30 April 2012

Anak Kak Hajar Nikah!


 Tengahari semalam aku terima pangilan dari adik aku Majid, ajak ge Cheras. Katanya ada majlis akad nikah anak Kak Hajar salepas Asar. Bolehlah aku ge, pasal aku habis kojer jam 0300 petang. Macam biasalah kalau diajak ke majlis, aku tak lupa bawa kamera Canon EOS 400 Digital. Kat bawah ne aku uplad photo pernikahan anak Kak Hajar!






Sabelum akad nikah, Tok Kadi bagilah taklimat ringkas pasal tanggung jawab suami kepada isteri. Yang menariknye Tok Kadi story pasal lembu dengan tuanya. Storynya lebih kurang begini : "Tadi makan apa tuan?". Tanya lembu. "Aku makan nasi lemak". Jawab tuannya. "Oooh! Aku makan rumput aje" kata lembu. "Makan nasi lemak ne boleh ngantok" kata tuan lembu. "Aku tadi pun banyak makan rumput dah nak mengantuk ne" Sang lembu bersuara lagi."Kalau gitu kita tido dululah" kata tuan  kepada lembu. Olih kerana nenyaknya tido, lembu dan tuannya tak sedar udah masuk waktu sembahyang. Tiba-tiba lembu terdengar azan "Allah Huakbar Allah Huakbar". "Eh! bunyi apa tu tuan?". "Itu kan bunyi azan tanda udah masuk waktu sembahyang. Kau tak sembahyang ke lembu?" tanya tuan kepada lembunya. "Aku tak sembahyang! Kan aku ne lembu. Tuan tak sembahyang ke?" Tanya sang lembu kepada tuanya. "Tak! Aku ngantok sangat ne". Moral kepada story ne tentu kita faham kan! kan! kannnnnnnn!





No comments:

Post a Comment