22 March 2012

ORANG TUA ITU!



Dia tak punya cita-cita tinggi
kecuali meletakan sahaja
harapan dan mimpinya di hujung perahu.

Kebiruan air
sesekali memantulkan potret
wajah isteri dan anak-anak
yang kelihatan melambai
dan setia menunggu di pantai.

Sebenarnya orang tua itu
amat sabar menyembunyikan
rahsia resah dan cemas
yang terpikul di bahunya.

Manalah tahu
jika esok atau lusa
bahasa ombak selama ini lembut
tiba-tiba bertukar
menjadi badai bergulung
lalu mengambil dirinya
sebagai korban.

Zahari Hasib
Teluk Intan, Perak.




15 March 2012

Off Road @Frim!


Selamat Pagi Rakan-Rakan Semua!


Meminjam kata-kata Herlin Nurviana memang udah kecaduan bersepeda! Bila aku tau cuti kami bertiga sama iaitu hari Khamis dan si Mahfol pulak cuti sepanjang hayat, jadi aku ajak diaorang ge berkayuh off road kat Frim - Kepong. Nak ajak kengkawan yang lain tu tentu
diaorang takleh nak join, melainkan diaorang ambik cuti kecemasan atau dapatkan sijil sakit.

Tapi pasal ketagih berkayuh, tak baik ler kita nak tipu diri sendiri dan majikan kita. Betul tak? Nanti tak pasal-pasal pulak, dapat kemalangan ketika berkayuh. Kecoklah satu pejabat nanti! Ohhhhh...kata sakit tapi apasal pulak boleh berkayuh off road kat Frim?


Kawan Kaki Kayuh!
Selalunye kalu kami nak berkayuh, kami akan rojer kengkawan melalui sms atau kat facebook. Kenkawan yang selalu berkayuh terdiri Rimbabara, Mantoba, Hisham, Herlin, Amiroul, Mahfol, En Ahmad, Kuzai, Ajoi GT, Imin Kamin, Qhyroll, Ady Yusof, Muhd Kayrul, Acid Voice, Saiful , Faizoul dan kengkawan dari Satu Biking. Diaorang ne kebanyakan bercuti pada hujung minggu dan dapatlah diorang berkayuh jauh sikit macam off road kat PutraJaya!


Merentas Hutan Frim!

Sabelum berangan untuk berkayuh off road, aku kene pastikan kesihatan diri aku 100%. Lepas tu pastikan barang-barang keperluan ketika berada dalam hutan. Aku sediakan sebotol air masak, first aid, moustique lotion, pam basikal dan baju hujan. Peralatan berbasikal yang mesti dipatuhi ialah memakai helmet.

Lepas
sarapan kat pintu masuk Frim, lebih kurang jam 08.45 pagi, kami mulakan kayuh masuk melalui jalan yang masih basah dan lecak. Pertama kali aku ikut kayuh off road memang rasa seronok, dengan suasana tenang, udara bersih sambil disambut dengan kicauan burung yang masih setia berada di hutan simpan Frim.


Jatuh Tergolek!
Kayuhan kami pada mulanye agak mudah dengan menempuh sedikit halangan saperti balak tumbang, akar-akar kayu, batu-batu besar dan terpaksa gak berhenti kayuh untuk mengelak daripada jatuh mencium tanah. Sekiranya kaki memijak tanah, pasti ada serangga yang nak menumpang sarapan pagi. Nyamuk dan pacat kat sini sentiasa dahagakan darah! Maklumlah laluan ne jarang-jarang rider berkayuh melainkan hujung minggu.

Kayuhan diteruskan sahingga kami tiba di kawasan berbukit dan terpaksa tolak basikal. Lepas tu turun bukit dengan kayuh berhati-hati kerana banyak tunggul dan akar-akar kayu. Laluan sempit dan licin buat aku lebih waspada dan sentiasa main brek. Walaupong aku dah guna brek belakang tapi tayar basikal aku masih berpusing dan terus guna brek depan untuk hentikan kayuhan. Apa lagi Beb! Jatuh tergolek, hampir mencium tanah. Nasib baik hanya kaki kiri aku saja yang disagat oleh batu besar! Kenkawan lain ketawa kerana seronok melihat aku jatuh tergolek!






Caj Betri!
Kami teruskan berkayuh dengan mendaki anak bukit, lepas tu melalui denai yang dipenuhi
tunggul serta jalan yang becak. Kat sini banyak pacat Beb! Setiba kat jembatan, kami caj betri (take five) kejap untuk menghilangkan penat sambil ambil kesempatan minum air. Ada gak member sibuk bukak kasut, nak tenguk sang pacat. Nyamuk pulak sibuk gak nak tumpang sekaki hisap darah.

