila dah kojer segelintir orang kita lupa liriknya sehinggakan lupa diri barangkali. Lalu di-penghujung skrip kehidupan, kita akan menyesal tak sudah!

Yalah!
Bila dah lama kojer tentu naik pangkat sebagai ketua jabatan contohnya. Ada kuasa Beb! Apa lagi, kuasa itulah yang sering dibisikan oleh musuh lalu dipergunakan seratus persen dengan memenuhkan poket sendiri.

"Salahkah kita menolong orang dan orang tu pulak bagi sedikit habuan sebagai sagu hati".

Rasuah!
Itu hanya istilah. Kalau salah pun hanya dari segi undang-undang. Selagi tak kena tangkap kira tak salahkan!


Anak bangsa kita yang papa kedana di- lupakan. Penuhkan dahulu poket sendiri. Wang dah bertimbun, boleh beli beg tangan, kasut dan jam tangan berjenama, kereta besar dan rumah besar. Untuk menutup mata masyarakat, derma sikit kat persatuan atau pertubuhan. Itu pun dengan niat untuk dapatkan gelaran.

Rancangan seterusnya, dapatkan kuasa. Kalau setakat banyak wang tanpa kuasa masih lagi tak hebat di-mata masyarakat. Mula-mula rebut kuasa dalam Ngo, lepastu persatuan itu-ini dan akhir sekali berebut jawatan dalam cawangan parti. Bila dah jadi ketua cawangan, mulalah berangan nak jadi ketua bahagian. Dari ketua bahagian, melobi pulak dengan meminta cawangan-cawangan mencalonkan untuk bertanding. Manalah tau kan, nanti boleh jadi wakil rakyat.

Kalau parti tak layan, gertak sikit. Kononnya nak keluar partilah. Kalau gertak pun tak makan, kenalah buat parti sendiri. Macam parti cap ayam gitu! Teringat cerita Pak Kadok 'Menang sorak tetapi kampung tetap tergadai', Orang Melayu memang gitu agaknya, suka sangat  bergadai. Mula-mula gadai emas, intan berlian, itu pun kalau ada. Lepastu gadai tanah. Bila tanah dah tergadai, maka tergadailah harga diri.


Nota Lutut : Bangsa Melayu kini hanya mendapat sedikit  tinggalan warisan dari nenek moyang kita iaitu Bahasa Melayu [jawi] Jalan Melayu, Baju Melayu dan nama yang masih terpahat di dinding gerabak Keretapi Tanah Melayu[KTM]. - Wallahuaklam!













25 December 2009

CARILAH TEMAN BARU

















M A D A H  P U J A N G GA!


  • CARILAH TEMAN-TEMAN BARU - KERANA USIA ANDA SEMAKIN MENINGKAT. TEMAN - TEMAN LAMA ANDA T E L A H MENINGGALKAN ANDA KERANA MENCARI PENGHIDUPAN BARU. SEKIRANYA ANDA TIDAK DAPAT M E N C A R I T E M A N - ANDA AKAN SENDIRIN DAN KESUNYIAN.
  •  HABISKAN WAKTU ANDA UNTUK TEMAN ANDA DENGAN TIGA PERKARA. JKA TEMAN ANDA SAKIT, JIKA LUPA BERILAH PERINGATAN DAN JIKA BANYAK KERJANYA - BERILAH BANTUAN.

  • JANGAN ANDA MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG YANG BERAKAL KERANA MEMUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG YANG BEAKAL MENUNJUKKAN BAHAWA YANG MEMUTUSKAN HUBUNGAN ITULAH ORANG YANG KURANG AKAL.
  • CARILAH TEMAN-TEMAN DI ANTARA ORANG - ORANG YANG MENGETAHUI BERBAGAI HAL YANG LEBIH BAIK DARI ANDA, KERANA ANDA BOLEH BELAJAR DARI MEREKA DAN MEREKA PULA BOLEH BELAJAR DARI ANDA.
  • JANGANLAH MEMBENCI TEMAN ANDA KERANA MUNGKIN SATU HARI NANTI ANDA MENYUKAINYA DAN JANGANLAH T E R L A LU MENYUKAINYA KERANA NANTIANDA AKAN SANGAT MEMBENCINYA.

  • [JIKA ANDA TIDAK MAHU DILUPAKAN OLEH ORANG LAIN SESUDAH MATI TULISLAH SESUATU UNTUK ORANG LAIN MEMBACANYA].
    Kakiconteng - 26 Disember 2009

11 December 2009

KONGSI CERITA LAMA - 2



Tahun 1995 aku mengenali RAHIME HARUN tuan punya AP GALERI kat Central Market. Aku mengenali Aruwah Rahime melalui kawan aku HOSNI IDRIS (bekas Pengurus BB Plaza) kat CM. Masa tu kami bartiga pekene teh kat kedai mamak di CM. Aruwah memang peramah dan cepat mersa. Masa aku ge kat pejabat Red & Black kat Wilayah Kompleks - sesekali ada juga aruwah datang jenguk RAZI BEDU(tuan punya Red & Black).

Kat sini jugalah aku kenal pelukis ZAIM DURULAMAN. Aku tak pasti JAI ada datang kat sini, sebab Razi ne sama tahun belajar kat ITM. Rahime pernah mengadakan pameran koleksi peribadi beliau kat G a l e r i Petronas - Daya Bumi, pada Sept. 1995. Aku ada datang masa pameran tersebut, yang bertajuk : MENGEJAR IMPI AN- Mengumpul d e n g a n Tujuan. Aruwah pernah impikan persatuan art dealer dengan pemilik galeri tetapi aku tak tau cadangan beliau tu dah ada ke belum.