26 November 2011

Ke-Lake Gardens & Tugu!



Salam Maal Hijrah!
Pagi ne ialah 1h
b Muharram 1443H, saperti yang aku janjikan dengan
kengkawan iaitu nak upload photo-pic ge kayuh ke Lake Garden,
Gerbang Harm
oni Asean dan Tugu Peringatan Negara. Nak story sikit pasal KL Botanical Garden atau nama asalnye Sydney Lake. Dolu dolu atau zaman bahari dikenali sebagai Sydney Lake sempena peresmian oleh Lady Sydney Swettenham pada tahun 1889. Nak tau tak, Lady Sydney ialah wife kepada Sir Frank Swettenham, Governor of the Straits Settlements.






Bukit Tunku!

Satelah mengisi perut kat kedai mamak di Taman Kok Doh, kami mula kayuh menyusuri laluan baru iaitu Bukit Tunku. Laluan kat sini lebih selamat kerana kawsan perumahan mewah ne tak banyak kereta atau pun motosikal. Di kelilingi hutan simpan, tentulah cuaca redup dan jalannyer pulak baru di turap dengan tar. Laluan untuk sampai ke Lake Gardens ne lebih banyak menuruni bukit. Memang best lah kan! Tak perlu kayuh Beb! Lepas tu keluar dari Bukit Tunku, belok kanan dan melalui pejabat JKR dan kauters JKR atas bukit sebelah kanan.




Lake Gardens!
Lepas tu belok kiri, melalui Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan dan melintas di Jalan Parlimen untuk berhenti rehat di pondok wakaf yang disedikan oleh pihak DBKL. Waktu rehat cam ne kami habiskan dengan klik sekitar taman dan terklik pulak sorang kaum tengah tido! Nenyak giler kaum ne tido Beb! Mungkin keletihan atau dan atau dan atau! Dah puas klik kat sekitar wakaf tu, kami teruskan kayuh menuju tasik. Untuk info kengkawan semua, Lake Gardens ne sangat luas kawasannyer iaitu meliputi KL Botanical Garden, Royal Lake Club, Deer Park, Butterfly Park, Bird Park, Orchid & Hibiscus Garden, Memorial dan Museum.




Tugu Peringatan!

Lepas buat satu pusingan kat tasik, kami gerak menuju Asean Gerbang Harmoni. Kat area ne pulak ada seni arca gergasi dari negara Asean. Lepas tu kayuh, Eh! tak kayuh lah...bukit ke Tugu Peringatan ne tinggi sangat Beb! Sampai kat area tugu ramai gak kaum ambik gambar untuk kenangan, termasuk sepasang pengantin baru. Tak payah lah aku letak photo Tugu Negara ne ye, pasal kebanyakan bangsa Malaysia dah tau cam maner bentuk arca gergasi tu. Tugu ne di bina pada tahun 1966 oleh seorang pengarca bernama Felix de Weldon. Ketinggian arca ne ialah 15.54 meter.




25 November 2011

Kayuh Keliling Tasik!




























Salam Bro!
Petang semalam - Sebelum janji kayuh kat Tasek Metro atau lebih dikenali Tasek Layang-layang, aku sempat gak singgah blog http://Kamisanasini.blogspot.com yang berpaut kat blog Pahat Berbunyi (http://Bankbooks.blogspot.com.) Kat pautan blog tu ada gah blog yang lain, story pasal kembara basikal atau touring trip. Blog diaorang ne banyak kisah dan photo-pic mengenai kembara berkumpulan.

Kayuk Keliling Tasik!
Kami bertemu kul 0530 petang kat pintu masuk tasik. Time macam ne memang ramai kaum
yang melakukan aktiviti untuk sihat. Kami kayuh keliling tasik dan sakit gak hati bila berselisih dengan Mat motor pasal diorang ne bawak motor laju-laju kat trek basikal. Kami lepas tu terpaksa keluar dari kawasan tasik pasal langit dah mendung. Kami kayuh menuju gerai Melayu dan se-sampai je kat gerai, ujan pun turun. Lama gak kami lepak kat gerai tu sambil story pasal trip berkayuh ke Pulau Pangkor. Petang esok plak kengkawan ajak kayuh petang ke Botanical Garden (Lake Garden) juga dolu-dolu dikenali sebagai Sydney Lake!