Selepas tu, kami teruskan kayuh dan kayuh! Tiba-tiba sorang lagi tergolek dan cepat-cepat bangun. Riuhlah sekejap hutan simpan ne dengan hilai ketawa kengkawan. Bila kawan tergolek bukannye nak tolong, tapi cuba pulak keluarkan kamera! Nak buat kenang-kenangan konon!


Ketawalah lagi!

Bukan semua laluan kat sini kita boleh kayuh. Lebih banyak tolak dari berkayuh. Bagi aku laluan ne sesuai sangat untuk penggemar jungle trekking. Kayuhhhhhhhh! Naik turun bukit dan tiba-tiba bunyi benda jatuh macam nangka busuk! Toleh kat belakang, sorang lagi terjatuh, tapi kali ne jatuh terduduk.

Kengkawan yang lain apa lagi, ketawa lah Beb! Teringat aku sebaris lagu lama "Baiklah baik memilih teman, teman ketawa senang dicari, teman menangis sukar nak dapat- Hohohohoi-hohohohoi ketawalah lagi"!


08 March 2012

Suara Dr Mahathir!

Salam dan Selamat Petang!
Salah satu kegemaran aku dulu-dulu ialah memotong rencana dari keratan akbar atau majalah. Olih kerana hobi aku yang diluar sedar, banyaklah keratan akbar terkumpul - terutama mengenai ucapan pemimpin negara, nasihat dari ustaz, berita, dan rencana mengenai senilukis. Keratan akbar tersebut ada yang udah dibuang dan ada gak yang masih aku simpan sebagai koleksi peribadi. Hari ini aku masih meneruskan hobi tersebut dengan menyimpan rencana dan berita terpilih ke dalam blog! Kat entri kali ne aku taip semula sebahagian Suara Dr Mahathir!


Azerbaijan
- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata "Mana-mana negara bakal berdepan dengan 'kehancuran' jika pemimpin tertinggi di sesebuah negara itu tidak peka terhadap kehendak rakyat. Ia terbukti dengan apa yang berlaku di beberapa buah negara Arab apabila rakyatnya bertindak menentang kerajaan". Jelasnya, kehendak rakyat yang perlu diutamakan adalah soal pekerjaan bagi membolehkan mereka mendapat sumber pendapatan untuk kestabilan hidup. "Bidang pertanian tidak mampu mencipta banyak peluang pekerjaan berbanding industri. Secara matematiknya, satu hektar tanah untuk pertanian hanya mampu menyokong kehidupan seorang tetapi tanah itu boleh menempatkan sebuah kilang dengan 500 pekerja. Sebab itulah Malaysia memilih menjadi negara industri. Selain mencipta banyak peluang pekerjaan, sektor industri membolehkan seseorang itu terlatih dalam sektor pembuatan".

Sambung Dr Mahathir lagi "Peranan pemimpin penting bagi menjayakan wawasan sesebuah negara. Namun, walaupun negara itu ada potensi untuk berkembang, pemimpin yang tida 'jiwa' akan menyebabkan negara tersebut gagal. Kita perlu lihat bagaimana pengalaman yang dilalui China. Moa Tse Tung adalah pemimpin gerlia yang membentuk Republik Rakyat China. Bagaimanapun, ideologi komunis yang dibawanya telah membuatkan China jauh ke belakang. Tetapi, pengantinya iaitu Deng Xiao Peng cukup pragmatis dan mahukan China terus berkembang. Hasilnya, cuba kita lihat China ketika ini. Kira-kira 20 tahun lalu ia hanyalah sebuah negara mundur tetapi kini negara kuasa ekonomi kedua terbesar dunia". Dipendekan cerita "Mempunyai wawasan untuk pembangunan itu penting tetapi kalau ada wawasan sahaja tidak mencukupi. Perlu ada pengetahuan tentang bagaimana wawasan itu hendak dilaksanakan", jelas Dr Mahathir.

Nota: Dr Mahathir berucap pada Forum Pemikir Negara-Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ketiga di Baku, Azerbaijan pada 3hb March 2012.


05 March 2012

Zaman Kanak-Kanak!


Selamat Pagi Kengkawan!

Klik kat entri Zaman Kanak-Kanak, Wah! comelnye budak ne. Siap pakai helmet lagi! Kecik-kecik lagi udah diajar menjaga keselamatan pelindung kepala. Ya lah! Malang tak berbau. Walaupong penganjur menyediaka laluan berkayuh yang dikira selamat, kita sebagai ibu bapa perlu menyediakan pakaian yang sesuai untuk berkayuh termasuk topi keledar. Saperti yang tercatit dalam borang FT Day 2012 Fun Ride, iaitu pihak penganjur tidak akan menerima sebarang pendawaan sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau keamalangan sewaktu menyertai acara ini. Begitu juga kepada peserta dibawah umur 18 tahun, mereka dikehendaki mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga mereka dengan menandatangani borang tersebut.

