Petang Rabu salepas waktu Asar aku dan Mahful mula berkayuh menuju Kuala Selangor. Ja l a n kat sini santai dengan pohon-pohon rendang. Cuaca redup, udara plak segar. Sesekali aku disapa dengan kicauan burung! Twittt! Twittt! Twitttt!!!!
Sampai dah kami kat simpang jalan m e n u j u Kuala Selangor,tiada lagi pohun-pohun rendang dan tiada pohun-pohun besar. Cuaca sedikit panas,kenderaan pun banyak. Kayuhan t e t a p diteruskan dan akhirnya sampai j u g a kami di pekan lama Kuala Selangor.
Pekan lama Kuala Selangor tak macam 20 tahun dolu. La ne dah banyak rumah kedai didirikan. Nampak terusun dengan persekitraan y a n g bersih. Wah! Dah ada Cafe dan Kopitiam. Walau cam manapun, aku masih memilih untuk pekene teh tarik dan roti canai kat kedai m a m a k.
Kedai mamak ne memang udah wujud masa aku kecik lagi. Nak try teh tarik mamak ne, masih power ke! Aku pesan teh tarik, roti canai bersama kari dal. Yes! Memang cam dulu-dulu. Roti canai pun lembut dan kari dal pun sedap. Hehehe!!!
Lepas pekene teh tarik, k a m i berdua kayuh mendaki Bukit Melawati. Inilah kali kedua aku naik ke Bukit Melawati. Walaupun basikal aku ada sedikit masalah pada gear, tetapi bukan halangan buat aku untuk sampai ke p u n c a k bukit ne.
Di pucak, r a m a i umat kat s i n i sedang melayan kereneh moyet-moyet separuh liar. Kat s i n i pelancung dibenarkan memberi makanan pisang. Ada pulak peniaga yang jual pisang. Seyum aja si penjual pisang ne bila aku klik wajah dia. Banyak untung la tu! Ne baru hari Rabu, kalu hujung minggu lagi masuuuuuuuuk!!!
Cuaca tambah redup! Memeng syok relex k a t atas Bukit Melawati, tapi tidak boleh lama sangat pasal ada tempat lain yang mahu kami lawati. Selesai acara klik sana klik sini, kami pun mula berkayuh menuruni bukit menuju Pasir Penambang. Aku tak tau kenapa di sebut Pasir Penambang. Mungkin dulu sungai Selangor ne tak de jembatan. So, diaorang kalu nak ke seberang guna ferry. Ferry nya taklah cantik macam ferry Pulau Pangkor! Kalu nak ke Kuala Selangor, diaorang kene melalui jeti Pasir Penambang, Aha! Itu cerita dolu Beb!
Kat sini sebenarnya adalah kawasan penempatan nelayan dari keturunan Cina. Dari dolu sampai sekarang kat sini tak banyak berubah. Macam pekan koboi! Rumah pulak rapat rapat d a n banyak anjing. Kami kayuh gak di celah-celah rumah usang sambil klik beberapa p i c untuk simpanan aku. Ketika kayuh, melalui kawasan ne, teringat aku puisi bertajuk "Orang Tua Itu" dari Zahari Hasib. Penempatan ne memang udah tua dan tak punya cita-cita. Huhuhu!
Kayuh punya kayuh, t a k sedar waktu semakin membawa ke senje! Kami keluar dari p e k a n Pasir Penambang dan menuju Bukit Belimbing. Dalam perjalanan balik ke chalet, singgah kat gerai sate untuk caj betri. Ketika kami sedang menikmati makan malam, kami di tegur pelanggan meja sebelah. "Hai, berkayuh ke?"
Pelanggan yang peramah tu bertanya dari mana nak kemana! Hairan gak dia, bila kami beritau dari KL. "Wow! Terre betul luorang k a y u h, d a r i KL ke Kuala Selangor kayuh basikal!!!
Lepas tu pelanggan tu cool lah plak, lepas kami terangkan perkara yang sabenarnya. Kami kayuh dari Bukit Belimbing ke Kuala Selangor dan nak balik ke Bukit Belimbing plak!
Lepas ne Beb! aku nak sambung story kayuhan dari Bukit Belimbing ke Tanjung Karang! Kalu umur kita panjang - jumpa lagi di entri Mj! Wasallam adanya!
No comments:
Post a Comment