24 November 2011

Sebutir Emas!

Selamat Pagi!
Tak habis-habis lagi kisah kemenangan skud bola sepak yang telah berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan tumpasnye Indonesia di hadapan 100,000 penyokong fanatik mereka. Skud Harimau Muda disambut meriah, diberikan ganjaran peribadi dari Sultan Ahmad Shah dan akan diterbangkan ke Sydney, Australia untuk menjalani latihan dan perlawanan persahabatan dengan kelab elit Liga Australia. Itu belum lagi ganjaran insentif RM 10,000 dari kerajaan. Dah ada plak berita, diaorang ne akan diberi ganjaran rumah atau sebidang tanah oleh kerajaan negeri. Surat kabar lama, saban hari memberikan kabar gembira buat Skud Harimau Muda, sampaikan atlit kontinjen negara yang memenangi 59 pingat emas hampir dilupakan. Sedikit sangat berita tentang kejayaan mereka Beb!


Raja Asia Tenggara!
Kalau aku baca kat akbar bab sukan, masih lagi pasal bola. Kali ne cerita skud Harimau Muda tewas 0-2 kepada Syria. Alasannye aku pun boleh agak! Keletihan dan kecederaan. Lepas ne Malaysia dijadual menentang Bahrain. Kalu tewas gak alasannye pasti tak cukup rehat! Jadi tahun bila agaknyer Skud Malaysia boleh turut serta dalam Sukan Olimpik? Tak kan nak jadi raja bolasepak Asia Tenggara aje kot!

Fatehah Mustapa!
Ha! Ini lah dia sebutir bintang yang perlu digilap Beb! Fatehah telah meraih tiga pingat emas
acara 500 meter individu, pecut wanita dan bergandingan dengan
Jupha Somnet dalam acara
berpasukan. Kalau nak dinobat sebagai atlit paling cemerlang, Fatehah ne memang patut.
Ada gak yang lain macam adik Aaliyah Yoong dalam acara ski air dan Adrian Ang dalam acara
bowling. Jarang sekali aku menyaksikan pelumba basikal wanita yang mampu bersaing di
peringkat antarabangsa macam si Fatehah. Harap nanti si Fatehah ne boleh meraih sebutir
medal emas di Sukan Olimpik London 2012!




Publish Post by Kakikayuh!

17 November 2011

Salam Jumaat!


Tambah ayat kat Blog Title!

Petang ne lepas Jumaat, aku bancuh cecawan kopi dan mulalah ngadap komputer. Klik kat enjin carian Goagle dan taip http://Kakiconteng maka terpaparlah Kakiconteng.blogspot.com,Indo-karya.com, http://bila aku conteng-conteng dan dibawah sekali blog aku Kakicontenglukisan. Pasal ada gak blok title yang guna ayat hampir serupa, jadi arine aku tambah ayat kat blog title iaitu : MJ-KAKI CONTENG. Kepada rakan fb dan kaki blogger, anda boleh taip http://Kakicontenglukisan.blogspot.com



Laskar Garuda tersungkur!
Malam tadi sempat gak aku nonton siaran langsung bola sepak antara Harimau Muda dan Laskar Garuda yang berlansung di Stadium Gelora Bung Karno. Saperti ulasan wartawan sukan yang berada di Palembang, "Malaysia melenyapkan ego Indonesia selepas mencatat kemenangan 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir menentang Myanmar dari kumpulan B. Biarpun laungan Maling! Maling! (pencuri) mengiringi persembahan Malaysia, namun anak buah Ong Kim Swee tenang mengawal permainan sebelum Syahrul Azwari muncul wira negara apabila menjadi penjaring gol tunggal negara". Rasa sakit hati rakyat Malaysia akibat provokasi yang dilakukan penyokong Indonesia, sedikit terubat kerana adik Aaliyah Yoong Hanifah telah mencipta nama sebagai juara termuda dalam sejarah Sukan SEA pada usia 8 tahun telah meraih pingat emas dalam acara ski air tricks wanita.

