22 March 2012

ORANG TUA ITU!



Dia tak punya cita-cita tinggi
kecuali meletakan sahaja
harapan dan mimpinya di hujung perahu.

Kebiruan air
sesekali memantulkan potret
wajah isteri dan anak-anak
yang kelihatan melambai
dan setia menunggu di pantai.

Sebenarnya orang tua itu
amat sabar menyembunyikan
rahsia resah dan cemas
yang terpikul di bahunya.

Manalah tahu
jika esok atau lusa
bahasa ombak selama ini lembut
tiba-tiba bertukar
menjadi badai bergulung
lalu mengambil dirinya
sebagai korban.

Zahari Hasib
Teluk Intan, Perak.




No comments:

Post a Comment