26 November 2011

Ke-Lake Gardens & Tugu!



Salam Maal Hijrah!
Pagi ne ialah 1h
b Muharram 1443H, saperti yang aku janjikan dengan
kengkawan iaitu nak upload photo-pic ge kayuh ke Lake Garden,
Gerbang Harm
oni Asean dan Tugu Peringatan Negara. Nak story sikit pasal KL Botanical Garden atau nama asalnye Sydney Lake. Dolu dolu atau zaman bahari dikenali sebagai Sydney Lake sempena peresmian oleh Lady Sydney Swettenham pada tahun 1889. Nak tau tak, Lady Sydney ialah wife kepada Sir Frank Swettenham, Governor of the Straits Settlements.






Bukit Tunku!

Satelah mengisi perut kat kedai mamak di Taman Kok Doh, kami mula kayuh menyusuri laluan baru iaitu Bukit Tunku. Laluan kat sini lebih selamat kerana kawsan perumahan mewah ne tak banyak kereta atau pun motosikal. Di kelilingi hutan simpan, tentulah cuaca redup dan jalannyer pulak baru di turap dengan tar. Laluan untuk sampai ke Lake Gardens ne lebih banyak menuruni bukit. Memang best lah kan! Tak perlu kayuh Beb! Lepas tu keluar dari Bukit Tunku, belok kanan dan melalui pejabat JKR dan kauters JKR atas bukit sebelah kanan.




Lake Gardens!
Lepas tu belok kiri, melalui Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan dan melintas di Jalan Parlimen untuk berhenti rehat di pondok wakaf yang disedikan oleh pihak DBKL. Waktu rehat cam ne kami habiskan dengan klik sekitar taman dan terklik pulak sorang kaum tengah tido! Nenyak giler kaum ne tido Beb! Mungkin keletihan atau dan atau dan atau! Dah puas klik kat sekitar wakaf tu, kami teruskan kayuh menuju tasik. Untuk info kengkawan semua, Lake Gardens ne sangat luas kawasannyer iaitu meliputi KL Botanical Garden, Royal Lake Club, Deer Park, Butterfly Park, Bird Park, Orchid & Hibiscus Garden, Memorial dan Museum.




Tugu Peringatan!

Lepas buat satu pusingan kat tasik, kami gerak menuju Asean Gerbang Harmoni. Kat area ne pulak ada seni arca gergasi dari negara Asean. Lepas tu kayuh, Eh! tak kayuh lah...bukit ke Tugu Peringatan ne tinggi sangat Beb! Sampai kat area tugu ramai gak kaum ambik gambar untuk kenangan, termasuk sepasang pengantin baru. Tak payah lah aku letak photo Tugu Negara ne ye, pasal kebanyakan bangsa Malaysia dah tau cam maner bentuk arca gergasi tu. Tugu ne di bina pada tahun 1966 oleh seorang pengarca bernama Felix de Weldon. Ketinggian arca ne ialah 15.54 meter.




No comments:

Post a Comment