Maling! Maling!
Maksudnye pencuri dalam bahasa Indonesia. Aku tak tau pulak siapa maling yang sebenarnyer yang dimaksudkan oleh penyokong Indonesia. Se-tau aku maling besar kat Malaysia ne ialah pendatang haram Indonesia yang mencari rezeki di Malaysia. Memasuki negara Malaysia melalui bot pancung, tanpa pasport dan tanpa pengenalan diri yang sah, lepas tu siang bekerja di tapak pembinaan dan malam hari meragut, mencuri dan merompak. Duit tulah buat beli makanan, pakaian dan salebihnye membina rumah baru kat kampong diorang. Yang pempuannye pong sama dua kali lima, kojer sebagai pembantu rumah, lepas dua tiga bulan hilang dengan bawak sekali barang berharga tuan rumah. Pekerja Indon ne mungkin kata duit tu halal pasal kira keadaan darurat!

Keadaan Darurat!
Menurut ulama fikah termasuk Imam Malik r.a (aku ambil dari buku Halal& Haram susunan Mustaffa Suhaimi) iaitu pengertian keadaan darurat ialah berlaku kesukaran untuk mendaptkan makanan halal di sebuah negeri akibat bencana umum kecuali makanan yang diharamkan sahaja untuk mengelak kematian. Keadaan darurat yang boleh mengecualikan hukum Allah hendaklah bersifat umum atau menyeluruh. Jika seorang tertentu sahaja mengalami kesempitan tetapi masyarakat di sekitarnya berada dalam keadaan normal tidaklah berlaku pengeculian tersebut. Seorang fakir di sebuah kampung misalnya, tiba-tiba menemui khinzir atau bangkai pada hal orang lain di sekitarnya masih boleh membantunya jika dia meminta. Ketika itu tidak berlaku pengecualian hukum hingga daging khinzir itu halal dimakannya kerana orang yang mempunyai makanan halal wajib memberi sedikit daripada makanan mereka kepada si fakir supaya dia tidak mati kebuluran. Malah Ibnu Hazm berpendapat, orang kampung yang enggan memberi makan kepada orang fakir seperti itu berdosa dan boleh dipaksa memberi malah akan diazab oleh Allah atas dosa menzalimi seorang insan fakir yang memerlukan bantuan mereka. Pendapatnya ini berdasarkan mafhum ayat 9 surah al-Hujurat.

Benci tapi rindu!
Walaupun hampir seluruh rakyaat Indonesia sangat benci akan Malaysia, namun segelintir mereka datang gak ke Malaysia untuk mencari rezeki. Mereka sedikit pun tidak berasa malu, dan rasa bersalah kerana menanam sifat kebencian dan provokasi setiap kali berlansungnye sukan bola sepak. Penyokong Indonesia yang berteriak Malingsia! Ganyang Malaysia! dan membuat bising semasa lagu kebangsaan Negaraku dimainkan tetap datang berduyun-duyun ke Malaysia kerana menggangap Malaysia adalah lubuk wang.

Rakan fb dari Jakarta!
Saperti komen dari Susi Harahap, rakan fb aku dari Jakarta "Ini hanya sebuah permainan sportif olahraga, apapun hasilnya dalam pertandingan semua memiliki "Kemenangan Patriotik" semua berusaha, semua berjuang, semua maksimal dan tidak perlu disangkut pautkan dengan politik yang memecah-belah rumpun, yang memecah-belah kemanusian, hanya kerana sebuah permainan" Selamat buat Malaysia!


Publish post by Mj Kakiconteng






16 November 2011

Kayuh ke TTDI


Salam Blogger!

