06 April 2012

Firefly Park Resort!


Introduction!

Firefly Park resort Bukit Belimbing in Kuala Selangor
is the only place in this region where you can witness
the sight of millions of fireflies flashing in synchrony, often referred to as the "Eighth Wonder of the World"

You will be taken on a boat ride along the Selangor
River where the fireflies inhibit around the branches
of the "Berembang trees along the riverbank.

Here, up to thousands of fireflies may group together
on a tree, begining their display lasts for about two to
sunset. A really bright display lasts for about two to
three hours, continuing lower levels until dawn.



Salam kepada pembaca blog!
Kat atas ne adalah intro ketika aku bercuti 3 hari 2 malam di Firefly Park Resort. Udah lama aku merancang nak bercuti kat sini. Lulus aje cuti, aku call Mahfol, ajak bercuti pada 4 April hingga 6 April 2012. Tujuan bercuti kat sini ialah untuk menjejaki laluan lama ketika aku sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Bukit Belimbing, Kuala Selangor. Aku hanya sempat sekolah kat sini
tahun dua dan tahun tiga, sabelum berpindah ke Gombak!



Chalet!
Sampai kat Chalet lebih kurang jam 11 pagi. Ge kat kauter nak ambik satu chalet tapi kata
penyambut tetamu kul 0100 baru boleh check in. Harga chalet pulak ada tiga pilihan iaitu
Rm130.00, Rm150.00 atau Rm180.00. Ambik chalet yang paling murah iaitu Rm 130.00, siap ada 2 bilik, hawa dingin, tv dan water heater. Kalau nak ge tenguk kelip-kelip bayaran naik boat ialah Rm15.00. Aktiviti lain ialah pergi melihat sejarah lama Kuala Selangor di-Bukit Melawati, melawat kampong nelayan di-Pasir Penambang, melawat sawah padi di Sawah Sempadan atau memancing udang dengan menyewa boat di Tanjung Karang.



Aku datang ke sini bukan nak tenguk kelip-kelip! Aku nak berkayuh dari Bukit Belimbing ke-
Kuala Selangor dan ke-Tanjung Karang. Jarak kayuhan dari Bukit Belimbing ke Kuala Selangor
lebih kurang 12 kilometer. Dari Bukit Belimbing ke Tg Karang dan balik semula ke Bukit Belimbing pulak lebih kurang 40 kilometer.


Hari pertama (Rabu) salepas waktu Asar aku dan Mahful bercadang kayuh arah ke Kuala Selangor. Nanti bila sampai kat Kuala Selangor, boleh kayuh ke Bukit Melawati. Lepas tu waktu nak balik arah Bukit Belimbing, kami nak singgah Kg Nelayan di Pasir Penambang. Besok pagi pulak (Khamis) kami nak kayuh menuju Tanjung Karang, melalui pekan Tiram Buruk dan Sawah Sempadan. Harap-harap tiadalah masalah ketika berkayuh!

Info : Firefly Park Resort
Jalan Hj Omar, Kampung Bukit Belimbing
45000 Kuala Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 603-3260 1208 Fax: 603-3260 1234
Website : www.fireflypark.com
E-mail : register@fireflypark.com


No comments:

Post a Comment