Zaman Kanak-Kanak!
Seronoknye berada pada zaman kanak-kanak 2012! Mak bapak yang nak berkayuh, bawak sekali anak-anak dengan menyediakan basikal menggikut umur mereka. Ada gak anak-anak yang tak ikut kayuh, pasal laluan yang jauh iaitu kira-kira 10 hingga 15 kilometer lebihkurang. Walaupong bebudak tu tak ikut berkayuh, pihak penganjur menyediakan gerai pemeriksaan kesihatan dan persembahan artis. Becakap pasal zaman kanak-kanak, aku teringat ketika ayah berkayuh menggunakan basikal trak! Basikal trak yang aku maksudkan ialah basikal tua yang di nyanyikan oleh Sudirman.


Basikal trak!
Satu-satunye transpot yang ayah aku ada waktu itu! Aku masih ingat ketika umur aku dalam lingkungan 6 tahun, ayah bawak aku naik basikal trak. Aku duduk dalam kotak yang telah disediakan kat seat belakang. Ketika umur 8 hingga 9 tahun, ayah menghantar aku bersama abang ke sekolah dengan menggunakan basikal trak. Kami berdua duduk rapat sambil ayah pesan iaitu kami tidak boleh terlelap. Sekiranye kami terlelap mungkin yang duduk belakang sekali akan jatuh atas jalan tar. Masa tu naik basikal mana ada pakai topi keledar Beb!

Masih kah kau ingat?
Aku masih ingat ketika aku berada pada zaman kanak-kanak, kehidupan keluarga aku ketika itu miskin, tidaklah pernah kami adik beradik meminta barang permainan termasuk basikal kerana
kami tau ayah tidak mampu membelinye. Disebabkan pengelaman waktu kecik aku pegi sekolah naik basikal, dan kengkadang balik jalan kaki pasal tayar pancit - sahingga kini aku masih minat
dengan basikal. Sebab basikal pernah mengajar aku erti kesusahan! Jika diberi pilihan untuk
kembali ke zaman kana-kanak, tentulah aku memilih zaman sekolah rendah. Ketika zaman ini, aku sangat lasak. Mandi sungai sambil main tembak-tembak dengan akar pokok yang dijadikan peluru. Musim main guli, aku main guli - kalu musim getah main getah. Kekadang biji getah pong boleh dijadikan permainan.

Sorry Beb!
Oppppp! Sorry Beb pasal aku kene tutup story ne. Nasib baik aku toleh kat jam dinding. Sekarang jam 1100 pagi ne! Aku kene ge pejabat pos pasal nak bayar bil api dan bil Celcom Broadband. Biasalah ayat diorang ne! Ooiiii...bila nak bayar bil? Bayar cepat untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan! Hehehe...


04 March 2012

KL Fun Ride!


Pagi Ahad - 4hb Mac 2012!
Jam 0700 pagi > Nak pegi ke tak! Nak pegi ke tak!
Alih-alih aku udah terpacak kat pintu masuk Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Ramai gak yang dah sampai. Kebanyakan kakikayuh sedang berbaris kat kauter pendaftaran untuk dapatkan kemeja
-T percuma, sebotol air, sebiji roti bun sebagai sarapan dan nombor cabutan bertuah.

Kalau ikutkan aturcara program pagi ne, bermula dengan pendaftaran peserta, lepas tu seisi rengangan dan taklimat mengenai keselamatan dan laluan FunRide. Saterusnye ketibaan YB
Dato' Razak Ibrahim (Timbalan Menteri Belia & Sukan). Pada jam 0830 pagi- Pelepasan FunRide olih YBhg Dato' Sri Azim Zabidi (Ketua Umno Bhg Bukit Bintang).

Peserta FunRide akan berkayuh melalui laluan menuju Ampang Park, lepas tu berhenti kat
check point satu (1) di KLCC. Kayuhan diteruskan melalui hadapan Bukit Nanas Monorail, Medan Tenku dan berhenti kat check point dua (2) di Dataran Merdeka. Diteruskan arah Jalan Tun Perak dan berhenti di check point tiga (3) di Jalan Sultan Ismail. lepas tu kayuhan diteruskan melalui Jalan Raja Chulan, Jalan Bukit Bintang, Jalan Kia Peng, Jalan Conley dan berakhir di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. - FT Day 2012 Fun Ride!