Pagi Khamis ne aku janji dengan Mahfol untuk kayuh ke TTDI. Salepas sarapan, lebihkurang jam 0745 kami mulakan kayuhan melalui Jaya Jusco Kepong. Lepas tu kayuh menyusuri lebuh raya menuju ke TTDI. Walaupun sepanjang menyusuri lebuhraya tiada lorong kecemasan, kayuhan kali ne lebih santai dengan cuaca pagi yang redup.






















Sampai gak kami ke simpang Taman Tun Dr Ismail atau nama ringkasnyer TTDI. Ketika kayuhan kami mahu menghampiri distinasi, secara kebetulan kami terjumpa plak orang lama yang tinggal di TTDI iaitu En Gazali Nasir. Bila lama tak jumpa, biasalah kan! Story cerita dolu-dolu. Hampir 30 minit kami berbual dengan beliau, lepas tu kami kayuh menuju kedai mamak di belakang pasar kering. Sementara menunggu pesanan diambil, aku call pulak otai Taman Tun iaitu En Hosni Idris (photo nye xde).

Bila En Hosni sampai, topik perbualan kami tertumpu kepda masalah kesihatan. Macam berita semalamlah beb! Pasal peningkatan obesiti di kalangan rakyaat Malaysia. Negara Malaysia berada pada kedudukan pertama di kalangan negara-negara ASEAN, dan keenam di rantau Asia Pasifik. Aku agak diorang ne memang saja nak gemuk kot. Mana tak obes, kekadang tak lapar pun makan. Mudah dapat makanan beb!




Jam dinding menunjukan pukul 1130 pagi. Kami gerak ke kedai basikal yang berhampiran. Kat kedai ne banyak gak basikal yang dijual, termasuk aksesori dan helmet. Lain kali kalau aku datang TTDi, nak gak aku beli helmet ne! Dah puas tenguk basikal yang harganye puluhan ribu ringgit, kami tinggalkan TTDI. Kayuhan kami melalui Bandar Utama, One Utama Shopping Mall dan lalu aje (tak singgah pong) depan The Curve dan Ikea. Lepas tu keluar dari Mutiara Damansara dan kayuh menuju Carrefour Kepong. Kayuhan dah mula pelahan pasal cuaca panas dan peluh jantan membasahi baju. Tekak plak haus dan kami berhenti minum sekejap sabelum kayuh menuju umah masing-masing.


Publish Post by Kakikayuh!


13 November 2011

DESA PARKCITY!


Ahad 13 November 2011
Hujan turun mencurah- curah dari jam 1400 petang sampailah 1700 petang. Bila ujan dah reda kami berkumpul kat kedai mamak dekat
Carrefour Kepong. Kali ne yang turut serta kayuh ke Desa Parkcity
ialah Azhar, Kuzai dan Mahfol. Kayuhan kali ini diketui oleh Azhar
dengan bike Xds Four 3S. Melalui jalan yang lebih banyak berbukit,
aku terpaksa kayuh laju ketika awal pendakian bukit- ini kerana aku masih lagi menggunakan Fixie-Road Bike.





Pam Basikal!
Di pertengahan jalan kami berhenti kejap kerana tayar belakang
basikal si Kuzai kurang angin. (Selaunye dalam beg, kami sentisa membawa pam, tiub, first aid, baju ujan dan face sun blok cream).
Lepas angin dah di isi, kayuhan diteruskan menuju kawasan Desa
Parkcity. Bila sampai je kat kawasan tasik, kami belok masuk ke-
laluan trek pejalan kaki. Kat sini ramai kaum yang sedang buat
aktiviti riadah, dan ada yang berjalan keliling tasik membawa anjing
kesayangan mereka.
















The Legend!
Dah puas menikmati pemandangan tasik dan menghirup udara bersih, kami kayuh pulak menuju kedai basikal milik anak The Legend Cycling Hero iaitu Datuk Ng Joo Ngan. Untuk pengetahuan kengkawan semua, Ng Joo Ngan ne pernah mendapat Gold medal untuk kayuhan 200km road race pada kejohanan Asia Games, Bangkok pada tahun 1970. Tahun 1971 beliau menerima gelaran Sportman of the Year 1970.Pada tahun 2004 beliau menerima Coach of the Year dari National Sports Council. Menerima gelaran Panglima Mahkota Wilayah dari Federal Territory Day pada tahun 2010 yang membawa gelaran "Datuk".


KL Waktu Malam!

Lepas kami singgah kat kedai basikal, kami kayuh keliling tasik dan gerak ke arah bukit untuk melihat pemandangan malam. Laluan kat sini bukitnye memang tinggi Beb! Kami semua terpaksa tolak je basikal kami melalui kawsan perumahan mewah Desa Parkcity. Berhenti kejap untuk menikmati pemandangan Kuala Lumpur waktu malam dan lepas tu gerak menurui bukit menuju pusat Kepong. Dah sampai kat kawasan Pusat Kepong, Apa lagi kita minum-lah dulu!


12 November 2011

TASEK METROPOLITAN!


Salam! Semuga anda semua di luar sana sihat dan ceria. Petang semalam selepas waktu Asar, aku berkayuh tanpa rakan fb Kuzai. Bertemu di- Tasik Metropolitan dan kami terus kayuh menuju Kg. Melayu Kepong, kerana teringin sangat nak makan Mee Rebus. Sedap agaknye! pasal gerai Mee Rebus ne telah di war-warkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan. Tapi bila sampai kat gerai tu,tutup pulak!




























Sukan Sea XXVI
Nak try makan Mee Rebus, gerai pulak tutup. Kami singgah kat gerai Nasi Lemak. Inilah kali pertama makan nasi lemak waktu petang. Sambil menikmati Nasi Lemak mata kami tertumpu pada kaca tv. Ketika ini sedang berlansung perlawanan bola sepak antara Negara Brunei menentang Vietnam. Kali ne Sukan Sea diadakan di-Palembang, Indonesia. Sewaktu aku menaip entri ne, pungutan pingat memihak kepada tuan umah Indonesia dengan 23 pingat emas, di-ikuti negara Singapura dengan 8 pingat emas, serta enam pingat emas buat negara Thailand. Buat masa ne Malaysia menduduki tempat ke-enam dengan pungutan 2 pingat emas, 5 perak dan 7 gangsa. Pingat emas pertama di sumbangkan olih Nur Suryani dalam acara menembak, 50m rifle 3 posisi wanita. Emas kedua disumbang olih Tan Song Hwa dalam acara baling tukul besi. Janganlah panik- kalu tak dapat emas dalam acara sukan subjektif! Selalunye keputusan banyak bergantung pada juri dan pengadil.


Tasik Metropolitan!
Lepas makan kami gerak semula ke Tasik Metropolitan. Waktu petang cam ne memang ramai kaum datang beriadah. Sewaktu kami kayuh menyusuri tasik, aktiviti yang kebanyakan mereka lakukan ialah bermain layang-layang bersama keluarga, memancing, berjoging, bermain bola, dan bawa anak-anak ke tempat permainan. Ada gak aktiviti yang negetif, macam pasangan remaja Muslim sedang bercumbu atau bebudak saja ronda-ronda keliling tasik dengan cupcai. Orang lain sibuk melalukan aktiviti riadah, bebudak yang pendek akal ne naik cupcai sambil melepaskan asap motor disepanjang trek basikal. Aktiviti lain ialah mereka yang datang untuk berniga layang-layang, makanan ringan dan minuman. Keputusan pihak pengurusan taman meminta peniga menjual makanan dan minuman diluar pagar kawasan tasik adalah sangat baik. Lepas ne pulak, diharap pihak pengurusan taman, melarang motosikal ronda-ronda keliling tasik! Staff yang diamanahkan memantau pergerakan dan keselamatan pengunjung taman, jangalah as-yik lepak kat pondok pengawal. Buatlah roandaan dan pastikan tiada keanderaan berinjen pusing-pusing keliling tasik!


Publish by Kakikayuh!